CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

soalan cepu emas, jodoh~ (aish!)

bismillah. 

hari ni saya dengan rajinnya menghadirkan diri ke majlis konvo sahabat saya. kerana dia, saya sanggup datang dan tunggu berjam-jam di dewan masrah. 

satu sahaja saya nak pesan padanya dan pada saya pesanan ini tersangat penting dan bakal dihadapi oleh kawan saya... soalan cepu emasnya adalah... 'bila nak kahwin?'

konvo mengingatkan saya tentang, jodoh!

heh! soal jodoh ni memang takkan pernah habis la. lagi-lagi umur seperti saya. kira-kira lagi 6 hari saya akan masuk 24 tahun. 2 dan 4... nombor kecil je tu. tapi, tak tahu kenapa orang-orang tua, jiran tetangga, kawan-kawan dan sahabat handai asyik bertanya tentang ini. 

saya yang tidak khirij lagi sudah ditanya dengan soalan begitu. mengapa semua orang menampakkan yang saya sudah tua dengan bertanya tentang soal jodoh ni? ha? ha? *angkat  kening sebelah.*
kadang-kadang kelakar juga. yang orang ini bagitahu tentang si lelaki ini... yang orang ini pula bagitahu tentang lelaki ini pula... ah! sudah macam membuka katalog. tak perlulah carikan. saya tak minta pun. 

geleng kepala.

kepada awak, awak dan awak...

bagi saya, sebelum membuka bermacam-macam katalog yang penuh warna itu ada baiknya bertanya kepada saya dahulu... sudah bersediakah? eh. kahwin ini awak bukan benda senang tau. bukan macam cari baju. lepas pakai boleh buang. berkahwin ni nak kena ada persiapan. sebab itu soalan yang sepatutnya awak tanya ialah, macam mana persiapan diri? bukan terus-terus buka katalog tunjuk kat saya minta saya pilih!
jawapan saya, saya tak ada pilihan. betul! 

ilmu di dada saya ini kurang. subjek universiti semua best tidak kira apa jua bidang baik usuluddin, fiqh wa usuluh atau adab. dan semua itu dengan tamaknya saya ingin belajar. rugi besar kalau saya bazirkan duit biasiswa yang ada untuk perkara yang tidak bermanfaat. dan kerana itu saya sanggup untuk habiskan belajar selama 4 tahun di sini sedangkan saya mampu untuk habiskan dalam masa 2 tahun. 

jadi, di celah mana perlu saya letakkan tentang masalah 'jodoh' sekiranya masalah 'ilmu' pun saya tak mampu nak jawab. berkahwin pun perlu ilmu juga awak tau! bukan senang-senang nak kahwin. nanti awak nak ajar anak awak apa? 

maka, satu soalan pun ditujukan pada saya kerana kurang puas hati dengan jawapan saya. 
' orang tua-tua dulu tak ada ilmu juga, tapi kahwin je. bahagia je. jadi, mana kepentingan ilmunya?'
saya senyum. awak... itu namanya ilmu kemahiran hidup. awak tahu maksud dengan kemahiran hidup? belajar untuk mahir dalam kehidupan. 

awak tengok sahaja atok nenek kita dahulu. macam mana hidupnya. bandingkan pula dengan awak sekarang. nak tukar channel TV pun pakai remote. rela lagi awak tengok satu siaran sahaja kalau remote tak ada bateri kan? jadi, mana perginya kemahiran hidup awak?

atok dan nenek dahulu ajar anak-anak dengan kematangan mereka. dengan pengalaman mereka. tak kan awak nak ajar anak awak dengan pengalaman awak yang pahit dek kerana tak dapat tukar channel TV tu? fikir balik. 

senyum kambing gurun. 

saya tak kata pun yang awak sepatutnya belajar ilmu yang saya belajar. perlu tau usul fiqh, ulum hadis, maqasid syar'iah atau fiqh lughah. tidak... tapi, cukup awak ada ilmu tentang perkahwinan.
dengan satu lafaz, awak berkahwin bukan sahaja dengan pasangan awak tapi juga dengan tanggungjawab. 
hah?? awak dah sedia? 

umur macam saya sudah melihat ramai kawan-kawan yang telah kahwin. pernah sampai dalam masa 1 hari 5 orang sekali kawan saya kahwin. pernah juga dalam sebulan berturut-turut majlis perkahwinan. saya dah tengok bermacam kes. bermacam kisah. bermacam drama. 

