CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

traveog trip to turkey (hari ke-4)

bismillah.

20 januari 2013
harmony hostel memang tempat buruan backpackers. setiap hari ada je orang check in dan check out. bilik kami ditempatkan di bahagian atas sekali. tingkat ke 5. nasib kat sini ada lif. jadi, tak penat untuk naik dan turun lagi-lagi dengan beg yang beratnya berkilo-kilo tu.

kat sini juga ada je dapur. tapi, tempat tu dah jadi tempat lepak pelancong omputeh lagi-lagi waktu malam. mereka tengok cerita dan kadang-kadang siap berkaraoke. dapur tingkat atas sekali, tingkat yang ke enam. jadi, segala aktiviti dorang kami boleh dengar dari bilik. bising dan terganggu jugak kadang-kadang. dan disebabkan dorang dah berkumpul kat dapur, siap buka internet bagai maka sangatlah lembab untuk line wifi dari bilik kami. masing-masing akan beratur kat tepi pintu bilik sebab kat situ tempat paling dekat dengan luar dan clear sikit line wifi.

maka, hari ini kami masih menyambung kontrak dengan harmony hotel. ambil bilik tu untuk sehari lagi sebab so far itulah bilik yang paling murah di istanbul ni. serta selesa dan besar. pagi tu kami keluar lebih awal dari biasa. sebab kami nak gunakan dapur sebelum mamat dan minah saleh bangun tidur dan naik atas untuk gunakan dapur. kalau dah terbangun mesti kami tak ada peluang nak naik. dah penuh.

selesai makan, kami keluar. okay. perjalanan kali ni sumpah panjang. dari hostel kami merentasi jambatan galata. ramai penduduk tempatan yang memancing di sepanjang jambatan tu. kemudian, kami teruskan lagi berjalan dan berjalan. bila letih duduk sekejap. berehat mencari kekuatan. duduk di bawah pokok. duduk di bus stop. duduk di mana saja asalkan boleh duduk. kami menyanyi dan berjalan seperti di dalam cerita bujang lapok. 'pok pok bujang lapok...' lepas tu badan pun ke kiri dan ke kanan. macam tu la kami menggumbirakan diri dari kebosanan berjalan tak henti.

merentasi lautan untuk ke dolmabache

 berhenti di bawah pokok berdepan dengan masjid


model masjid


tempat amek wudhu yang cun


tak tahu apakah ini. eheh.

2 sahabat yang sedang bergambar di tepi laut

again. i dont know what is this.

akhirnya kami berjumpa dengan kabatas. tempat bot. kami akan menaiki bot ini esok untuk ke bursa. jadi, kami survey dulu harga tiket bot dan masa bot berlepas.

kemudian, kami teruskan lagi perjalanan dan akhirnya... kami berjumpa dengan dolmabache palace. istana yang gah digunakan dari zaman turki usmaniyyah dan atarturk. selepas kematian atarturk, istana ini dijadikan muzium. harga tiket untuk masuk ke dalam istana berbeza-beza ikut pakej.

pakej paling murah - TL 20. hanya di sekitar tempat tidur raja-raja.
pakej masuk ke bahagian pentadbiran raja - TL 60
pakej masuk tempat tidur dan bahagian pentadbiran raja - TL 80

DOLMABACHE PALACE
















kami yang jalan secara bajet ni pastilah akan ambil pakej termurah. tapi tu pun dah penat. sebab tempat dia besar. tempat tidur tu dinamakan sebagai harem. kami masuk bahagian harem perempuan je. diorang ni asingkan antara anak lelaki dan perempuan. emak, makcik saudara, opah semuanya di bahagian harem perempuan. anak lelaki dibenarkan untuk tinggal bersama ibu diorang sampai umur 8 tahun je. lepas tu diorang kena tinggal di bahagian lelaki.

raja-raja dan atarturk akan tinggal di bahagian harem perempuan. harem sangat besar. banyak sections. berkumpul untuk bersembang section lain. untuk makan-makan section lain. untuk meraikan ramadhan dan aidil fitri pun section lain.

dapat tengok tempat tidur kamal atarturk. di depannya bilik air. bilik-bilik macam tu tak dapat masuk ke dalam. hanya tinjau-tinjau dari luar je sebab semua barang-barang kat situ adalah original. tak diubah atau dibaharukan.

so, dapat la tengok kerusi roda atarturk dan almari kaca yang penuh dengan ubat dia. tiba-tiba dapat rasa seksanya saat kematian atarturk ketika tu.

perjalanan di sekitar harem mengambil masa 30 minit. lama tuh. keluar dari dolmabache palace kami semua pakat untuk menaiki tram. sebab badan dah tak larat sangat.

balik. makan. tidur.

travelog trip to turkey (hari ke-3)

bismillah.

