CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

ang dah tua, wei.

bismillah. 

"akak saya kering idea ni." kata mardhiah, mama biro penerangan dan penerbitan yang disegani dan dikasihi di serata mu'tah ini di atas kehandalan beliau mengendalikan media persatuan iaitu PERMATA.

okay. belum apa-apa ayat moja didahulukan. mesti mama bpp sekarang sedang tersengih-sengih. setiausaha yang pandai mengambil hati cik ketua. 

"akak ada idea. kita buat macam ni bla bla bla dan bla bla serta bla bla." saya memberikan beberapa cadangan yang tidak padu mana. tiba-tiba... wardah, si gadis harijadi atau birthday girl datang menjengah bilik. mahu berjumpa adilah yang sedang bersemayam di atas tilam letriknya yang sangat memanaskan badan di kala musim sejuk ini. 

"siapa kat sana?" tiba-tiba mardhiah bertanya. seakan dapat merasakan sesuatu. kan saya dah cakap... mardhiah ni hebat orangnya. belum apa-apa dia dah dapat kesan. dia ni ada ilmu kasyaf kalau tak silap saya. belum sempat saya nak keluar bilik, dia dah tahu. belum sempat budak rumah dia nak batuk, dia dapat kesan. power tak??? dulu.. dia la cerita dengan saya, dia pernah hampir terjadi power rangers pink. tapi dia tolak tawaran tu sebab dia nak jadi mama bpp. hebat kan? kan? kan?

"ada cah, dila dan wardah." saya berterus-terang sahaja. "jadi, akak rasa kita perlu letak tarikh event, nama ajk, dan nama persatuan kita." eheh. tukar arus perbincangan. kena cover sikit. kalau orang lain mesti tak paham bila saya guna term-term macam tu tiba-tiba kan. tapi, sebab mardhiah ni hebat (dah banyak kali saya ulang ni) dia boleh kesan terus apa yang sedang cakap. pergh! padu! tak sia-sia saya undi dia jadi mama bpp. 

kami berbincang. idea pun melimpah-ruah dari dua belah pihak. apa yang ingin dilakar nampak semakin jelas dan jelas. haaa... saya sepertinya tak perlu pakai spek mata dah akibat kejelasan yang melampau. 

pukul 9 malam, kami dapat message di FB. haaa.. akhirnya, siap cover timeline yang cun-melecun. kebabom kebabom. *bunyi bunga api.* nak tengok hasil lakaran mama bpp yang dikasihi ni... 

tada! inilah hasilnya!



cantik tertarik poster ini memang debom kan??

tepat pukul 12 tengah malam... koff koff.. sepatutnya... koff koff.. kitorang tukar dp dan cp. tapi, kerana mata yang tak dapat ditahan dari pujukan hirom, hampir kesemua syahid pada malam tu. termasuk saya. koff koff. aish. batuk teruk aih! hahaha. 

tiba-tiba saya terkejut. zafira mengejutkan saya dari tidur. tengok jam... aiyak! dah pukul 12.30... check mukabuku, semua pakat 'memuji-muji' saya kerana saya tertidur sedangkan amanat saya kepada mereka agar jangan tidur. dush! dush! 

maka, dengan rasa bertanggungjawabnya saya menukar dp dan cp saya secepat mungkin. lega. tanggungjawab tertunai. heh! si gadis harijadi pun terkejut kerana mukanya berada di mana-mana di mukabuku. gelombang 1.0 dirasai. 

jadi... inilah perjalanan riwayat al-kisah si gadis harijadi. oh ye! cp dan dp ni macam nak buat pilihanraya kan?? memang pun. kami gunakan cp dan dp ini bagi kempen kelab bidadari syurga. wardah antara calon presiden. haha. saya pasti dia akan menang. tengok gambar pun tahu dia sangat ayu. 

----------

baiklah. saya rasa sudah masanya saya serius. ehem ehem. betulkan anak tekak. 

apa yang boleh saya katakan, ukhuwwah yang terjalin antara kami sesama ahli bayt sangat osem. saya merasa sangat beruntung dan bersyukur kerana Allah telah menemukan kami. jika kami duduk berlainan rumah, mungkin cerita kami akan berlainan. kerana itu, syukur alhamdulillah atas nikmat ukhuwwah ini ya Allah. 

semua ujian yang kita lalui, kita hadapinya bersama-sama. banyak kenangan yang telah kita lakar. gaduh?? kita tak pernah. tapi, bertekak tu selalu. selalunya kita banyak bertekak di dapur. sebab apa? sebab nak bahagian ayam yang besar. jadi, semua pakat berebut dan mulalah bertekak. ish! sangat keanak-anakan. cuba matang sikit. hahaha. 

dan lagi bertambah untung bila kita dapat bersama dengan ahli bayt ug indah. paling best, bila dapat makanan dari diorang. semua pakat masterchef dalam rumah tu. kalau tak silap diorang ada buat bisnes katering semasa di malaysia dulu. kalau sesiapa ada plan nak kahwin dan malas guna orang mentagha (orang yang sibuk basuh pinggan, potong bawang, masak bagai-bagai tu), maka tepon lah mereka. mereka pasti tidak akan mengecewakan anda. koff koff. 

jadi, tak ada apa nak cakap selain terima kasih duhai sahabat-sahabat sekalian. lap you ketat-ketat sampai sendat. (what?!) 
asalnya, saya nak jadikan post ni macam tacing-macing. tapi, tiba-tiba jadi had lain pulak. ang punya pasai la ni, wardah!! 

okeh. sebelum saya berhenti menaip, saya ingin mengucapkan... wardah! ang dah tua! jangan dok peghasan muda lagi tau. muka ang lagi tua dari akak. omo! *malu. lari sambil menaip.*

terima kasih tak terhingga. tak tau nak hingga mana kepada...
kak insyi (si tua), zue (si muda), syida, firah, wardah (si gadis harijadi), dilah, cah (adik), mardhiah (mantan power rangers pink), wani, salmi, ul (mak ying) dan syaza. 

hahaha.

ayat cintamu untukku

bismillah.

pfffttt.. ayat cinta bagai. jiwang berkarat lagi penuh daki rupanya anda ni.

eh. sabar. urut belakang.

ayat cinta ini sumpah best. lagi best dari dari naik roller coaster di kota keriangan. lagi cool dari naik kerusi  ogawa selama 30 minit. tak percaya?

mari. teruskan pembacaan.

banyak sebenarnya ayat cinta saya. setebal 30 juzuk al-quran.

hah? tebalnya~

mestilah. sebab ayat-ayat cinta saya itu ialah ayat al-quran. tapi, ayat cinta yang saya pilih pada ketika dan saat ini ialah...
"maka nikmat tuhanmu yang manakah kau dustakan?"

mesti pernah baca kan? dalam al-quran Allah ulang dan ulang dan ulang ayat ni.

oh. awak yang di sana masih tak tahu ayat yang mana?acu try buka surah ar-rahman jap. tu yang tu... pada ayat ke 13 kemudian diulang lagi pada ayat 16. dan Allah mengulangnya lagi dan lagi dalam surah ini. jadi, awak sudah grab ayat yang mana?

angguk.

aiwah. sekarang boleh saya teruskan?

angguk.

sebenarnya, saya tidak mahu menafsirkan maksud ayat ini sama ada dari segi bahasa mahupun istilah. tapi, saya mahu kita semua meninjau terus kepada keadaan yang mana kita dapat merasai kemanisan cinta ayat cinta ini.

--------------------

SITUASI 1

jemah: jah... cuba kau tengok artis ni. gilak hensem. aku rasa macam nak pergi korea je skang jumpa diorang. semua nama aku hafal... hebat tak??? waaaa... hensem. omo omo. cute pulak tu! *meroyan*

jah: oooh... ada berapa orang dalam satu group ni...?

jemah: yang ni 13. yang ni pulak, 9... tapi, cuba tengok yang ni... 10. macho wei macho wei... wargh!!! *terlebih gula dalam badan*

jah: jemah, aku sayang kau tau.

jemah: aku pun!

jah: jemah... kau hafal 10 nama sahabat yang dijanjikan syurga?

jemah: ...

jah: kau sebut nama diorang banyak kali pun, diorang tak kenal kau, jemah. kau seru diorang banyak kali pun, diorang tak tahu. tapi, kalau kau nak bandingkan dengan rasulullah, rasulullah seru nama kau sebelum kau lahir lagi. ketika rasulullah wafat, rasulullah sebut umati... umati... maksudnya, umatku... umatku...

rasulullah merindui kau dan aku, kita umat Islam sebelum lahirnya kita lagi. mari aku kongsikan satu hadis.


"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah. 
"Malaikat," jawab sahabat. 
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. 
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi." 
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat. 
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu. 
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka. 
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah. 
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. 
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

jemah, kau seru-seru nama artis-artis ni tak bawa ke mana jemah. tapi, kalau kau selawat ke atas rasulullah, rasulullah akan bagi kau syafaat di akhirat. rasulullah akan tolong kau masuk syurga. artis-artis ni boleh tolong kau ke??

jemah: *sentap dan menangis.*

ting tong! enchek IMAN menyapa membawa bersama puan HIDAYAH. "maka nikmat tuhanmu yang manakah kau dustakan?"


SITUASI 2

eren: jijan, aku rasa aku dah tersuka kat leha la... tersayang dia sepenuh jiwa dan raga rambutan kat rumah nenek aku.

jijan: ooh.. sejak bila?

eren: sejak dia selalu bagi kata-kata semangat. kata-kata tazkirah. kejutkan aku qiam. ingatkan dhuha. dah macam nenek aku pulak. baek kan...

jijan: baek... baek ada makna tu...

eren: maksudnya...?

jijan: eren, aku sayang kau tau.

eren: asal macam ayat jah je kau ni...? geli aku.

jijan: eren... sebenarnya kasih sayang sesama kita ni la yang patut kita perjuangkan. ukhuwwah inilah yang dapat redha Allah. ukhuwwah inilah bukti keimanan. aku nak kongsi satu hadis ye...

Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” 
eren, berikhtilat tu kan haram. tak bawa sebarang faedah pun kan. aku kejutkan kau subuh, kau punya liat nak bangun. kenapa bila leha kejutkan qiam laju je kau buat? kau qiam sebabkan leha ke sebabkan Allah? dalam solat kau ingat leha ke kau ingat Allah? rasa cinta tu fitrah. itu perkara pertama yang dipelajari oleh manusia. semasa awal penciptaan nabi adam dan hawa lagi. tapi... alirannya kena betul. kalau betul kau sayang dia sepenuh raga rambutan nenek kau, kau doakanlah dia. kau minta sungguh-sungguh pada Allah. bukannya bawa dia ke arah maksiat lagi. cara macam ni seperti maksiat berselindung di sebalik nama Islam, kau tau. salah tetap salah.


eren: *sentap dan menangis.*

ting tong! enchek IMAN menyapa membawa bersama puan HIDAYAH. "maka nikmat tuhanmu yang manakah kau dustakan?"


SITUASI 3

semat: jom solat jemaah kat masjid?

dolah: malas la. kat rumah pun cukup.

semat: jom puasa sunat esok?

dolah: penat la. gastrik.

semat: jom tolong makcik kiah? dia kan lumpuh.

dolah: tolong anak dia aku nak. oh! siti sifir.

semat: dolah... jom...

dolah: kau tak penat eh? kau tak faham ye. aku ni tak macam kau. aku bukan stok kopiah raihan. aku bukan stok jubah putih. aku bukan stok serban warna-warni. kau tak nampak aku stok jeans belang-belang? kau tak nampak aku rock kapak? kau rabun ke buta?

semat: tak. aku tak penat. sebabkan kau kawan aku, aku tak penat. aku bukan buat ni sebab aku pakai kopiah raihan dibaluti dengan serban warna-warni bersama jubah putih. tak! aku buat semua ini sebab kau kawan aku. sebab Allah. aku nak kau rasa manisnya mencintai Allah macam aku sedang rasa ni. aku nak kau rasa indahnya apabila kita bergantung hidup pada Allah. sebab apa? sebab kau kawan aku. aku nak kita sama-sama berpimpin tangan masuk sorga Allah. kau nak??

dolah: siapa tak nak masuk sorga... tapi, aku dah macam ni. aku bukan orang baik-baik. aku dah tak boleh diubah.

semat: siapa cakap? takde yang mustahil kat muka bumi ini. yang jahat tak kan jahat selamanya. dan yang baik takkan baik sentiasa. hidayah tak kan sampai kalau kita tak berusaha. iman tak akan meningkat tanpa amal. ini semua dari kasih sayang Allah. Allah tak benarkan kau terus hanyut. Allah nak kau buat baik. dekat dengan Allah. Dia rindu kau. kau tak rasa beruntung ke? Allah nak kau keluar dari jahiliyyah. oh untungnya.


dolah: *sentap dan menangis.*

ting tong! enchek IMAN menyapa membawa bersama puan HIDAYAH. "maka nikmat tuhanmu yang manakah kau dustakan?"

-----------

nampak tak apa yang saya cuba sampaikan? nikmat tuhan yang paling besar buat kita ialah kalimah syahadah. kita telah dijadikan sebagai seorang Islam sejak dari lahir. sedangkan yang lain terpaksa mencari-cari. beruntung tak kita?

setiap kali kita jauh dari Allah, Allah tarik kita balik dekat padaNya. setiap kali kita terlupa pada Allah, Allah turunkan ujian. supaya kita ingat padaNya. merayu dan menangis meminta padaNya. ya Allah... Allah sentiasa ingat dan dekat pada kita. bukankah itu nikmat buat kita? ya Allah...

 "maka nikmat tuhanmu yang manakah kau dustakan?"

eton dan korea

bismillah.

angin di luar laju menderu mengalahkan kelajuan micheal shumacher memecut di litar formula one. sejuknya sampai mencengkam tulang. saya yang kesejukkan lantas membalut badan dengan selimut setebal karpet di rumah datin Maimun. hah! sudah macam polar bear di kutub utara. nota subjek adyan muqoranah sudah terbentang di atas meja minta dibaca.

sedang asyik membaca tiba-tiba saya dapat panggilan telefon dari eton (bukan nama sebenar). seperti dapat mengagak visi dan misi serta objektif panggilan eton ni. saya menjawab panggilan. ya! benar sekali tekaan saya... eton minta dipicit. saya yang sudah seperti mak bidan di mu'tah ini pasti tidak akan menolak permintaan eton.

petang selepas zohor eton datang rumah membawa kepala yang berat. kesian. pening. saya pun memulakan kegiatan memicit. tiba-tiba... eton bertanya. meminta pendapat.

maka, ini adalah perbualan kami setelah disunting dan menepati piawaian ISO.

eton: akak, bagi akak salah tak tengok cerita korea?

saya: bagi akak berhibur tu tak salah. nak tengok cerita korea ke, cerita english ke, cerita benua afrika ke... tengok lah. asalkan kita tahu apa yang kita tengok. contoh, jika kita tahu dalam sebuah filem tu ada adegan yang tak sepatutnya, jadi... jangan tengok. kalau dah terang-terang cerita tu dilabel sebagai 18sx, jangan tengok. cerita korea pun bukan semuanya teruk. ada je cerita yang bagus. yang kita dapat pengajaran dari cerita tu. so, tengok la.

yang menjadi salah apabila kita tengok cerita korea lagi yang cintan-cintun, yang hero gilak perfect.. dengan romantik, pastu kaya pulak, ada syarikat sendiri dan hensem kalah eren ajis... pastu kita terawang-awang tak cecah bumi. waktu solat pun kita lambat-lambatkan. kalau solat pun acuh tak acuh, asal solat. habis solat sambung tengok. semua benda tak buat. quran pun tak baca... haaa.. time tu kita salah.

dapat pula kalau kita tengok running man. haaa.. running man tu pecut kita pun sama pecut habiskan semua episod yang ada. terkekek-kekek, gelak menggila, kacau manusia sejagat. semua kerja tak jadi. dalam solat teringat joongkook buat aksi comel-la-sangat-dia tu... time tu kita salah.

tapi, kalau kita tengok pun tak apa. tak tengok pun tak apa. tak kacau solat. tak kacau ibadah. tak terawang-awang. tak asyik teringat je... maka, tengok la. apa-apa pun, kita yang control diri kita. kita adalah apa yang kita lihat. so... fikir-fikirkan la..


eton: ada orang tak nak lantik akhowat tu jadi naqibah sebab dia tak siqoh, tengok cerita korea. tu macam mana pula?

saya: hmmm.. pelik ye. kita memang tak perfect macam rasulullah. sebab tu rasul. dan kita kena cuba sedaya-upaya untuk jadi seperti rasulullah sebab rasulullah tu role model macho lagi bergaya bagi segala manusia sepatutnya. bukan bagi yang siqoh je... yang baik je. yang kaki surau je, yang pakai jubah je...  rasulullah cakap, 'sampaikan dariku walaupun sepotong ayat.' kalau kita nak tunggu sampai semua orang perfect baru boleh mula dakwah, baru boleh sharing ilmu agama.. maksudnya sampai sudahlah kita tak akan dapat share ilmu tu. sebab mana ada manusia yang perfect.

kalau dah akhowat tu bagi nama untuk jadi naqibah bagi akak maksudnya dia sedang cuba untuk ubah diri dia untuk menjadi baik. proses memberi tu bukan sekadar memberi tapi turut menerima. maksudnya... kalau dia sharing something pada anak buah usrah, pada masa yang sama dia dapat something dari anak buah usrah dia pula. jadi, dia membaiki diri dia juga. bukan maksudnya bila dia sharing maksudnya dia dah cukup betul dan perfect... tidak.

kalau ada orang yang ingin berbuat kebaikkan, kenapa perlu kita halang. raikan la. sekarang mungkin dia hu-ha-hu-ha, tak siqoh... tapi, mana tau esok lusa dia bertaubat dan menjadi lebih baik daripada kita. jangan pandang manusia dengan pandangan serong kononnya kita perfect. kalau kita pandang seseorang dengan pandangan jahil dan jelek, maka kitalah si jahil dan jelek itu.

jangan la bila makcik Hidayah dah jumpa kita, kita rasa macam kita ni dipilih Allah dan the chosen one... maka, kita merasakan semua yang belum jumpa dengan makcik Hidayah tu maksudnya dia ahli neraka. kalau ada yang fikir macam tu, maka hatinya telah diracuni dengan perasaan riya'.  bawa bertaubat. moga-moga kita dijauhkan dengan sifat macam tu.


eton: hooo... terima kasih kak. dah faham dah.
saya: sama-sama.

tidak sangka proses picitan bertukar menjadi proses perkongsian pandangan dan ilmu. aturan Allah. semoga perbualan kita tu bermanfaat dan bernilai ibadah. :)


p/s: kepada eton, jangan diulangi kelakuan seperti hari sebelumnya. huduh beno! hahaha.

apa sebab awak kawan dengan saya?

bismillah.

peringatan keras: ini hanyalah rekaan semata. maka, saya tak akan bertanggungjawab sekiranya ada kecederaan jiwa dan hati yang parah akibat terlalu mempercayai cerita berikut. jangan menyoal akan kebenaran cerita kalau tak nak kena cangkul. muahaha. *bertukar jadi mak tiri cinderella.*
-------------

"hoit!" Ana disergah. Badannya terkejut. Dia menoleh ke arah Ira yang duduk disebelahnya sambil tergelak setelah melihat reaksi Ana.

