CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

kita perlu sensitif!


bismillah.

saya bukan peminat tegar filem melayu. lagi-lagi  cerita  meleleh-leleh, cerita si baik asyik kena tindas je tak pun cerita cinta jiwang karat lagi berdaki, memang sumpah saya tak layan. 

wekk. muntah.

tapi, apa yang bakal yang saya tulis lepas ni berkaitan dengan movie-movie yang berunsurkan jiwang karat lagi berdaki dan juga cerita lawak yang tak berapa nak geli hati. serius! saya perlu menulis tentang ini.

kali pertama saya tengok cerita ombak rindu atau dalam bahasa klasiknya miss wave, saya terpaku dan terkedu serta terkejut bersama beruk. mana tidaknya, sungguh sekular cerita melayu sekarang. adegan peluk dan cium seperti adegan anak-anak dara tolong mak kat dapur. seperti sangat biasa. 

saya sangat terkejut hingga hampir tergolek jantung ke bawah apabila melihat adegan antara hero dan heroin dalam cerita tersebut. sudah macam suami isteri yang sah. oh! saya malu untuk menulis adegan ngeri mereka. 

seterusnya cerita istanbul, aku datang. oho! cerita yang terbaru. seperti saya katakan, saya memang tak tengok cerita melayu... jadi, mana pula saya tahu tentang cerita ni? 

kelajuan penyebaran maklumat melalui internet sekarang kan lebih laju dari kelajuan enchek superman terbang untuk cuba menyelamatkan kekasihnya. enchek superman pun sudah redha dan pasrah dengan fakta ini. 

lagi-lagi filem ini filem pecah panggung hingga retak. ramai sangat yang update status di mukabuku pasal filem ini. tapi sayang seribu kali sayang, ramai yang suka berbanding yang menegur. ya! filem ini harus ditegur. saya belum mengkhatamkan lagi cerita ini sampai habis. hanya tengok kira-kira 40 minit pertama sahaja. 

ada beberapa babak yang saya tak boleh terima dalam cerita ini sepanjang 40 minit pertama saya tonton.

pertama, bila si gelpren cakap boipren dia seorang yang paranoid kerana tak benarkan dia tinggal dengan 3 orang lelaki. *pitam 3 hari 3 malam*

kedua, bila boipren dia marah kenapa si gelpren dia peluk dia tengah orang sedangkan itu perkara biasa yang mereka buat di Malaysia. jawabnya dengan selamba seperti tengah main congkak, 'sebab Turki negara Islam.' *soalan taska: anak-anak, apa agama rasmi negara Malaysia?*

ketiga, bila si boipren boleh pulak tangannya meraba si gelpren di kedai dan membuat cubaan untuk cium tapi ditolak kerana baru jap tadi si gelpren kena marah dengan si boipren sebabkan peluk depan orang. jawab si boipren, 'tadi tu depan orang. sini tak ada orang.' *pengsan seminggu*

dan filem terakhir yang dipilih ialah, filem aku terima nikahnya. 
jalan cerita menarik. kisah tentang suami isteri. tapi, sekali lagi saya bertanya... perlu ke berlakon macam dah betul seperti suami isteri. bagi saya, sudah memadai dan faham jika hanya buat majlis kahwin dan akad nikah untuk membuktikan kamu berdua adalah suami isteri. dan lagi, saya tahu anda berdua berlakon menjadi suami isteri tapi perlu ke sampai cium pipi...???? TIDAKKKKKKK!!!! 

di mana sensitiviti kita sebagai seorang Muslim? kenapa kita biarkan perkara ini terjadi?? mengapa kita terus berdiam apabila filem-filem sekular semacam ini menjajah pemikiran anak muda sekarang?

bila si anak membawa perut yang bunting tanpa suami, dicerca dan dimarah. tapi... sila lihat kembali dunia keliling. anak-anak disumbatkan dengan cerita yang bukan-bukan, yang tiada akhlak, yang menggalakkan pergaulan bebas tanpa batas dari kecil. ibu bapa pula membenarkan dengan alasan ini hanya sekadar cerita. just for fun! 