19 januari 2013
kami bercadang untuk pergi ke grand bazaar. tinjau-tinjau macam mana keadaan kat sana dan macam mana cara nak ke sana. sebabnya plan kami masa hari terakhir di istanbul, kami nak shopping sakan. jadi, bagi kami ada baiknya kalau kami tengok-tengok dulu jalan nak ke sana. nanti senang, tak sesat. 

maka, pagi itu macam biasa habis solat subuh kami bersiap-siap untuk keluar dari hostel. di yeni kami tak dapat breakfast percuma macam di secondhome hostel. sesuai dengan harga. tapi, yang menariknya di yeni, diorang ada dapur yang kita boleh masak-masak. jadi, seperti biasa menu utama kami...maggi! memberi tenaga di pagi hari. uhuk3.

keadaan bilik di yeni hostel

selesai makan, kami membawa diri ke harmony hostel. habis check in kami keluar jalan terus ke grand bazaar. jika nak naik tram ke bazaar, berhenti di stesen beyazit. depan tu je grand bazaar. tapi, bagi yang berjalan secara budget dan sihat macam kami, jalan kaki lebih disarankan. tak jauh pun. serius.

di grand bazaar yang very the grand tu kami tinjau-tinjau sweater turki. kami terjumpa dan termasuk di kedai seorang pakcik baik. pakcik tu suka senyum. sedang kami membelek-belek sweater beliau jual, beliau nak belanja kami air teh. kami pun... on aja! maka, itulah kali pertama kami merasai teh epal yang sedap. kami terus jatuh cinta tergolek-golek pada teh epal tersebut. 

sambil minum sambil tawar-menawar. akhirnya kami berjaya mendapatkan sweater yang cantik dan gebu itu dengan harga TL 30 sehelai. habis kami membeli, fira, yaya dan wardah nak balik. katanya, lagi lama disini lagi banyak yang ingin dibeli. haih~ susah jugak ye jadi perempuan ni. nasib saya cool. wahahaha. 

kami pun berjalan mencari jalan keluar nak balik hostel. ikut sahaja kaki melangkah. entah mana pintu kami keluar, tahu-tahu kami sudah berada di sikerchi! jauh kot dari beyazit nak ke sikerchi kalau naik tram. tapi, disebabkan grand bazaar tu memang gila grand kan, bazaar tu merentasi dari beyazit sampai ke sikerchi. 

lagi cantik waktu tu hari sabtu. orang terlalu ramai dan sesak menghala ke grand bazaar. waktu tu, kami terpaksa merentasi lautan manusia. menyempit dan bersesak untuk balik ke bilik.

mulut ternganga 5 saat sebentar melihat lautan manusia. ini yang kami kena rentas. 


balik tu kami dah lembek. dari pagi kami keluar, petang baru sampai bilik.
makan. tidur.



travelog trip to turkey (hari ke-2)

bismillah.

18 januari 2013
tepat pukul 5 pagi, saya terbangun dari tidur. fira pun sama terbangun. dah penat tidur kot. saya berkira-kira nak solat subuh ke tak. sebab kepandaian di tahap maksimum, saya lupa untuk check it out waktu solat di istanbul. saya rasa ketika itu belum azan lagi. tapi, was-was juga. fira cakap, kalau saya nak tunggu azan dulu, dia nak mandi. pergh! mandi pukul 5 pagi. hanya di istanbul!! kalau kat mu'tah namanya buang tabiat. 

saya pun terus menunggu. hingga pukul 5.30 pagi. tapi, azan masih lagi tak berkumandang. fira pun selamat mandi. bilik air kosong. dengan laju wardah bangun dari tidur dan terus masuk ke dalam bilik air. saya terkejut juga. bangun-bangun terus masuk bilik air. wardah keluar dari bilik air dengan muka basah kerana wudhu.dengan keyakinan wardah melangkah ke dalam bilik air menjadikan saya teryakin sekejap yang mungkin istanbul sudah azan subuh. saya pun masuk ke dalam bilik air. solat. mengaji. sembang subuh sekejap. tiba-tiba... Allahuakbar, Allahuakbar.. 

semua terkedu sekejap. azan subuh! kami solat subuh sekali lagi. 

kami bersiap-siap untuk breakfast pagi itu sekali dengan beg yang berat. selesai breakfast, kami check out dari secondhome hostel dan terus ke yeni hostel. di yeni, kami letak beg-beg dalam bilik kemudian terus keluar. okeh! perjalanan yang panjang bakal bermula.

breakfast yang disediakan di secondhome hostel

keadaan bilik di secondhome hostel

boleh masuk sehingga 5 orang dalam 1 bilik


kami mulakan perjalanan kami dari sikerchi merentasi gulhane terus ke taman yang cantik. kemudian dari taman, kami berjalan ke topkapi palace, hagia sofia dan blue mosque.
nama taman yang cun.

hihi. tak kenal pun siapa atok ni.

keadaan taman yang menenangkan.

di sekitar archeology museum

blue mosque

 topkapi palace

sampai di kawasan blue mosque, kami diserbu oleh seorang penjual tiket bas. bas yang buat tour selama 2 jam ke tempat-tempat bersejarah di serata istanbul. di atas bas akan ada penerangan dalam 7 bahasa. saya tawar dan terus menawar akhirnya dapat TL 25 seorang. yang mana ada seorang perempuan eropah dikenakan bayaran 40 euro. ok jugak naik bas ni. cumanya masa tu saya tak pakai baju tebal mana sebab rasa tak sejuk pon =.= (okeh. muka berlagak gilak), sekali atas bas dengan angin kencang, hujan renyai... memang mantop la. saya mula tergedik-gedik kesejukkan. tak senang duduk. haih~



petang tu habis saya tergedik-gedik atas bas tak senang duduk disebabkan angin laju menampar pipi dengan padu dan kesejukkan tahap gaban, kami berhenti di blue mosque untuk solat. terus tunggu untuk solat maghrib berjemaah di sana.