"nak kena senduk ye?" Ana bergurau. Ira menyambung gelak apabila mendengar kata-kata Ana. Senduk mana yang hendak dicekau Ana di tengah-tengah taman tasik ini.

"sorry, sorry. aku datang pun kau tak sedar. aku sergahlah. kenapa kau tenung dalam tasik ni? cari ikan ke?"

Ana menggeleng. "aku cari naga tasik chini." Ana menjawab selamba. sekali lagi berderai gelak Ira. Ana memang kaki merapu. pantang ada ruang dan peluang, maka Ana mula merapu.

Ira memandang Ana lama. Ana diam seribu bahasa. Ira tahu yang sahabatnya ini pasti di dalam masalah jika tidak masakan Ira akan memanggilnya untuk berjumpa di taman tasik. taman tasik ini selalu menjadi saksi luahan perasaan dua orang sahabat ini.

"kenapa Ana? Kau ada masalah?" Ira menyoal lembut. Ana menggeleng. Dia tidak tahu di mana harus dia mulakan dulu.
"Ana..." Ana terdiam. Ira resah. Pasti masalah besar ini. Ana menarik nafasnya dalam-dalam, dia memejamkan mata. Tangannya digenggam mencari kekuatan.

"Aku dah jatuh cinta!" Ana meluahkan. Ira terkejut mendengar luahan Ana. Ingin sahaja dia gelak bergolek-golek dari hujung tasik ke hujung tasik. Tapi, ditahannya.

Ini kali pertama dia melihat Ana begini. Masalah hati rupanya. Masalah yang biasa dihadapi oleh para remaja.

"ooh. Dengan siapa?"
"Dengan Is."
"Is? Ketua blok kolej 11 ke?
Ana mengangguk.

"Mana kau kenal dia?"
"Di FB. Dia PM aku dulu. aku pun balas. Dari situ kitorang start berkawan. Sekarang dah masuk 3 bulan. Dia baik sangat dengan aku. Dia caring. Dan sekarang aku dah tersuka kat dia. Tapi..." Ana terdiam lagi.

"Tapi apa?" Ira menyoal.

"Tapi, baru-baru ni Aku dapat tahu yang dia dah bertunang. Aku kecewa. Kenapa dia buat Aku macam ni?"
Air mata sudah bertakung di kelopak mata Ana. Menunggu masa untuk tumpah.

"Dia tahu ke yang kau suka dia?" Ira inginkan kepastian. Ana menggeleng. Kali ini air matanya tumpah laju menuruni pipi.

"Ana, aku nak tanya sikit." Ira meminta izin. Ana memandang Ira.
"Kenapa kau kawan dengan dia?"

Ana mengerutkan dahinya apabila mendengar soalan Ira. "Kena bersebab ke?" Ana bertanya. Ira mengangguk. "Tiap sesuatu perkara tu kan dibuat mesti bersebab. Kau minum air sebab kau dahaga. Kau makan sebab kau lapar. Kau kawan dengan dia sebab..." Ira meminta Ana untuk mengisi tempat kosong setelah dia memberikan contoh jawapan.

Ana sedikit mencebik. Dia menggelengkan kepala. "Entah. Sebab suka-suka?" Ana menjawab tidak pasti. Dia sendiri tidak tahu yang berkawan perlukan sebab. Ira senyum.

"Kita tak boleh berkawan dengan lelaki ke?" Ana bertanya lagi.

"Boleh. Itu fitrah. Tapi, kita perlukan sebab. Kerana lelaki dan perempuan itu saling menarik dan tertarik. Ia berkaitan dengan hati. Hati kan adalah raja kepada jasad. Jika rosak hati kita, maka rosak jasad kita."

"Apa sebab yang membolehkan untuk kita berkawan dengan lelaki?"

"Dalam 3 keadaan. Ketika belajar, bekerja dan berubat. Dalam dunia sekarang kita tak lepas dari bergaul dengan lelaki. Tetapi, perlu bersebab. Sebab itu membataskan pergaulan kita. Contoh, jika kita ingin bertanya tentang sesuatu perkara dan kita rasa lelaki itu mampu untuk memberika jawapan, maka bertanyalah. Seperti anak murid bertanya kepada guru. Kalau dia call hanya untuk bertanya kau sudah makan ke belum, dah study ke belum, dah lipat baju ke belum... itu dah terpesong tu. Soalan-soalan begitulah yang boleh menyebabkan hati kita sakit.

Kita ingatkan dia caring, padahal soalan macam tu dia dah biasa tanya kat kucing dia. Sebab apa? Sebab hati perempuan ini rapuh sangat. Perempuan senang sangat tersentuh dengan kebaikkan sebab perempuan ini inginkan dihargai."

Ana menangis. Dia tahu kesilapannya. Dari awal lagi dia sepatutnya tidak melayan Is. Is hanya sekadar ingin menjadi kawannya dan tidak lebih dari itu. Lagi pula, tiada perkara penting atau bermanfaat sejak dia berkawan dengan Is. Mereka hanya berbual kosong.

3 bulan dia berkawan. Dan dalam tempoh 3 bulan itu hatinya terawang dengan cinta dunia. Ibadahnya tidak khusyuk kerana teringatkan Is. Dia merasa rugi kerana membiarkan hatinya diusik oleh seorang lelaki yang tiada niat untuk mengadakan sebarang hubungan dengannya.

"Tak rugi kalau kita jual mahal kan? Lagi pun, wanita itu kan fitnah. Janganlah biarkan diri kita dijadikan  antara bahan fitnah terhadap lelaki. Jagalah diri kita sebaiknya. Perempuan yang baik itu kan untuk lelaki yang baik. Jika mahu yang terbaik, maka kita perlu jadi baik, kan?"

Ana mengangguk. Dia memeluk Ira. Terima kasih Ira atas nasihatnya. :)

--------------TAMAT--------------

penjelasan dari penulis yang budiman...
1- maaf sekiranya anda merasakan yang cerpen ini terlalu best. cerpen ini tamat di sini. tak ada sequence.
2- kalau ada yang merasakan seperti penulis ni macam dah sampai seru je, cerita pasal jodoh dan bla bla bla maka jawapannya anda salah. Ada orang minta pendapat saya tentang ini. so, konon bajet stailo jawab dalam bentuk cerpen. uhuk3.
3- tak ada apa nak cakap selain penulis seorang yang budiman. *tetibe*


soalan cepu emas, jodoh~ (aish!)

bismillah. 

hari ni saya dengan rajinnya menghadirkan diri ke majlis konvo sahabat saya. kerana dia, saya sanggup datang dan tunggu berjam-jam di dewan masrah. 

satu sahaja saya nak pesan padanya dan pada saya pesanan ini tersangat penting dan bakal dihadapi oleh kawan saya... soalan cepu emasnya adalah... 'bila nak kahwin?'

konvo mengingatkan saya tentang, jodoh!

heh! soal jodoh ni memang takkan pernah habis la. lagi-lagi umur seperti saya. kira-kira lagi 6 hari saya akan masuk 24 tahun. 2 dan 4... nombor kecil je tu. tapi, tak tahu kenapa orang-orang tua, jiran tetangga, kawan-kawan dan sahabat handai asyik bertanya tentang ini. 

saya yang tidak khirij lagi sudah ditanya dengan soalan begitu. mengapa semua orang menampakkan yang saya sudah tua dengan bertanya tentang soal jodoh ni? ha? ha? *angkat  kening sebelah.*
kadang-kadang kelakar juga. yang orang ini bagitahu tentang si lelaki ini... yang orang ini pula bagitahu tentang lelaki ini pula... ah! sudah macam membuka katalog. tak perlulah carikan. saya tak minta pun. 

geleng kepala.

kepada awak, awak dan awak...

bagi saya, sebelum membuka bermacam-macam katalog yang penuh warna itu ada baiknya bertanya kepada saya dahulu... sudah bersediakah? eh. kahwin ini awak bukan benda senang tau. bukan macam cari baju. lepas pakai boleh buang. berkahwin ni nak kena ada persiapan. sebab itu soalan yang sepatutnya awak tanya ialah, macam mana persiapan diri? bukan terus-terus buka katalog tunjuk kat saya minta saya pilih!
jawapan saya, saya tak ada pilihan. betul! 

ilmu di dada saya ini kurang. subjek universiti semua best tidak kira apa jua bidang baik usuluddin, fiqh wa usuluh atau adab. dan semua itu dengan tamaknya saya ingin belajar. rugi besar kalau saya bazirkan duit biasiswa yang ada untuk perkara yang tidak bermanfaat. dan kerana itu saya sanggup untuk habiskan belajar selama 4 tahun di sini sedangkan saya mampu untuk habiskan dalam masa 2 tahun. 

jadi, di celah mana perlu saya letakkan tentang masalah 'jodoh' sekiranya masalah 'ilmu' pun saya tak mampu nak jawab. berkahwin pun perlu ilmu juga awak tau! bukan senang-senang nak kahwin. nanti awak nak ajar anak awak apa? 

maka, satu soalan pun ditujukan pada saya kerana kurang puas hati dengan jawapan saya. 
' orang tua-tua dulu tak ada ilmu juga, tapi kahwin je. bahagia je. jadi, mana kepentingan ilmunya?'
saya senyum. awak... itu namanya ilmu kemahiran hidup. awak tahu maksud dengan kemahiran hidup? belajar untuk mahir dalam kehidupan. 

awak tengok sahaja atok nenek kita dahulu. macam mana hidupnya. bandingkan pula dengan awak sekarang. nak tukar channel TV pun pakai remote. rela lagi awak tengok satu siaran sahaja kalau remote tak ada bateri kan? jadi, mana perginya kemahiran hidup awak?

