CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

doaku untukmu

bismillah.

assalamualaikum.

ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Rapatkanlah dada kami
Dengan kurniaan iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…

transformasi diri, demi cinta ilahi




bismillah.

assalamualaikum.

sering kali saya ditanya oleh kawan-kawan... 'zue, macam mana nak berubah?'
saya, tersenyum. Alhamdulillah. apabila hati kita menginginkan perubahan, daripada keburukkan kepada kebaikkan, ketahuilah bahawa itu adalah hadiah bernama hidayah daripada Allah. sambutlah ia dengan cepat sebelum syaitan merampasnya.

maka, kepada kawan-kawan dan adik-adik saya yang ingin meng'upgrade diri', saya ingin mengucapkan taniah! *clap clap*

tahniah juga kepada kawan-kawan yang sentiasa ingin meng'upgrade diri'. semoga kita semua sentiasa berada di jalan Allah. dihidupkan sebagai seorang Muslim dan dimatikan sebagai seorang Mukmin. InsyaAllah. amin.

jadi, berbalik kepada soalan... 'bagaimana ingin berubah?'

1st step, sentiasa berdoa kepada Allah.
Allah pemberi hidayah. Allah pemberi kekuatan. Allah pemberi rahmat. maka, berdoalah kepadaNya. dengan sebenar-benar doa. agar dikuatkan hati. agar terus kuat untuk berada di jalanNya. agar sentiasa tabah ketika fasa perubahan. agar sentiasa istiqamah melakukan ibadat. agar niat sentiasa keranaNya. senjata orang Islam ialah doa. maka, berdoalah!

2nd step, sentiasa melakukan solat sunat taubat.
bertaubatlah. sepanjang hidup ini, sudah berapa banyak dosa telah kita kumpulkan. dalam sedar mahupun tidak. secara terang mahupun sembunyi. yang dilakukan secara berulang. yang dilakukan secara berkala. oh! tak terhitung banyaknya. maka, bersihkanlah jiwa kita. bersihkanlah hati kita. sentiasalah bertaubat kepada Allah. tiada waktu tertentu untuk melakukannya. jadi, bertaubatlah. sentiasa. sokmo.

3rd step,lembutkan hatimu.
manusia yang keras hatinya, susah untuk melakukan perubahan. kerana hatinya dibaluti dengan ego, amarah dan penuh dengan noda hitam... jadi, kita yang ingin melakukan perubahan, yang ingin melakukan penghijrahan memerlukan hati yang baru. hati yang jernih. dan jagalah hati yang jernih itu. jangan biarkan ia dicemari lagi. lembutkan hatimu dengan selalu mendengar ayat-ayat suci al-quran. sentiasa membaca ayat-ayat cinta ini. tadabbur maknanya. insyaAllah. pemilik hati yang lembut mampu menangisi dosanya yang lalu. mampu menangis apabila berhadapan dengan Rabnya. subhanallah. indahnya perasaan itu.

4th step, bersahabatlah dengan 'sahabat hingga ke syurga'.
sahabat adalah faktor yang sangat penting dalam melakukan perubahan. seperti dalam hadis RasulAllah, sahabat yang baik itu umpama minyak wangi. ya! baunya indah. dan kita juga akan mendapat keindahan bau itu. mereka yang akan menolak kita ketika kita kaku setempat. mereka yang akan menarik kita ketika kita ingin jatuh ke belakang. mereka yang akan berada di samping kita ketika kita keseorangan. bersahabatlah dengan mereka ini. berdoalah kepada Allah agar sentiasa dikurniakan 'sahabat hingga ke syurga'.

kuatkanlah hatimu jika sepanjang proses perubahan ini, kau kehilangan kawan. ketahuilah bahawa Allah sedang menukarkannya kepada yang lebih baik.

5th step, tabah dengan ujian Allah.
jangan terkejut jika sepanjang perubahan ini kita berhadapan dengan bermacam jenis ujian. Allah sedang menguji cinta kita. ujian itu rahmat ilahi. jangan rapuh. jangan berputus asa. Allah sentiasa bersama kita.

