tag:blogger.com,1999:blog-19646097424729895862024-03-22T08:12:36.426+03:00journey to eternal lovecinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.comBlogger51125tag:blogger.com,1999:blog-1964609742472989586.post-54310042948287828502013-04-18T19:08:00.001+03:002013-04-18T19:08:36.406+03:00travelog trip to turkey (hari ke- 5)

Hari ke lima.

Selepas berhari-hari kami memikirkan sama ada nak meneruskan
perjalanan ke Konya atau Bursa, akhirnya kami sepakat untuk pergi ke Bursa
setelah mendengar taujihat daripada granddad halil. Oh ye. Siapa pula granddad
Halil ni eh?

Semasa kami di Yeni hostel, kami ada bertanya pada tuan
hostel tersebut tentang Bursa. Jika dia tahu macam mana nak pergi dari Istanbul
ke Bursa. Tapi, tuan hostel itu tak tahu dan minta granddad Halil yang
terangkan.

Jadi, granddad Halil pun bersembang panjang dengan kami.
Beliau ni orang Ulu Dag. Datang ke Istanbul kerana urusan kerja. Beliau
menerangkan ada apa dengan Bursa, bagaimana hendak ke sana, dan juga sejarah
orang Turki. Walaupun mata dah kuyu, badan dah penat, tapi kami mendengar
cerita granddad Halil sampai habis kerana menarik.

Jadi, kami pun mulakan perjalanan. Check out dari Harmony
hostel, bawa beg berat berkilo-kilo tu turun dan meneruskan perjalanan. Dari
stesen Gulhane kami terus ke Kabatas. Di Kabatas, kami beli tiket naik bot.

Serius mabuk laut naik bot. Kelas gitu. Tak pasal-pasal
dapat rasa morning sickness orang mengandung. Yang lain semua dah syahid. Saya
tak dapat tidur dalam keadaan macam tu. Makanya, saya keluarkan senjata rahsia
saya. Yaitu… MAGGI! Saya hancurkan maggi tu kemudian makan gitu je. Boleh la
hilangkan sikit rasa pening tu.

Sesampainya kami di Bursa, kami dengan keyakinan yang tinggi
melampau menarik beg, mengusung beg yang berat berkilo-kilo tu masuk pekan.
Yakin city centre di depan. Yakin hotel ada di mana-mana kami meneruskan
perjalanan.

Pelik! Kenapa hanya ada orang tua je di sini? Kenapa semua
memandang pelik pada kami? Di mana perginya pelancong-pelancong asing? Mengapa
hanya kami sahaja di sini?

Kami berhenti sebentar di depan sekolah. Sebelah sekolah tu
surau. Dari jauh seorang nenek membawa quran tersenyum pada saya. Nenek tu on
the way nak pergi kelas fardhu ain di surau berdekatan... kot. Saya pun
memulangkan senyumannya kembali dengan otak ligat berfikir nak tanya apa pada
nenek ini. Nenek datang semakin dekat pada saya. Nenek senyum dengan senyuman
yang makin melebar. Sesampainya di hadapan saya, ketika saya ingin membuka
mulut untuk memulakan bicara, nenek itu menyapa dahulu.

@^@&^@&^@&$!%$%$!#%$!^ (bahasa turki)

Bagai gelas yang jatuh berderai di permukaan lantai
begitulah harapan saya untuk bertanya hancur. Rupanya nenek ini tak tahu bahasa
Inggeris. Tapi, saya kagum dengannya. Beliau tetap nak menolong walaupun beliau
tahu saya tidak faham kata-katanya. Orang Turki memang baik dan suka menolong.

Kemudian, saya cuba menganalisis kata-kata nenek dengan
bahasa badan yang dilakukannya. Maka, saya akhirnya mengeluarkan alamat hostel
yang kami bercadang hendak pergi. Kata beliau, ‘OSMANGAZI.’ Maksudnya, ini di
Osmangazi.

Saya toleh ke kanan dan ke kiri, ramai budak lelaki
beruniform sekolah sudah mengelilingi kami. Semuanya bercakap benda yang sama
setelah melihat alamat kami itu. Semuanya tersenyum melihat kami.

Benar! Orang Turki suka menolong orang.

Kemudian, kami bertanya bagaimana hendak ke sana. Mereka
menjawab dengan senyuman menggunakan bahasa mereka. Tergelak. Seperti itik
sedang bercakap dengan ayam. Kali ini cuba analisis sekali lagi kata-kata
mereka. Namun, syntax error!!

Tiba-tiba, sebuah kereta berhenti di hadapan kami. Abang
pemandu kereta bertanya kami hendak ke mana menggunakan bahasa Inggeris!
Akhirnya… phew! Lap peluh besar gadak.

Dia pun menerangkan cara untuk ke sana. Kami perlu naik bas.
Maka, kami perlu patah balik ke stesen bas tempat kami sampai tadi. Kemudian,
datang dua orang budak sekolah, mereka kata… ikut mereka. (serius ayat yang aku
karang ni lebih teruk dari budak UPSR). Mereka akan bawakan ke stesen bas. Kami
pun follow belakang~

Kemudian, abang pemandu kereta itu pun parking kereta dan
ikut berjalan dengan kami. Abang pemandu itu ajar bagaimana nak beli tiket bas.
Kami pun naik bas. Jauh juga perjalanannya!

Kemudian, bas berhenti. Kami terpinga-pinga. Kami bertanya
pada pada pakcik pemandu bas. Bagaimana hendak ke osmangazi. Kata beliau, naik
train. Kami pun naik train. Kemudian, train berhenti di stesen osmangazi.

Sekali lagi kami ingatkan city centre di hadapan mata. Dan
sekali lagi kami salah! Kami perlu menaiki teksi untuk ke cambalitas hotel.
Khabar angin mengatakan hotel tu murah dan cantik dan best dan meletop dan
banyaaaaaaaaak lagi. Jadi, kami pun menaiki teksi.

Rupa-rupanya perjalanan nampak seperti jauh. Kami mula
hilang arah. Otak semakin tak menentu. Sasau seperti hendak menjengah diri.
Bagaimana ni? Melihat meter teksi makin naik. Yaya, akan sebut nombor setiap
kali naik seLira. 1 lira… 2 Lira.. 3 Lira… saya katakan pada mereka, ‘limit
kita sampai 10 lira je. Sampai ke… tak sampai ke… kita berhenti! Pandai-pandai
la kita jalan kaki lepas tu.’

Sesampainya kami di Cambalitas hotel, meter menunjukkan 10
lira. Phew~

Benda pertama yang kami buat setelah sampai di Cambalitas
hotel ialah… telan air liur! Peluh besar gadak keluar lagi!

Ni bukan hotel untuk backpackers macam kami. Hotel setup
lawa macam ni dah tentu mahal! Tapi, kami gagahkan diri masuk! Setelah
berbalas-balas pukulan, cuba try smash empunya hotel dengan harga murah,
empunya hostel smash kami dengan pukulan yang lebih padu. Kata beliau, ‘ni
harga akhir. Nak bayar, kalau tak boleh blah!’

Kami dapat jangka kami kalah tapi sila berbudi bahasa sikit
wahai makcik Cambalitas!

Kami pun teruskan lagi perjalanan. Wardah dah tensen. Mana tidaknya,
semasa kami Jordan, kami banyak research tentang Konya. Tiba-tiba bila di
Istanbul, kami bercadang nak ke Bursa memandangkan terlalu ramai yang
mencadangkan kami ke sana. Jadi, pengetahuan kami zero!

Dan buku LP yang kakyang belikan macam tak berguna sangat
sebab kakyang bukan beli buku LP turkey, tapi buku LP middle east. Tak banyak
info boleh pakai. Tapi, berguna juga lah banding tiada langsung! Kami semua kepenatan.
Lapar…

Berehat sekejap di taman Mini. Buka buku LP. Tertulis kat
situ Gunes Ostel, murah! Tapi, tak tahu macam mana nak pergi sana. Akhirnya,
ada seorang pakcik datang hulurkan bantuan. Nasib baik dia pandai speaking. Dia
bawa kami sampai ke hostel tu. Sempat juga dia bagi nombor telefon. Katanya,
kalau kami nak jalan-jalan, perlukan bantuan, call beliau.

Kami pun check in. Rehatkan badan. Malam tu, kami keluar. Nak
mengisi perut. Perut bergendang tahap lagu black metal. Nak jalan, tapi tak
tahu kat mana. Nak makan, tapi tak tahu mana kedai. Kami berdiri di hadapan jalan
besar dengan muka blur. Serius blur. Tiba-tiba…

cinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1964609742472989586.post-69589455285763810712013-04-10T12:27:00.001+03:002013-04-10T12:27:54.128+03:00pi paku dinding kalau marah.

bismillah.

hari jumaat lepas, saya keluar ke pekan dengan kawan. nak shopping barang dapur. cadang di jiwa nak masak nasi lemak esok. habis je beli barang rumah, kami pun balik. masuk je pintu, datang seorang housemate dengan muka comel depan saya sambil berkata, "kak zu, jom temankan saya pergi puskma."

oh. sungguh... hati ini terasa berat sangat seperti sedang menampung lori pasir atas kepala tapi nak tolak mentah-mentah memang tak sampai hati. sebab beliau pun dah bersiap. tak apa lah.. kita tolong orang, nanti orang tolong kita pula.

jadi, keluarlah diri saya dari rumah sekali lagi. merempuh angin laju yang sedang melanda bumi jordan yang sedang ribut pasir. biasalah... sambil jalan tu sembang itu dan ini. tapi... di belakang saya, saya tahu ada seorang budak arab seperti mempersiapkan diri untuk mendajal saya.

okeh. tahu tak dia buat apa kat saya? heh. saya tanya, saya jawab.

dia dengan yakinnya meludah ke sweater yang sedang saya pakai. sweater tu dah la saya baru basuh. bau sabun basuh baju lagi. wangi lagi oi. dah dicemari dengan ayaq liuq budak arab. wah! rasa cam nak samak je sweater tu. pakai 7 baldi air di 7 buah rumah akhowat... okeh. hiperbola gilak!

sememangnya, saya tak ada bukti yang budak arab tu meludah saya melainkan detik hati saya mengatakan dia sedang membuat cubaan tersebut. kawan saya lagi tak perasan apa-apa. dia sedang asyik bercerita itu dan ini. dan sekiranya, saya toleh ke belakang untuk marah budak arab itu tiba-tiba, ketika dia sedang bersedia untuk meludah, silap hari bulan ludah tu terkena kat niqob saya ke, tudung ke... tu lagi parokkk!

jadi, ketika nak menyeberang jalan tu saya tanya kawan.. 'ada apa-apa tak kat belakang?'

kawan mengangguk. 'sah! aku dah kena dajai ngan budak arab.'

yang ajaibnya, sepatutnya saya menjadi the hulk bertukar badan warna hijau siap berketul-ketul di kedua lengan kerana marah. sepatutnya~ tapi... amazingly, i dont feel a thing yet i feel pity to that boy!

'kalaulah dia mendengar kata ibunya. kalaulah dia menjadi anak yang soleh. semoga Allah menjaganya.' serius tak tipu, saya mendoakan dia.

sepatutnya, saya merasa sedih dan marah. tetapi, saya merasa lebih gembira, much happier kerana saya telah bersabar atas ujian Allah. semua orang ada ujian, cuma yang bezanya macam mana kita handle with care ujian kita!

serius tak tipu jugak... ketika kejadian itu, saya teringat surah furqan ayat 63.

Allah dah ajar apa yang perlu kita buat ketika berhadapan dengan orang macam ini. so, i follow. eh. kalau nak ikutkan, cacian dan tohmahan yang rasulullah kena lagi dasyat tau. saya takat air liur je kot. rasulullah tu siap tahi lagi.

kita tak sempurna seperti rasulullah yang mempunyai kesabaran tahap tertinggi kalah superman yang mempunya kuasa S. tapi, kita haruslah ke arah kesempurnaan. sebab tu la rasulullah tu qudwatuna. kan kan? lagi pulak... kita memanglah ada tahap kesabaran. tapi, kalau kita ikut limit kesabaran kita sahaja, bukankah ia bermakna kita bersabar bila kita nak je. agak-agak kita tak sabar, kita hambur la!

hmmm.. apa kata kita fikirkan ini pula.. setiap kali kita nak marah, kita paku dinding. habis kita marah, kita cabut paku. apa jadi kat dinding tu? berbekas kan? dah ghope huduh dinding tu. berlubang sana berlubang sini.

macam tu la kita kalau marah. time marah la kita sembur, hambur semua apa kita rasa kat kawan. tapi, habis kita marah... boleh ke kita betulkan balik sakit hati kawan kita tu? mampu ke kita tutup lubang hati kawan kita dengan perkataan maaf? walaupun luka telah sembuh, tapi parut tetap ada kan?? acewwwah!! kelas gittteww ayat kau jah!

sebab tu la.. ketika kita marah lebih baik kita diam. :) diam tak bererti kalah. diam bererti menang. menang sebab dapat mematahkan plan syaitonirrajim. weeeeeeeeeeeee~ menang!!

saya menang motor~ eh.

cinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1964609742472989586.post-69595689988863852812013-03-18T08:37:00.001+03:002013-03-18T08:48:21.772+03:00adek-adekku~

bismillah.

sejak kebelakangan ni, saya terasa homesick. sesangat! tiba-tiba terasa nak balik malaysia sekarang jugak! tapi, apa kan daya... rumah bukannya setapak dua je. kalau kentut pun boleh dengar. erk! tapi, rumah beribu kilometer. nak balik pun kena setahun sekali. tengok pelajar arab bawa beg baju tiap kali hari khamis, habis kelas terus balik, membuatkan saya terfikir tentang diri semasa di kolej dulu.

pantang hujung minggu je saya lesap. padahal rumah 15-20 minit je dari kolej. kawan-kawan pakat perli habis. saya katakan pada mereka, 'sebab dekat la balik selalu. kalau jauh, susah nak balik dah.' see! contohnya macam sekarang. rindu macam mana pun tahan je. nak nangis tu idok lerrr.. sebab hati saya ni entah buat dari besi cap ayam mana entah. susah sangat nak menangis. kadang-kadang dah sedih tahap gaban, tapi air mata tak nak keluar gak. hmmm... pemalu sangat pun air matanya.

sebenarnya, tujuan tulis ni saya nak bercerita tentang 3 orang adik lelaki saya yang sangat-sangat saya sayangi. saya pasti, kalau dorang bacalah ayat di atas yang mengatakan saya sayang kat dorang mesti dorang tengah menggigil ketakutan. bak kata adik saya di jordan ni... kalau suara saya terlebih baik tu jadi menakutkan. ish3.

dah! dah!

introduction panjang sangat. fokus zu. fooooooh~ hembus nafas.

okeh! mula-mula nak kenalkan dulu la nama adik-adik saya ni... suhail, amil dan ami. alololo. comelnya nama mereka secomel orangnya. *mereka pasti sedang ketar lutut.*

banyak sangat memori saya dengan mereka. dah tentulah. kata adik. jadi, saya nak kongsikan beberapa memori saya bersama mereka. antara memori terindah... buat saya. diorang? seram!

1. main bola.

saya diajak oleh mereka untuk main bola bersama-sama. wahahaha. kenapa la mesti ajak saya ye?? tapi, macam biasa la. dah peminat ajak kan, kita pun turutkan aje la. awal-awal nak main kena tentukan partner. masa tu sekali lagi kepopularan saya terselah. masing-masing nak jadi partner saya. tapi, nak buat macam mana. sorang je yang layak untuk menjadi partner. yah! dan insan yang bertuah itu ialah suhail. *clap. clap*

start je game, suhail dengan machonya bagi arahan begini... 'kakcik. kejar dorang.' treeeeet.. treeeet.. kepala otak analisis arahan yang diberikan. maka... saya dengan gagahnya menerima arahan tersebut. yup! saya tak kejar bola. saya kejar orang. dan mereka lari lintang pukang. serius. kami menang! sebab tempat goal dorang tak ada siapa jaga. wahahahhahaha. sebenarnya, ada sambungan untuk kes main bola ni tapi saya rasa terlalu kejam pula kalau cerita kat sini. kalau mengikut piawaian ISO pun, cerita ni boleh diklasifikasikan sebagai kekejaman yang comel. maka, biarlah ianya rahsia.

