CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

travelog trip to turkey (hari ke- 5)


Hari ke lima.

Selepas berhari-hari kami memikirkan sama ada nak meneruskan perjalanan ke Konya atau Bursa, akhirnya kami sepakat untuk pergi ke Bursa setelah mendengar taujihat daripada granddad halil. Oh ye. Siapa pula granddad Halil ni eh?

Semasa kami di Yeni hostel, kami ada bertanya pada tuan hostel tersebut tentang Bursa. Jika dia tahu macam mana nak pergi dari Istanbul ke Bursa. Tapi, tuan hostel itu tak tahu dan minta granddad Halil yang terangkan.

Jadi, granddad Halil pun bersembang panjang dengan kami. Beliau ni orang Ulu Dag. Datang ke Istanbul kerana urusan kerja. Beliau menerangkan ada apa dengan Bursa, bagaimana hendak ke sana, dan juga sejarah orang Turki. Walaupun mata dah kuyu, badan dah penat, tapi kami mendengar cerita granddad Halil sampai habis kerana menarik.

Jadi, kami pun mulakan perjalanan. Check out dari Harmony hostel, bawa beg berat berkilo-kilo tu turun dan meneruskan perjalanan. Dari stesen Gulhane kami terus ke Kabatas. Di Kabatas, kami beli tiket naik bot.

Serius mabuk laut naik bot. Kelas gitu. Tak pasal-pasal dapat rasa morning sickness orang mengandung. Yang lain semua dah syahid. Saya tak dapat tidur dalam keadaan macam tu. Makanya, saya keluarkan senjata rahsia saya. Yaitu… MAGGI! Saya hancurkan maggi tu kemudian makan gitu je. Boleh la hilangkan sikit rasa pening tu.

Sesampainya kami di Bursa, kami dengan keyakinan yang tinggi melampau menarik beg, mengusung beg yang berat berkilo-kilo tu masuk pekan. Yakin city centre di depan. Yakin hotel ada di mana-mana kami meneruskan perjalanan.

Pelik! Kenapa hanya ada orang tua je di sini? Kenapa semua memandang pelik pada kami? Di mana perginya pelancong-pelancong asing? Mengapa hanya kami sahaja di sini?

Kami berhenti sebentar di depan sekolah. Sebelah sekolah tu surau. Dari jauh seorang nenek membawa quran tersenyum pada saya. Nenek tu on the way nak pergi kelas fardhu ain di surau berdekatan... kot. Saya pun memulangkan senyumannya kembali dengan otak ligat berfikir nak tanya apa pada nenek ini. Nenek datang semakin dekat pada saya. Nenek senyum dengan senyuman yang makin melebar. Sesampainya di hadapan saya, ketika saya ingin membuka mulut untuk memulakan bicara, nenek itu menyapa dahulu.

@^@&^@&^@&$!%$%$!#%$!^ (bahasa turki)

Bagai gelas yang jatuh berderai di permukaan lantai begitulah harapan saya untuk bertanya hancur. Rupanya nenek ini tak tahu bahasa Inggeris. Tapi, saya kagum dengannya. Beliau tetap nak menolong walaupun beliau tahu saya tidak faham kata-katanya. Orang Turki memang baik dan suka menolong.

Kemudian, saya cuba menganalisis kata-kata nenek dengan bahasa badan yang dilakukannya. Maka, saya akhirnya mengeluarkan alamat hostel yang kami bercadang hendak pergi. Kata beliau, ‘OSMANGAZI.’ Maksudnya, ini di Osmangazi.
Saya toleh ke kanan dan ke kiri, ramai budak lelaki beruniform sekolah sudah mengelilingi kami. Semuanya bercakap benda yang sama setelah melihat alamat kami itu. Semuanya tersenyum melihat kami.
Benar! Orang Turki suka menolong orang.

Kemudian, kami bertanya bagaimana hendak ke sana. Mereka menjawab dengan senyuman menggunakan bahasa mereka. Tergelak. Seperti itik sedang bercakap dengan ayam. Kali ini cuba analisis sekali lagi kata-kata mereka. Namun, syntax error!!

Tiba-tiba, sebuah kereta berhenti di hadapan kami. Abang pemandu kereta bertanya kami hendak ke mana menggunakan bahasa Inggeris! Akhirnya… phew! Lap peluh besar gadak.