habis solat, kami berjalan pulang. kemudian, kami terjumpa dengan hostel lain namanya harmony hostel. tanya harga. kalau bilik hostel campur, maksudnya dalam satu bilik ada 8 orang. duduk macam asrama. kongsi 1 bilik air. harga dia murah, TL 18 satu kepala.

tapi, waktu tu bilik tu penuh kami hanya ada pilihan bilik besar. selepas tawar-menawar saya berjaya mendapatkan bilik tu dengan harga TL 25 1 kepala. jadi, tanpa berlengah lagi saya terus bayar wang pendahuluan.

balik bilik. makan. tidur.


travelog trip to turkey. (hari pertama)

bismillah. 

saya mulakan travelog ini dengan bismillah walhamdulillah. kisah kami selama 11 hari akan bermula sekarang. ikuti kisah pengambaraan kami. :)

17 januari 2013
pada pukul 3 pagi kami bertolak dari rumah ke airport. lebih kurang 4.45 pagi kami sampai di airport. tunggu punya tunggu, pintu gate dibuka pada pukul 7 pagi. kenderaan yang kami naiki berjenama turkish airlines.  hoho. perjalanan tak lama hanya 3 jam. hanya~ huhu. 

sesampainya di atarturk airport, istanbul...
kami berpakat-pakat untuk keluarkan duit dari HSBC bank. kepada pemilik kad HSBC dan CITY bank, saya nasihatkan lagi murah sekiranya anda keluarkan duit dari bank banding anda convert duit. lagipun kat turki, bank international macam tu banyak sangat. jadi, tak perlu risau nak bawa duit banyak-banyak. cuma perlu cocok bank. 

dari airport kami naik metro. kat sana bayar satu token untuk sekali perjalanan. tak kira jarak kita tu jauh atau dekat, tapi kena bayar untuk satu token. jadi, kalau setakat nak berhenti dekat-dekat tu lebih baik jalan kaki. jimat. harga satu token TL 3 bersamaan RM 6. dari airport, berhenti di aksaray. 

dari metro station aksaray, kami berjalan kaki dan mengusung beg yang berat berkilo-kilo tu ke tram pula. tram paling dekat dengan metro station namanya yusufpasa. seperti biasa perjalanan sekali jalan kena bayar TL 3 untuk 1 token. kami berhenti di sultanahmet. 

misi dan visi kami ketika itu mencari hotel murah. kalau stop di sultanahmet, banyak hotel tapi nak hotel murah tu susah la. tempat tu banyak hotel mahal dan restoran kat area tu macam restoran 5 stars. kebab  ada yang jual sampai TL 6. pergh! nampak sedap tapi semput nak bayar. 

beliau ini dinamakan sebagai tram. banyak di istanbul.

kami teruskan pencarian akhirnya kami jumpa 1 hostel. namanya, secondhome hostel. kena charge TL 33  satu kepala. kami ada 4 kepala... so, kiralah. mahal jugak la. tapi, buat masa tu, itulah hostel yang termurah kami dapat cari. kami perlu berehat. kami check in hostel tu ketika azan asar. so, bayangkan la dari pagi kami berjalan sampai asar baru jumpa hostel dengan mengusung beg berkilo-kilo, plus, tak makan lagi. perut kosong. lagu gurindam, tektonik serta balada dah berdentum-dentam dalam perut. 

seusai kami solat, kami turun untuk makan. menu utama, maggi! sambil makan, sambil skype dengan orang jordan. habis skype, kami study map. tanya pekerja di secondhome, di mana jalan ke yeni... rupa-rupanya... kalau kami jalan lagi berapa tapak kami akan jumpa yeni. terletak di sikerchi. maka, malam tu lepas solat maghrib, kami berjalan untuk ke sikerchi. cari punya cari akhirnya jumpa yeni hostel. yeni ni agak terperosok sedikit hostelnya. 

kami bayar untuk reservation di yeni hostel sebab kat situ lebih murah. TL 30 satu kepala. malam tu, kami balik bilik dalam keadaan letih dan penat. tidur awal pada pukul 8 malam. bersiap siaga untuk perjalanan esok pula. 

esok, ceritanya lebih menarik. :)

calon yang sesuai...

bismillah...

esok adalah hari saya merdeka daripada perjuangan medan exam ni. semester ini boleh saya katakan sebagai sem yang mencabar dan banyak ujian serta pengalaman yang menarik serta berbekas di hati.

sebenarnya saya cuma nak buat luahan hati secara ringkas sahaja.
3 hari lepas keluarga makcik datang jordan. singgah RnR kejap before dorang akan diterbangkan ke mekah untuk umrah.

saya pergi rumah adek pagi tu.. tolong makcik masak. best tapi rasanya part best tu saya cerita lain kali bila kredit  berukband dah selamat di topup. boleh conteng panjang2 kat blog ni. sekarang pakai belas ehsan wifi rumah yang laju seperti kura2 sdg tenat. serta bersenjatakan phone yg sebesar kalkulator ini. sungguh mengajar erti kesabaran.

so..nk pendekkan citer, ada seorang hamba Allah ni bagi nasihat yang padu bak ang pada saya pada hari itu... bunyi nya cenggini...
'kakcik, cari calon yang sesuai.'