2. main lumba lari dalam air.

best oh main lumba lari dalam air. terasa berlari-lari dalam keadaan sejuk dan nyaman. lagi best, kami berlari bukan seorang. suhail kena lari dengan bawa ummi di belakang. saya kena bawa opah. bestnya dapat opah ni seorang yang sangat competitive. sebelum mula main beberapa kali saya dapat semangat dari opah. 'kita mesti menang zu. kita buat begini dan begini dan begini.' opah bagi motivasi dan beberapa trick untuk main tipu. hahaha.

jadi, kami pun berlari setelah kira sampai 3. segala tactic opah bagi dah dijalankan namun kami masih dibelakang. suhail dan ummi mendahului. tak boleh jadi. maka, saya keluarkan jalan yang terakhir. ketika suhail melintasi saya, dengan lajunya... saya mencakar belakang beliau. hahaha. dah tentu lah pedih. kena air. dia menggelupor, ummi terlepas... saya potong dia. opah! we made it. kami menang! hahahahhahaha.

3. nak laptop.

kes ni baru je berlaku. diceritakan oleh kakyang. kakyang nak laptop suhail. tapi, suhail tak bagi. makanya, kakyang terpaksa torture amil. kakyang bising di telinga amil sehingga amil terasa ingin melempang seseorang dan akhirnya dia belasah suhail kerana suhail tak bagi laptop kat kakyang. dan... kakyang dapat laptop! wah~~ kakyang dah maju skang~ hahaha. skill perlu digilap lagi.

dan banyak lagi memori kami bersama-sama. kami selalu keluar bersama... lepak di kedai mamak. bermacam cerita keluar. kemudian akan ke putrajaya. tangkap gambar bersama-sama. shopping together-gether di alamanda.

kami juga selalu kenakan orang dengan keunikan keluarga kami. kakyang dan amil pernah berlakon sebagai bf dan gf. hahaha. sian penjual kasut tu.

pernah juga bila ada orang tanya kami adik-beradik ke.. kami jawab, 'ya. tapi lain ayah.' muka orang tersebut berubah. dia pergi je, kami gelak... 'betul lah. kita lain ayah, lain mak.' hahaha.

rindunya rumah! sayang-sayangku, tunggu kakcik balik ye! wahahaha. pasti mereka dalam kengerian dan ketakutan!

beberapa gambar adek-adek saya :)

gaya posing begini memang mintak sekeh secara berjemaah.

bila saya kata, saya rindu pada beliau~

3 power rangers yang baru balik masjid.

hahaha. bila ami cari pasal~

bertambah rindu rumah. :)

cinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1964609742472989586.post-59764725912428359142013-03-15T13:56:00.000+03:002013-03-15T13:56:01.091+03:00kisah hati

bismillah.

Dalam suatu tempoh yang singkat, Allah temukan saya dengan beberapa orang yang memberi kesan pada diri. Lain manusia, lain perangainya, lain cara pandangannya. Dan semua itu menjadi pengalaman dan garis panduan untuk diri.

Orang ini begitu, orang itu begini. Dan tidak disangka dalam tempoh yang singkat itu juga pelbagai masalah dan memori dikongsi bersama. Mengenali hati budi masing-masing dengan lebih dalam. Pengalaman orang lain itu menjadi pengalaman sekunder buat saya.

What can i say is... dalam usia macam ni saya lebih menjadi motivator dalam urusan hati. *sigh* dah beribu kali saya katakan pada mereka-mereka ini bahawa saya bukanlah orang yang sesuai untuk berikan nasihat dan pandangan kerana saya tidak punya pengalaman. saya hanya punya pengalaman sekunder.

mungkin kerana faktor usia maka saya diberi kepercayaan untuk men'handle' bab-bab ni. errrr.... tapi, saya menerima kedatangan mereka dengan hati yang terbuka. usia mereka yang begini memang perlukan motivasi yang lebih berkaitan hati. mungkin ada sesetengah pihak nampak perkara ini remeh. tapi, percayalah dari hati mula segalanya. dari hati itu menentukan baik buruknya seseorang.

sebab tu hati ini perlu dijaga dengan rapi. dan disamping itu masalah mereka boleh juga dijadikan manual book untuk saya di masa hadapan.

kisah hati...

moga kita sentiasa dilindungi..

pelihara hati dan diri...

dari syaiton yang durjani (erk)....

cinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-1964609742472989586.post-29186036191381799292013-01-30T22:53:00.001+03:002013-01-30T22:53:44.024+03:00traveog trip to turkey (hari ke-4)

bismillah.

20 januari 2013

harmony hostel memang tempat buruan backpackers. setiap hari ada je orang check in dan check out. bilik kami ditempatkan di bahagian atas sekali. tingkat ke 5. nasib kat sini ada lif. jadi, tak penat untuk naik dan turun lagi-lagi dengan beg yang beratnya berkilo-kilo tu.

kat sini juga ada je dapur. tapi, tempat tu dah jadi tempat lepak pelancong omputeh lagi-lagi waktu malam. mereka tengok cerita dan kadang-kadang siap berkaraoke. dapur tingkat atas sekali, tingkat yang ke enam. jadi, segala aktiviti dorang kami boleh dengar dari bilik. bising dan terganggu jugak kadang-kadang. dan disebabkan dorang dah berkumpul kat dapur, siap buka internet bagai maka sangatlah lembab untuk line wifi dari bilik kami. masing-masing akan beratur kat tepi pintu bilik sebab kat situ tempat paling dekat dengan luar dan clear sikit line wifi.

maka, hari ini kami masih menyambung kontrak dengan harmony hotel. ambil bilik tu untuk sehari lagi sebab so far itulah bilik yang paling murah di istanbul ni. serta selesa dan besar. pagi tu kami keluar lebih awal dari biasa. sebab kami nak gunakan dapur sebelum mamat dan minah saleh bangun tidur dan naik atas untuk gunakan dapur. kalau dah terbangun mesti kami tak ada peluang nak naik. dah penuh.

selesai makan, kami keluar. okay. perjalanan kali ni sumpah panjang. dari hostel kami merentasi jambatan galata. ramai penduduk tempatan yang memancing di sepanjang jambatan tu. kemudian, kami teruskan lagi berjalan dan berjalan. bila letih duduk sekejap. berehat mencari kekuatan. duduk di bawah pokok. duduk di bus stop. duduk di mana saja asalkan boleh duduk. kami menyanyi dan berjalan seperti di dalam cerita bujang lapok. 'pok pok bujang lapok...' lepas tu badan pun ke kiri dan ke kanan. macam tu la kami menggumbirakan diri dari kebosanan berjalan tak henti.

merentasi lautan untuk ke dolmabache

berhenti di bawah pokok berdepan dengan masjid

model masjid

tempat amek wudhu yang cun

tak tahu apakah ini. eheh.

2 sahabat yang sedang bergambar di tepi laut

again. i dont know what is this.

akhirnya kami berjumpa dengan kabatas. tempat bot. kami akan menaiki bot ini esok untuk ke bursa. jadi, kami survey dulu harga tiket bot dan masa bot berlepas.

kemudian, kami teruskan lagi perjalanan dan akhirnya... kami berjumpa dengan dolmabache palace. istana yang gah digunakan dari zaman turki usmaniyyah dan atarturk. selepas kematian atarturk, istana ini dijadikan muzium. harga tiket untuk masuk ke dalam istana berbeza-beza ikut pakej.

pakej paling murah - TL 20. hanya di sekitar tempat tidur raja-raja.

pakej masuk ke bahagian pentadbiran raja - TL 60

pakej masuk tempat tidur dan bahagian pentadbiran raja - TL 80

DOLMABACHE PALACE

kami yang jalan secara bajet ni pastilah akan ambil pakej termurah. tapi tu pun dah penat. sebab tempat dia besar. tempat tidur tu dinamakan sebagai harem. kami masuk bahagian harem perempuan je. diorang ni asingkan antara anak lelaki dan perempuan. emak, makcik saudara, opah semuanya di bahagian harem perempuan. anak lelaki dibenarkan untuk tinggal bersama ibu diorang sampai umur 8 tahun je. lepas tu diorang kena tinggal di bahagian lelaki.

raja-raja dan atarturk akan tinggal di bahagian harem perempuan. harem sangat besar. banyak sections. berkumpul untuk bersembang section lain. untuk makan-makan section lain. untuk meraikan ramadhan dan aidil fitri pun section lain.

dapat tengok tempat tidur kamal atarturk. di depannya bilik air. bilik-bilik macam tu tak dapat masuk ke dalam. hanya tinjau-tinjau dari luar je sebab semua barang-barang kat situ adalah original. tak diubah atau dibaharukan.

so, dapat la tengok kerusi roda atarturk dan almari kaca yang penuh dengan ubat dia. tiba-tiba dapat rasa seksanya saat kematian atarturk ketika tu.

perjalanan di sekitar harem mengambil masa 30 minit. lama tuh. keluar dari dolmabache palace kami semua pakat untuk menaiki tram. sebab badan dah tak larat sangat.

balik. makan. tidur.

cinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1964609742472989586.post-68406915221765147122013-01-30T08:17:00.002+03:002013-01-30T08:17:34.073+03:00travelog trip to turkey (hari ke-3)

bismillah.

19 januari 2013

kami bercadang untuk pergi ke grand bazaar. tinjau-tinjau macam mana keadaan kat sana dan macam mana cara nak ke sana. sebabnya plan kami masa hari terakhir di istanbul, kami nak shopping sakan. jadi, bagi kami ada baiknya kalau kami tengok-tengok dulu jalan nak ke sana. nanti senang, tak sesat.

maka, pagi itu macam biasa habis solat subuh kami bersiap-siap untuk keluar dari hostel. di yeni kami tak dapat breakfast percuma macam di secondhome hostel. sesuai dengan harga. tapi, yang menariknya di yeni, diorang ada dapur yang kita boleh masak-masak. jadi, seperti biasa menu utama kami...maggi! memberi tenaga di pagi hari. uhuk3.

keadaan bilik di yeni hostel

selesai makan, kami membawa diri ke harmony hostel. habis check in kami keluar jalan terus ke grand bazaar. jika nak naik tram ke bazaar, berhenti di stesen beyazit. depan tu je grand bazaar. tapi, bagi yang berjalan secara budget dan sihat macam kami, jalan kaki lebih disarankan. tak jauh pun. serius.

di grand bazaar yang very the grand tu kami tinjau-tinjau sweater turki. kami terjumpa dan termasuk di kedai seorang pakcik baik. pakcik tu suka senyum. sedang kami membelek-belek sweater beliau jual, beliau nak belanja kami air teh. kami pun... on aja! maka, itulah kali pertama kami merasai teh epal yang sedap. kami terus jatuh cinta tergolek-golek pada teh epal tersebut.

sambil minum sambil tawar-menawar. akhirnya kami berjaya mendapatkan sweater yang cantik dan gebu itu dengan harga TL 30 sehelai. habis kami membeli, fira, yaya dan wardah nak balik. katanya, lagi lama disini lagi banyak yang ingin dibeli. haih~ susah jugak ye jadi perempuan ni. nasib saya cool. wahahaha.

kami pun berjalan mencari jalan keluar nak balik hostel. ikut sahaja kaki melangkah. entah mana pintu kami keluar, tahu-tahu kami sudah berada di sikerchi! jauh kot dari beyazit nak ke sikerchi kalau naik tram. tapi, disebabkan grand bazaar tu memang gila grand kan, bazaar tu merentasi dari beyazit sampai ke sikerchi.

lagi cantik waktu tu hari sabtu. orang terlalu ramai dan sesak menghala ke grand bazaar. waktu tu, kami terpaksa merentasi lautan manusia. menyempit dan bersesak untuk balik ke bilik.

mulut ternganga 5 saat sebentar melihat lautan manusia. ini yang kami kena rentas.

balik tu kami dah lembek. dari pagi kami keluar, petang baru sampai bilik.

makan. tidur.

cinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1964609742472989586.post-85439405213909593012013-01-29T23:37:00.000+03:002013-01-30T00:12:41.161+03:00travelog trip to turkey (hari ke-2)

bismillah.

18 januari 2013

tepat pukul 5 pagi, saya terbangun dari tidur. fira pun sama terbangun. dah penat tidur kot. saya berkira-kira nak solat subuh ke tak. sebab kepandaian di tahap maksimum, saya lupa untuk check it out waktu solat di istanbul. saya rasa ketika itu belum azan lagi. tapi, was-was juga. fira cakap, kalau saya nak tunggu azan dulu, dia nak mandi. pergh! mandi pukul 5 pagi. hanya di istanbul!! kalau kat mu'tah namanya buang tabiat.

saya pun terus menunggu. hingga pukul 5.30 pagi. tapi, azan masih lagi tak berkumandang. fira pun selamat mandi. bilik air kosong. dengan laju wardah bangun dari tidur dan terus masuk ke dalam bilik air. saya terkejut juga. bangun-bangun terus masuk bilik air. wardah keluar dari bilik air dengan muka basah kerana wudhu.dengan keyakinan wardah melangkah ke dalam bilik air menjadikan saya teryakin sekejap yang mungkin istanbul sudah azan subuh. saya pun masuk ke dalam bilik air. solat. mengaji. sembang subuh sekejap. tiba-tiba... Allahuakbar, Allahuakbar..

semua terkedu sekejap. azan subuh! kami solat subuh sekali lagi.

kami bersiap-siap untuk breakfast pagi itu sekali dengan beg yang berat. selesai breakfast, kami check out dari secondhome hostel dan terus ke yeni hostel. di yeni, kami letak beg-beg dalam bilik kemudian terus keluar. okeh! perjalanan yang panjang bakal bermula.

breakfast yang disediakan di secondhome hostel

keadaan bilik di secondhome hostel

boleh masuk sehingga 5 orang dalam 1 bilik

kami mulakan perjalanan kami dari sikerchi merentasi gulhane terus ke taman yang cantik. kemudian dari taman, kami berjalan ke topkapi palace, hagia sofia dan blue mosque.

nama taman yang cun.

hihi. tak kenal pun siapa atok ni.

keadaan taman yang menenangkan.

di sekitar archeology museum

blue mosque

topkapi palace

sampai di kawasan blue mosque, kami diserbu oleh seorang penjual tiket bas. bas yang buat tour selama 2 jam ke tempat-tempat bersejarah di serata istanbul. di atas bas akan ada penerangan dalam 7 bahasa. saya tawar dan terus menawar akhirnya dapat TL 25 seorang. yang mana ada seorang perempuan eropah dikenakan bayaran 40 euro. ok jugak naik bas ni. cumanya masa tu saya tak pakai baju tebal mana sebab rasa tak sejuk pon =.= (okeh. muka berlagak gilak), sekali atas bas dengan angin kencang, hujan renyai... memang mantop la. saya mula tergedik-gedik kesejukkan. tak senang duduk. haih~

petang tu habis saya tergedik-gedik atas bas tak senang duduk disebabkan angin laju menampar pipi dengan padu dan kesejukkan tahap gaban, kami berhenti di blue mosque untuk solat. terus tunggu untuk solat maghrib berjemaah di sana.

habis solat, kami berjalan pulang. kemudian, kami terjumpa dengan hostel lain namanya harmony hostel. tanya harga. kalau bilik hostel campur, maksudnya dalam satu bilik ada 8 orang. duduk macam asrama. kongsi 1 bilik air. harga dia murah, TL 18 satu kepala.

tapi, waktu tu bilik tu penuh kami hanya ada pilihan bilik besar. selepas tawar-menawar saya berjaya mendapatkan bilik tu dengan harga TL 25 1 kepala. jadi, tanpa berlengah lagi saya terus bayar wang pendahuluan.

balik bilik. makan. tidur.

cinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1964609742472989586.post-5558010195006116482013-01-29T10:47:00.003+03:002013-01-30T00:12:56.361+03:00travelog trip to turkey. (hari pertama)

bismillah.

saya mulakan travelog ini dengan bismillah walhamdulillah. kisah kami selama 11 hari akan bermula sekarang. ikuti kisah pengambaraan kami. :)

17 januari 2013

pada pukul 3 pagi kami bertolak dari rumah ke airport. lebih kurang 4.45 pagi kami sampai di airport. tunggu punya tunggu, pintu gate dibuka pada pukul 7 pagi. kenderaan yang kami naiki berjenama turkish airlines. hoho. perjalanan tak lama hanya 3 jam. hanya~ huhu.

sesampainya di atarturk airport, istanbul...

kami berpakat-pakat untuk keluarkan duit dari HSBC bank. kepada pemilik kad HSBC dan CITY bank, saya nasihatkan lagi murah sekiranya anda keluarkan duit dari bank banding anda convert duit. lagipun kat turki, bank international macam tu banyak sangat. jadi, tak perlu risau nak bawa duit banyak-banyak. cuma perlu cocok bank.