atok dan nenek dahulu ajar anak-anak dengan kematangan mereka. dengan pengalaman mereka. tak kan awak nak ajar anak awak dengan pengalaman awak yang pahit dek kerana tak dapat tukar channel TV tu? fikir balik. 

senyum kambing gurun. 

saya tak kata pun yang awak sepatutnya belajar ilmu yang saya belajar. perlu tau usul fiqh, ulum hadis, maqasid syar'iah atau fiqh lughah. tidak... tapi, cukup awak ada ilmu tentang perkahwinan.
dengan satu lafaz, awak berkahwin bukan sahaja dengan pasangan awak tapi juga dengan tanggungjawab. 
hah?? awak dah sedia? 

umur macam saya sudah melihat ramai kawan-kawan yang telah kahwin. pernah sampai dalam masa 1 hari 5 orang sekali kawan saya kahwin. pernah juga dalam sebulan berturut-turut majlis perkahwinan. saya dah tengok bermacam kes. bermacam kisah. bermacam drama. 

saya tiada pengalaman sendiri. tapi, saya belajar dari pengalaman orang. dari situ saya tapis baik dan buruk.

kata awak, 'dulu mak ayah saya pun kahwin pada usia saya. tapi, kenapa masa saya nak kahwin diorang tak bagi pula? sebabkan umur saya yang muda ke?'
alahai awak. jangan la sentap sangat. bagi saya, muda atau tua itu bukan kayu pengukur bagi perkahwinan. tapi kematangan. kadang-kadang umur dah 28 tahun pun masih menyusahkan lagi mak ayah. minta duit mak ayah. dan ada pula umur baru 20 tahun tapi sudah pandai cari duit sendiri. sudah pandai berdikari.

awak memang matang. tapi hanya dari segi perasaan. tapi, kematangan awak tentang perkahwinan sudah cukup masak ke? kalau bilik awak pun bersepah, baju awak pun tak berlipat, pinggan pun tak berbasuh... mana pergi kematangan awak? jika hidup seorang pun tak mampu urus bagaimana nanti awak nak uruskan pasangan dan anak-anak awak? 

awak kata, 'kita kena kahwin untuk elak maksiat! untuk jaga hati.'
hooo... kerana alasan serupa awak la yang sekarang ni saya nampak ramai orang kahwin muda ye? kerana takut maksiat. sungguh murah alasan ini, awak. kalau betul awak nak elak maksiat, kenapa tidak awak putuskan sahaja perubungan awak? kenapa mesti couple? kan couple tu maksiat. kenapa bila sudah couple, sudah perasaan cinta dan sayang penuh di dada, membuak-buak, baru awak nak fikir tentang maksiat?

serius saya pelik dengan alasan awak ni.

kata awak lagi, 'kalau kahwin waktu belajar nanti lebih bersemangat. dia boleh menasihati.'
awak... haih~ punya berkoyan-koyan pesanan mak awak bagi sebelum awak datang belajar, setiap kali call mak awak ulang lagi perkara yang sama, awak tak dengar. kata awak, emak awak berleter. tapi sekarang entah mana manusia bagi awak nasihat, terus awak nak kahwin?

awak... mak ayah besarkan awak dari kecil sampai besar. diorang yang lagi tahu awak macam mana. bukan dia itu. kenapa awak macam ni...?

saya tak larang sikit pun kalau awak nak kahwin. awak kahwin la waktu belajar ke, waktu bersenam ke, waktu sidai kain ke... kahwin la. betul saya tak larang. cuma saya nak awak faham yang awak berkahwin bukan sebab awak dapat semangat dari dia. tapi, awak belajar kerana Allah. dan awak berkahwin juga kerana Allah.

awak berkahwin tu bukan sebab suka-suka awak. bukan sebab nak jaga hati awak. bukan sebab belajar awak. tapi, sebabkan Allah. awak berkahwin sebab nak bina ummah yang baik yang boleh berbakti untuk Islam. anak-anak soleh yang sentiasa mendoakan awak di kubur nanti. sebab itu sebelum awak urus hidup orang, awak urus hidup sendiri dulu. bila diri mantop, pasti keluarga yang awak hasilkan juga mantop.

cuba check, dari segi ilmu awak dah pass? kalau kematangan pula? macam mana dengan kewangan? dan pengurusan?

jika awak yakin awak sudah bersedia untuk itu semua, maka... tafadholi. dipersilakan awak. saya tumpang gembira! :)

awak... jodoh tu rahsia Allah. mati pun rahsia Allah. apa kata dari awak asyik tanya saya bila akan kahwin, awak tukar bila saya akan mati? sebab kahwin tu tak tahu lagi, tapi mati tu pasti!

senyum kambing gurun berjanggut!

~sollu 'ala nabi~

sahabat dunia akhirat

bismillah.

entry ni khas untuk sahabat dunia akhiratku... AZIMAH SUMAIYAH.
masa aku taip nama kau ni, aku rasa sebak sangat. entah. macam la kau nak balik Malaysia hari ni kan? 
tak... tapi aku bakal tengok kau naik atas pentas hari ni! aku bakal tengok kau konvo, sahabat!

rupanya dah lama kita berkawan. dari sekolah menengah, kolej dan akhirnya... jordan! 
tak sangka kan kita bersama sampai ke luar malaysia. tapi, kau akan balik dulu. dan aku masih lagi 2 tahun di sini. *ambil tisu kesat hingus* ahahaha.

masa sekolah menengah, kau dengan aku kenal-kenal macam tu je. yela! seorang asramanya di timur, seorang lagi asramanya di barat. mana nak rapat. 5 tahun kita bersama, tapi... kita tak rapat seperti sekarang. 

sampai di kolej, kita ditemukan lagi sekali. kau tegur aku dulu. di situ bermulalah cerita persahabatan kita. kita saling berbincang, bertukar fikrah, saling belajar bersama... kita pun pernah jadi 'room mate' kan?
walaupun tak lama, tapi itu adalah detik berharga. 

kau masih ingat persahabat kita di duga? aku diuji dengan fitnah. kau diuji untuk percaya atau tidak. tapi, tak kisah la macam mana pun badai melanda, kau dengan aku masih berkawan. aku terharu! :(

tahun 2010 kita bersama konvo. kita berjumpa walaupun tak lama, tapi kita sama-sama mengucapkan tahniah. nama kau dan aku ditanda dalam buku konvo sebagai sebahagian pelajar yang DL. kita bersama sudah mengharumkan nama keluarga terchenta! aku bangga denganmu, sahabat!

tapi, kemudian kau pergi dulu ke jordan. sedangkan aku... masih mencari sedikit duit buat diri sendiri. dan dengan duit itu aku gunakan untuk buat preparation datang ke jordan. untuk belajar bersama dengan kau macam semasa di kolej dulu.

aku rasa terhutang sangat budi kat kau. kau yang banyak tolong aku sebelum datang sini. punya banyak soalan aku, bertalu-talu masuk inbox kau... tapi, kau layan penuh mesra. kadang-kadang aku terfikir adakah kau rimas? yela. dengan kerja persatuan lagi. dengan belajar lagi. maafkan aku, sahabat!

sampai je aku kat airport, kau orang pertama yang sambut aku. ingat lagi tak... aku peluk kau ketat-ketat? mungkin kerana rindu. dan tak sangka kan, aku transit kat rumah kau. sepanjang transit, banyak benda aku belajar dari kau. yela. kau kan 'senior' waktu tu... hahaha. kau yang carikan rumah. kau yang selesaikan isu rumah pindah-randah. penat kan jadi kau? hahaha. 

dari kesusahan dan kepayahan tu menjadikan kita semakin rapat.
maaflah kalau waktu kau susah aku tak ada untuk tolong. 
dan, hari ini... kau akan konvo. tahniah sahabat!!
doakan aku untuk menjadi hebat macam kau juga. ^^

eh. malaysia dah mula memanggil-manggil tu. sahut cepat ye. mereka perlukan bakti kau. 
selamat berbakti sahabat untuk ummah demi Allah. :)

p/s: nantikan aku di masrah bersama hadiah buatmu. hahaha. 



kita perlu sensitif!


bismillah.

saya bukan peminat tegar filem melayu. lagi-lagi  cerita  meleleh-leleh, cerita si baik asyik kena tindas je tak pun cerita cinta jiwang karat lagi berdaki, memang sumpah saya tak layan. 

wekk. muntah.

tapi, apa yang bakal yang saya tulis lepas ni berkaitan dengan movie-movie yang berunsurkan jiwang karat lagi berdaki dan juga cerita lawak yang tak berapa nak geli hati. serius! saya perlu menulis tentang ini.

kali pertama saya tengok cerita ombak rindu atau dalam bahasa klasiknya miss wave, saya terpaku dan terkedu serta terkejut bersama beruk. mana tidaknya, sungguh sekular cerita melayu sekarang. adegan peluk dan cium seperti adegan anak-anak dara tolong mak kat dapur. seperti sangat biasa. 

saya sangat terkejut hingga hampir tergolek jantung ke bawah apabila melihat adegan antara hero dan heroin dalam cerita tersebut. sudah macam suami isteri yang sah. oh! saya malu untuk menulis adegan ngeri mereka. 

seterusnya cerita istanbul, aku datang. oho! cerita yang terbaru. seperti saya katakan, saya memang tak tengok cerita melayu... jadi, mana pula saya tahu tentang cerita ni? 

kelajuan penyebaran maklumat melalui internet sekarang kan lebih laju dari kelajuan enchek superman terbang untuk cuba menyelamatkan kekasihnya. enchek superman pun sudah redha dan pasrah dengan fakta ini. 