eh. kalau ayat tu dicakapkan oleh seorang mahasiswa yang berfikiran matang atau makcik yang sedang menjahit baju kurung untuk rumah sebelah mungkin saya tak terkejut dan rasa benda tu normal, tapi... kata2 ini diucapkan oleh seorang hamba Allah yang 'istimewa' yang punya kelebihan yang tiada pada kita yang normal. sudah pasti la saya merasa terkejut dan terkedu sebentar.

lagi satu... masa dia cakap benda tu.. dia cakap secara tiba-tiba. tak ada ribut rak ada taufan. tak ada perkataan jodoh langsung terkeluar dr mulut time tu. takkan tiba2 saya nak sembang dengan dia citer pasal jodoh sedangkan saya tahu dia macam mana.. tapi, bila dia yang tiba2 cakap macam tu kat saya, sumpah benda tu buat saya tertanya-tanya.

kata kawan, mungkin calon yang datang sekarang ni tak sesuai kot. saya katakan.. tak sesuai apanya... calon pun tak ada. dia tergelak.

haih. pelik. tapi... biarlah. kerana itu rahsia Allah. saya cuma boleh mendoakan moga Allah memberikan yang terbaik.

lalala. nak sambung baca buku. 

oh! salji lagi...

bismillah.

9.1.2013... salji pertama di mutah bagi tahun ini. saya menjangkakan tahun ni tak turun salji sebab musim sejuk lambat sikit dan sejuknya pun tak mencengkam tulang macam tahun lepas. jadi, ingatkan macam tahun ni angin sepoi-sepoi bahasa je. jangkaan saya rupanya sangatlah meleset. 

buka je facebook, berlambakkan la status pasal uncle sonata ni. lagi-lagi dari pelajar tahun 1. tapi, tak kalah juga dari pelajar tahun 2, 3 dan 4... cuma yang bezanya tahun 1 terlebih heksaited sebab first time. yang senior pulak heksaited sebab... sebab apa eh dorang heksaited?? saya pun tak pasti. sebab saya cool. =.= wahahaha. 

bila tengok pelajar tahun 1 heksaited, maka saya pun teringatlah peristiwa tahun lepas. sama je heksaitednye. mungkin lebih dasat. nak tengok kedasatan kitorang, bayt bustan? yang mana mengangguk tu, teruskan membaca... 

korang pernah rasa katil patah sebab berebut nak tengok salji? katil korang lek-lek lu je kan. tapi, katil salah sorang ahli bayt bustan patah. masa tu salji tak turun pun lagi. baru frost. 

korang pernah rekod video salji? mesti pernah kot ye. tapi... kitorang lain. cadang memang nak rekod salji tapi sebab malam gelap-gelita, jadi tak nampak sebutir salji pun. dan, salji time tu tak turun pun lagi. baru frost. last-last bila tengok video balik, gelap. yang ada video budak rumah bising, hiruk-pikuk, gelak-tawa. teruk.. teruk..

pernah makan ABC? kat malaysia mesti banyak kali kan... dan senior-senior pun mesti dah biasa makan ABC dari langit.. tapi, masa tu kitorang kan baru tahun 1, mestilah terhengen sangat nak makan. so... kumpul segala ais dan waktu tu juga merajinkan diri keluar ke kedai beli pewarna la hape la untuk menyedapkan ABC tu. tu sume gara-gara heksaited melampau la. *kitorang tak termasuk saya. 

banyak gak la memori-memori yang menunjukkan kejakunan kitorang terhadap salji time tu. jadi, tahun ni  saya lebih bergaya dalam menghadapi salji. semua persiapan dah saya sediakan. balik malaysia tahun lepas saya beli segala macam pekakas untuk mempertahankan diri bagi menghadapi salji. sebut je nak apa... semua ada. 

- long coat makin tebal.
- sarung tangan 
- inner dari wool
- warm pad
- snow hat

eheh. ni je. tak ada la semua ada... 

tahun lepas mungkin sebab first time kan, badan ni mana nak tahan. lagi-lagi saya dapat bilik besar gila. lagi la sejuk melampau. yang paling best, kalau budak rumah nak bekukan kek ke mesti datang bilik. haaa.. kan macam peti sejuk tu..

jadi, oleh kerana diri ni tak tahan jadi saya sepakat membawa berkat dengan adik untuk beli khemah. jeng jeng jeng. 



gambar diambil secara sembunyi-sembunyi oleh budak rumah

agak panas la dok dalam ni. saya memang jarang keluar khemah. segala makanan, cikedis bagai seludup masuk dalam khemah. dah rupa polar bear sedang berhibernasi. tapi, percayalah... benda alah ni sangat berjasa pada saya tahun lepas. khemah ni pernah popular di group helwanis dan kerana promote yang kaw-kaw, ada jugak la akhowat yang terbeli khemah lepas tu.

sekarang?? dah tak main dah khemah-khemah ni. up sikit. beli cadar letrik. haaa... hamek. panas badan. memang sedap. cadar letrik tak main manual, auto terus. memang macam anak orang kaya. haih~ tak la. sebabnya yang manual dah sold out. jadi, terpaksa la beli auto. kalau tak beku badan. khemah? ada kat adik. 