saya tiada pengalaman sendiri. tapi, saya belajar dari pengalaman orang. dari situ saya tapis baik dan buruk.

kata awak, 'dulu mak ayah saya pun kahwin pada usia saya. tapi, kenapa masa saya nak kahwin diorang tak bagi pula? sebabkan umur saya yang muda ke?'
alahai awak. jangan la sentap sangat. bagi saya, muda atau tua itu bukan kayu pengukur bagi perkahwinan. tapi kematangan. kadang-kadang umur dah 28 tahun pun masih menyusahkan lagi mak ayah. minta duit mak ayah. dan ada pula umur baru 20 tahun tapi sudah pandai cari duit sendiri. sudah pandai berdikari.

awak memang matang. tapi hanya dari segi perasaan. tapi, kematangan awak tentang perkahwinan sudah cukup masak ke? kalau bilik awak pun bersepah, baju awak pun tak berlipat, pinggan pun tak berbasuh... mana pergi kematangan awak? jika hidup seorang pun tak mampu urus bagaimana nanti awak nak uruskan pasangan dan anak-anak awak? 

awak kata, 'kita kena kahwin untuk elak maksiat! untuk jaga hati.'
hooo... kerana alasan serupa awak la yang sekarang ni saya nampak ramai orang kahwin muda ye? kerana takut maksiat. sungguh murah alasan ini, awak. kalau betul awak nak elak maksiat, kenapa tidak awak putuskan sahaja perubungan awak? kenapa mesti couple? kan couple tu maksiat. kenapa bila sudah couple, sudah perasaan cinta dan sayang penuh di dada, membuak-buak, baru awak nak fikir tentang maksiat?

serius saya pelik dengan alasan awak ni.

kata awak lagi, 'kalau kahwin waktu belajar nanti lebih bersemangat. dia boleh menasihati.'
awak... haih~ punya berkoyan-koyan pesanan mak awak bagi sebelum awak datang belajar, setiap kali call mak awak ulang lagi perkara yang sama, awak tak dengar. kata awak, emak awak berleter. tapi sekarang entah mana manusia bagi awak nasihat, terus awak nak kahwin?

awak... mak ayah besarkan awak dari kecil sampai besar. diorang yang lagi tahu awak macam mana. bukan dia itu. kenapa awak macam ni...?

saya tak larang sikit pun kalau awak nak kahwin. awak kahwin la waktu belajar ke, waktu bersenam ke, waktu sidai kain ke... kahwin la. betul saya tak larang. cuma saya nak awak faham yang awak berkahwin bukan sebab awak dapat semangat dari dia. tapi, awak belajar kerana Allah. dan awak berkahwin juga kerana Allah.

awak berkahwin tu bukan sebab suka-suka awak. bukan sebab nak jaga hati awak. bukan sebab belajar awak. tapi, sebabkan Allah. awak berkahwin sebab nak bina ummah yang baik yang boleh berbakti untuk Islam. anak-anak soleh yang sentiasa mendoakan awak di kubur nanti. sebab itu sebelum awak urus hidup orang, awak urus hidup sendiri dulu. bila diri mantop, pasti keluarga yang awak hasilkan juga mantop.

cuba check, dari segi ilmu awak dah pass? kalau kematangan pula? macam mana dengan kewangan? dan pengurusan?

jika awak yakin awak sudah bersedia untuk itu semua, maka... tafadholi. dipersilakan awak. saya tumpang gembira! :)

awak... jodoh tu rahsia Allah. mati pun rahsia Allah. apa kata dari awak asyik tanya saya bila akan kahwin, awak tukar bila saya akan mati? sebab kahwin tu tak tahu lagi, tapi mati tu pasti!

senyum kambing gurun berjanggut!

~sollu 'ala nabi~

4 comments:

Fyra Nysa said...

akak cepat la tuttt :P

atiqasyahira said...

"Saya tak larang sikit pun kalau awak nak kahwin. awak kahwin la waktu belajar ke, waktu bersenam ke, waktu sidai kain ke..."

Hahaha. ayat kelakar gile. rindu nak suh awak buat kite gelak tergolek2. Haha

Eternal Love Seeker said...

mengong la nak kawen wktu bersenam !!

cinta ilahi said...

paa: hah? kenapa ade yg x puas hati ni? hahaha. *muka cute lagi innocent.*

tqa, hahaha. franky speaking... i miss u ketat2.

cah: tutt tu makan ke...? jap lagi akk makan.

Post a Comment

::papan kenyataan::