6th step, istiqamah
tabah dengan ujian melanda diri dan terus beristiqamah dengan perubahan. pedulikan kata orang. asal kita mencapai redha ilahi. upgrade diri sedikit demi sedikit. tetapi berterusan. jangan kita terlalu rakus dalam membuat ibadah. lakuakan yang wajib dahulu. perbetulkan yang wajib. disusuli dengan ibadah sunat.

tips istiqamah yang dapat saya kongsikan ialah, wujudkan 1 buku istiqamah. macam mana tu? senang je... adakan 1 buku. catat tugasan yang ingin kita lakukan.
'contoh, 12/1 - solat fardu di awal waktu.'
maka, bermula pada 12/1 kita kena sentiasa solat di awal waktu. kita akan melakukannya sehingga ia menjadi kebiasaan. tak kira la seminggu ke.. sebulan ke..(dengan syarat wajib melakukannya dengan bersungguh-sungguh.) selagi tak dapat istiqamah dengan tugasan sendiri, jangan tukar kepada yang lain. setelah diri terbiasa dengan tugasan tu, tukar pada yang lain pula. tapi, ingat! jangan pula tinggalkan tugasan yang lama setelah ada tugasan yang baru.

hmm... mudah kan? mudah membacanya tapi susah untuk melakukannya melainkan pada mereka yang benar-benar menginginkannya. insyaAllah. Allah sentiasa bersama kita. Allah kan pemberi pertolongan. Allah kan tuhan kita. Allah kan Allah kita.

ya Allah, kuatkanlah hati kami.

alhamdulillah. terima kasih, pencuri!

bismillah.

assalamualaikum.

melihatkan tajuk pasti ada kening yang bertembung, dahi berkerut seribu, tanda soal mengelilingi kepala..
berterima kasih pada seorang pencuri?? errrr... salah tulis ke ni?
percayalah. ni betul-betul. saya sedang berterima kasih kepada pencuri.

kenapa??
mari saya ceritakan pengalaman saya sepanjang saya berada di bumi Syam ini. sekadar pengkongsian sahaja. tiada niat untuk riak mahupun takbur apatah lagi bajet bagus. cuma ikhlas kerana Allah dan harap agar ianya bermanfaat.


CERITA PERTAMA

pertama kali saya menitiskan air mata di Jordan ialah pada bulan september yang lalu. ketika baru lagi menjejakkan kaki di sini. bukan kerana home sick... juga bukan kerana rindukan kucing... atau kerana susahnya memahami bahasa arab... tetapi kerana seorang lelaki arab! oh.. tak best nya disebabkan dia!!!!!

kenapa? saya menangis kerana dia memegang tangan saya! pada ketika itu, entah kenapa jalan ke rumah sunyi. kebiasaannya pada waktu itu, saya akan bertembung dengan baba yang akan ke masjid untuk solat zohor. tapi tidak pada hari itu. dan lelaki arab yang berselisih dengan saya mengambil kesempatan dengan memegang tangan saya.

saya menjadi kaku. bingung. terdiam. ini pertama kali seorang lelaki ajnabi memegang tangan saya!! saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan ketika itu. otak yang telah di'block' dengan kejutan itu menyebabkan saya terus balik ke rumah seperti zombi kampung pisang. blur!

setelah masuk ke bilik barulah otak dapat berfungsi seperti biasa. lantas tangan terus mendail nombor adik. maka luahan perasaan pun bermula. akhirnya, air mata tidak dapat dibendung. saya menangis! rapuhnya saya ketika itu. seperti biskut mery.

tetapi, kemudian saya belajar untuk menjadi lebih berani. ada sekali lelaki arab itu cuba datang kepada saya. kali ini, otak dapat berfikir dengan pantas, lantas batu besar saya ambil dan genggam. 'kalau kau datang setapak lagi, batu ini akan aku baling macam bola lisut!!!' detik hati saya. setelah lelaki itu pergi, saya tersenyum bangga dengan diri.