dari airport kami naik metro. kat sana bayar satu token untuk sekali perjalanan. tak kira jarak kita tu jauh atau dekat, tapi kena bayar untuk satu token. jadi, kalau setakat nak berhenti dekat-dekat tu lebih baik jalan kaki. jimat. harga satu token TL 3 bersamaan RM 6. dari airport, berhenti di aksaray.

dari metro station aksaray, kami berjalan kaki dan mengusung beg yang berat berkilo-kilo tu ke tram pula. tram paling dekat dengan metro station namanya yusufpasa. seperti biasa perjalanan sekali jalan kena bayar TL 3 untuk 1 token. kami berhenti di sultanahmet.

misi dan visi kami ketika itu mencari hotel murah. kalau stop di sultanahmet, banyak hotel tapi nak hotel murah tu susah la. tempat tu banyak hotel mahal dan restoran kat area tu macam restoran 5 stars. kebab ada yang jual sampai TL 6. pergh! nampak sedap tapi semput nak bayar.

beliau ini dinamakan sebagai tram. banyak di istanbul.

kami teruskan pencarian akhirnya kami jumpa 1 hostel. namanya, secondhome hostel. kena charge TL 33 satu kepala. kami ada 4 kepala... so, kiralah. mahal jugak la. tapi, buat masa tu, itulah hostel yang termurah kami dapat cari. kami perlu berehat. kami check in hostel tu ketika azan asar. so, bayangkan la dari pagi kami berjalan sampai asar baru jumpa hostel dengan mengusung beg berkilo-kilo, plus, tak makan lagi. perut kosong. lagu gurindam, tektonik serta balada dah berdentum-dentam dalam perut.

seusai kami solat, kami turun untuk makan. menu utama, maggi! sambil makan, sambil skype dengan orang jordan. habis skype, kami study map. tanya pekerja di secondhome, di mana jalan ke yeni... rupa-rupanya... kalau kami jalan lagi berapa tapak kami akan jumpa yeni. terletak di sikerchi. maka, malam tu lepas solat maghrib, kami berjalan untuk ke sikerchi. cari punya cari akhirnya jumpa yeni hostel. yeni ni agak terperosok sedikit hostelnya.

kami bayar untuk reservation di yeni hostel sebab kat situ lebih murah. TL 30 satu kepala. malam tu, kami balik bilik dalam keadaan letih dan penat. tidur awal pada pukul 8 malam. bersiap siaga untuk perjalanan esok pula.

esok, ceritanya lebih menarik. :)

cinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1964609742472989586.post-1988471081200222012013-01-15T22:52:00.001+03:002013-01-15T22:52:55.709+03:00calon yang sesuai...

bismillah...

esok adalah hari saya merdeka daripada perjuangan medan exam ni. semester ini boleh saya katakan sebagai sem yang mencabar dan banyak ujian serta pengalaman yang menarik serta berbekas di hati.

sebenarnya saya cuma nak buat luahan hati secara ringkas sahaja.

3 hari lepas keluarga makcik datang jordan. singgah RnR kejap before dorang akan diterbangkan ke mekah untuk umrah.

saya pergi rumah adek pagi tu.. tolong makcik masak. best tapi rasanya part best tu saya cerita lain kali bila kredit berukband dah selamat di topup. boleh conteng panjang2 kat blog ni. sekarang pakai belas ehsan wifi rumah yang laju seperti kura2 sdg tenat. serta bersenjatakan phone yg sebesar kalkulator ini. sungguh mengajar erti kesabaran.

so..nk pendekkan citer, ada seorang hamba Allah ni bagi nasihat yang padu bak ang pada saya pada hari itu... bunyi nya cenggini...

'kakcik, cari calon yang sesuai.'

eh. kalau ayat tu dicakapkan oleh seorang mahasiswa yang berfikiran matang atau makcik yang sedang menjahit baju kurung untuk rumah sebelah mungkin saya tak terkejut dan rasa benda tu normal, tapi... kata2 ini diucapkan oleh seorang hamba Allah yang 'istimewa' yang punya kelebihan yang tiada pada kita yang normal. sudah pasti la saya merasa terkejut dan terkedu sebentar.

lagi satu... masa dia cakap benda tu.. dia cakap secara tiba-tiba. tak ada ribut rak ada taufan. tak ada perkataan jodoh langsung terkeluar dr mulut time tu. takkan tiba2 saya nak sembang dengan dia citer pasal jodoh sedangkan saya tahu dia macam mana.. tapi, bila dia yang tiba2 cakap macam tu kat saya, sumpah benda tu buat saya tertanya-tanya.

kata kawan, mungkin calon yang datang sekarang ni tak sesuai kot. saya katakan.. tak sesuai apanya... calon pun tak ada. dia tergelak.

haih. pelik. tapi... biarlah. kerana itu rahsia Allah. saya cuma boleh mendoakan moga Allah memberikan yang terbaik.

lalala. nak sambung baca buku.

cinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1964609742472989586.post-62370819813334794602013-01-09T11:46:00.002+03:002013-01-09T12:12:18.108+03:00oh! salji lagi...

bismillah.

9.1.2013... salji pertama di mutah bagi tahun ini. saya menjangkakan tahun ni tak turun salji sebab musim sejuk lambat sikit dan sejuknya pun tak mencengkam tulang macam tahun lepas. jadi, ingatkan macam tahun ni angin sepoi-sepoi bahasa je. jangkaan saya rupanya sangatlah meleset.

buka je facebook, berlambakkan la status pasal uncle sonata ni. lagi-lagi dari pelajar tahun 1. tapi, tak kalah juga dari pelajar tahun 2, 3 dan 4... cuma yang bezanya tahun 1 terlebih heksaited sebab first time. yang senior pulak heksaited sebab... sebab apa eh dorang heksaited?? saya pun tak pasti. sebab saya cool. =.= wahahaha.

bila tengok pelajar tahun 1 heksaited, maka saya pun teringatlah peristiwa tahun lepas. sama je heksaitednye. mungkin lebih dasat. nak tengok kedasatan kitorang, bayt bustan? yang mana mengangguk tu, teruskan membaca...

korang pernah rasa katil patah sebab berebut nak tengok salji? katil korang lek-lek lu je kan. tapi, katil salah sorang ahli bayt bustan patah. masa tu salji tak turun pun lagi. baru frost.

korang pernah rekod video salji? mesti pernah kot ye. tapi... kitorang lain. cadang memang nak rekod salji tapi sebab malam gelap-gelita, jadi tak nampak sebutir salji pun. dan, salji time tu tak turun pun lagi. baru frost. last-last bila tengok video balik, gelap. yang ada video budak rumah bising, hiruk-pikuk, gelak-tawa. teruk.. teruk..

pernah makan ABC? kat malaysia mesti banyak kali kan... dan senior-senior pun mesti dah biasa makan ABC dari langit.. tapi, masa tu kitorang kan baru tahun 1, mestilah terhengen sangat nak makan. so... kumpul segala ais dan waktu tu juga merajinkan diri keluar ke kedai beli pewarna la hape la untuk menyedapkan ABC tu. tu sume gara-gara heksaited melampau la. *kitorang tak termasuk saya.

banyak gak la memori-memori yang menunjukkan kejakunan kitorang terhadap salji time tu. jadi, tahun ni saya lebih bergaya dalam menghadapi salji. semua persiapan dah saya sediakan. balik malaysia tahun lepas saya beli segala macam pekakas untuk mempertahankan diri bagi menghadapi salji. sebut je nak apa... semua ada.

- long coat makin tebal.

- sarung tangan

- inner dari wool

- warm pad

- snow hat

eheh. ni je. tak ada la semua ada...

tahun lepas mungkin sebab first time kan, badan ni mana nak tahan. lagi-lagi saya dapat bilik besar gila. lagi la sejuk melampau. yang paling best, kalau budak rumah nak bekukan kek ke mesti datang bilik. haaa.. kan macam peti sejuk tu..

jadi, oleh kerana diri ni tak tahan jadi saya sepakat membawa berkat dengan adik untuk beli khemah. jeng jeng jeng.

gambar diambil secara sembunyi-sembunyi oleh budak rumah

agak panas la dok dalam ni. saya memang jarang keluar khemah. segala makanan, cikedis bagai seludup masuk dalam khemah. dah rupa polar bear sedang berhibernasi. tapi, percayalah... benda alah ni sangat berjasa pada saya tahun lepas. khemah ni pernah popular di group helwanis dan kerana promote yang kaw-kaw, ada jugak la akhowat yang terbeli khemah lepas tu.

sekarang?? dah tak main dah khemah-khemah ni. up sikit. beli cadar letrik. haaa... hamek. panas badan. memang sedap. cadar letrik tak main manual, auto terus. memang macam anak orang kaya. haih~ tak la. sebabnya yang manual dah sold out. jadi, terpaksa la beli auto. kalau tak beku badan. khemah? ada kat adik.

jadi, tu la serba sedikit pasal saya, bayt bustan dan salji. tangan dah sejuk gilak ni.. nak kena simpan dalam kocek sweater bagi panas sat. ok la. nikmati la gambar salji yang tak seberapa ni..

ni subuh tadi punya gambar. kalau perati betul-betul ada 2 ekor burung atas dahan. memang tabah gila la burung tu. dari hujan malam semalam bertenggek atas pokok. tabah.. tabah..

ni gambar kat bustan. time ni salji still in the process mencurah-curah ke kebun.

suka tengok gambar ni. salji penuh atas pokok. macam pokok krismas lak.

ni kat belakang rumah. yang bangunan panjang tu sekolah.

ni la sekolahnya. pagi-pagi dengar dorang bising setiap kali perhimpunan pagi.

kepada ayah dan keluarga yang budiman, yang memang pembaca setia blog zu... sila lah tatap gambar-gambar ini. dan, doakan yang terbaik untuk zu. exam ada lagi 3 payyyperrr. bila nak last payyyperrrr ni..?

cinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-1964609742472989586.post-29380943744124507662013-01-07T22:35:00.000+03:002013-01-07T22:51:38.703+03:00warkah cinta untukmu, ayah

bismillah.

whatsapp yang saya terima dari ayah selepas maghrib tadi sangat meruntun jiwa. walaupun ayah mengatakan dalam whatsapp nya yang kata-katanya itu hanyalah sekadar monolog dalamannya, namun hati ini tahu mungkin di sudut hati ayah terdapat rasa bersalah. ayah juga bagitahu supaya jangan jawab apa-apa. hanya baca. ya. saya baca dan tidak menjawab apa-apa. tapi, saya membuat keputusan untuk menjawabnya di blog terchenta!

kerana saya ingin ayah dan dunia tahu bahawa saya punya ayah yang hebat, macho, coolio!

ketahuilah ayah,

walaupun kita pernah melalui zaman susah, zaman kemiskinan tapi itulah zaman yang zu paling suka sekali. itu antara detik terindah dalam hidup zu, ayah. pengalaman itu mengajar zu banyak benda tentang kehidupan.

ayah,

walaupun kita pernah miskin harta, tapi kita tak pernah miskin dengan kasih sayang. ayah sentiasa mencurahkan kasih sayang ayah pada kami, adik-beradik. sehingga umur zu 23 tahun, ayah masih cium dan peluk zu seperti anak-anak kecil. bukan setahun sekali, bukan sebulan sekali tapi setiap hari... setiap pagi dan setiap kali ayah balik dari kerja ayah akan peluk dan cium zu. sehinggakan kadang-kadang zu merasa janggal jika tidak dicium ayah dalam sehari. in sya Allah, zu tak balik malaysia tahun ni, jadi... sila simpan khas ciuman dan pelukan ayah untuk zu.

ayah,

masa di kedah... kita memang miskin. kita tiada harta. kita tiada apa. tapi, zu ada ummi dan ayah. ummi dan ayah yang cuba untuk memenuhkan segala keinginan zu. walaupun kita tiada duit, tapi ayah akan bekerja keras sehingga ayah mampu untuk belikan sebuah basikal untuk abanglong dan dengan basikal itu abanglong akan gunakan untuk menghantar kakyang ke tadika.

ayah,

walaupun zu masih kecil, tapi... zu masih boleh ingat semua perkara itu. alhamdulillah. dan itu menjadikan zu lebih menghargai apa yang ada pada zu sekarang. zu hargai setiap pengorbanan ummi dan ayah. dan kerana kemiskinan itu, kami adik-beradik menjadi sangat rapat sekarang kerana dari kecil kami saling tolong-menolong.

ayah,

walaupun kita miskin, tapi zu tak pernah kebuluran. ayah akan pastikan zu dapat makan dalam sehari. walaupun kita miskin, tapi zu tak pernah tiada pakaian. pakaian zu masih berbakul-bakul. kerana ayah akan pastikan zu dapat pakai baju yang cantik. walaupun kita miskin, zu masih bersekolah. kerana ayah tahu bahawa ilmu itu penting. ketahuilah dunia, bahawa ayah tak pernah penat dan jemu memberikan yang terbaik kepada anak-anaknya.

ayah,

zu tak tahu nak tulis apa lagi... sebab kalau zu nak listkan satu-satu pengorbanan ayah pada kami adik-beradik, pasti entri ni akan panjang berjela-jela kerana pengorbanan ayah tak berbelah-bagi. ayah akan pastikan kami tiada apa kekurangan. itulah kelebihan dan kehebatan ayah.

ayah,

zu melihat jatuh bangun ayah. sakit-jerih ayah. penat lelah ayah. semuanya kerana kami. jadi, zu berdoa, dengan kedua mata zu yang melihat segala pengorbanan ayah akan menjadi saksi ayah di akhirat nanti.

ayah,

terima kasih kerana menjadi ayah zu. itu antara nikmat terbesar yang Allah berikan pada abanglong, kakyang, zu dan suhail. terima kasih ya Allah atas nikmat ini.

ayah,

zu akan berusaha untuk menjadi anak terbaik untuk ayah dan ummi. zu akan menunaikan impian ummi dan ayah. zu ingin balas budi ummi dan ayah. berikan zu peluang untuk berbakti pada ummi dan ayah. berikan aku sedikit masa, ya Allah.

*air mata turun laju. zu rindu ayah :'(*

cinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1964609742472989586.post-7476843766904702082013-01-04T13:23:00.001+03:002013-01-05T00:18:18.478+03:00jalan apa ini?

bismillah.

tung tang tung tang. bunyi orang bersilat di dapur. 'pan' atau bahasa melayunya apa entah di letak atas dapur. senduk bermain-main atas 'pan' yang dalam bahasa melayunya sekali lagi apa entah. krek! bunyi telur dipecahkan. digoreng secukup-cukupnya. bau telur goreng masuk ke ruang bilik. harum walaupun hanya telur goreng.

sementara menunggu kawan bersilat di dapur, saya membuka laptop. on dashboard blogspot. roll dari atas sampai bawah semua blog yang di follow. pilih satu blog yang memikat dihati. buka. baca. sentap. buka blog lain... baca. sentap lagi.

sedang-sedang asyik baca blog, tiba-tiba mata terpaku dengan satu hadis yang pernah membuatkan saya menangis berbaldi-baldi sehingga mampu untuk digunakan untuk basuh dapur yang lantainya hitam dengan kulat.

hadisnya ialah sebuah hadis qudsi,

"Sesiapa yang tidak redha dengan KetentuanKu, dan tidak sabar menempuh ujianKu, dan tidak bersyukur atas segala nikmatKu, hendaklah ia mencari tuhan selainKu dan keluarlah dari berteduh dibawah langitKu"

teringat dilema dalam diri saya masa muda-muda dulu. sejujurnya, dilema diri saya ialah... 'kenapa saya berada di jalan ini?'

macam pelik kan? apa masalahnya saya berada di jalan ni? bukan ke ini jalan baik? belajar agama kan? heh.

tahukah anda hati saya yang rapuh ini selalu berbolak-balik ketika melalui jalan ini. saya sendiri merasa keliru kenapa saya ambil takhasus usuluddin? kenapa dalam ramai-ramai adik-beradik saya yang tak berapa nak ramai tu... kenapa saya yang dipilih untuk menunaikan impian ummi ayah yang nak salah seorang anak dia ambil aliran agama? kenapa saya?

macam mana saya yang selama ini, dari sekolah menengah lagi yang sangat sukakan bahasa inggeris tiba-tiba terjerumus ke jalan ini? pernah beberapa kali sepanjang diploma saya ingin buat cubaan tukar course kerana saya sendiri pelik kenapa saya perlu belajar agama yang menggunakan bahasa arab sedangkan bahasa arab tu la bahasa yang paling lemah. cepat lagi saya grab bahasa jepun, korea, mandarin nak banding bahasa arab. dan lagi sekali saya tegaskan, saya sendiri tak pernah terdetik untuk berada di jalan ni. saya nak belajar bahasa inggeris. wargh! bertukar jadi the hulk.

lama juga la saya tertanya-tanya soalan ni...

sehingga satu hari, saya kena pelempang jepun apabila saya terbaca akan satu hadis yang berbunyi...

sesiapa yang dikehendaki Allah SWT baginya akan kebaikkan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama. (HR Bukhari dan Muslim)

haaaa... terpaku. terkaku. air mata turun kencang atas pipi. Allah tu lebih kenal saya berbanding diri saya. hati saya ni rapuh macam biskut meri. senang sangat tergoda dengan enchek jahiliyyah. encik jahiliyyah suruh buat ni, saya buat. enchek jahiliyyah ajak pergi sana, saya pergi. argh! seronok memang seronok. tapi, itu bukan tujuan hidup saya yang sebenar.

tujuan hidup kita adalah untuk menanam benih di dunia, untuk tunai hasilnya di akhirat. dunia ni hanyalah sebuah persinggahan.