jadi, tu la serba sedikit pasal saya, bayt bustan dan salji. tangan dah sejuk gilak ni.. nak kena simpan dalam kocek sweater bagi panas sat. ok la. nikmati la gambar salji yang tak seberapa ni..



ni subuh tadi punya gambar. kalau perati betul-betul ada 2 ekor burung atas dahan. memang tabah gila la burung tu. dari hujan malam semalam bertenggek atas pokok. tabah.. tabah..


ni gambar kat bustan. time ni salji still in the process mencurah-curah ke kebun. 


suka tengok gambar ni. salji penuh atas pokok. macam pokok krismas lak. 

ni kat belakang rumah. yang bangunan panjang tu sekolah.

ni la sekolahnya. pagi-pagi dengar dorang bising setiap kali perhimpunan pagi.



kepada ayah dan keluarga yang budiman, yang memang pembaca setia blog zu... sila lah tatap gambar-gambar ini. dan, doakan yang terbaik untuk zu. exam ada lagi 3 payyyperrr. bila nak last payyyperrrr ni..?




warkah cinta untukmu, ayah

bismillah.

whatsapp yang saya terima dari ayah selepas maghrib tadi sangat meruntun jiwa. walaupun ayah mengatakan dalam whatsapp nya yang kata-katanya itu hanyalah sekadar monolog dalamannya, namun hati ini tahu mungkin di sudut hati ayah terdapat rasa bersalah. ayah juga bagitahu supaya jangan jawab apa-apa. hanya baca. ya. saya baca dan tidak menjawab apa-apa. tapi, saya membuat keputusan untuk menjawabnya di blog terchenta!

kerana saya ingin ayah dan dunia tahu bahawa saya punya ayah yang hebat, macho, coolio! 

ketahuilah ayah, 
walaupun kita pernah melalui zaman susah, zaman kemiskinan tapi itulah zaman yang zu paling suka sekali. itu antara detik terindah dalam hidup zu, ayah. pengalaman itu mengajar zu banyak benda tentang kehidupan. 

ayah,
walaupun kita pernah miskin harta, tapi kita tak pernah miskin dengan kasih sayang. ayah sentiasa mencurahkan kasih sayang ayah pada kami, adik-beradik. sehingga umur zu 23 tahun, ayah masih cium dan peluk zu seperti anak-anak kecil. bukan setahun sekali, bukan sebulan sekali tapi setiap hari... setiap pagi dan setiap kali ayah balik dari kerja ayah akan peluk dan cium zu. sehinggakan kadang-kadang zu merasa janggal jika tidak dicium ayah dalam sehari. in sya Allah, zu tak balik malaysia tahun ni, jadi... sila simpan khas ciuman dan pelukan ayah untuk zu. 

ayah, 
masa di kedah... kita memang miskin. kita tiada harta. kita tiada apa. tapi, zu ada ummi dan ayah. ummi dan ayah yang cuba untuk memenuhkan segala keinginan zu. walaupun kita tiada duit, tapi ayah akan bekerja keras sehingga ayah mampu untuk belikan sebuah basikal untuk abanglong dan dengan basikal itu abanglong akan gunakan untuk menghantar kakyang ke tadika. 

ayah,
walaupun zu masih kecil, tapi... zu masih boleh ingat semua perkara itu. alhamdulillah. dan  itu menjadikan zu lebih menghargai apa yang ada pada zu sekarang. zu hargai setiap pengorbanan ummi dan ayah. dan kerana kemiskinan itu, kami adik-beradik menjadi sangat rapat sekarang kerana dari kecil kami saling tolong-menolong.

ayah, 
walaupun kita miskin, tapi zu tak pernah kebuluran. ayah akan pastikan zu dapat makan dalam sehari. walaupun kita miskin, tapi zu tak pernah tiada pakaian. pakaian zu masih berbakul-bakul. kerana ayah akan pastikan zu dapat pakai baju yang cantik. walaupun kita miskin, zu masih bersekolah. kerana ayah tahu bahawa ilmu itu penting. ketahuilah dunia, bahawa ayah tak pernah penat dan jemu memberikan yang terbaik kepada anak-anaknya.

ayah,
zu tak tahu nak tulis apa lagi... sebab kalau zu nak listkan satu-satu pengorbanan ayah pada kami adik-beradik, pasti entri ni akan panjang berjela-jela kerana pengorbanan ayah tak berbelah-bagi. ayah akan pastikan kami tiada apa kekurangan. itulah kelebihan dan kehebatan ayah. 

ayah,
zu melihat jatuh bangun ayah. sakit-jerih ayah. penat lelah ayah. semuanya kerana kami. jadi, zu berdoa, dengan kedua mata zu yang melihat segala pengorbanan ayah akan menjadi saksi ayah di akhirat nanti. 

ayah, 
terima kasih kerana menjadi ayah zu. itu antara nikmat terbesar yang Allah berikan pada abanglong, kakyang, zu dan suhail. terima kasih ya Allah atas nikmat ini. 

ayah, 
zu akan berusaha untuk menjadi anak terbaik untuk ayah dan ummi. zu akan menunaikan impian ummi dan ayah. zu ingin balas budi ummi dan ayah. berikan zu peluang untuk berbakti pada ummi dan ayah. berikan aku sedikit masa, ya Allah.