lagi-lagi filem ini filem pecah panggung hingga retak. ramai sangat yang update status di mukabuku pasal filem ini. tapi sayang seribu kali sayang, ramai yang suka berbanding yang menegur. ya! filem ini harus ditegur. saya belum mengkhatamkan lagi cerita ini sampai habis. hanya tengok kira-kira 40 minit pertama sahaja. 

ada beberapa babak yang saya tak boleh terima dalam cerita ini sepanjang 40 minit pertama saya tonton.

pertama, bila si gelpren cakap boipren dia seorang yang paranoid kerana tak benarkan dia tinggal dengan 3 orang lelaki. *pitam 3 hari 3 malam*

kedua, bila boipren dia marah kenapa si gelpren dia peluk dia tengah orang sedangkan itu perkara biasa yang mereka buat di Malaysia. jawabnya dengan selamba seperti tengah main congkak, 'sebab Turki negara Islam.' *soalan taska: anak-anak, apa agama rasmi negara Malaysia?*

ketiga, bila si boipren boleh pulak tangannya meraba si gelpren di kedai dan membuat cubaan untuk cium tapi ditolak kerana baru jap tadi si gelpren kena marah dengan si boipren sebabkan peluk depan orang. jawab si boipren, 'tadi tu depan orang. sini tak ada orang.' *pengsan seminggu*

dan filem terakhir yang dipilih ialah, filem aku terima nikahnya. 
jalan cerita menarik. kisah tentang suami isteri. tapi, sekali lagi saya bertanya... perlu ke berlakon macam dah betul seperti suami isteri. bagi saya, sudah memadai dan faham jika hanya buat majlis kahwin dan akad nikah untuk membuktikan kamu berdua adalah suami isteri. dan lagi, saya tahu anda berdua berlakon menjadi suami isteri tapi perlu ke sampai cium pipi...???? TIDAKKKKKKK!!!! 

di mana sensitiviti kita sebagai seorang Muslim? kenapa kita biarkan perkara ini terjadi?? mengapa kita terus berdiam apabila filem-filem sekular semacam ini menjajah pemikiran anak muda sekarang?

bila si anak membawa perut yang bunting tanpa suami, dicerca dan dimarah. tapi... sila lihat kembali dunia keliling. anak-anak disumbatkan dengan cerita yang bukan-bukan, yang tiada akhlak, yang menggalakkan pergaulan bebas tanpa batas dari kecil. ibu bapa pula membenarkan dengan alasan ini hanya sekadar cerita. just for fun! 

ye! dan alasan anak bunting pun because they thought it's just for fun!! 

jika pengarah filem menganggap dengan perlu beradegan hangat begitu baru boleh melariskan sesebuah filem, maka apa yang boleh saya katakan... anda bukan pengarah filem yang hebat. anda bukan orang seni. anda tiada kualiti. 

tengok sahaja cerita ketika cinta bertasbih, tidak perlu adegan peluk memeluk, tidak perlu adegan yang menunjukkan ke'real'an suami isteri, tidak perlu adegan di atas katil... tapi tengok! berapa ramai anak muda dan orang tua yang sukakan cerita itu. 

berapa ramai pula yang terkesan dengan cerita islamik ini. islamik dengan kata sebenar. bukan islamik atas nama sahaja. 

sesuatu yang lahir dari hati akan sampai ke hati. itu yang sering saya dengari dari kawan-kawan ketika kami berentap dalam pertandingan teater tahun lepas. hati kami ikhlas menginginkan para penonton terkesan dan dapat mengambil pengajaran dari cerita yang kami pentaskan.

kami tidak banyak membuat persiapan. serius kami katakan, kami banyak berlatih last minute. tapi, hati yang ikhlas memancarkan sinar dan sampai ke hati yang lain. 

kami buat bukan kerana siapa. bukan kerana pingat. bukan juga kerana nama. kami buat kerana Allah. ya! hanya keranaNya. pementasan teater kami dan KCB mempunyai matlamat yang satu. hanya untuk mendapatkan redha Allah. 

jika akhirat yang kita kejar, maka dunia akan mengejar kita. itu pasti!

maka... solusinya,

si penonton, harus merasa sensitif dengan cerita yang ditayangkan. bukan hanya berseronok sambil berkata, 'ini cerita je.'

si pengarah, perlu meluruskan niat sebelum membuat filem. jadikan filem sebagai wasilah untuk mendapatkan redha Allah. 

ibu bapa perlu menapis saluran media anak-anak. jangan semberono memberikan kebebasan kepada anak untuk berhibur. berhiburlah. tapi, setiapnya ada batasan. 

"berhibur tiada salahnya,
kerna hiburan itu indah,
hanya pabila salah memilihnya,
membuat kita jadi bersalah" - raihan.

a little appreciation doesn't take a huge amount of time..

bismillah...

pagi sebelum waktu kejadian, adik mengadu. katanya dia sangat sibuk dengan kerja lain dan minta saya untuk tolong dia buatkan skrip teater. saya rasa kesian sangat kat dia memandangkan dia ni super sibuk kalah presiden obama. katanya, semat (bukan nama sebenar), usop (bukan nama sebenar) dan beberapa orang yang lain sibuk dengan urusan masing-masing. jadi, semua orang tak dapat nak berikan komitmen memerah otak nak fikirkan tentang skrip. saya paham. maka... sebagai kakak yang baik hati lagi budiman, saya pun menerima offer untuk bantu dia.

maka, saya pun buat research sedikit sebelum buat kerja. jumpa orang sini dan sana semata-mata untuk mendapatkan bahan tulisan. setelah puas mengkaji akhirnya saya dapat ilham. maka, bermula pada petang tu, saya pun menaip cerita. dengan penuh khusyuk dan tawadhuk. saya tanya adik, bila perlu saya hantar skrip ni... katanya, sebelum pukul 9 malam. baiklah. saya pun meneruskan misi.

selesai asar, kawan pun buat lawatan mahabbah dalam bilik. dia mengajak saya beli barang bersamanya kerana itu perjanjian saya dengan dia. kami nak beli barang untuk buat kek. kami nak menjual. nak cari duit lebih sikit. tapi, oleh kerana skrip yang satu ni, saya minta dia pergi dengan orang lain. nasib dia kawan yang baik seperti saya (hohoho), makanya dia pun pergi dengan orang lain.

saya meneruskan kembali taipan saya. taip punya taip... tiba-tiba dapat panggilan. dari enchek boss. enchek boss minta tolong sediakan semua bahan maklumat biro kami untuk exhibition nanti. maka, saya kata padanya saya tengah sibuk buat kerja lain, adakah boleh jika saya nak bagi malam nanti selesai saya buat kerja? enchek boss yang baik hati pun memberikan permission. enchek boss yang hoyeh!!

maka, saya terus manaip lagi. tiba-tiba, saya terasa pedih sangat perut ni. bila fikir punya fikir dan terus berfikir, rupa-rupanya saya belum makan lagi! dah pukul 10 malam waktu tu. saya lapar. tapi, saya habiskan juga skrip tersebut dan terus hantar kepada adik melalui YM. adik baca dan beliau kata, 'padu bak ang!!!'... maka saya pun lega.

tapi kemudian, saya cuba untuk call adik tapi tak diangkat. saya sepertinya dapat mengesan ada sesuatu yang buruk sedang berlaku. namun, saya keep positive because that's the spirit that we should have. ketika itu, kepala saya sudah pusing. saya sepatutnya menolong kawan-kawan saya membuat kek, tapi perancangan itu terbatal kerana kepala saya sedang berpusing macam tayar lori. maka, sekali lagi saya minta izin untuk tidur. maka, pada malam itu, mereka saja yang membuat kek-kek tersebut.

esoknya, pada hari kejadian, saya call adik. tanya macam mana... dengan nada yang agak bengang adik saya bagitahu yang skrip saya ditolak mentah-mentah. tanpa di baca... tanpa dihayati... oh! peritnya saya rasa ketika itu. adik kata, semat nak buat cerita sendiri. dia nak idea dia.

maka, ketika itu saya rasa jika boleh saya benamkan kepala semat ketika ini sudah lama saya benamkan. punya la saya bersengkang mata, memerah otak, dengan kerja yang menimbun, saya dahulukan skrip ni, lepas skrip siap, ianya dibuang seperti tiada erti.

hohoho. saya tahu. semat seorang yang hebat. tapi, beliau pasti lagi hebat dari power rangers hitam kalau dia cuba menghargai usaha saya. huh!

sudahlah kepala saya masa tu nyut-nyut minta panadol sebab hari sebelum tu saya dengan baik hatinya menjadi translator kepada dua orang kawan. yang pertama mintak tolong sebelum maghrib dan hantarkan skrip selepas isyak. yang sorang lagi, minta tolong translate kan bahasa melayu purba kepada bahasa inggeris untuk menjadi tatapan dato duta dan orang-orang berjawatan besar yang lain.

saya, sebagai seorang kawan yang budiman pastilah ingin menolong kawan selagi boleh jika tidak melanggar syariat. maka, saya tolong. tengah malam baru saya selesai menerjemah bahasa melayu purba tu. dah la purba, dengan bahasa tinggi melangit, nak diterjemah dalam bahasa inggeris yang perlu juga sama taraf dengan kepurbaan bahasa melayu. dan ditambah lagi, saya menterjemahkan seorang diri.

ada juga minta tolong pada orang lain, tapi orang lain sibuk dengan dunia mereka. jadi, kena buat sendiri. oleh kerana itu, kerja yang mungkin boleh diselesaikan awal dapat dihabiskan di tengah malam.

jadi, cuba bayangkan, malam tak cukup tidur sebab perah otak, esok bangun awal pagi nak ke kelas, balik kelas terus buat skrip... dan natijahnya skrip dibuang tanpa dipandang. oh! sakitnya hati beta!