ye! dan alasan anak bunting pun because they thought it's just for fun!! 

jika pengarah filem menganggap dengan perlu beradegan hangat begitu baru boleh melariskan sesebuah filem, maka apa yang boleh saya katakan... anda bukan pengarah filem yang hebat. anda bukan orang seni. anda tiada kualiti. 

tengok sahaja cerita ketika cinta bertasbih, tidak perlu adegan peluk memeluk, tidak perlu adegan yang menunjukkan ke'real'an suami isteri, tidak perlu adegan di atas katil... tapi tengok! berapa ramai anak muda dan orang tua yang sukakan cerita itu. 

berapa ramai pula yang terkesan dengan cerita islamik ini. islamik dengan kata sebenar. bukan islamik atas nama sahaja. 

sesuatu yang lahir dari hati akan sampai ke hati. itu yang sering saya dengari dari kawan-kawan ketika kami berentap dalam pertandingan teater tahun lepas. hati kami ikhlas menginginkan para penonton terkesan dan dapat mengambil pengajaran dari cerita yang kami pentaskan.

kami tidak banyak membuat persiapan. serius kami katakan, kami banyak berlatih last minute. tapi, hati yang ikhlas memancarkan sinar dan sampai ke hati yang lain. 

kami buat bukan kerana siapa. bukan kerana pingat. bukan juga kerana nama. kami buat kerana Allah. ya! hanya keranaNya. pementasan teater kami dan KCB mempunyai matlamat yang satu. hanya untuk mendapatkan redha Allah. 

jika akhirat yang kita kejar, maka dunia akan mengejar kita. itu pasti!

maka... solusinya,

si penonton, harus merasa sensitif dengan cerita yang ditayangkan. bukan hanya berseronok sambil berkata, 'ini cerita je.'

si pengarah, perlu meluruskan niat sebelum membuat filem. jadikan filem sebagai wasilah untuk mendapatkan redha Allah. 

ibu bapa perlu menapis saluran media anak-anak. jangan semberono memberikan kebebasan kepada anak untuk berhibur. berhiburlah. tapi, setiapnya ada batasan. 

"berhibur tiada salahnya,
kerna hiburan itu indah,
hanya pabila salah memilihnya,
membuat kita jadi bersalah" - raihan.

5 comments:

Fyra Nysa said...

(y) kak cinta ^_^.. jap lagi cah lak nak update blog :)

atiqasyahira said...

true true. setuju part yg awak highlight tu. kite memula excited je nak tgk istanbul aku dtg sbb ada Beto. tapi bile dah tgk cerita tu takde motif yg baik pon, tengok separuh jela. cerita skrg ntah hape2, menggalakkan sosial ada. konon la jadikan pengajaran la ape la.

*suke sgt kat mas azam :D

cinta ilahi said...

tu la.. sedih ble org ckp cerita best, menarik, ptt dipuji... jalan cter dia kita dpt terima kalu yg berlakon tu omputeh kat US. tp ni org malaysia, org islam. apa ni....?

kt terkejut bile kt tengok org skang punya cte. cte aku terima nikahnya smpai bercium. tu kt just tgk trailer. belum tgk hbs lagi... adoi. pitam3.

atiqasyahira said...

Kann. kekadang statement dalam skrip tu pon nmpk sgt tak melambangkan org islam yg ungkapkan. tskk . Skrg melambak jugak cite ala2 islamik, cinta. tapi tabarruj la, main2 pulak hukum. Ayat2 cinta pon dedah2 aurat pegang2 tangan tak suke aihh. -.-

Layan cite cam KCB and Warkah Cinta lagi best. takde nak pegang2. bias2 :D

cinta ilahi said...

kt tgk ayat2 cinta 10 minit awal je kot. smpai skang x tgk lg.. kt bc novel dia je. penuh tazkirah.. padu!

Post a Comment

::papan kenyataan::