'tepuk bahu sendiri.
katakan, bagus zue!'


CERITA KEDUA

musim panas bertukar kepada musim sejuk. sejuk musim panas pun tak habis lagi, dikejutkan pula dengan sejuk musim sejuk. oh! tak tahan~ baju dipakai berlapis-lapis. biar nampak seperti snow ball asalkan selesa.

oleh kerana sangat terkejut dengan kesejukkan musim syita yang menyengat tulang-belulang, hirom atau selimut seberat 8 kilo pun dibeli. biarlah mahal sedikit asalkan waktu tidur tidak diganggu. itu dan ini dibeli bagi memastikan diri selesa ketika musim syita ini.

tetapi, kerana terlalu selesa, terlalu empuk, tidur terlalu nyenyak... saya selalu ter'miss' mendengar azan tahajud/ azan pertama. sekali miss, maafkan diri. 2 kali miss, ok lagi. 3 kali miss, eh! ni tak boleh jadi!!

sebelum ianya menjadi kebiasaan, diri harus diperbetulkan! maka, pada suatu malam, saya berdoa kepada Allah, mohon agar diri ini dikejutkan agar dapat sujud padaNya. sebagai persiapan, pada malam itu, saya tidur awal. tepat pada pukul 3 pagi, mata terbuka.

tetapi..... eh! macam ada bunyi di luar bilik. bunyi suara pak arab sedang bercakap. saya berfikir, 'hebatnya orang arab melepak waktu sejuk macam ni.'
tapi.... otak proses lagi, 'bunyi derap tapak kaki dekat dengan bilik.'
proses.. proses.. 'mungkin roomate balik kot dari rumah kawan.'
proses semakin ligat, 'pukul 3 pagi, balik rumah apanya??????'
telinga dengan tajamnya mendengar bunyi, 'tik tik tik'
dan tiba-tiba menjumpai satu persoalan menerjah permikiran, 'pencuri ke???'

mata dikalih ke bahagian tingkap. ya Allah!! tingkap sudah suku terbuka! terus tangan mencapai cermin mata dan handphone, lantas ke bilik sebelah. setelah berbincang dengan housemates, tangan mendail nombor syabab meminta pertolongan. hanya Allah sahaja yang tahu. tubuh menggigil kesejukkan dan ketakutan.

semenjak dari kejadian ini, senang benar diri terjaga. tidak kira badan sudah dibalut hirom, baju sudah 4 lapis, selesa bersemayam di dalam khemah... namun, mata seperti sudah terbiasa untuk terbuka pada pukul 2,3 atau 4 pagi. kini, saya dapat mendengar azan pertama seperti biasa. alhamdulillah.

dari sini dapatlah saya simpulkan, Allah tidak memberi apa yang saya mahukan secara senang. tapi, secara susah itulah mengajar saya untuk menjadi lebih tabah. tiap ujian yang Allah hadiahkan kepada saya itu bukanlah satu bebanan. tapi, satu pengajaran. insyaAllah... saya akan terus belajar untuk menjadi seorang yang tabah dan seorang hamba yang akan mendahulukan tuhannya dalam setiap perkara.

iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in - Al-fatihah: 5.

Allahu Allah.

virus cinta

bismillah.

assalamualaikum.

saya tak pernah membahaskan tajuk ini pada mana2 entry sebelum ni. tp, terdetik untuk berkongsi tentangnye untuk entry kali ini. apakah tajuknye? tajuknye ialah.... CHENTA.

ooooh.. akan ada yang berfikir, balik2 cinta. berapa ramai manusia sedang berbicara tentang cinta. ya! betul! raaaaaaaaaaaaaamai sangat! jika dulu, saya juga akan berfikir begitu. kata saya, ' cinta pada Allah pun tak lepas lagi, sibukkan diri pula dengan cinta manusia.' benar! ada kebenarannya!