tapi... bila difikir balik, setelah berbincang, munaqoshah, musyawarah dengan diri sendiri maka saya pun dapat jawapan melalui zikir munajat yang saya dengar untuk menenangkan diri yang sedang dalam api kemarahan itu...

saya katakan pada diri, 'bersabarlah wahai diri. sedangkan JK Rowling sebelum dia jadi penulis terkenal pun skrip novel dia ditolak mentah-mentah. ini kan pula kau... hanya 'zu rolling dalam hirom'...
apa natijahnya jangan dikira. yang penting, apa yang kau buat kau telah sandarkan kepada Allah. moga ianya dinilai ibadah.

jadi... semasa di hari kejadian, semat ada berjumpa dengan saya, nak beli barang... sebelum ni yang rasa macam nak benam kepala semat jadikan baja pokok kaktus, terus tak jadi. saya layan dia dengan baik sekali selayaknya seorang penjual kepada seorang pembeli. tak suka nak simpan marah ni. tak membawa  sebarang keuntungan. kini saya lebih bahagia~~

mekah, aku datang!

bismillah. 

ke mekah. impian dari dulu lagi. tahun ni dugaannya lagi banyak dari tahun lepas. sungguh! jangan disangka bila kita rasa semua dah ready, maka kita akan dapat menjejakkan kaki ke Mekah macam kita nak jalan-jalan ke Bukit Tinggi, Indonesia. tak. tak semudah itu!

tahun ni saya berusaha lagi nak apply untuk ke Mekah. tak putus asa. bak kata atok nenek dulu, nak seribu daya, taknak seribu dalih. Allah tengok effort bukan hasil. sebab hasil Allah yang bagi tapi effort datang dari diri sendiri. 

harapan saya tinggi menggila tahun ni. lagi tinggi dari gunung fuji. ayah called bagitau yang family saya n family makcik nak datang. kira-kira masa tu, dalam 11 orang akan datang sini. memang saya terbayang dah diri ni dalam pelukan orang tersayang. rindu!

tapi, lepas tu... berita sedih pertama saya dapat, ummi masuk hospital. lepas saya balik ke Jordan, ummi sakit. sakitnya ada kaitan dengan buah pinggang. ummi banyak kali cakap ummi tak teruk, tak yah risau. tapi, setiap kali saya skype... saya tengok muka ummi bengkak. berat ummi naik. badan ummi macam snowball. 

saya kat sini mampu doa dari jauh je. apa lagi yang boleh saya buat. saya ingat lagi dulu masa ummi masuk hospital sebab darah ummi tinggi, saya yang stay kat hospital dengan ummi. saya menyempit dengan ummi tidur atas katil. saya yang habiskan makanan ummi bila ummi tak lalu nak makan. hohoho. 

tapi, sekarang bila ummi sakit, saya tak mampu buat apa. dengar je. setiap kali ummi cakap, 'zue, tak yah risaukan ummi. ummi okay je.' saya diam. sebab saya tahu ummi nak sedapkan hati saya je. tapi, memang hati ni takkan pernah sedap bila tengok ummi camtu.

saya tahan air mata setiap kali skype dengan ummi. tak nak ummi sedih tengok saya menangis. tapi, setakat mana saya boleh simpan air mata ni. lama-lama tumpah juga. sampai la saya bertekad nak balik Malaysia masa raya Aidil Adha hari tu. biarlah walaupun cuti tak lama. biarlah walaupun dapat seminggu je. asalkan saya dapat balik dan jenguk ummi. 

hari saya bertekad nak balik tu, tiba-tiba ummi call. sembang panjang. tiba-tiba ummi cakap, 'zue, jangan balik sini. zue duduk je kat sana. fokus study je. ada ramai orang yang boleh jaga ummi kat sini. biar ummi datang sana. ummi tak bagi zue balik sini.' ummi macam tahu-tahu je. waktu tu saya memang tak dapat nak cover dah. saya menangis sampai tak boleh nak jawab apa ummi tanya. cuma mampu bunyikan 'emm' tanda faham. 

ummi dan ayah akan datang bila ummi betul-betul dah sihat. sekarang ummi masih lagi sakit. ummi masih tak fully recover. 

kemudian, masalah kedua pula datang. 

ayah called bagitahu yang isu bankruptcy ummi tak selesai lagi. selagi duit tak dibayar, selagi tu ummi tak boleh keluar Malaysia. dan pula, ayah takkan ke mana-mana kalau tak ada ummi. jadi, kira-kiranya, tolak ummi sama juga tolak ayah. dan kakyang, memang takkan datang kalau tak ada ummi dan ayah. sebab kakyang cakap, impian ummi nak datang Mekah. dan kakyang taknak pergi selagi ummi tak pergi. kakyang tak ada apa-apa masalah. jadi kakyang boleh pergi bila-bila asalkan selesaikan masalah ummi dulu.

bermaksud juga, tak ada ummi, tak ada ayah, tak ada kakyang. cuma ada keluarga makcik. 

tahun lepas, guna alasan adik-beradik susuan tak diterima. konsoliah tak percaya. jadi, tahun ni kena guna cara lain. saya post passport ke Malaysia. dapat tumpang mahram. memang post ke Malaysia tu satu risiko besar. sebab takut hilang ke tak sampai ke... macam-macam boleh jadi. tawakal 'ala Allah.

ayah called. bagitahu passport dah sampai. Alhamdulillah. so, pakcik nak proses passport ke konsoliah kat Malaysia. tiba-tiba... 

masalah ketiga muncul!

passport saya tak valid. kerajaan arab tak buat visa kalau passport mati tempoh kurang dari 6 bulan. passport saya meninggal bulan 5 ni. tak cukup 6 bulan. saya kena perbaharui passport. tapi, masalahnya, renew passport hanya boleh dibuat kat kedutaan jordan. dan buat kat kedutaan hanya siap lepas 3 bulan. 

huh! kalau renew sekarang pun, passport siap bulan 3 sedangkan makcik nak datang bulan 1. makanya, kesimpulan yang saya dapat buat... saya tak dapat pergi Mekah. berita yang saya dapat pagi tadi, ayah akan hantar balik passport saya ke Jordan. pagi-pagi dapat berita sedih. memang satu hari tu, saya kurang ada mood. rasa sedih. 

apa-apa pun, saya kena redha. itu rumah Allah. Allah yang jemput tetamunya datang. dan kali ni mungkin  nama saya belum lagi disenarai pendekkan sebagai tetamu Allah. saya yakin, Allah pastia ada perancangan yang lebih baik dari ini. ini hanya rancangan saya. rancangan Allah adalah yang terbaik. mana tahu nanti saya pergi Mekah dengan satu keluarga. mungkin itu yang Allah rancangkan untuk saya. Allahua'lam. saya redha. 

so, sekarang shift tempat... from mekah, aku datang to istanbul, aku datang!

Apabila saya jadi MC (fulawehhhh..)


Sebulan yang lepas…

Saya dapat panggilan dari kawan saya. Suaranya serius. Oh! Rupanya saya dirisik. Dia mintak saya tolong dia dalam satu program bahasa. Saya ditugaskan untuk jadi MC. Nak tolak tak sampai hati sebab dia kawan sendiri. So, hati yang tak berapa nak berat ni pun menerima tugas yang diberi. Lagi pun, dalam perjanjian asal, dia cakap saya cuma MC choral speaking.

Dan  apabila difikir masak-masak hingga separuh rentung, maka diri ini dapat jawapan.

Saya, ‘setakat dengan akhowat, apadehal!’ Saya terima!!
Pesanan dia, “zu, mulai dari hari ni ko kena prektis depan cermin hari-hari.”
Saya: =.=”


Beberapa hari kemudian…

Saya dapat panggilan telefon lagi dari kawan saya. Dengan suara yang tenang tapi lebih serius dari sebelum ni, dia pun berkata, “zu, ko jadi MC choral speaking dengan closing.” 

Time tu saya rasa jantung nak terkeluar. 

Katanya, oleh kerana dia terlebih promote saya maka team perlaksana program mintak saya jadi MC closing. Bila fikir balik, gila lak!! Closing buat kat Dewan Masrah. 500 orang students boleh muat dalam tu. Dewan besar kot… takut kaki terlebih ketaq tak mampu berdiri je nanti.

Lagi satu, tu first time kot nak bercakap depan syabab dan akhowat PERMATA. Kalau guna bahasa ibunda, okay lagi kot. Tapi ni nak speaking London depan orang. Tiba-tiba terasa keyakinan yang ada kat gunung everest sebelum ni, tengah bergolek-golek turun bawah. Adoyai!

Saya tanya, ‘siapa partner aku?’
Dia jawab, ‘kak ika.’
Saya, ‘nasib dengan kak ika. Akhowat. Apadehal!’ Saya terima!!!


Beberapa hari sebelum program…

Saya tengok tentative program yang di’post’kan kat group PERMATA. Dahi berkerut. Macam pelik je tentative ni. Saya pun telefon kawan saya. Saya tanya kenapa tentative program jadi lain dan macam mana dengan saya? Perlu ke saya jadi MC? Dalam hati mengharap, ‘kalau tak jadi, okay jugak!’

Tapi sekali lagi dengan suara yang tenang dia menjawab, “zu, ada perubahan sikit. Ko tak jadi MC choral speaking.” Yooohoooo!! Dah bersedia nak buat tarian rumba ni. Tiba-tiba dia sambung lagi, “tapi, ko tetap jadi MC untuk closing. Kat Dewan Masrah.”

Harapan musnah. Terbantut terus nak menari rumba. Lepas tu… dia sambung lagi, kali ni suara dia lebih tenang dari sebelum ni… katanya. “partner MC ko syabab.”

TIDAAAKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!