*air mata turun laju. zu rindu ayah :'(*

jalan apa ini?

bismillah.

tung tang tung tang. bunyi orang bersilat di dapur. 'pan' atau bahasa melayunya apa entah di letak atas dapur. senduk bermain-main atas 'pan' yang dalam bahasa melayunya sekali lagi apa entah. krek! bunyi telur dipecahkan. digoreng secukup-cukupnya. bau telur goreng masuk ke ruang bilik. harum walaupun hanya telur goreng.

sementara menunggu kawan bersilat di dapur, saya membuka laptop. on dashboard blogspot. roll dari atas sampai bawah semua blog yang di follow. pilih satu blog yang memikat dihati. buka. baca. sentap. buka blog lain... baca. sentap lagi.

sedang-sedang asyik baca blog, tiba-tiba mata terpaku dengan satu hadis yang pernah membuatkan saya menangis berbaldi-baldi sehingga mampu untuk digunakan untuk basuh dapur yang lantainya hitam dengan kulat.

hadisnya ialah sebuah hadis qudsi,
"Sesiapa yang tidak redha dengan KetentuanKu, dan tidak sabar menempuh ujianKu, dan tidak bersyukur atas segala nikmatKu, hendaklah ia mencari tuhan selainKu dan keluarlah dari berteduh dibawah langitKu"

teringat dilema dalam diri saya masa muda-muda dulu. sejujurnya, dilema diri saya ialah... 'kenapa saya berada di jalan ini?'

macam pelik kan? apa masalahnya saya berada di jalan ni? bukan ke ini jalan baik? belajar agama kan? heh.

tahukah anda hati saya yang rapuh ini selalu berbolak-balik ketika melalui jalan ini. saya sendiri merasa keliru kenapa saya ambil takhasus usuluddin? kenapa dalam ramai-ramai adik-beradik saya yang tak berapa nak ramai tu... kenapa saya yang dipilih untuk menunaikan impian ummi ayah yang nak salah seorang anak dia ambil aliran agama? kenapa saya?

macam mana saya yang selama ini, dari sekolah menengah lagi yang sangat sukakan bahasa inggeris tiba-tiba terjerumus ke jalan ini? pernah beberapa kali sepanjang diploma saya ingin buat cubaan tukar course kerana saya sendiri pelik kenapa saya perlu belajar agama yang menggunakan bahasa arab sedangkan bahasa arab tu la bahasa yang paling lemah. cepat lagi saya grab bahasa jepun, korea, mandarin nak banding bahasa arab. dan lagi sekali saya tegaskan, saya sendiri tak pernah terdetik untuk berada di jalan ni. saya nak belajar bahasa inggeris. wargh! bertukar jadi the hulk.

lama juga la saya tertanya-tanya soalan ni...

sehingga satu hari, saya kena pelempang jepun apabila saya terbaca akan satu hadis yang berbunyi... 
sesiapa yang dikehendaki Allah SWT baginya akan kebaikkan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama. (HR Bukhari dan Muslim)

haaaa... terpaku. terkaku. air mata turun kencang atas pipi. Allah tu lebih kenal saya berbanding diri saya. hati saya ni rapuh macam biskut meri. senang sangat tergoda dengan enchek jahiliyyah. encik jahiliyyah suruh buat ni, saya buat. enchek jahiliyyah ajak pergi sana, saya pergi. argh! seronok memang seronok. tapi, itu bukan tujuan hidup saya yang sebenar. 


tujuan hidup kita adalah untuk menanam benih di dunia, untuk tunai hasilnya di akhirat. dunia ni hanyalah sebuah persinggahan. 


T__T Allah nak selamatkan saya. Allah ingin saya berada di atas jalanNya. kini saya faham apa yang telah Allah tetapkan buat saya. saya bersyukur. moga jalan ini mampu membawa saya terus untuk berjumpa dengan Allah SWT dan kekasihNya di akhirat nanti. 


ya Allah. 'maka nikmat tuhanmu yang manakah kau dustakan?' 


sekarang kawan pun dah habis bersilat, cah pulak dok bising... 'nasi lemak!!!' maka, ada baiknya saya berhenti menaip dan mulakan masak nasi lemak. bersedia untuk bersilat di dapur. 


-------


whatsapping between me and dad:


saya: i'll call u after i cooked nasi lemak.

ayah: hantar kat ayah sikit.
saya: orait. i'll post it later.
ayah: sampai je kat malaysia nanti ayah akan makan cendawan dia dulu.

saya: =.=" 


love you, ummi and ayah. 






sayonara, 2012 dan encik J

bismillah.

post ni agak panjang. so... sila bersedia dengan popcorn dan air sejuk berkabonat ye. 