Dia pun menerangkan cara untuk ke sana. Kami perlu naik bas. Maka, kami perlu patah balik ke stesen bas tempat kami sampai tadi. Kemudian, datang dua orang budak sekolah, mereka kata… ikut mereka. (serius ayat yang aku karang ni lebih teruk dari budak UPSR). Mereka akan bawakan ke stesen bas. Kami pun follow belakang~

Kemudian, abang pemandu kereta itu pun parking kereta dan ikut berjalan dengan kami. Abang pemandu itu ajar bagaimana nak beli tiket bas. Kami pun naik bas. Jauh juga perjalanannya!
Kemudian, bas berhenti. Kami terpinga-pinga. Kami bertanya pada pada pakcik pemandu bas. Bagaimana hendak ke osmangazi. Kata beliau, naik train. Kami pun naik train. Kemudian, train berhenti di stesen osmangazi.

Sekali lagi kami ingatkan city centre di hadapan mata. Dan sekali lagi kami salah! Kami perlu menaiki teksi untuk ke cambalitas hotel. Khabar angin mengatakan hotel tu murah dan cantik dan best dan meletop dan banyaaaaaaaaak lagi. Jadi, kami pun menaiki teksi.

Rupa-rupanya perjalanan nampak seperti jauh. Kami mula hilang arah. Otak semakin tak menentu. Sasau seperti hendak menjengah diri. Bagaimana ni? Melihat meter teksi makin naik. Yaya, akan sebut nombor setiap kali naik seLira. 1 lira… 2 Lira.. 3 Lira… saya katakan pada mereka, ‘limit kita sampai 10 lira je. Sampai ke… tak sampai ke… kita berhenti! Pandai-pandai la kita jalan kaki lepas tu.’
Sesampainya kami di Cambalitas hotel, meter menunjukkan 10 lira. Phew~

Benda pertama yang kami buat setelah sampai di Cambalitas hotel ialah… telan air liur! Peluh besar gadak keluar lagi!

Ni bukan hotel untuk backpackers macam kami. Hotel setup lawa macam ni dah tentu mahal! Tapi, kami gagahkan diri masuk! Setelah berbalas-balas pukulan, cuba try smash empunya hotel dengan harga murah, empunya hostel smash kami dengan pukulan yang lebih padu. Kata beliau, ‘ni harga akhir. Nak bayar, kalau tak boleh blah!’

Kami dapat jangka kami kalah tapi sila berbudi bahasa sikit wahai makcik Cambalitas!

Kami pun teruskan lagi perjalanan. Wardah dah tensen. Mana tidaknya, semasa kami Jordan, kami banyak research tentang Konya. Tiba-tiba bila di Istanbul, kami bercadang nak ke Bursa memandangkan terlalu ramai yang mencadangkan kami ke sana. Jadi, pengetahuan kami zero!

Dan buku LP yang kakyang belikan macam tak berguna sangat sebab kakyang bukan beli buku LP turkey, tapi buku LP middle east. Tak banyak info boleh pakai. Tapi, berguna juga lah banding tiada langsung! Kami semua kepenatan. Lapar…

Berehat sekejap di taman Mini. Buka buku LP. Tertulis kat situ Gunes Ostel, murah! Tapi, tak tahu macam mana nak pergi sana. Akhirnya, ada seorang pakcik datang hulurkan bantuan. Nasib baik dia pandai speaking. Dia bawa kami sampai ke hostel tu. Sempat juga dia bagi nombor telefon. Katanya, kalau kami nak jalan-jalan, perlukan bantuan, call beliau.

Kami pun check in. Rehatkan badan. Malam tu, kami keluar. Nak mengisi perut. Perut bergendang tahap lagu black metal. Nak jalan, tapi tak tahu kat mana. Nak makan, tapi tak tahu mana kedai. Kami berdiri di hadapan jalan besar dengan muka blur. Serius blur. Tiba-tiba…

pi paku dinding kalau marah.

bismillah.

hari jumaat lepas, saya keluar ke pekan dengan kawan. nak shopping barang dapur. cadang di jiwa nak masak nasi lemak esok. habis je beli barang rumah, kami pun balik. masuk je pintu, datang seorang housemate dengan muka comel depan saya sambil berkata, "kak zu, jom temankan saya pergi puskma."