Ini berita yang paling disaster dalam banyak-banyak berita yang dia bagi. Dengan syabab?? Dah la saya cukup ketaq memikirkan yang saya akan dok depan Dewan Masrah yang besar tu untuk berucap, sekarang dengan syabab pula!

masa tu, pitching suara jadi tinggi. Terasa nak menjerit kuat-kuat.

Saya, “Hari tu cakap kak ika. Kenapa sekarang syabab pula???”

Katanya, “kak ika jadi hakim debat. Tak kan dia nak jadi MC juga malam tu.”

“lagi pun zu…” dia sambung. Nak pujuk lettewwww~

“kalu akhowat dengan akhowat jadi MC tak nampak la variasi suara. Kalau dengan syabab baru nampak variasi, gah sikit. Kalau dua-dua akhowat takut nanti audience bosan pula. Dua-dua suara lembut.” 

Hoh!! Pandai kau berkata-kata wahai kawanku. Patut la kau jadi programmer! hahaha.

Hipotesis saya, makin tenang suara kawan saya, makin besar dugaan saya. Eheh! Dan sekali lagi, oleh kerana dia kawan dunia akhirat saya, yang saya dah kenal sangat lama, yang dah banyak tolong saya, maka… SAYA TERIMA!


Hari kejadian…

Saya berjumpa dengan partner MC saya. First time nampak muka. Tak pernah kenal pun dia. Rasanya macam lagi kekok. Tak apa… saya diam je. Tengok dulu dia macam mana… ikut flow.

Saya rasa nak syukur sujud je bila saya tahu yang partner MC saya lek-lek lu orang nya. Rehearsal pun berjalan dengan lancar. Dia dan kawan saya banyak sangat tolong saya. Dari sebulan lepas dok bayang yang lutut ketaq atas pentas tapi bila betul-betul atas pentas tu, lutut straight je. Kalau ketaq pun mungkin sebab lapar. Sempat makan pagi je hari tu.

Banyak juga la benda saya dapat malam kejadian tu. Sepanjang kerja dari pukul 4.30 petang sampai 10.30 malam tu rasa macam tengah join kem motivasi. Penuh nasihat dan motivasi yang saya dapat dari partner MC.

Lagi satu, benda berharga yang saya belajar ialah biar ribut macam mana pun orang sekeliling, yang penting kita tenang. Baru kerja smooth and steady. Dan ye, malam tu walaupun kat belakang pentas tengah taufan Katrina sebab plan asal ada perubahan, tapi saya tetap tenang. *muka meditasi*


kesimpulan...

So, kesimpulan yang saya dapat dari program malam tu atau lebih suka saya kenalkan sebagai kem motivasi ialah jangan takut untuk mulakan sesuatu. Of course segala macam perasaan kita akan rasa awal-awal tu sebab tu pengalaman pertama kita, tapi kalau selagi kita tak mulakan langkah pertama,  mana kita nak tau kemampuan dan kelemahan kita.

Tanpa langkah pertama, kita akan tetap kaku di tempat yang sama.

Ohoh! Terjadi motivator pulak. What can I say is… THANK YOU, MY FRIEND for giving me such opportunity to challenge myself to be a better person.

Tapi, pape pun aku tetap tunggu broasted dari ko. Hihi.

dilema cinta ilahi

bismillah.

assalamualaikum..

terkadang diri rasa ingin lari
lari entah ke mana aku tak pasti
lari membawa hati
hati yang kotor dipenuhi daki
daki yang banyak menggelapkan hati
aku ingin... hati itu suci kembali
kembali jernih, berseri-seri...


aku penat
cuba mencari kembali hatiku yang hilang
hilang termasuk di dalam kesibukkan dunia

aku ingin balik
kembali pada diriku yang asal
yang gembira bersama imanku
sendirian namun bahagia



namun... aku tahu...
tidak mungkin aku akan begitu lagi
mana mungkin aku seorang diri
selamanya begini

yang lepas tidak boleh dikembali
itu aku pasti
jadi, hari ini
aku kena terus tabah mengajar diri
membaiki hati
membersihkannya dari daki
agar berseri kembali

aku ingin menangis
menangis sepuas-puasnya
menyesali segala perbuatanku
yang dahulu, kini dan akan datang
aku ingin menangis
dalam sujud panjangku
ketika hanya tinggal aku dan Dia
aku ingin menangis
ketika membaca surat cintaNya
aku ingin menangis! aku ingin menangis! aku ingin menangis!

mengapakah hati ini keras benar!
kenapa hati ini seperti batu!!
kenapa??!?!?!?!

aku perit berperang dengan diri sendiri
aku perit berperang dengan hati
aku perit berperang dengan akal

aku merinduiNya
rasa gembira jika dapat 'dating' denganNya
rasa syukur kerana dia mengajakku bersamaNya
rasa bertuah dapat mengadu padaNya

tapi........
di sebalik itu, diri masih terasa kosong
kosong kerana hati dan jiwa tidak seiring dengan rasa

kata rasa gembira, tapi kenapa hati tidak merasainya
kata rasa rindu, tapi hati merasa itu dusta dan tipu

perang dengan hati ini perit!!!
cinta itu berada di depan mata
namun jenuh untuk digapai
payah untuk dicapai
aku buntu!!!

marah pada diri
kerana membiarkan hati terus berdaki
hingga susah untuk dicuci
salah sendiri!!!

tabah la wahai diri
jika kau terpaksa penat
kalau kau terpaksa tenat
walau kau tak akan cukup rehat
tak apa... asal cintaNya kau dapat!


mister murokib

bismillah...

assalamualaikum...

murokib? apa tu? adakah anda sedang menggaru-garu kepala sambil terfikir tentang coklat cadbury ber-hazel nut di dalam? atau adakah anda sedang terfikir air beraisotonik hundred plus yang berada di dalam gelas dan terapung-apung ais di atasnye sehingga *gulp* anda menelan air liur... pergh! oh oh.. maaf.. tu imaginasi saya sebenarnya.

meh sini saya terangkan apa itu murokib, kenapa saya nak berbicara tentang murokib di kala salji sedang turun di luar rumah dan tangan sedang membeku kesejukkan ni..

murokib ialah kaum adam yang sanggup menemani kaum hawa di bumi Jordan ini. maka, jika saya menjadi pembaca yang tak tau apa itu murokib, saya akan ternganga mulut sambil terfikir 'whoa!! mantop glerrrrrr~ ade bodyguard wei~ tapi... perlu ke?'

saya mengangguk-angguk sambil kunyah biskut 6star perisa koko.. perlu. perlu. sangat perlu. sebab pokcik arab sini ganas, gatai dan gedik.. tapi, tak semua pokcik arab jahat.. cume, akhowat jordan ni dijaga kerana pokcik arab 3g seperti disebutkan di atas.

maka, kenapa la saya nak berbicara tentang mister murokib neh? sebabnye.. saya dengar banyak luahan perasaan kawan-kawan saya.. dan ade seorang tu meluahkan pada saya begini..'sekarang ni musim murokib malas nak murokib.'

haaaa.. kenapa mereka cakap camtu?? mereka ade dendam kesumat dengan mister murokib ke? maka, saya menggeleng-geleng sambil sedikit mencebik.. tak.. tapi disebabkan setiap kali minta murokib, semua mister murokib lari ala-ala masuk sukan olimpik 2012 di london nanti..

sebab tu saya tabik spring kenyal pada mister murokib yang memang setia murokib akhowat tak kira ketika hujan, salji mahupun angin laju.. memang antum terbaek dari ladang la~~

tapi, sayang... tak semua sanggup. saya pernah bersembang dengan kawan lebih kurang begini tajuknye... 'sanggup tak kita jadi murokib?'

maka... dengan sejujurnya saya jawab, kalau saya jadi syabab, saya akan malas untuk keluar rumah hanya untuk teman akhowat ke puskma yang tak sampai 5 minit berjalan..

frankly speaking (fuh! speeching!)... bile fikir balik, kenapa murokib nak bersusah-payah nak murokib akhowat bagai sedangkan akhowat tu bukan emak, akak, adek, isteri, adek ipar, anak buah, anak tiri, mak long belah emak, mak long belah ayah, mak ngah yang berkahwin dengan pak lang (ada baiknye saya stop!)... ringkasannya ialah... buat apa la syabab nak menyusahkan diri keluar malam-malam merempuh sejuk untuk hanya temankan akhowat nak ke puskma yang perjalanannya tak sampai 5 minit pun sedangkan waktu tu syabab boleh duduk atas katil sambil main facebook dan ditemani dengan sobah letrik.. kan? kan?

tapi... cume satu je sebabnye yang boleh mematikan pelbagai alasan tadi; kerana Allah. jika kerana Allah, pasti syabab tak akan beralasan seperti tadi. jika syabab dapat merenung hadis ini,

Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri..