1 januari 2013. tahun bertambah seiring dengan umur. adakah amalan dan ilmu saya juga bertambah seiring dengan umur dan tahun? persoalan yang terzahir dari benak saya. 

malam tadi, selepas isyak saya terus tidur. kepala terlalu berat. pening. pada pukul 12 tengah malam, dikala semua orang sedap tidur diulit mimpi nan indah, saya terus berjaga. mungkin sebab dah beberapa jam tidur sebelum tu. tengok jam di tangan, tahun sudah bertukar. dari 2012 kepada 2013. 

tiba-tiba hati diketuk padu oleh satu persoalan di permulaan hari. jika saya meninggal pada hari ini... apakah bekalan yang ada pada saya untuk dibawa ke kubur nanti? adakah kubur saya akan seluas mata memandang atau akan menghimpit tulang-belulang saya hingga pecah dan remuk? adakah nanti kubur itu menjadi antara taman syurga atau akan menjadi sebahagian lubang neraka? ya Allah. terasa dipukul bertubi-tubi malam tadi. saya menangis. 

dan tidak semena-mena juga segala memori yang telah terlakar dalam hidup ini seperti filem panjang beribu jam, diputar balik ke belakang. dari hidupnya saya semalam sehingga ketika saya kecil, ketika akal mula boleh mengingat. sungguh! sudah jauh perjalanan saya. ada beberapa detik dalam hidup yang boleh membuatkan saya tertawa seorang dan ada pula yang membuatkan saya menangis semahu-mahunya. air mata turun laju disebalik hirom tebal. sesungguhnya, tiada apa lagi yang mampu saya ucapkan selain syukur walhamdulillah atas segala nikmat ujian yang Allah berikan. Allah tidak pernah melupakan saya dan meninggalkan saya walaupun sudah banyak kali saya mungkiri taubat. 

Allah... 'nikmat tuhanmu yang manakah kau dustakan.'

ada beberapa detik dalam hidup ini yang suka saya untuk kongsikan bersama kalian yang membaca. mungkin di antara kita juga pernah melaluinya. 


kedah... tempat aku belajar erti kehidupan.

lepas perniagaan ayah gulung tikar akibat ditipu oleh seseorang yang ayah percaya, ayah ambil keputusan untuk berhijrah ke tempat lain dan mulakan kehidupan yang baru. maka, ayah mengambil keputusan untuk berpindah ke sungai petani, kedah. ketika tu saya berumur 5 tahun.

kehidupan kami di sana sangat mencabar. ummi mengajar kami erti sabar. dari situ saya belajar untuk hidup tidak bermewah-mewahan. berjiran dengan kami ialah sebuah keluarga berbangsa cina. mereka sangat baik dengan kami. suka menolong. saya belajar mandarin daripada aunty. sampai sekarang saya tak lupa apa yang diajar aunty. mungkin sebab masa tu hati pun bersih. cepat ingat dan tak lupa. heee..~

saya masih ingat makanan kegemaran saya ketika tiada makanan di rumah. nak makan cikedis, jajan-jajan , eskem, gula-gula seperti kanak-kanak yang lain waktu tu tak mampu. jadi, kami selalu beli biskut. at least, biskut harga murah tapi dapat banyak. nyum nyum. biskutnya berwarna merah dan berbentuk seperti cendawan. sehingga sekarang, setiap kali jika saya terpandang akan biskut tu saya akan teringat kedah. 

saya masih ingat, ketika di taman sebelah ada pesta riang ria ala-ala jom heboh gitu, saya dan adik-beradik yang lain ingin sangat pergi ke sana. minta dan merayu pada ummi supaya bawakan kami ke sana. ummi pun dengan berat hatinya bersetuju tapi dengan syarat kami tidak boleh beli apa-apa langsung di sana. dengan rela hati kami bersetuju. pergi ke tempat kejadian dengan berjalan kaki. kami mana ada kereta waktu tu. sungguh jauh. tapi, sebabkan heksaited tahap gaban, jadi kami redah je jalan. puas bermain, redah lagi jalan untuk pulang. dengan panas, penat.. mana la saya dapat tenaga macam tu masa kecil. ehe. sampai je rumah kami seperti drakula yang sangat berkeinginankan darah. tapi, kami manusia yang sangat berkeinginankan air. 

habis segala air di rumah kami teguk. lega! misi dan visi ummi tercapai untuk tidak mengeluarkan duit pada masa yang sama kami dapat bergumbira. 

ayah?
ayah sudah pasti sibuk ke sana-sini mencari rezeki. menjual itu dan ini untuk mendapatkan sedikit duit untuk kami. ayah tentu sangat letih dan penat. masih saya ingat, ketika itu ayah sakit. saya tak pasti ayah sakit apa sebab masa tu saya masih kecil dan comel. erk! tapi, yang saya ingat... ketika itu ayah tak mampu untuk berdiri. ummi bawa 1 besen air dan  basuhkan sedikit badan ayah guna air tu. ketika itu, saya tahu yang ummi sedang berbakti pada ayah. saya tahu, ummi sayang ayah. kini, apabila saya besar, saya sedar... saya ingin menjadi seperti ummi. sanggup susah dan senang bersama ayah. ummi tak pernah merungut. tak pernah nak itu dan ini. tak pernah menyusahkan ayah. kerana itu, ayah sangat sayangkan ummi. ayah tidak senang duduk jika tiada ummi di sisi. 


selangor... merapatkan lagi kami.

saya pindah balik ke selangor kalau tak silap umur 9 tahun. masa tu, kami tinggal di rumah kedai. atas rumah, bawah kedai. dhaif sangat rupanya. sewa pun tersangat murah. sebab tu ayah sewa rumah itu. rumah tu pelik sikit. tingkat atas je ada tingkap. tingkat bawah tak ada tingkap langsung. jadi, gelap-segelap-gelapnya. terpaksa la kami berlagak seperti orang kaya on lampu 24 jam nak bagi terang rumah. haha. 