oh. sungguh... hati ini terasa berat sangat seperti sedang menampung lori pasir atas kepala tapi nak tolak mentah-mentah memang tak sampai hati. sebab beliau pun dah bersiap. tak apa lah.. kita tolong orang, nanti orang tolong kita pula. 

jadi, keluarlah diri saya dari rumah sekali lagi. merempuh angin laju yang sedang melanda bumi jordan yang sedang ribut pasir. biasalah... sambil jalan tu sembang itu dan ini. tapi... di belakang saya, saya tahu ada seorang budak arab seperti mempersiapkan diri untuk mendajal saya. 

okeh. tahu tak dia buat apa kat saya? heh. saya tanya, saya jawab.
dia dengan yakinnya meludah ke sweater yang sedang saya pakai. sweater tu dah la saya baru basuh. bau sabun basuh baju lagi. wangi lagi oi. dah dicemari dengan ayaq liuq budak arab. wah! rasa cam nak samak je sweater tu. pakai 7 baldi air di 7 buah rumah akhowat... okeh. hiperbola gilak!

sememangnya, saya tak ada bukti yang budak arab tu meludah saya melainkan detik hati saya mengatakan dia sedang membuat cubaan tersebut. kawan saya lagi tak perasan apa-apa. dia sedang asyik bercerita itu dan ini. dan sekiranya, saya toleh ke belakang untuk marah budak arab itu tiba-tiba, ketika dia sedang bersedia untuk meludah, silap hari bulan ludah tu terkena kat niqob saya ke, tudung ke... tu lagi parokkk!

jadi, ketika nak menyeberang jalan tu saya tanya kawan.. 'ada apa-apa tak kat belakang?' 
kawan mengangguk. 'sah! aku dah kena dajai ngan budak arab.'

yang ajaibnya, sepatutnya saya menjadi the hulk bertukar badan warna hijau siap berketul-ketul di kedua lengan kerana marah. sepatutnya~ tapi... amazingly, i dont feel a thing yet i feel pity to that boy! 
'kalaulah dia mendengar kata ibunya. kalaulah dia menjadi anak yang soleh. semoga Allah menjaganya.' serius tak tipu, saya mendoakan dia. 

sepatutnya, saya merasa sedih dan marah. tetapi, saya merasa lebih gembira, much happier kerana saya telah bersabar atas ujian Allah. semua orang ada ujian, cuma yang bezanya macam mana kita handle with care ujian kita! 

serius tak tipu jugak... ketika kejadian itu, saya teringat surah furqan ayat 63. 
Allah dah ajar apa yang perlu kita buat ketika berhadapan dengan orang macam ini. so, i follow. eh. kalau nak ikutkan, cacian dan tohmahan yang rasulullah kena lagi dasyat tau. saya takat air liur je kot. rasulullah tu siap tahi lagi. 

kita tak sempurna seperti rasulullah yang mempunyai kesabaran tahap tertinggi kalah superman yang mempunya kuasa S. tapi, kita haruslah ke arah kesempurnaan. sebab tu la rasulullah tu qudwatuna. kan kan? lagi pulak... kita memanglah ada tahap kesabaran. tapi, kalau kita ikut limit kesabaran kita sahaja, bukankah ia bermakna kita bersabar bila kita nak je. agak-agak kita tak sabar, kita hambur la! 

hmmm.. apa kata kita fikirkan ini pula.. setiap kali kita nak marah, kita paku dinding. habis kita marah, kita cabut paku. apa jadi kat dinding tu? berbekas kan? dah ghope huduh dinding tu. berlubang sana berlubang sini.

macam tu la kita kalau marah. time marah la kita sembur, hambur semua apa kita rasa kat kawan. tapi, habis kita marah... boleh ke kita betulkan balik sakit hati kawan kita tu? mampu ke kita tutup lubang hati kawan kita dengan perkataan maaf? walaupun luka telah sembuh, tapi parut tetap ada kan?? acewwwah!! kelas gittteww ayat kau jah!

sebab tu la.. ketika kita marah lebih baik kita diam. :) diam tak bererti kalah. diam bererti menang. menang sebab dapat mematahkan plan syaitonirrajim. weeeeeeeeeeeee~ menang!! 

saya menang motor~ eh.