tapi, bagaimana jika dalam mencari cinta Allah, dalam mengejar cinta Allah... hati tiba-tiba diketuk dengan perasaan cinta si dia? perasaan itu tidak dapat dinafikan. tidak dapat dijauhkan. tidak dapat dibuangkan. ketika cinta sedang membara, api nya sedang menyala, berbagai-bagai rasa berkumpul di dalam hati. mulalah hati berperang dengan dasyatnya. antara cinta Allah dan cinta si dia. oh parah!

hati manusia itu rapuh. senang benar terusik. senang benar bergolak. senang benar retak. maka, apa perlu dibuat tika cinta mengetuk hati?

kata si A, 'couple je! couple secara islamik. saling berpesan-pesan.'
pesan si B, ' tiada istilah couple islamik. kalau nak, kahwin je terus.'
mencelah si C, 'kan masing-masing masih muda, mana boleh kahwin.'
sokong si D, 'lagipun, dia kan perempuan... mana boleh mulakan dulu.'
diri sendiri, bingung!!!!!!!!!!!!!!!

susahnya jika hati sudah terkena virus cinta ini. semuanya serba tak kena. 1001 rasa berkecamuk dalam hati. kadang terasa ingin menangis. kadang terasa ingin senyum sendirian. persis orang di tanjung rambutan!

inilah masanya untuk kita menguji cinta kita, menguji iman kita... ingat! ujian tidak datang dengan kemiskinan dan kepayahan sahaja. tetapi ujian itu datang dengan berbagai cara. sering diri rasa tak mampu menanggungnya lagi, tapi, ingatlah firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

bangkitlah wahai diri! tabahlah wahai hati!

sebenarnya diri kita mampu dengan ujian yang dihadiahkan kepada kita. percaya pada diri. ah! hati yang bergolak itu mampu ditenangkan. tapi.... bagaimana caranya?
mengadulah pada Allah. luahkanlah apa yang dirasa di dalam sujud panjangmu. bermujahadah la sedikit. kuatkan hati. kuatkan diri. tolak nafsu jauh-jauh. semakin kita mengingati si dia, semakin kita perlu berusaha mengingati Allah. semakin kita merindui si dia, semakin kita perlu berusaha mengingati Allah. tatkala mata ingin memandangnya, ingatlah bahawa Allah selalu memandang kita.

Allah pemberi cinta. jadi kepada siapa lagi harus kita sandarkan rasa cinta kita jika bukan padaNya. sesungguhnya, si dia belum pasti milik kita. tapi, kita sudah pasti milik Dia.

ya Allah.. ya Allah..
aku ingin terus berada di bawah cintamu.

saya terjumpa kata-kata cinta di facebook.. suka rasanya untuk saya kongsikan kata-kata itu di sini..

Aku tidak marah....
Aku tidak cemburu...
kerana kamu bukan hakku...
Kadang-kadang ini kelemahanku sebagai manusia biasa....
Sungguh senang untuk jatuh cinta...
Dan memang tidak dinafikan disaat ini ada sedikit cinta dihatiku untukmu....
Aku teringin kau mengetahui apa yang ada dalam hatiku saat ini...
Yang ingin agar engkau tahu...

Tapi biarlah Dia yang lebih mengetahui apa yang wujud didalam hati ketika saat ini....sedangkn Dia yang menjadikan hati dan Dia juga yang mewujudkan perasaan itu..
Tapi sekali lagi, kau milik ALLAH, bukan milikku....
Jadi biarkan cinta ini kupendam di dalam hatiku....
Dan cukuplah aku mencintaimu dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan...
Kerana aku yakin tiada yang tahu rancangan Allah... mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan-lahan...

Ya Allah,
Usah biarkan hatiku tertambat pada cinta yg belum tentu menjadi milikku...
Tenangkan diriku yang terbuai akan cinta...
Sucikan nuraniku yang terbelenggu oleh nafsu...
Bersihkan batinku yang ternoda oleh angan dan harap..
Ya Allah..leraikanlah dunia yang hinggap dalam hatiku..
kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta...
Hanya CinTaMu,ALLAH yg kuharap bercambah hingga ke syurga hakiki...

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

.Amin ya Rabbal Alamin