T__T Allah nak selamatkan saya. Allah ingin saya berada di atas jalanNya. kini saya faham apa yang telah Allah tetapkan buat saya. saya bersyukur. moga jalan ini mampu membawa saya terus untuk berjumpa dengan Allah SWT dan kekasihNya di akhirat nanti.

ya Allah. 'maka nikmat tuhanmu yang manakah kau dustakan?'

sekarang kawan pun dah habis bersilat, cah pulak dok bising... 'nasi lemak!!!' maka, ada baiknya saya berhenti menaip dan mulakan masak nasi lemak. bersedia untuk bersilat di dapur.

whatsapping between me and dad:

saya: i'll call u after i cooked nasi lemak.

ayah: hantar kat ayah sikit.

saya: orait. i'll post it later.

ayah: sampai je kat malaysia nanti ayah akan makan cendawan dia dulu.

saya: =.="

love you, ummi and ayah.

cinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-1964609742472989586.post-66686554791831842252013-01-01T10:49:00.000+03:002013-01-01T10:49:07.526+03:00sayonara, 2012 dan encik J

bismillah.

post ni agak panjang. so... sila bersedia dengan popcorn dan air sejuk berkabonat ye.

1 januari 2013. tahun bertambah seiring dengan umur. adakah amalan dan ilmu saya juga bertambah seiring dengan umur dan tahun? persoalan yang terzahir dari benak saya.

malam tadi, selepas isyak saya terus tidur. kepala terlalu berat. pening. pada pukul 12 tengah malam, dikala semua orang sedap tidur diulit mimpi nan indah, saya terus berjaga. mungkin sebab dah beberapa jam tidur sebelum tu. tengok jam di tangan, tahun sudah bertukar. dari 2012 kepada 2013.

tiba-tiba hati diketuk padu oleh satu persoalan di permulaan hari. jika saya meninggal pada hari ini... apakah bekalan yang ada pada saya untuk dibawa ke kubur nanti? adakah kubur saya akan seluas mata memandang atau akan menghimpit tulang-belulang saya hingga pecah dan remuk? adakah nanti kubur itu menjadi antara taman syurga atau akan menjadi sebahagian lubang neraka? ya Allah. terasa dipukul bertubi-tubi malam tadi. saya menangis.

dan tidak semena-mena juga segala memori yang telah terlakar dalam hidup ini seperti filem panjang beribu jam, diputar balik ke belakang. dari hidupnya saya semalam sehingga ketika saya kecil, ketika akal mula boleh mengingat. sungguh! sudah jauh perjalanan saya. ada beberapa detik dalam hidup yang boleh membuatkan saya tertawa seorang dan ada pula yang membuatkan saya menangis semahu-mahunya. air mata turun laju disebalik hirom tebal. sesungguhnya, tiada apa lagi yang mampu saya ucapkan selain syukur walhamdulillah atas segala nikmat ujian yang Allah berikan. Allah tidak pernah melupakan saya dan meninggalkan saya walaupun sudah banyak kali saya mungkiri taubat.

Allah... 'nikmat tuhanmu yang manakah kau dustakan.'

ada beberapa detik dalam hidup ini yang suka saya untuk kongsikan bersama kalian yang membaca. mungkin di antara kita juga pernah melaluinya.

kedah... tempat aku belajar erti kehidupan.

lepas perniagaan ayah gulung tikar akibat ditipu oleh seseorang yang ayah percaya, ayah ambil keputusan untuk berhijrah ke tempat lain dan mulakan kehidupan yang baru. maka, ayah mengambil keputusan untuk berpindah ke sungai petani, kedah. ketika tu saya berumur 5 tahun.

kehidupan kami di sana sangat mencabar. ummi mengajar kami erti sabar. dari situ saya belajar untuk hidup tidak bermewah-mewahan. berjiran dengan kami ialah sebuah keluarga berbangsa cina. mereka sangat baik dengan kami. suka menolong. saya belajar mandarin daripada aunty. sampai sekarang saya tak lupa apa yang diajar aunty. mungkin sebab masa tu hati pun bersih. cepat ingat dan tak lupa. heee..~

saya masih ingat makanan kegemaran saya ketika tiada makanan di rumah. nak makan cikedis, jajan-jajan , eskem, gula-gula seperti kanak-kanak yang lain waktu tu tak mampu. jadi, kami selalu beli biskut. at least, biskut harga murah tapi dapat banyak. nyum nyum. biskutnya berwarna merah dan berbentuk seperti cendawan. sehingga sekarang, setiap kali jika saya terpandang akan biskut tu saya akan teringat kedah.

saya masih ingat, ketika di taman sebelah ada pesta riang ria ala-ala jom heboh gitu, saya dan adik-beradik yang lain ingin sangat pergi ke sana. minta dan merayu pada ummi supaya bawakan kami ke sana. ummi pun dengan berat hatinya bersetuju tapi dengan syarat kami tidak boleh beli apa-apa langsung di sana. dengan rela hati kami bersetuju. pergi ke tempat kejadian dengan berjalan kaki. kami mana ada kereta waktu tu. sungguh jauh. tapi, sebabkan heksaited tahap gaban, jadi kami redah je jalan. puas bermain, redah lagi jalan untuk pulang. dengan panas, penat.. mana la saya dapat tenaga macam tu masa kecil. ehe. sampai je rumah kami seperti drakula yang sangat berkeinginankan darah. tapi, kami manusia yang sangat berkeinginankan air.

habis segala air di rumah kami teguk. lega! misi dan visi ummi tercapai untuk tidak mengeluarkan duit pada masa yang sama kami dapat bergumbira.

ayah?

ayah sudah pasti sibuk ke sana-sini mencari rezeki. menjual itu dan ini untuk mendapatkan sedikit duit untuk kami. ayah tentu sangat letih dan penat. masih saya ingat, ketika itu ayah sakit. saya tak pasti ayah sakit apa sebab masa tu saya masih kecil dan comel. erk! tapi, yang saya ingat... ketika itu ayah tak mampu untuk berdiri. ummi bawa 1 besen air dan basuhkan sedikit badan ayah guna air tu. ketika itu, saya tahu yang ummi sedang berbakti pada ayah. saya tahu, ummi sayang ayah. kini, apabila saya besar, saya sedar... saya ingin menjadi seperti ummi. sanggup susah dan senang bersama ayah. ummi tak pernah merungut. tak pernah nak itu dan ini. tak pernah menyusahkan ayah. kerana itu, ayah sangat sayangkan ummi. ayah tidak senang duduk jika tiada ummi di sisi.

selangor... merapatkan lagi kami.

saya pindah balik ke selangor kalau tak silap umur 9 tahun. masa tu, kami tinggal di rumah kedai. atas rumah, bawah kedai. dhaif sangat rupanya. sewa pun tersangat murah. sebab tu ayah sewa rumah itu. rumah tu pelik sikit. tingkat atas je ada tingkap. tingkat bawah tak ada tingkap langsung. jadi, gelap-segelap-gelapnya. terpaksa la kami berlagak seperti orang kaya on lampu 24 jam nak bagi terang rumah. haha.

rumah itu macam zoo. ada pelbagai jenis hidupan. tikus, cencorot, lipas, lipan... ular pun ada. wargh!! pernah satu masa tu, saya nak pergi ke sekolah. pakai kasut sekolah dengan penuh steady. tiba-tiba terasa seperti ada benda menolak kaki. masa tu saya dengan penuh macho ingatkan tu lipas. sekali pandang, rupanya ular. apa lagi... menjerit la. jangan kata ayah, ular tu pun terkejut beruk dengar saya menjerit. ayah berlari dapatkan saya. masa tu, ular tu pun dah hilang. ayah cuba mencari-cari keliling rumah ular tersebut. tapi, sampai sekarang tak jumpa. mungkin ular tu kena serangan jantung lepas dengar saya menjerit. ahahaha.

masa yang saya paling suka ialah masa hujan dan time tak ada letrik. kalau masa hujan dah tentu sejuk. dan kami adik-beradik akan berlari-lari anak cari baldi, gayung, besen... macam masuk sukaneka taska pula. kami akan letak di tempat-tempat yang bocor. lepas sejam, penuh. buang, lepas sejam lagi... penuh lagi. sampailah hujan berhenti. menarik bukan?

belum masuk lagi ketika rumah tiada letrik. kami adik-beradik akan mengelilingi lilin. lepas tu...? macam-macam game keluar. kemudian, kami ketawa terkekek-kekek mendengar jawapan masing-masing. oh! sungguh saya rindu suasana itu. pernah saya dengan ummi buat operasi penghapusan tikus 1.0 di rumah.

ketika itu pukul 12 tengah malam. ummi mengeluarkan idea bernasnya. saya pun follow. kami tutup muka dengan tuala. seperti ninja turtle. kemudian, dengan bersejentakan ridsect, kami menerjah dapur. kami menyembur setiap sudut di dapur. apa lagi... semua tikus-tikus yang enak bersembunyi, yang sedang berehat sambil makan keju merasa gelombang asid. mereka pun dengan lajunya keluar dari tempat persembunyian. memang banyak tikus time tu. ada sekor, jadi stunt man... dia dari atas rumah, mungkin bila sudah takde tempat nak lari lagi terus melompat terbang ke bawah. tempat landing yang menarik... di atas ummi. apa lagi... menjerit dan melompat-lompatlah ummi ketika tu. saya tergelak terbahak-bahak.

masih ingat lagi, cerita kegemaran kami masa kecil ialah pi mai pi mai tang tu. tapi... kami tiada tv. jadi, macam mana kami nak tengok tv...? kami semua senyap. maka, kami dapat dengar suara dari rumah sebelah. macam tu la kami tengok cerita. hahaha.

dari umur 9 tahun hingga 17 tahun saya tinggal di rumah usang itu. dari ayah tiada apa sehingga ayah ada sebuah syarikat sendiri. saya melihat jatuh bangun ayah. saya melihat pengorbanan ummi dan ayah pergi ke sana-sini mencari rezeki untuk kami.

ayah dan ummi sakit

saya masih ingat, masa tu saya tingkatan 3. nak ambil PMR. ayah jatuh sakit sebab darah tinggi yang sangat tinggi. mula-mula, ayah dimasukkan ke hospital kerajaan. sesak sangat keadaan hospital tu. doktor pula asyik bagi ubat itu dan ubat ini. baru nak try test ubat. saya melihat ayah sudah tak mampu tahan. ketika saya lawat ayah, seperti biasa saya buat muka macho. tapi, on the way balik ke rumah saya menangis. saya tak mampu tengok ayah sakit macam tu.

beberapa hari kemudian, pokteh minta izin pada doktor untuk bawa ayah ke hospital lain. hospital swasta. doktor minta pokteh tandatangan surat. jika berlaku apa-apa sepanjang perjalanan itu, doktor tidak akan bertanggungjawab. mahu tidak mahu, pokteh tandatangan. ayah harus di bawa keluar dari hospital itu. sampai bila nak try test ubat sedangkan ayah sedang menderita sakit.

di hospital swasta ayah dimasukkan terus ke dalam icu. saya, ummi dan adik tidur di hospital. pengalaman menarik. ^^

tahun ni... ooops. maksud saya, tahun lepas... ummi pula sakit. muka ummi bengkak. badan ummi membesar. sampai sekarang ummi masih tak fully sihat. dan... saya tiada di sisi ummi. tapi, saya tahu... Allah, ayah dan adik-beradik saya yang lain sentiasa ada di sisi ummi untuk sentiasa menjaga ummi.

jadi... pada tahun ni.. 2013.. saya berikrar untuk menjadi lebih baik dari tahun lepas. saya ingin meninggalkan dan memutuskan hubungan saya, saya ingin talak tiga dengan encik jahiliyyah! umur saya sudah 24 tahun. saya perlu membalas budi ummi dan ayah yang sudah terlalu banyak berkorban demi saya dan keluarga.

impian saya tahun ini tidak jauh, saya hanya ingin menunaikan impian ummi dan ayah terhadap saya. itu sahaja! maka... perjalanan saya masih belum terhenti malah masih panjang lagi. doakan zue ye, ummi dan ayah. lap u ketat-ketat!

cinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1964609742472989586.post-34799685145224213342012-12-30T11:30:00.002+03:002012-12-30T11:30:57.129+03:00ang dah tua, wei.

bismillah.

"akak saya kering idea ni." kata mardhiah, mama biro penerangan dan penerbitan yang disegani dan dikasihi di serata mu'tah ini di atas kehandalan beliau mengendalikan media persatuan iaitu PERMATA.

okay. belum apa-apa ayat moja didahulukan. mesti mama bpp sekarang sedang tersengih-sengih. setiausaha yang pandai mengambil hati cik ketua.

"akak ada idea. kita buat macam ni bla bla bla dan bla bla serta bla bla." saya memberikan beberapa cadangan yang tidak padu mana. tiba-tiba... wardah, si gadis harijadi atau birthday girl datang menjengah bilik. mahu berjumpa adilah yang sedang bersemayam di atas tilam letriknya yang sangat memanaskan badan di kala musim sejuk ini.

"siapa kat sana?" tiba-tiba mardhiah bertanya. seakan dapat merasakan sesuatu. kan saya dah cakap... mardhiah ni hebat orangnya. belum apa-apa dia dah dapat kesan. dia ni ada ilmu kasyaf kalau tak silap saya. belum sempat saya nak keluar bilik, dia dah tahu. belum sempat budak rumah dia nak batuk, dia dapat kesan. power tak??? dulu.. dia la cerita dengan saya, dia pernah hampir terjadi power rangers pink. tapi dia tolak tawaran tu sebab dia nak jadi mama bpp. hebat kan? kan? kan?