rumah itu macam zoo. ada pelbagai jenis hidupan. tikus, cencorot, lipas, lipan... ular pun ada. wargh!! pernah  satu masa tu, saya nak pergi ke sekolah. pakai kasut sekolah dengan penuh steady. tiba-tiba terasa seperti ada benda menolak kaki. masa tu saya dengan penuh macho ingatkan tu lipas. sekali pandang, rupanya ular. apa lagi... menjerit la. jangan kata ayah, ular tu pun terkejut beruk dengar saya menjerit. ayah berlari dapatkan saya. masa tu, ular tu pun dah hilang. ayah cuba mencari-cari keliling rumah ular tersebut. tapi, sampai sekarang tak jumpa. mungkin ular tu kena serangan jantung lepas dengar saya menjerit. ahahaha.

masa yang saya paling suka ialah masa hujan dan time tak ada letrik. kalau masa hujan dah tentu sejuk. dan kami adik-beradik akan berlari-lari anak cari baldi, gayung, besen... macam masuk sukaneka taska pula. kami akan letak di tempat-tempat yang bocor. lepas sejam, penuh. buang, lepas sejam lagi... penuh lagi. sampailah hujan berhenti. menarik bukan?

belum masuk lagi ketika rumah tiada letrik. kami adik-beradik akan mengelilingi lilin. lepas tu...? macam-macam game keluar. kemudian, kami ketawa terkekek-kekek mendengar jawapan masing-masing. oh! sungguh saya rindu suasana itu. pernah saya dengan ummi buat operasi penghapusan tikus 1.0 di rumah. 

ketika itu pukul 12 tengah malam. ummi mengeluarkan idea bernasnya. saya pun follow. kami tutup muka dengan tuala. seperti ninja turtle. kemudian, dengan bersejentakan ridsect, kami menerjah dapur. kami menyembur setiap sudut di dapur. apa lagi... semua tikus-tikus yang enak bersembunyi, yang sedang berehat sambil makan keju merasa gelombang asid. mereka pun dengan lajunya keluar dari tempat persembunyian. memang banyak tikus time tu. ada sekor, jadi stunt man... dia dari atas rumah, mungkin bila sudah takde tempat nak lari lagi terus melompat terbang ke bawah. tempat landing yang menarik... di atas ummi. apa lagi... menjerit dan melompat-lompatlah ummi ketika tu. saya tergelak terbahak-bahak. 

masih ingat lagi, cerita kegemaran kami masa kecil ialah pi mai pi mai tang tu. tapi... kami tiada tv. jadi, macam mana kami nak tengok tv...? kami semua senyap. maka, kami dapat dengar suara dari rumah sebelah. macam tu la kami tengok cerita. hahaha. 

dari umur 9 tahun hingga 17 tahun saya tinggal di rumah usang itu. dari ayah tiada apa sehingga ayah ada sebuah syarikat sendiri. saya melihat jatuh bangun ayah. saya melihat pengorbanan ummi dan ayah pergi ke sana-sini mencari rezeki untuk kami. 


ayah dan ummi sakit

saya masih ingat, masa tu saya tingkatan 3. nak ambil PMR. ayah jatuh sakit sebab darah tinggi yang sangat tinggi. mula-mula, ayah dimasukkan ke hospital kerajaan. sesak sangat keadaan hospital tu. doktor pula asyik bagi ubat itu dan ubat ini. baru nak try test ubat. saya melihat ayah sudah tak mampu tahan. ketika saya lawat ayah, seperti biasa saya buat muka macho. tapi, on the way balik ke rumah saya menangis. saya tak mampu tengok ayah sakit macam tu.

beberapa hari kemudian, pokteh minta izin pada doktor untuk bawa ayah ke hospital lain. hospital swasta. doktor minta pokteh tandatangan surat. jika berlaku apa-apa sepanjang perjalanan itu, doktor tidak akan bertanggungjawab. mahu tidak mahu, pokteh tandatangan. ayah harus di bawa keluar dari hospital itu. sampai bila nak try test ubat sedangkan ayah sedang menderita sakit. 

di hospital swasta ayah dimasukkan terus ke dalam icu. saya, ummi dan adik tidur di hospital. pengalaman menarik. ^^

tahun ni... ooops. maksud saya, tahun lepas... ummi pula sakit. muka ummi bengkak. badan ummi membesar. sampai sekarang ummi masih tak fully sihat. dan... saya tiada di sisi ummi. tapi, saya tahu... Allah, ayah dan adik-beradik saya yang lain sentiasa ada di sisi ummi untuk sentiasa menjaga ummi. 

jadi... pada tahun ni.. 2013..  saya berikrar untuk menjadi lebih baik dari tahun lepas. saya ingin meninggalkan dan memutuskan hubungan saya, saya ingin talak tiga dengan encik jahiliyyah! umur saya sudah 24 tahun. saya perlu membalas budi ummi dan ayah yang sudah terlalu banyak berkorban demi saya dan keluarga. 

impian saya tahun ini tidak jauh, saya hanya ingin menunaikan impian ummi dan ayah terhadap saya. itu sahaja! maka... perjalanan saya masih belum terhenti malah masih panjang lagi. doakan zue ye, ummi dan ayah. lap u ketat-ketat!