(Diriwayatkan oleh : Anas Ibnu Malik)


pasti syabab akan rasa bertanggungjawab untuk murokib akhowat yang sering diganggu dengan pokcik arab 3g. kita memang tiada pertalian darah, tapi kita saudara seIslam, saudara seaqidah.. kalaulah syabab boleh lihat pahala yang mereka terima kerana menjaga saudara seIslamnya, kerana menemankan akhowat yang ingin ke puskma kerana majlis ilmu, pasti.... saya yakin... saya kunci jawapan ini... ramai syabab yang ingin menjadi murokib.

sekurang-kurangnya, syabab telah menggunakan kaki yang Allah berikan ke arah kebaikan.. semoga Allah redha dan berkati setiap langkah syabab menemani akhowat yang ingin pergi ke majlis ilmu..

setiap perkara kebaikan yang diniatkan kerana Allah, bernilai ibadah di sisiNya. semoga pahala menjadi mister murokib dapat topup pahala yang kurang di akhirat kelak.. insyaAllah..

muhasabah diri

bismillah.

assalamualaikum.



terkadang terasa diri sudah kuat. iman sudah kental. hati sudah tabah. tapi, bila datang ujian, baru tahu rupanya diri ini masih lagi rapuh! masih lagi banyak silapnya. hati ini tak adalah sekuat mana.

iman pula masih lagi senipis kulit bawang. bila-bila boleh terkoyak jika tak dijaga dengan betul. baru tau rupanya, iman ni macam lif rosak. kejap naik kejap turun. masa ujian la kita baru tahu diri kita yang sebenar.

ujian pulak sebenarnya ikut cita rasa kita sendiri. seperti dalam surah al-baqarah, Allah menurunkan ujian tu sesuai dengan kemampuan kita. Allah takkan menzalimi kita. Allah lebih tau apa yang kita mampu apa yang tidak. kita yang menzalimi diri sendiri kalau kita tak dapat handle-with-care ujian yang diberi.

setiap orang ujiannya lain-lain. lebih kurang tu ada. sama tu tidak. jadi, pandai-pandailah kita selesaikan ujian kita. ujian tu untuk dihadapi. bukan untuk dihindari. beranikan diri. ini semua cara Allah nak ajar kita. learning process. jadi, jangan serik untuk belajar.

ujian tu tak datang macam tetamu. call dulu. bagi kita bersiap dulu. jemput masuk dengan sopan.

tak! ujian tu datang tiba-tiba. tak boleh nak ramal datang bila.

kalau ujian tu datang, perlu ke kita pakai baju besi? nak lindung diri.
tak perlu... kita hanya perlu sabar dan hadapi dengan tenang sambil buat muka lek lu je..
peace yo!



layakkah kita untuk menghukum seseorang

bismillah.

assalamualaikum.




apa pendapat anda tentang gadis ini? rambutnya kembang semangkuk. berwarna-warni ala-ala pelangi. muka masam. hmm.. adakah anda terfikir yang dia ni datang dari planet pluto? atau terlintaskah di fikiran anda yang dia ni spesis punk, gothic, emo dan sebagainya? atau anda hanya terdetik bahawa dia ni seorang yang bermasalah?

jawapannya ialah....



she's just a normal girl with a normal behavior. kenapa kita mesti menghukum seseorang hanya dari segi luarannya? kita selalu bajet, kalau pakai kopiah, pakai tudung labuh, pakai jubah 8 hari seminggu, maknanya dorang tu ustaz ustazah.

ilmu agama berkepuk-kepuk di dada. tanya je, terluah la semua hadis nabi, firman Allah. mula la bila kita nampak dorang makan sambil berjalan, dengar lagu if i let you go, pun kita nak pandang serong. katanya, tak siqqah.

WHO ARE WE TO JUDGE PEOPLE?
SIAPA KITA UNTUK MENGHUKUM/ MENILAI SESEORANG?

dengan hanya melihat secara luaran, kita boleh jangka ke dia macam mana? kita ada belajar ilmu ghaib ke kasyaf ke sampai kita boleh tau macam mana seseorang itu dengan hanya melihat secara luaran?

adakah kita berlaku adil dengan hanya melihat seseorang secara luaran? kita kata hakim tu tak adil, mempunyai banyak bukti, tp masih melepaskan si pesalah pergi. bagaimana pula dengan kita yang menghukumi seseorang tanpa mencari bukti? maknanya kita lagi teruk bukan?

kita digemparkan semalam dengan cerita pasal amalina che bakri.. masing-masing share di facebook. ada juga yang tak kurangnya memaki hamun. konon-konon kecewa dengan perubahannya. sedddddddey~

saya melihat, rata-rata yang share akan tulis...
betul ke ni?
tak tau la betul ke x?
sure ke ni dia?

cop! kenapa anda masih share di FB kalau anda tak pasti sejauh mana kebenaran cerita ni...? anda sedang membuka, memperluaskan, mengwar-warkan aib seseorang. adakah anda melakukan apa-apa tindakan? tak....
ANDA HANYA SEKADAR SHARE!



setiap sesuatu tu pasti bersebab. manusia buat salah pun bersebab. cuma kesalahan yang dia lakukan tetap satu kesalahan. kalau kita tak suka melihat kesalahan yang dia lakukan, tegurlah! kalau tak mampu untuk menegur, doakannya. bukan menghukum! manusia tak lari dari berbuat salah. berikan mereka peluang.

iman itu hanya senipis kulit bawang. mungkin hari ini masih berbalut dengan kulit iman. mana tau esok-esok mungkin kulit iman itu terkoyak. kita juga pasti akan sedih sekiranya semua orang bercerita tentang kita, mengwar-warkan kesalahan kita, share di FB... kan? kan? what goes around, comes around. ingat tu!



dengan menghukum seseorang, kita hanya menghukum diri sendiri.
dengan mengwar-warkan kesalahan orang, kita hanya mengwar-war kesalahan sendiri.
dengan memburuk-burukkan seseorang, kita hanya memburuk-burukkan diri sendiri.

akhir kalam, renung-renungkan hadis ini:

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Siapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mu’min dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya di hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitann niscaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat dan siapa yang menutupi (aib) seorang muslim Allah akan tutupi aibnya di dunia dan akhirat. Allah selalu menolong hamba-Nya selama hamba-Nya menolong saudaranya. Siapa yang menempuh jalan untuk mendapatkan ilmu, akan Allah mudahkan baginya jalan ke syurga. Suatu kaum yang berkumpul di salah satu rumah Allah membaca kitab- kitab Allah dan mempelajarinya di antara mereka, niscaya akan diturunkan kepada mereka ketenangan dan dilimpahkan kepada mereka rahmat, dan mereka dikelilingi malaikat serta Allah sebut-sebut mereka kepada makhluk disisi-Nya. Dan siapa yang lambat amalnya, hal itu tidak akan dipercepat oleh nasabnya”.
(Muttafaq ‘alaih).

ukhuwah ala-ala halawiyat



bismillah.

assalamualaikum.

"Hanya orang yang pernah memakan cili tahu betapa pedasnya cili itu. Hanya orang yang pernah merasai kenikmatan ukhuwwah tahu betapa manisnya ukhuwwah itu!"

hmm... salah ni! ukhuwah tu tak manis la. tapi, ukhuwah tu SANGAT MANIS. heeee..
ala-ala manis halawiyat kat jordan ni. tapi, kalau halawiyat kat sini cukup la makan sekali. lepas tu dah tak nak makan lagi. sungguh manis sekali.

tapi, lain pulak kes dengan ukhuwah. manis sangat. tapi...
nak lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi. nyum..nyum..nyum..

ukhuwah tu manis sangat. tak kisahlah terasa manisnya masa di bulatan gumbira ke.. atau terasa manisnya masa di TDI sampai ke syurga ke.. atau terasa manisnya masa di rumah seperti di bayt bustan ke.. atau terasa manisnya masa bersama dengan kawan-kawan satu syuqoh seperti di syuqoh baba ke.. atau terasa manisnya ketika berkumpul, bersama, berprogram seperti di PERMATA. hehehe..

yang penting, the very main point here is ukhuwah tu manis~~ percayalah!
tak percaya lagi ke??? try la sendiri. heeeee~~ tak rugi! serius tak tipu!

tapi...
'sedangkan lidah lagi tergigit.'

sedap-sedap kunyah rendang ayam sekali...teeeeeet! tergigit lidah. pedddddeh~~ ish ish ish. lidah sendiri pun boleh tergigit. pedihnya mencucuk hati.

macam mana pulak ye kalau tersengat, tercubit, terlukakan hati kawan? atau disengat dicubit atau dilukai kawan sendiri? mesti lagi pedih. kan? kan? kan?

pedih sangat~ tapi, lagi pedih dan sedih kalau...
yang sebelum ni, duduk rapat-rapat. sekarang, masing-masing buat muka ketat-ketat.
yang sebelum ni, dok declare kata sahabat sejati. sekarang, masing-masing mengumpat situ sini.
yang sebelum ni, berjanji itu ini. sekarang, masing-masing membawa diri.

sedddddeyyyy~

tau tak kome, masa tu la syaitan gumbira tak terhingga! mula la syaitan menari rumba, makyong, zapin bila hasutan dia menjadi. rugi rugi. dah la rugi hilang kawan, rugi pula terikut cakap si syaitanirojim ni.

pilihan di tangan kita!

kalau kita ter-gaduh dengan kawan, pergilah minta maaf. tak kisah la kita betul atau salah. eh jap... tapi, siapa cakap kalau kita minta maaf tu maknanya kita salah?? tak la.. kita maaf sebab kita sayangkan ukhuwah yang kita dah lama bina. sebab kita sayang dengan ukhuwah kita yang manis ala-ala halawiyat tu. sebab berukuwah itu dituntut dalam Islam.

kalau kita minta maaf dulu, secara tak langsung kita dah hentikan tarian rumba si syaitan. lagi best, bila syaitan frust gilak dengan kita. siap main hentak-hentak kepala kat dinding lagi. suka suka suka!

ingatlah. kalau kita tak maafkan seseorang, luka tu akan terus berada di hati. takkan hilang. tapi, kalau kita dah maafkan seseorang, luka tu akan sembuh sendiri walaupun parut masih ada.

ala... sekarang kan ada macam-macam produk hilangkan parut. gunakan produk iman, produk sunnah nabi, produk firman Allah. mesti hilang parut tu! lagi best, produk-produk ini tak payah beli pun. cuma perlu cari je. mudah kan?

apa tunggu lagi... jom minta maaf pada kawan-kawan!
bisikkan pada mereka, uhibbuk fillah!

indahnya ukhuwah tu bila ianya berlandaskan islam, di awalnya Allah, di akhirnya syurga dan sepanjang perjalanan bersama sunnah nabi. alhamdulillah~