"ada cah, dila dan wardah." saya berterus-terang sahaja. "jadi, akak rasa kita perlu letak tarikh event, nama ajk, dan nama persatuan kita." eheh. tukar arus perbincangan. kena cover sikit. kalau orang lain mesti tak paham bila saya guna term-term macam tu tiba-tiba kan. tapi, sebab mardhiah ni hebat (dah banyak kali saya ulang ni) dia boleh kesan terus apa yang sedang cakap. pergh! padu! tak sia-sia saya undi dia jadi mama bpp.

kami berbincang. idea pun melimpah-ruah dari dua belah pihak. apa yang ingin dilakar nampak semakin jelas dan jelas. haaa... saya sepertinya tak perlu pakai spek mata dah akibat kejelasan yang melampau.

pukul 9 malam, kami dapat message di FB. haaa.. akhirnya, siap cover timeline yang cun-melecun. kebabom kebabom. *bunyi bunga api.* nak tengok hasil lakaran mama bpp yang dikasihi ni...

tada! inilah hasilnya!

cantik tertarik poster ini memang debom kan??

tepat pukul 12 tengah malam... koff koff.. sepatutnya... koff koff.. kitorang tukar dp dan cp. tapi, kerana mata yang tak dapat ditahan dari pujukan hirom, hampir kesemua syahid pada malam tu. termasuk saya. koff koff. aish. batuk teruk aih! hahaha.

tiba-tiba saya terkejut. zafira mengejutkan saya dari tidur. tengok jam... aiyak! dah pukul 12.30... check mukabuku, semua pakat 'memuji-muji' saya kerana saya tertidur sedangkan amanat saya kepada mereka agar jangan tidur. dush! dush!

maka, dengan rasa bertanggungjawabnya saya menukar dp dan cp saya secepat mungkin. lega. tanggungjawab tertunai. heh! si gadis harijadi pun terkejut kerana mukanya berada di mana-mana di mukabuku. gelombang 1.0 dirasai.

jadi... inilah perjalanan riwayat al-kisah si gadis harijadi. oh ye! cp dan dp ni macam nak buat pilihanraya kan?? memang pun. kami gunakan cp dan dp ini bagi kempen kelab bidadari syurga. wardah antara calon presiden. haha. saya pasti dia akan menang. tengok gambar pun tahu dia sangat ayu.

baiklah. saya rasa sudah masanya saya serius. ehem ehem. betulkan anak tekak.

apa yang boleh saya katakan, ukhuwwah yang terjalin antara kami sesama ahli bayt sangat osem. saya merasa sangat beruntung dan bersyukur kerana Allah telah menemukan kami. jika kami duduk berlainan rumah, mungkin cerita kami akan berlainan. kerana itu, syukur alhamdulillah atas nikmat ukhuwwah ini ya Allah.

semua ujian yang kita lalui, kita hadapinya bersama-sama. banyak kenangan yang telah kita lakar. gaduh?? kita tak pernah. tapi, bertekak tu selalu. selalunya kita banyak bertekak di dapur. sebab apa? sebab nak bahagian ayam yang besar. jadi, semua pakat berebut dan mulalah bertekak. ish! sangat keanak-anakan. cuba matang sikit. hahaha.

dan lagi bertambah untung bila kita dapat bersama dengan ahli bayt ug indah. paling best, bila dapat makanan dari diorang. semua pakat masterchef dalam rumah tu. kalau tak silap diorang ada buat bisnes katering semasa di malaysia dulu. kalau sesiapa ada plan nak kahwin dan malas guna orang mentagha (orang yang sibuk basuh pinggan, potong bawang, masak bagai-bagai tu), maka tepon lah mereka. mereka pasti tidak akan mengecewakan anda. koff koff.

jadi, tak ada apa nak cakap selain terima kasih duhai sahabat-sahabat sekalian. lap you ketat-ketat sampai sendat. (what?!)

asalnya, saya nak jadikan post ni macam tacing-macing. tapi, tiba-tiba jadi had lain pulak. ang punya pasai la ni, wardah!!

okeh. sebelum saya berhenti menaip, saya ingin mengucapkan... wardah! ang dah tua! jangan dok peghasan muda lagi tau. muka ang lagi tua dari akak. omo! *malu. lari sambil menaip.*

terima kasih tak terhingga. tak tau nak hingga mana kepada...

kak insyi (si tua), zue (si muda), syida, firah, wardah (si gadis harijadi), dilah, cah (adik), mardhiah (mantan power rangers pink), wani, salmi, ul (mak ying) dan syaza.

hahaha.

cinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1964609742472989586.post-28568781198187017102012-12-29T10:17:00.000+03:002012-12-29T10:24:09.830+03:00ayat cintamu untukku

bismillah.

pfffttt.. ayat cinta bagai. jiwang berkarat lagi penuh daki rupanya anda ni.

eh. sabar. urut belakang.

ayat cinta ini sumpah best. lagi best dari dari naik roller coaster di kota keriangan. lagi cool dari naik kerusi ogawa selama 30 minit. tak percaya?

mari. teruskan pembacaan.

banyak sebenarnya ayat cinta saya. setebal 30 juzuk al-quran.

hah? tebalnya~

mestilah. sebab ayat-ayat cinta saya itu ialah ayat al-quran. tapi, ayat cinta yang saya pilih pada ketika dan saat ini ialah...

"maka nikmat tuhanmu yang manakah kau dustakan?"

mesti pernah baca kan? dalam al-quran Allah ulang dan ulang dan ulang ayat ni.

oh. awak yang di sana masih tak tahu ayat yang mana?acu try buka surah ar-rahman jap. tu yang tu... pada ayat ke 13 kemudian diulang lagi pada ayat 16. dan Allah mengulangnya lagi dan lagi dalam surah ini. jadi, awak sudah grab ayat yang mana?

angguk.

aiwah. sekarang boleh saya teruskan?

angguk.

sebenarnya, saya tidak mahu menafsirkan maksud ayat ini sama ada dari segi bahasa mahupun istilah. tapi, saya mahu kita semua meninjau terus kepada keadaan yang mana kita dapat merasai kemanisan cinta ayat cinta ini.

SITUASI 1

jemah: jah... cuba kau tengok artis ni. gilak hensem. aku rasa macam nak pergi korea je skang jumpa diorang. semua nama aku hafal... hebat tak??? waaaa... hensem. omo omo. cute pulak tu! *meroyan*

jah: oooh... ada berapa orang dalam satu group ni...?

jemah: yang ni 13. yang ni pulak, 9... tapi, cuba tengok yang ni... 10. macho wei macho wei... wargh!!! *terlebih gula dalam badan*

jah: jemah, aku sayang kau tau.

jemah: aku pun!

jah: jemah... kau hafal 10 nama sahabat yang dijanjikan syurga?

jemah: ...

jah: kau sebut nama diorang banyak kali pun, diorang tak kenal kau, jemah. kau seru diorang banyak kali pun, diorang tak tahu. tapi, kalau kau nak bandingkan dengan rasulullah, rasulullah seru nama kau sebelum kau lahir lagi. ketika rasulullah wafat, rasulullah sebut umati... umati... maksudnya, umatku... umatku...

rasulullah merindui kau dan aku, kita umat Islam sebelum lahirnya kita lagi. mari aku kongsikan satu hadis.

"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

jemah, kau seru-seru nama artis-artis ni tak bawa ke mana jemah. tapi, kalau kau selawat ke atas rasulullah, rasulullah akan bagi kau syafaat di akhirat. rasulullah akan tolong kau masuk syurga. artis-artis ni boleh tolong kau ke??

jemah: *sentap dan menangis.*

ting tong! enchek IMAN menyapa membawa bersama puan HIDAYAH. "maka nikmat tuhanmu yang manakah kau dustakan?"

SITUASI 2

eren: jijan, aku rasa aku dah tersuka kat leha la... tersayang dia sepenuh jiwa dan raga rambutan kat rumah nenek aku.

jijan: ooh.. sejak bila?

eren: sejak dia selalu bagi kata-kata semangat. kata-kata tazkirah. kejutkan aku qiam. ingatkan dhuha. dah macam nenek aku pulak. baek kan...

jijan: baek... baek ada makna tu...

eren: maksudnya...?

jijan: eren, aku sayang kau tau.

eren: asal macam ayat jah je kau ni...? geli aku.

jijan: eren... sebenarnya kasih sayang sesama kita ni la yang patut kita perjuangkan. ukhuwwah inilah yang dapat redha Allah. ukhuwwah inilah bukti keimanan. aku nak kongsi satu hadis ye...

”Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”

eren, berikhtilat tu kan haram. tak bawa sebarang faedah pun kan. aku kejutkan kau subuh, kau punya liat nak bangun. kenapa bila leha kejutkan qiam laju je kau buat? kau qiam sebabkan leha ke sebabkan Allah? dalam solat kau ingat leha ke kau ingat Allah? rasa cinta tu fitrah. itu perkara pertama yang dipelajari oleh manusia. semasa awal penciptaan nabi adam dan hawa lagi. tapi... alirannya kena betul. kalau betul kau sayang dia sepenuh raga rambutan nenek kau, kau doakanlah dia. kau minta sungguh-sungguh pada Allah. bukannya bawa dia ke arah maksiat lagi. cara macam ni seperti maksiat berselindung di sebalik nama Islam, kau tau. salah tetap salah.

eren: *sentap dan menangis.*

ting tong! enchek IMAN menyapa membawa bersama puan HIDAYAH. "maka nikmat tuhanmu yang manakah kau dustakan?"

SITUASI 3

semat: jom solat jemaah kat masjid?

dolah: malas la. kat rumah pun cukup.

semat: jom puasa sunat esok?

dolah: penat la. gastrik.

semat: jom tolong makcik kiah? dia kan lumpuh.

dolah: tolong anak dia aku nak. oh! siti sifir.

semat: dolah... jom...

dolah: kau tak penat eh? kau tak faham ye. aku ni tak macam kau. aku bukan stok kopiah raihan. aku bukan stok jubah putih. aku bukan stok serban warna-warni. kau tak nampak aku stok jeans belang-belang? kau tak nampak aku rock kapak? kau rabun ke buta?

semat: tak. aku tak penat. sebabkan kau kawan aku, aku tak penat. aku bukan buat ni sebab aku pakai kopiah raihan dibaluti dengan serban warna-warni bersama jubah putih. tak! aku buat semua ini sebab kau kawan aku. sebab Allah. aku nak kau rasa manisnya mencintai Allah macam aku sedang rasa ni. aku nak kau rasa indahnya apabila kita bergantung hidup pada Allah. sebab apa? sebab kau kawan aku. aku nak kita sama-sama berpimpin tangan masuk sorga Allah. kau nak??

dolah: siapa tak nak masuk sorga... tapi, aku dah macam ni. aku bukan orang baik-baik. aku dah tak boleh diubah.

semat: siapa cakap? takde yang mustahil kat muka bumi ini. yang jahat tak kan jahat selamanya. dan yang baik takkan baik sentiasa. hidayah tak kan sampai kalau kita tak berusaha. iman tak akan meningkat tanpa amal. ini semua dari kasih sayang Allah. Allah tak benarkan kau terus hanyut. Allah nak kau buat baik. dekat dengan Allah. Dia rindu kau. kau tak rasa beruntung ke? Allah nak kau keluar dari jahiliyyah. oh untungnya.

dolah: *sentap dan menangis.*

ting tong! enchek IMAN menyapa membawa bersama puan HIDAYAH. "maka nikmat tuhanmu yang manakah kau dustakan?"

nampak tak apa yang saya cuba sampaikan? nikmat tuhan yang paling besar buat kita ialah kalimah syahadah. kita telah dijadikan sebagai seorang Islam sejak dari lahir. sedangkan yang lain terpaksa mencari-cari. beruntung tak kita?

setiap kali kita jauh dari Allah, Allah tarik kita balik dekat padaNya. setiap kali kita terlupa pada Allah, Allah turunkan ujian. supaya kita ingat padaNya. merayu dan menangis meminta padaNya. ya Allah... Allah sentiasa ingat dan dekat pada kita. bukankah itu nikmat buat kita? ya Allah...

"maka nikmat tuhanmu yang manakah kau dustakan?"

cinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1964609742472989586.post-23320886132963243922012-12-27T08:13:00.002+03:002012-12-27T17:42:08.845+03:00eton dan korea

bismillah.

angin di luar laju menderu mengalahkan kelajuan micheal shumacher memecut di litar formula one. sejuknya sampai mencengkam tulang. saya yang kesejukkan lantas membalut badan dengan selimut setebal karpet di rumah datin Maimun. hah! sudah macam polar bear di kutub utara. nota subjek adyan muqoranah sudah terbentang di atas meja minta dibaca.

sedang asyik membaca tiba-tiba saya dapat panggilan telefon dari eton (bukan nama sebenar). seperti dapat mengagak visi dan misi serta objektif panggilan eton ni. saya menjawab panggilan. ya! benar sekali tekaan saya... eton minta dipicit. saya yang sudah seperti mak bidan di mu'tah ini pasti tidak akan menolak permintaan eton.

petang selepas zohor eton datang rumah membawa kepala yang berat. kesian. pening. saya pun memulakan kegiatan memicit. tiba-tiba... eton bertanya. meminta pendapat.

maka, ini adalah perbualan kami setelah disunting dan menepati piawaian ISO.

eton: akak, bagi akak salah tak tengok cerita korea?

saya: bagi akak berhibur tu tak salah. nak tengok cerita korea ke, cerita english ke, cerita benua afrika ke... tengok lah. asalkan kita tahu apa yang kita tengok. contoh, jika kita tahu dalam sebuah filem tu ada adegan yang tak sepatutnya, jadi... jangan tengok. kalau dah terang-terang cerita tu dilabel sebagai 18sx, jangan tengok. cerita korea pun bukan semuanya teruk. ada je cerita yang bagus. yang kita dapat pengajaran dari cerita tu. so, tengok la.

yang menjadi salah apabila kita tengok cerita korea lagi yang cintan-cintun, yang hero gilak perfect.. dengan romantik, pastu kaya pulak, ada syarikat sendiri dan hensem kalah eren ajis... pastu kita terawang-awang tak cecah bumi. waktu solat pun kita lambat-lambatkan. kalau solat pun acuh tak acuh, asal solat. habis solat sambung tengok. semua benda tak buat. quran pun tak baca... haaa.. time tu kita salah.

dapat pula kalau kita tengok running man. haaa.. running man tu pecut kita pun sama pecut habiskan semua episod yang ada. terkekek-kekek, gelak menggila, kacau manusia sejagat. semua kerja tak jadi. dalam solat teringat joongkook buat aksi comel-la-sangat-dia tu... time tu kita salah.

tapi, kalau kita tengok pun tak apa. tak tengok pun tak apa. tak kacau solat. tak kacau ibadah. tak terawang-awang. tak asyik teringat je... maka, tengok la. apa-apa pun, kita yang control diri kita. kita adalah apa yang kita lihat. so... fikir-fikirkan la..

eton: ada orang tak nak lantik akhowat tu jadi naqibah sebab dia tak siqoh, tengok cerita korea. tu macam mana pula?

saya: hmmm.. pelik ye. kita memang tak perfect macam rasulullah. sebab tu rasul. dan kita kena cuba sedaya-upaya untuk jadi seperti rasulullah sebab rasulullah tu role model macho lagi bergaya bagi segala manusia sepatutnya. bukan bagi yang siqoh je... yang baik je. yang kaki surau je, yang pakai jubah je... rasulullah cakap, 'sampaikan dariku walaupun sepotong ayat.' kalau kita nak tunggu sampai semua orang perfect baru boleh mula dakwah, baru boleh sharing ilmu agama.. maksudnya sampai sudahlah kita tak akan dapat share ilmu tu. sebab mana ada manusia yang perfect.

kalau dah akhowat tu bagi nama untuk jadi naqibah bagi akak maksudnya dia sedang cuba untuk ubah diri dia untuk menjadi baik. proses memberi tu bukan sekadar memberi tapi turut menerima. maksudnya... kalau dia sharing something pada anak buah usrah, pada masa yang sama dia dapat something dari anak buah usrah dia pula. jadi, dia membaiki diri dia juga. bukan maksudnya bila dia sharing maksudnya dia dah cukup betul dan perfect... tidak.

kalau ada orang yang ingin berbuat kebaikkan, kenapa perlu kita halang. raikan la. sekarang mungkin dia hu-ha-hu-ha, tak siqoh... tapi, mana tau esok lusa dia bertaubat dan menjadi lebih baik daripada kita. jangan pandang manusia dengan pandangan serong kononnya kita perfect. kalau kita pandang seseorang dengan pandangan jahil dan jelek, maka kitalah si jahil dan jelek itu.

jangan la bila makcik Hidayah dah jumpa kita, kita rasa macam kita ni dipilih Allah dan the chosen one... maka, kita merasakan semua yang belum jumpa dengan makcik Hidayah tu maksudnya dia ahli neraka. kalau ada yang fikir macam tu, maka hatinya telah diracuni dengan perasaan riya'. bawa bertaubat. moga-moga kita dijauhkan dengan sifat macam tu.

eton: hooo... terima kasih kak. dah faham dah.

saya: sama-sama.

tidak sangka proses picitan bertukar menjadi proses perkongsian pandangan dan ilmu. aturan Allah. semoga perbualan kita tu bermanfaat dan bernilai ibadah. :)

p/s: kepada eton, jangan diulangi kelakuan seperti hari sebelumnya. huduh beno! hahaha.

cinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1964609742472989586.post-14742832355054547512012-12-26T00:56:00.000+03:002012-12-26T00:59:11.956+03:00apa sebab awak kawan dengan saya?

bismillah.

peringatan keras: ini hanyalah rekaan semata. maka, saya tak akan bertanggungjawab sekiranya ada kecederaan jiwa dan hati yang parah akibat terlalu mempercayai cerita berikut. jangan menyoal akan kebenaran cerita kalau tak nak kena cangkul. muahaha. *bertukar jadi mak tiri cinderella.*

"hoit!" Ana disergah. Badannya terkejut. Dia menoleh ke arah Ira yang duduk disebelahnya sambil tergelak setelah melihat reaksi Ana.

"nak kena senduk ye?" Ana bergurau. Ira menyambung gelak apabila mendengar kata-kata Ana. Senduk mana yang hendak dicekau Ana di tengah-tengah taman tasik ini.

"sorry, sorry. aku datang pun kau tak sedar. aku sergahlah. kenapa kau tenung dalam tasik ni? cari ikan ke?"

Ana menggeleng. "aku cari naga tasik chini." Ana menjawab selamba. sekali lagi berderai gelak Ira. Ana memang kaki merapu. pantang ada ruang dan peluang, maka Ana mula merapu.

Ira memandang Ana lama. Ana diam seribu bahasa. Ira tahu yang sahabatnya ini pasti di dalam masalah jika tidak masakan Ira akan memanggilnya untuk berjumpa di taman tasik. taman tasik ini selalu menjadi saksi luahan perasaan dua orang sahabat ini.

"kenapa Ana? Kau ada masalah?" Ira menyoal lembut. Ana menggeleng. Dia tidak tahu di mana harus dia mulakan dulu.

"Ana..." Ana terdiam. Ira resah. Pasti masalah besar ini. Ana menarik nafasnya dalam-dalam, dia memejamkan mata. Tangannya digenggam mencari kekuatan.

"Aku dah jatuh cinta!" Ana meluahkan. Ira terkejut mendengar luahan Ana. Ingin sahaja dia gelak bergolek-golek dari hujung tasik ke hujung tasik. Tapi, ditahannya.

Ini kali pertama dia melihat Ana begini. Masalah hati rupanya. Masalah yang biasa dihadapi oleh para remaja.

"ooh. Dengan siapa?"

"Dengan Is."

"Is? Ketua blok kolej 11 ke?

Ana mengangguk.

"Mana kau kenal dia?"

"Di FB. Dia PM aku dulu. aku pun balas. Dari situ kitorang start berkawan. Sekarang dah masuk 3 bulan. Dia baik sangat dengan aku. Dia caring. Dan sekarang aku dah tersuka kat dia. Tapi..." Ana terdiam lagi.

"Tapi apa?" Ira menyoal.

"Tapi, baru-baru ni Aku dapat tahu yang dia dah bertunang. Aku kecewa. Kenapa dia buat Aku macam ni?"

Air mata sudah bertakung di kelopak mata Ana. Menunggu masa untuk tumpah.

"Dia tahu ke yang kau suka dia?" Ira inginkan kepastian. Ana menggeleng. Kali ini air matanya tumpah laju menuruni pipi.

"Ana, aku nak tanya sikit." Ira meminta izin. Ana memandang Ira.

"Kenapa kau kawan dengan dia?"

Ana mengerutkan dahinya apabila mendengar soalan Ira. "Kena bersebab ke?" Ana bertanya. Ira mengangguk. "Tiap sesuatu perkara tu kan dibuat mesti bersebab. Kau minum air sebab kau dahaga. Kau makan sebab kau lapar. Kau kawan dengan dia sebab..." Ira meminta Ana untuk mengisi tempat kosong setelah dia memberikan contoh jawapan.

Ana sedikit mencebik. Dia menggelengkan kepala. "Entah. Sebab suka-suka?" Ana menjawab tidak pasti. Dia sendiri tidak tahu yang berkawan perlukan sebab. Ira senyum.

"Kita tak boleh berkawan dengan lelaki ke?" Ana bertanya lagi.

"Boleh. Itu fitrah. Tapi, kita perlukan sebab. Kerana lelaki dan perempuan itu saling menarik dan tertarik. Ia berkaitan dengan hati. Hati kan adalah raja kepada jasad. Jika rosak hati kita, maka rosak jasad kita."

"Apa sebab yang membolehkan untuk kita berkawan dengan lelaki?"

"Dalam 3 keadaan. Ketika belajar, bekerja dan berubat. Dalam dunia sekarang kita tak lepas dari bergaul dengan lelaki. Tetapi, perlu bersebab. Sebab itu membataskan pergaulan kita. Contoh, jika kita ingin bertanya tentang sesuatu perkara dan kita rasa lelaki itu mampu untuk memberika jawapan, maka bertanyalah. Seperti anak murid bertanya kepada guru. Kalau dia call hanya untuk bertanya kau sudah makan ke belum, dah study ke belum, dah lipat baju ke belum... itu dah terpesong tu. Soalan-soalan begitulah yang boleh menyebabkan hati kita sakit.

Kita ingatkan dia caring, padahal soalan macam tu dia dah biasa tanya kat kucing dia. Sebab apa? Sebab hati perempuan ini rapuh sangat. Perempuan senang sangat tersentuh dengan kebaikkan sebab perempuan ini inginkan dihargai."

Ana menangis. Dia tahu kesilapannya. Dari awal lagi dia sepatutnya tidak melayan Is. Is hanya sekadar ingin menjadi kawannya dan tidak lebih dari itu. Lagi pula, tiada perkara penting atau bermanfaat sejak dia berkawan dengan Is. Mereka hanya berbual kosong.

3 bulan dia berkawan. Dan dalam tempoh 3 bulan itu hatinya terawang dengan cinta dunia. Ibadahnya tidak khusyuk kerana teringatkan Is. Dia merasa rugi kerana membiarkan hatinya diusik oleh seorang lelaki yang tiada niat untuk mengadakan sebarang hubungan dengannya.

"Tak rugi kalau kita jual mahal kan? Lagi pun, wanita itu kan fitnah. Janganlah biarkan diri kita dijadikan antara bahan fitnah terhadap lelaki. Jagalah diri kita sebaiknya. Perempuan yang baik itu kan untuk lelaki yang baik. Jika mahu yang terbaik, maka kita perlu jadi baik, kan?"

Ana mengangguk. Dia memeluk Ira. Terima kasih Ira atas nasihatnya. :)

--------------TAMAT--------------

penjelasan dari penulis yang budiman...

1- maaf sekiranya anda merasakan yang cerpen ini terlalu best. cerpen ini tamat di sini. tak ada sequence.

2- kalau ada yang merasakan seperti penulis ni macam dah sampai seru je, cerita pasal jodoh dan bla bla bla maka jawapannya anda salah. Ada orang minta pendapat saya tentang ini. so, konon bajet stailo jawab dalam bentuk cerpen. uhuk3.

3- tak ada apa nak cakap selain penulis seorang yang budiman. *tetibe*

cinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1964609742472989586.post-14994450597058880972012-12-24T22:30:00.000+03:002012-12-24T22:30:59.490+03:00soalan cepu emas, jodoh~ (aish!)

bismillah.

hari ni saya dengan rajinnya menghadirkan diri ke majlis konvo sahabat saya. kerana dia, saya sanggup datang dan tunggu berjam-jam di dewan masrah.

satu sahaja saya nak pesan padanya dan pada saya pesanan ini tersangat penting dan bakal dihadapi oleh kawan saya... soalan cepu emasnya adalah... 'bila nak kahwin?'

konvo mengingatkan saya tentang, jodoh!

heh! soal jodoh ni memang takkan pernah habis la. lagi-lagi umur seperti saya. kira-kira lagi 6 hari saya akan masuk 24 tahun. 2 dan 4... nombor kecil je tu. tapi, tak tahu kenapa orang-orang tua, jiran tetangga, kawan-kawan dan sahabat handai asyik bertanya tentang ini.

saya yang tidak khirij lagi sudah ditanya dengan soalan begitu. mengapa semua orang menampakkan yang saya sudah tua dengan bertanya tentang soal jodoh ni? ha? ha? *angkat kening sebelah.*

kadang-kadang kelakar juga. yang orang ini bagitahu tentang si lelaki ini... yang orang ini pula bagitahu tentang lelaki ini pula... ah! sudah macam membuka katalog. tak perlulah carikan. saya tak minta pun.

geleng kepala.

kepada awak, awak dan awak...

bagi saya, sebelum membuka bermacam-macam katalog yang penuh warna itu ada baiknya bertanya kepada saya dahulu... sudah bersediakah? eh. kahwin ini awak bukan benda senang tau. bukan macam cari baju. lepas pakai boleh buang. berkahwin ni nak kena ada persiapan. sebab itu soalan yang sepatutnya awak tanya ialah, macam mana persiapan diri? bukan terus-terus buka katalog tunjuk kat saya minta saya pilih!

jawapan saya, saya tak ada pilihan. betul!

ilmu di dada saya ini kurang. subjek universiti semua best tidak kira apa jua bidang baik usuluddin, fiqh wa usuluh atau adab. dan semua itu dengan tamaknya saya ingin belajar. rugi besar kalau saya bazirkan duit biasiswa yang ada untuk perkara yang tidak bermanfaat. dan kerana itu saya sanggup untuk habiskan belajar selama 4 tahun di sini sedangkan saya mampu untuk habiskan dalam masa 2 tahun.

jadi, di celah mana perlu saya letakkan tentang masalah 'jodoh' sekiranya masalah 'ilmu' pun saya tak mampu nak jawab. berkahwin pun perlu ilmu juga awak tau! bukan senang-senang nak kahwin. nanti awak nak ajar anak awak apa?

maka, satu soalan pun ditujukan pada saya kerana kurang puas hati dengan jawapan saya.

' orang tua-tua dulu tak ada ilmu juga, tapi kahwin je. bahagia je. jadi, mana kepentingan ilmunya?'

saya senyum. awak... itu namanya ilmu kemahiran hidup. awak tahu maksud dengan kemahiran hidup? belajar untuk mahir dalam kehidupan.

awak tengok sahaja atok nenek kita dahulu. macam mana hidupnya. bandingkan pula dengan awak sekarang. nak tukar channel TV pun pakai remote. rela lagi awak tengok satu siaran sahaja kalau remote tak ada bateri kan? jadi, mana perginya kemahiran hidup awak?

atok dan nenek dahulu ajar anak-anak dengan kematangan mereka. dengan pengalaman mereka. tak kan awak nak ajar anak awak dengan pengalaman awak yang pahit dek kerana tak dapat tukar channel TV tu? fikir balik.

senyum kambing gurun.

saya tak kata pun yang awak sepatutnya belajar ilmu yang saya belajar. perlu tau usul fiqh, ulum hadis, maqasid syar'iah atau fiqh lughah. tidak... tapi, cukup awak ada ilmu tentang perkahwinan.

dengan satu lafaz, awak berkahwin bukan sahaja dengan pasangan awak tapi juga dengan tanggungjawab.

hah?? awak dah sedia?

umur macam saya sudah melihat ramai kawan-kawan yang telah kahwin. pernah sampai dalam masa 1 hari 5 orang sekali kawan saya kahwin. pernah juga dalam sebulan berturut-turut majlis perkahwinan. saya dah tengok bermacam kes. bermacam kisah. bermacam drama.

saya tiada pengalaman sendiri. tapi, saya belajar dari pengalaman orang. dari situ saya tapis baik dan buruk.

kata awak, 'dulu mak ayah saya pun kahwin pada usia saya. tapi, kenapa masa saya nak kahwin diorang tak bagi pula? sebabkan umur saya yang muda ke?'

alahai awak. jangan la sentap sangat. bagi saya, muda atau tua itu bukan kayu pengukur bagi perkahwinan. tapi kematangan. kadang-kadang umur dah 28 tahun pun masih menyusahkan lagi mak ayah. minta duit mak ayah. dan ada pula umur baru 20 tahun tapi sudah pandai cari duit sendiri. sudah pandai berdikari.

awak memang matang. tapi hanya dari segi perasaan. tapi, kematangan awak tentang perkahwinan sudah cukup masak ke? kalau bilik awak pun bersepah, baju awak pun tak berlipat, pinggan pun tak berbasuh... mana pergi kematangan awak? jika hidup seorang pun tak mampu urus bagaimana nanti awak nak uruskan pasangan dan anak-anak awak?

awak kata, 'kita kena kahwin untuk elak maksiat! untuk jaga hati.'

hooo... kerana alasan serupa awak la yang sekarang ni saya nampak ramai orang kahwin muda ye? kerana takut maksiat. sungguh murah alasan ini, awak. kalau betul awak nak elak maksiat, kenapa tidak awak putuskan sahaja perubungan awak? kenapa mesti couple? kan couple tu maksiat. kenapa bila sudah couple, sudah perasaan cinta dan sayang penuh di dada, membuak-buak, baru awak nak fikir tentang maksiat?

serius saya pelik dengan alasan awak ni.

kata awak lagi, 'kalau kahwin waktu belajar nanti lebih bersemangat. dia boleh menasihati.'

awak... haih~ punya berkoyan-koyan pesanan mak awak bagi sebelum awak datang belajar, setiap kali call mak awak ulang lagi perkara yang sama, awak tak dengar. kata awak, emak awak berleter. tapi sekarang entah mana manusia bagi awak nasihat, terus awak nak kahwin?

awak... mak ayah besarkan awak dari kecil sampai besar. diorang yang lagi tahu awak macam mana. bukan dia itu. kenapa awak macam ni...?

saya tak larang sikit pun kalau awak nak kahwin. awak kahwin la waktu belajar ke, waktu bersenam ke, waktu sidai kain ke... kahwin la. betul saya tak larang. cuma saya nak awak faham yang awak berkahwin bukan sebab awak dapat semangat dari dia. tapi, awak belajar kerana Allah. dan awak berkahwin juga kerana Allah.

awak berkahwin tu bukan sebab suka-suka awak. bukan sebab nak jaga hati awak. bukan sebab belajar awak. tapi, sebabkan Allah. awak berkahwin sebab nak bina ummah yang baik yang boleh berbakti untuk Islam. anak-anak soleh yang sentiasa mendoakan awak di kubur nanti. sebab itu sebelum awak urus hidup orang, awak urus hidup sendiri dulu. bila diri mantop, pasti keluarga yang awak hasilkan juga mantop.

cuba check, dari segi ilmu awak dah pass? kalau kematangan pula? macam mana dengan kewangan? dan pengurusan?

jika awak yakin awak sudah bersedia untuk itu semua, maka... tafadholi. dipersilakan awak. saya tumpang gembira! :)

awak... jodoh tu rahsia Allah. mati pun rahsia Allah. apa kata dari awak asyik tanya saya bila akan kahwin, awak tukar bila saya akan mati? sebab kahwin tu tak tahu lagi, tapi mati tu pasti!

senyum kambing gurun berjanggut!

~sollu 'ala nabi~

cinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-1964609742472989586.post-76060673944743382622012-12-24T11:14:00.001+03:002012-12-24T11:14:38.351+03:00sahabat dunia akhirat

bismillah.

entry ni khas untuk sahabat dunia akhiratku... AZIMAH SUMAIYAH.

masa aku taip nama kau ni, aku rasa sebak sangat. entah. macam la kau nak balik Malaysia hari ni kan?

tak... tapi aku bakal tengok kau naik atas pentas hari ni! aku bakal tengok kau konvo, sahabat!

rupanya dah lama kita berkawan. dari sekolah menengah, kolej dan akhirnya... jordan!

tak sangka kan kita bersama sampai ke luar malaysia. tapi, kau akan balik dulu. dan aku masih lagi 2 tahun di sini. *ambil tisu kesat hingus* ahahaha.

masa sekolah menengah, kau dengan aku kenal-kenal macam tu je. yela! seorang asramanya di timur, seorang lagi asramanya di barat. mana nak rapat. 5 tahun kita bersama, tapi... kita tak rapat seperti sekarang.

sampai di kolej, kita ditemukan lagi sekali. kau tegur aku dulu. di situ bermulalah cerita persahabatan kita. kita saling berbincang, bertukar fikrah, saling belajar bersama... kita pun pernah jadi 'room mate' kan?

walaupun tak lama, tapi itu adalah detik berharga.

kau masih ingat persahabat kita di duga? aku diuji dengan fitnah. kau diuji untuk percaya atau tidak. tapi, tak kisah la macam mana pun badai melanda, kau dengan aku masih berkawan. aku terharu! :(

tahun 2010 kita bersama konvo. kita berjumpa walaupun tak lama, tapi kita sama-sama mengucapkan tahniah. nama kau dan aku ditanda dalam buku konvo sebagai sebahagian pelajar yang DL. kita bersama sudah mengharumkan nama keluarga terchenta! aku bangga denganmu, sahabat!

tapi, kemudian kau pergi dulu ke jordan. sedangkan aku... masih mencari sedikit duit buat diri sendiri. dan dengan duit itu aku gunakan untuk buat preparation datang ke jordan. untuk belajar bersama dengan kau macam semasa di kolej dulu.

aku rasa terhutang sangat budi kat kau. kau yang banyak tolong aku sebelum datang sini. punya banyak soalan aku, bertalu-talu masuk inbox kau... tapi, kau layan penuh mesra. kadang-kadang aku terfikir adakah kau rimas? yela. dengan kerja persatuan lagi. dengan belajar lagi. maafkan aku, sahabat!

sampai je aku kat airport, kau orang pertama yang sambut aku. ingat lagi tak... aku peluk kau ketat-ketat? mungkin kerana rindu. dan tak sangka kan, aku transit kat rumah kau. sepanjang transit, banyak benda aku belajar dari kau. yela. kau kan 'senior' waktu tu... hahaha. kau yang carikan rumah. kau yang selesaikan isu rumah pindah-randah. penat kan jadi kau? hahaha.

dari kesusahan dan kepayahan tu menjadikan kita semakin rapat.

maaflah kalau waktu kau susah aku tak ada untuk tolong.

dan, hari ini... kau akan konvo. tahniah sahabat!!

doakan aku untuk menjadi hebat macam kau juga. ^^

eh. malaysia dah mula memanggil-manggil tu. sahut cepat ye. mereka perlukan bakti kau.

selamat berbakti sahabat untuk ummah demi Allah. :)

p/s: nantikan aku di masrah bersama hadiah buatmu. hahaha.

cinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1964609742472989586.post-37734268407515812212012-12-17T19:33:00.002+03:002012-12-21T08:52:40.842+03:00kita perlu sensitif!

bismillah.

saya bukan peminat tegar filem melayu. lagi-lagi cerita meleleh-leleh, cerita si baik asyik kena tindas je tak pun cerita cinta jiwang karat lagi berdaki, memang sumpah saya tak layan.

wekk. muntah.

tapi, apa yang bakal yang saya tulis lepas ni berkaitan dengan movie-movie yang berunsurkan jiwang karat lagi berdaki dan juga cerita lawak yang tak berapa nak geli hati. serius! saya perlu menulis tentang ini.

kali pertama saya tengok cerita ombak rindu atau dalam bahasa klasiknya miss wave, saya terpaku dan terkedu serta terkejut bersama beruk. mana tidaknya, sungguh sekular cerita melayu sekarang. adegan peluk dan cium seperti adegan anak-anak dara tolong mak kat dapur. seperti sangat biasa.

saya sangat terkejut hingga hampir tergolek jantung ke bawah apabila melihat adegan antara hero dan heroin dalam cerita tersebut. sudah macam suami isteri yang sah. oh! saya malu untuk menulis adegan ngeri mereka.

seterusnya cerita istanbul, aku datang. oho! cerita yang terbaru. seperti saya katakan, saya memang tak tengok cerita melayu... jadi, mana pula saya tahu tentang cerita ni?

kelajuan penyebaran maklumat melalui internet sekarang kan lebih laju dari kelajuan enchek superman terbang untuk cuba menyelamatkan kekasihnya. enchek superman pun sudah redha dan pasrah dengan fakta ini.

lagi-lagi filem ini filem pecah panggung hingga retak. ramai sangat yang update status di mukabuku pasal filem ini. tapi sayang seribu kali sayang, ramai yang suka berbanding yang menegur. ya! filem ini harus ditegur. saya belum mengkhatamkan lagi cerita ini sampai habis. hanya tengok kira-kira 40 minit pertama sahaja.

ada beberapa babak yang saya tak boleh terima dalam cerita ini sepanjang 40 minit pertama saya tonton.

pertama, bila si gelpren cakap boipren dia seorang yang paranoid kerana tak benarkan dia tinggal dengan 3 orang lelaki. *pitam 3 hari 3 malam*

kedua, bila boipren dia marah kenapa si gelpren dia peluk dia tengah orang sedangkan itu perkara biasa yang mereka buat di Malaysia. jawabnya dengan selamba seperti tengah main congkak, 'sebab Turki negara Islam.' *soalan taska: anak-anak, apa agama rasmi negara Malaysia?*

ketiga, bila si boipren boleh pulak tangannya meraba si gelpren di kedai dan membuat cubaan untuk cium tapi ditolak kerana baru jap tadi si gelpren kena marah dengan si boipren sebabkan peluk depan orang. jawab si boipren, 'tadi tu depan orang. sini tak ada orang.' *pengsan seminggu*

dan filem terakhir yang dipilih ialah, filem aku terima nikahnya.

jalan cerita menarik. kisah tentang suami isteri. tapi, sekali lagi saya bertanya... perlu ke berlakon macam dah betul seperti suami isteri. bagi saya, sudah memadai dan faham jika hanya buat majlis kahwin dan akad nikah untuk membuktikan kamu berdua adalah suami isteri. dan lagi, saya tahu anda berdua berlakon menjadi suami isteri tapi perlu ke sampai cium pipi...???? TIDAKKKKKKK!!!!

di mana sensitiviti kita sebagai seorang Muslim? kenapa kita biarkan perkara ini terjadi?? mengapa kita terus berdiam apabila filem-filem sekular semacam ini menjajah pemikiran anak muda sekarang?

bila si anak membawa perut yang bunting tanpa suami, dicerca dan dimarah. tapi... sila lihat kembali dunia keliling. anak-anak disumbatkan dengan cerita yang bukan-bukan, yang tiada akhlak, yang menggalakkan pergaulan bebas tanpa batas dari kecil. ibu bapa pula membenarkan dengan alasan ini hanya sekadar cerita. just for fun!

ye! dan alasan anak bunting pun because they thought it's just for fun!!

jika pengarah filem menganggap dengan perlu beradegan hangat begitu baru boleh melariskan sesebuah filem, maka apa yang boleh saya katakan... anda bukan pengarah filem yang hebat. anda bukan orang seni. anda tiada kualiti.

tengok sahaja cerita ketika cinta bertasbih, tidak perlu adegan peluk memeluk, tidak perlu adegan yang menunjukkan ke'real'an suami isteri, tidak perlu adegan di atas katil... tapi tengok! berapa ramai anak muda dan orang tua yang sukakan cerita itu.

berapa ramai pula yang terkesan dengan cerita islamik ini. islamik dengan kata sebenar. bukan islamik atas nama sahaja.

sesuatu yang lahir dari hati akan sampai ke hati. itu yang sering saya dengari dari kawan-kawan ketika kami berentap dalam pertandingan teater tahun lepas. hati kami ikhlas menginginkan para penonton terkesan dan dapat mengambil pengajaran dari cerita yang kami pentaskan.

kami tidak banyak membuat persiapan. serius kami katakan, kami banyak berlatih last minute. tapi, hati yang ikhlas memancarkan sinar dan sampai ke hati yang lain.

kami buat bukan kerana siapa. bukan kerana pingat. bukan juga kerana nama. kami buat kerana Allah. ya! hanya keranaNya. pementasan teater kami dan KCB mempunyai matlamat yang satu. hanya untuk mendapatkan redha Allah.

jika akhirat yang kita kejar, maka dunia akan mengejar kita. itu pasti!

maka... solusinya,

si penonton, harus merasa sensitif dengan cerita yang ditayangkan. bukan hanya berseronok sambil berkata, 'ini cerita je.'

si pengarah, perlu meluruskan niat sebelum membuat filem. jadikan filem sebagai wasilah untuk mendapatkan redha Allah.

ibu bapa perlu menapis saluran media anak-anak. jangan semberono memberikan kebebasan kepada anak untuk berhibur. berhiburlah. tapi, setiapnya ada batasan.

"berhibur tiada salahnya,

kerna hiburan itu indah,

hanya pabila salah memilihnya,

membuat kita jadi bersalah" - raihan.

cinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-1964609742472989586.post-43941072592062800732012-12-15T20:38:00.001+03:002012-12-15T20:45:07.155+03:00a little appreciation doesn't take a huge amount of time..

bismillah...

pagi sebelum waktu kejadian, adik mengadu. katanya dia sangat sibuk dengan kerja lain dan minta saya untuk tolong dia buatkan skrip teater. saya rasa kesian sangat kat dia memandangkan dia ni super sibuk kalah presiden obama. katanya, semat (bukan nama sebenar), usop (bukan nama sebenar) dan beberapa orang yang lain sibuk dengan urusan masing-masing. jadi, semua orang tak dapat nak berikan komitmen memerah otak nak fikirkan tentang skrip. saya paham. maka... sebagai kakak yang baik hati lagi budiman, saya pun menerima offer untuk bantu dia.

maka, saya pun buat research sedikit sebelum buat kerja. jumpa orang sini dan sana semata-mata untuk mendapatkan bahan tulisan. setelah puas mengkaji akhirnya saya dapat ilham. maka, bermula pada petang tu, saya pun menaip cerita. dengan penuh khusyuk dan tawadhuk. saya tanya adik, bila perlu saya hantar skrip ni... katanya, sebelum pukul 9 malam. baiklah. saya pun meneruskan misi.

selesai asar, kawan pun buat lawatan mahabbah dalam bilik. dia mengajak saya beli barang bersamanya kerana itu perjanjian saya dengan dia. kami nak beli barang untuk buat kek. kami nak menjual. nak cari duit lebih sikit. tapi, oleh kerana skrip yang satu ni, saya minta dia pergi dengan orang lain. nasib dia kawan yang baik seperti saya (hohoho), makanya dia pun pergi dengan orang lain.

saya meneruskan kembali taipan saya. taip punya taip... tiba-tiba dapat panggilan. dari enchek boss. enchek boss minta tolong sediakan semua bahan maklumat biro kami untuk exhibition nanti. maka, saya kata padanya saya tengah sibuk buat kerja lain, adakah boleh jika saya nak bagi malam nanti selesai saya buat kerja? enchek boss yang baik hati pun memberikan permission. enchek boss yang hoyeh!!

maka, saya terus manaip lagi. tiba-tiba, saya terasa pedih sangat perut ni. bila fikir punya fikir dan terus berfikir, rupa-rupanya saya belum makan lagi! dah pukul 10 malam waktu tu. saya lapar. tapi, saya habiskan juga skrip tersebut dan terus hantar kepada adik melalui YM. adik baca dan beliau kata, 'padu bak ang!!!'... maka saya pun lega.

tapi kemudian, saya cuba untuk call adik tapi tak diangkat. saya sepertinya dapat mengesan ada sesuatu yang buruk sedang berlaku. namun, saya keep positive because that's the spirit that we should have. ketika itu, kepala saya sudah pusing. saya sepatutnya menolong kawan-kawan saya membuat kek, tapi perancangan itu terbatal kerana kepala saya sedang berpusing macam tayar lori. maka, sekali lagi saya minta izin untuk tidur. maka, pada malam itu, mereka saja yang membuat kek-kek tersebut.

esoknya, pada hari kejadian, saya call adik. tanya macam mana... dengan nada yang agak bengang adik saya bagitahu yang skrip saya ditolak mentah-mentah. tanpa di baca... tanpa dihayati... oh! peritnya saya rasa ketika itu. adik kata, semat nak buat cerita sendiri. dia nak idea dia.

maka, ketika itu saya rasa jika boleh saya benamkan kepala semat ketika ini sudah lama saya benamkan. punya la saya bersengkang mata, memerah otak, dengan kerja yang menimbun, saya dahulukan skrip ni, lepas skrip siap, ianya dibuang seperti tiada erti.

hohoho. saya tahu. semat seorang yang hebat. tapi, beliau pasti lagi hebat dari power rangers hitam kalau dia cuba menghargai usaha saya. huh!

sudahlah kepala saya masa tu nyut-nyut minta panadol sebab hari sebelum tu saya dengan baik hatinya menjadi translator kepada dua orang kawan. yang pertama mintak tolong sebelum maghrib dan hantarkan skrip selepas isyak. yang sorang lagi, minta tolong translate kan bahasa melayu purba kepada bahasa inggeris untuk menjadi tatapan dato duta dan orang-orang berjawatan besar yang lain.

saya, sebagai seorang kawan yang budiman pastilah ingin menolong kawan selagi boleh jika tidak melanggar syariat. maka, saya tolong. tengah malam baru saya selesai menerjemah bahasa melayu purba tu. dah la purba, dengan bahasa tinggi melangit, nak diterjemah dalam bahasa inggeris yang perlu juga sama taraf dengan kepurbaan bahasa melayu. dan ditambah lagi, saya menterjemahkan seorang diri.

ada juga minta tolong pada orang lain, tapi orang lain sibuk dengan dunia mereka. jadi, kena buat sendiri. oleh kerana itu, kerja yang mungkin boleh diselesaikan awal dapat dihabiskan di tengah malam.

jadi, cuba bayangkan, malam tak cukup tidur sebab perah otak, esok bangun awal pagi nak ke kelas, balik kelas terus buat skrip... dan natijahnya skrip dibuang tanpa dipandang. oh! sakitnya hati beta!

tapi... bila difikir balik, setelah berbincang, munaqoshah, musyawarah dengan diri sendiri maka saya pun dapat jawapan melalui zikir munajat yang saya dengar untuk menenangkan diri yang sedang dalam api kemarahan itu...

saya katakan pada diri, 'bersabarlah wahai diri. sedangkan JK Rowling sebelum dia jadi penulis terkenal pun skrip novel dia ditolak mentah-mentah. ini kan pula kau... hanya 'zu rolling dalam hirom'...

apa natijahnya jangan dikira. yang penting, apa yang kau buat kau telah sandarkan kepada Allah. moga ianya dinilai ibadah.

jadi... semasa di hari kejadian, semat ada berjumpa dengan saya, nak beli barang... sebelum ni yang rasa macam nak benam kepala semat jadikan baja pokok kaktus, terus tak jadi. saya layan dia dengan baik sekali selayaknya seorang penjual kepada seorang pembeli. tak suka nak simpan marah ni. tak membawa sebarang keuntungan. kini saya lebih bahagia~~

cinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1964609742472989586.post-70399841576864474972012-12-06T19:16:00.000+03:002012-12-06T19:16:20.290+03:00mekah, aku datang!

bismillah.

ke mekah. impian dari dulu lagi. tahun ni dugaannya lagi banyak dari tahun lepas. sungguh! jangan disangka bila kita rasa semua dah ready, maka kita akan dapat menjejakkan kaki ke Mekah macam kita nak jalan-jalan ke Bukit Tinggi, Indonesia. tak. tak semudah itu!

tahun ni saya berusaha lagi nak apply untuk ke Mekah. tak putus asa. bak kata atok nenek dulu, nak seribu daya, taknak seribu dalih. Allah tengok effort bukan hasil. sebab hasil Allah yang bagi tapi effort datang dari diri sendiri.

harapan saya tinggi menggila tahun ni. lagi tinggi dari gunung fuji. ayah called bagitau yang family saya n family makcik nak datang. kira-kira masa tu, dalam 11 orang akan datang sini. memang saya terbayang dah diri ni dalam pelukan orang tersayang. rindu!

tapi, lepas tu... berita sedih pertama saya dapat, ummi masuk hospital. lepas saya balik ke Jordan, ummi sakit. sakitnya ada kaitan dengan buah pinggang. ummi banyak kali cakap ummi tak teruk, tak yah risau. tapi, setiap kali saya skype... saya tengok muka ummi bengkak. berat ummi naik. badan ummi macam snowball.

saya kat sini mampu doa dari jauh je. apa lagi yang boleh saya buat. saya ingat lagi dulu masa ummi masuk hospital sebab darah ummi tinggi, saya yang stay kat hospital dengan ummi. saya menyempit dengan ummi tidur atas katil. saya yang habiskan makanan ummi bila ummi tak lalu nak makan. hohoho.

tapi, sekarang bila ummi sakit, saya tak mampu buat apa. dengar je. setiap kali ummi cakap, 'zue, tak yah risaukan ummi. ummi okay je.' saya diam. sebab saya tahu ummi nak sedapkan hati saya je. tapi, memang hati ni takkan pernah sedap bila tengok ummi camtu.

saya tahan air mata setiap kali skype dengan ummi. tak nak ummi sedih tengok saya menangis. tapi, setakat mana saya boleh simpan air mata ni. lama-lama tumpah juga. sampai la saya bertekad nak balik Malaysia masa raya Aidil Adha hari tu. biarlah walaupun cuti tak lama. biarlah walaupun dapat seminggu je. asalkan saya dapat balik dan jenguk ummi.

hari saya bertekad nak balik tu, tiba-tiba ummi call. sembang panjang. tiba-tiba ummi cakap, 'zue, jangan balik sini. zue duduk je kat sana. fokus study je. ada ramai orang yang boleh jaga ummi kat sini. biar ummi datang sana. ummi tak bagi zue balik sini.' ummi macam tahu-tahu je. waktu tu saya memang tak dapat nak cover dah. saya menangis sampai tak boleh nak jawab apa ummi tanya. cuma mampu bunyikan 'emm' tanda faham.

ummi dan ayah akan datang bila ummi betul-betul dah sihat. sekarang ummi masih lagi sakit. ummi masih tak fully recover.

kemudian, masalah kedua pula datang.

ayah called bagitahu yang isu bankruptcy ummi tak selesai lagi. selagi duit tak dibayar, selagi tu ummi tak boleh keluar Malaysia. dan pula, ayah takkan ke mana-mana kalau tak ada ummi. jadi, kira-kiranya, tolak ummi sama juga tolak ayah. dan kakyang, memang takkan datang kalau tak ada ummi dan ayah. sebab kakyang cakap, impian ummi nak datang Mekah. dan kakyang taknak pergi selagi ummi tak pergi. kakyang tak ada apa-apa masalah. jadi kakyang boleh pergi bila-bila asalkan selesaikan masalah ummi dulu.

bermaksud juga, tak ada ummi, tak ada ayah, tak ada kakyang. cuma ada keluarga makcik.

tahun lepas, guna alasan adik-beradik susuan tak diterima. konsoliah tak percaya. jadi, tahun ni kena guna cara lain. saya post passport ke Malaysia. dapat tumpang mahram. memang post ke Malaysia tu satu risiko besar. sebab takut hilang ke tak sampai ke... macam-macam boleh jadi. tawakal 'ala Allah.

ayah called. bagitahu passport dah sampai. Alhamdulillah. so, pakcik nak proses passport ke konsoliah kat Malaysia. tiba-tiba...

masalah ketiga muncul!

passport saya tak valid. kerajaan arab tak buat visa kalau passport mati tempoh kurang dari 6 bulan. passport saya meninggal bulan 5 ni. tak cukup 6 bulan. saya kena perbaharui passport. tapi, masalahnya, renew passport hanya boleh dibuat kat kedutaan jordan. dan buat kat kedutaan hanya siap lepas 3 bulan.

huh! kalau renew sekarang pun, passport siap bulan 3 sedangkan makcik nak datang bulan 1. makanya, kesimpulan yang saya dapat buat... saya tak dapat pergi Mekah. berita yang saya dapat pagi tadi, ayah akan hantar balik passport saya ke Jordan. pagi-pagi dapat berita sedih. memang satu hari tu, saya kurang ada mood. rasa sedih.

apa-apa pun, saya kena redha. itu rumah Allah. Allah yang jemput tetamunya datang. dan kali ni mungkin nama saya belum lagi disenarai pendekkan sebagai tetamu Allah. saya yakin, Allah pastia ada perancangan yang lebih baik dari ini. ini hanya rancangan saya. rancangan Allah adalah yang terbaik. mana tahu nanti saya pergi Mekah dengan satu keluarga. mungkin itu yang Allah rancangkan untuk saya. Allahua'lam. saya redha.

so, sekarang shift tempat... from mekah, aku datang to istanbul, aku datang!

cinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-1964609742472989586.post-21687364511154334572012-12-06T00:29:00.000+03:002012-12-06T00:50:46.139+03:00Apabila saya jadi MC (fulawehhhh..)

Sebulan yang lepas…

Saya dapat
panggilan dari kawan saya. Suaranya serius. Oh! Rupanya saya dirisik. Dia
mintak saya tolong dia dalam satu program bahasa. Saya ditugaskan untuk jadi
MC. Nak tolak tak sampai hati sebab dia kawan sendiri. So, hati yang tak berapa
nak berat ni pun menerima tugas yang diberi. Lagi pun, dalam perjanjian asal,
dia cakap saya cuma MC choral speaking.

Dan apabila difikir masak-masak hingga separuh rentung,
maka diri ini dapat jawapan.

Saya, ‘setakat
dengan akhowat, apadehal!’ Saya terima!!

Pesanan dia, “zu,
mulai dari hari ni ko kena prektis depan cermin hari-hari.”

Saya: =.=”

<o:p>
</o:p>

Beberapa hari
kemudian…

Saya dapat
panggilan telefon lagi dari kawan saya. Dengan suara yang tenang tapi lebih serius
dari sebelum ni, dia pun berkata, “zu, ko jadi MC choral speaking dengan
closing.”

Time tu saya rasa jantung nak terkeluar.

Katanya, oleh
kerana dia terlebih promote saya maka team perlaksana program mintak saya jadi
MC closing. Bila fikir balik, gila lak!! Closing buat kat Dewan Masrah. 500
orang students boleh muat dalam tu. Dewan besar kot… takut kaki terlebih ketaq
tak mampu berdiri je nanti.

Lagi satu, tu first time kot nak bercakap depan
syabab dan akhowat PERMATA. Kalau guna bahasa ibunda, okay lagi kot. Tapi ni
nak speaking London depan orang. Tiba-tiba terasa keyakinan yang ada kat gunung
everest sebelum ni, tengah bergolek-golek turun bawah. Adoyai!

Saya tanya, ‘siapa
partner aku?’

Dia jawab, ‘kak
ika.’

Saya, ‘nasib
dengan kak ika. Akhowat. Apadehal!’ Saya terima!!!

<o:p>
</o:p>

Beberapa hari
sebelum program…

Saya tengok tentative
program yang di’post’kan kat group PERMATA. Dahi berkerut. Macam pelik je
tentative ni. Saya pun telefon kawan saya. Saya tanya kenapa tentative program
jadi lain dan macam mana dengan saya? Perlu ke saya jadi MC? Dalam hati
mengharap, ‘kalau tak jadi, okay jugak!’

Tapi sekali
lagi dengan suara yang tenang dia menjawab, “zu, ada perubahan sikit. Ko tak
jadi MC choral speaking.” Yooohoooo!! Dah bersedia nak buat tarian rumba ni. Tiba-tiba
dia sambung lagi, “tapi, ko tetap jadi MC untuk closing. Kat Dewan Masrah.”

Harapan musnah.
Terbantut terus nak menari rumba. Lepas tu… dia sambung lagi, kali ni suara dia
lebih tenang dari sebelum ni… katanya. “partner MC ko syabab.”

TIDAAAKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!

Ini berita
yang paling disaster dalam banyak-banyak berita yang dia bagi. Dengan syabab?? Dah
la saya cukup ketaq memikirkan yang saya akan dok depan Dewan Masrah yang besar
tu untuk berucap, sekarang dengan syabab pula!

masa
tu, pitching suara jadi tinggi. Terasa nak menjerit kuat-kuat.

Saya, “Hari tu
cakap kak ika. Kenapa sekarang syabab pula???”

Katanya, “kak
ika jadi hakim debat. Tak kan dia nak jadi MC juga malam tu.”

“lagi pun zu…”
dia sambung. Nak pujuk lettewwww~

“kalu akhowat
dengan akhowat jadi MC tak nampak la variasi suara. Kalau dengan syabab baru
nampak variasi, gah sikit. Kalau dua-dua akhowat takut nanti audience bosan
pula. Dua-dua suara lembut.”

Hoh!! Pandai kau berkata-kata wahai kawanku. Patut
la kau jadi programmer! hahaha.

Hipotesis saya,
makin tenang suara kawan saya, makin besar dugaan saya. Eheh! Dan sekali lagi,
oleh kerana dia kawan dunia akhirat saya, yang saya dah kenal sangat lama, yang
dah banyak tolong saya, maka… SAYA TERIMA!

<o:p>
</o:p>

Hari kejadian…

Saya berjumpa
dengan partner MC saya. First time nampak muka. Tak pernah kenal pun dia. Rasanya
macam lagi kekok. Tak apa… saya diam je. Tengok dulu dia macam mana… ikut flow.

Saya rasa nak
syukur sujud je bila saya tahu yang partner MC saya lek-lek lu orang nya. Rehearsal
pun berjalan dengan lancar. Dia dan kawan saya banyak sangat tolong saya. Dari sebulan
lepas dok bayang yang lutut ketaq atas pentas tapi bila betul-betul atas pentas
tu, lutut straight je. Kalau ketaq pun mungkin sebab lapar. Sempat makan pagi
je hari tu.

Banyak juga la
benda saya dapat malam kejadian tu. Sepanjang kerja dari pukul 4.30 petang
sampai 10.30 malam tu rasa macam tengah join kem motivasi. Penuh nasihat dan
motivasi yang saya dapat dari partner MC.

Lagi satu,
benda berharga yang saya belajar ialah biar ribut macam mana pun orang
sekeliling, yang penting kita tenang. Baru kerja smooth and steady. Dan ye,
malam tu walaupun kat belakang pentas tengah taufan Katrina sebab plan asal ada
perubahan, tapi saya tetap tenang. *muka meditasi*

<o:p>
</o:p>

<o:p>kesimpulan...</o:p>

<o:p>
</o:p>

So, kesimpulan
yang saya dapat dari program malam tu atau lebih suka saya kenalkan sebagai kem
motivasi ialah jangan takut untuk mulakan sesuatu. Of course segala macam
perasaan kita akan rasa awal-awal tu sebab tu pengalaman pertama kita, tapi
kalau selagi kita tak mulakan langkah pertama,
mana kita nak tau kemampuan dan kelemahan kita.

Tanpa langkah
pertama, kita akan tetap kaku di tempat yang sama.

Ohoh! Terjadi
motivator pulak. What can I say is… THANK YOU, MY FRIEND for giving me such
opportunity to challenge myself to be a better person.

Tapi, pape pun
aku tetap tunggu broasted dari ko. Hihi.

cinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-1964609742472989586.post-22794348572943786162012-04-14T21:46:00.004+03:002012-12-06T00:34:47.677+03:00dilema cinta ilahi

bismillah.

assalamualaikum..

terkadang diri rasa ingin lari

lari entah ke mana aku tak pasti

lari membawa hati

hati yang kotor dipenuhi daki

daki yang banyak menggelapkan hati

aku ingin... hati itu suci kembali

kembali jernih, berseri-seri...

aku penat

cuba mencari kembali hatiku yang hilang

hilang termasuk di dalam kesibukkan dunia

aku ingin balik

kembali pada diriku yang asal

yang gembira bersama imanku

sendirian namun bahagia

namun... aku tahu...

tidak mungkin aku akan begitu lagi

mana mungkin aku seorang diri

selamanya begini

yang lepas tidak boleh dikembali

itu aku pasti

jadi, hari ini

aku kena terus tabah mengajar diri

membaiki hati

membersihkannya dari daki

agar berseri kembali

aku ingin menangis

menangis sepuas-puasnya

menyesali segala perbuatanku

yang dahulu, kini dan akan datang

aku ingin menangis

dalam sujud panjangku

ketika hanya tinggal aku dan Dia

aku ingin menangis

ketika membaca surat cintaNya

aku ingin menangis! aku ingin menangis! aku ingin menangis!

mengapakah hati ini keras benar!

kenapa hati ini seperti batu!!

kenapa??!?!?!?!

aku perit berperang dengan diri sendiri

aku perit berperang dengan hati

aku perit berperang dengan akal

aku merinduiNya

rasa gembira jika dapat 'dating' denganNya

rasa syukur kerana dia mengajakku bersamaNya

rasa bertuah dapat mengadu padaNya

tapi........

di sebalik itu, diri masih terasa kosong

kosong kerana hati dan jiwa tidak seiring dengan rasa

kata rasa gembira, tapi kenapa hati tidak merasainya

kata rasa rindu, tapi hati merasa itu dusta dan tipu

perang dengan hati ini perit!!!

cinta itu berada di depan mata

namun jenuh untuk digapai

payah untuk dicapai

aku buntu!!!

marah pada diri

kerana membiarkan hati terus berdaki

hingga susah untuk dicuci

salah sendiri!!!

tabah la wahai diri

jika kau terpaksa penat

kalau kau terpaksa tenat

walau kau tak akan cukup rehat

tak apa... asal cintaNya kau dapat!

cinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1964609742472989586.post-85198805407150869212012-02-18T07:11:00.004+02:002012-12-06T00:36:41.576+03:00mister murokib

bismillah...

assalamualaikum...

murokib? apa tu? adakah anda sedang menggaru-garu kepala sambil terfikir tentang coklat cadbury ber-hazel nut di dalam? atau adakah anda sedang terfikir air beraisotonik hundred plus yang berada di dalam gelas dan terapung-apung ais di atasnye sehingga *gulp* anda menelan air liur... pergh! oh oh.. maaf.. tu imaginasi saya sebenarnya.

meh sini saya terangkan apa itu murokib, kenapa saya nak berbicara tentang murokib di kala salji sedang turun di luar rumah dan tangan sedang membeku kesejukkan ni..

murokib ialah kaum adam yang sanggup menemani kaum hawa di bumi Jordan ini. maka, jika saya menjadi pembaca yang tak tau apa itu murokib, saya akan ternganga mulut sambil terfikir 'whoa!! mantop glerrrrrr~ ade bodyguard wei~ tapi... perlu ke?'

saya mengangguk-angguk sambil kunyah biskut 6star perisa koko.. perlu. perlu. sangat perlu. sebab pokcik arab sini ganas, gatai dan gedik.. tapi, tak semua pokcik arab jahat.. cume, akhowat jordan ni dijaga kerana pokcik arab 3g seperti disebutkan di atas.

maka, kenapa la saya nak berbicara tentang mister murokib neh? sebabnye.. saya dengar banyak luahan perasaan kawan-kawan saya.. dan ade seorang tu meluahkan pada saya begini..'sekarang ni musim murokib malas nak murokib.'

haaaa.. kenapa mereka cakap camtu?? mereka ade dendam kesumat dengan mister murokib ke? maka, saya menggeleng-geleng sambil sedikit mencebik.. tak.. tapi disebabkan setiap kali minta murokib, semua mister murokib lari ala-ala masuk sukan olimpik 2012 di london nanti..

sebab tu saya tabik spring kenyal pada mister murokib yang memang setia murokib akhowat tak kira ketika hujan, salji mahupun angin laju.. memang antum terbaek dari ladang la~~

tapi, sayang... tak semua sanggup. saya pernah bersembang dengan kawan lebih kurang begini tajuknye... 'sanggup tak kita jadi murokib?'

maka... dengan sejujurnya saya jawab, kalau saya jadi syabab, saya akan malas untuk keluar rumah hanya untuk teman akhowat ke puskma yang tak sampai 5 minit berjalan..

frankly speaking (fuh! speeching!)... bile fikir balik, kenapa murokib nak bersusah-payah nak murokib akhowat bagai sedangkan akhowat tu bukan emak, akak, adek, isteri, adek ipar, anak buah, anak tiri, mak long belah emak, mak long belah ayah, mak ngah yang berkahwin dengan pak lang (ada baiknye saya stop!)... ringkasannya ialah... buat apa la syabab nak menyusahkan diri keluar malam-malam merempuh sejuk untuk hanya temankan akhowat nak ke puskma yang perjalanannya tak sampai 5 minit pun sedangkan waktu tu syabab boleh duduk atas katil sambil main facebook dan ditemani dengan sobah letrik.. kan? kan?

tapi... cume satu je sebabnye yang boleh mematikan pelbagai alasan tadi; kerana Allah. jika kerana Allah, pasti syabab tak akan beralasan seperti tadi. jika syabab dapat merenung hadis ini,

Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri..

(Diriwayatkan oleh : Anas Ibnu Malik)

pasti syabab akan rasa bertanggungjawab untuk murokib akhowat yang sering diganggu dengan pokcik arab 3g. kita memang tiada pertalian darah, tapi kita saudara seIslam, saudara seaqidah.. kalaulah syabab boleh lihat pahala yang mereka terima kerana menjaga saudara seIslamnya, kerana menemankan akhowat yang ingin ke puskma kerana majlis ilmu, pasti.... saya yakin... saya kunci jawapan ini... ramai syabab yang ingin menjadi murokib.

sekurang-kurangnya, syabab telah menggunakan kaki yang Allah berikan ke arah kebaikan.. semoga Allah redha dan berkati setiap langkah syabab menemani akhowat yang ingin pergi ke majlis ilmu..

setiap perkara kebaikan yang diniatkan kerana Allah, bernilai ibadah di sisiNya. semoga pahala menjadi mister murokib dapat topup pahala yang kurang di akhirat kelak.. insyaAllah..

cinta ilahihttp://www.blogger.com/profile/07548978723698983475noreply@blogger.com0