CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

apa sebab awak kawan dengan saya?

bismillah.

peringatan keras: ini hanyalah rekaan semata. maka, saya tak akan bertanggungjawab sekiranya ada kecederaan jiwa dan hati yang parah akibat terlalu mempercayai cerita berikut. jangan menyoal akan kebenaran cerita kalau tak nak kena cangkul. muahaha. *bertukar jadi mak tiri cinderella.*
-------------

"hoit!" Ana disergah. Badannya terkejut. Dia menoleh ke arah Ira yang duduk disebelahnya sambil tergelak setelah melihat reaksi Ana.

"nak kena senduk ye?" Ana bergurau. Ira menyambung gelak apabila mendengar kata-kata Ana. Senduk mana yang hendak dicekau Ana di tengah-tengah taman tasik ini.

"sorry, sorry. aku datang pun kau tak sedar. aku sergahlah. kenapa kau tenung dalam tasik ni? cari ikan ke?"

Ana menggeleng. "aku cari naga tasik chini." Ana menjawab selamba. sekali lagi berderai gelak Ira. Ana memang kaki merapu. pantang ada ruang dan peluang, maka Ana mula merapu.

Ira memandang Ana lama. Ana diam seribu bahasa. Ira tahu yang sahabatnya ini pasti di dalam masalah jika tidak masakan Ira akan memanggilnya untuk berjumpa di taman tasik. taman tasik ini selalu menjadi saksi luahan perasaan dua orang sahabat ini.

"kenapa Ana? Kau ada masalah?" Ira menyoal lembut. Ana menggeleng. Dia tidak tahu di mana harus dia mulakan dulu.
"Ana..." Ana terdiam. Ira resah. Pasti masalah besar ini. Ana menarik nafasnya dalam-dalam, dia memejamkan mata. Tangannya digenggam mencari kekuatan.

"Aku dah jatuh cinta!" Ana meluahkan. Ira terkejut mendengar luahan Ana. Ingin sahaja dia gelak bergolek-golek dari hujung tasik ke hujung tasik. Tapi, ditahannya.

Ini kali pertama dia melihat Ana begini. Masalah hati rupanya. Masalah yang biasa dihadapi oleh para remaja.

"ooh. Dengan siapa?"
"Dengan Is."
"Is? Ketua blok kolej 11 ke?
Ana mengangguk.

"Mana kau kenal dia?"
"Di FB. Dia PM aku dulu. aku pun balas. Dari situ kitorang start berkawan. Sekarang dah masuk 3 bulan. Dia baik sangat dengan aku. Dia caring. Dan sekarang aku dah tersuka kat dia. Tapi..." Ana terdiam lagi.

"Tapi apa?" Ira menyoal.

"Tapi, baru-baru ni Aku dapat tahu yang dia dah bertunang. Aku kecewa. Kenapa dia buat Aku macam ni?"
Air mata sudah bertakung di kelopak mata Ana. Menunggu masa untuk tumpah.

"Dia tahu ke yang kau suka dia?" Ira inginkan kepastian. Ana menggeleng. Kali ini air matanya tumpah laju menuruni pipi.

"Ana, aku nak tanya sikit." Ira meminta izin. Ana memandang Ira.
"Kenapa kau kawan dengan dia?"

Ana mengerutkan dahinya apabila mendengar soalan Ira. "Kena bersebab ke?" Ana bertanya. Ira mengangguk. "Tiap sesuatu perkara tu kan dibuat mesti bersebab. Kau minum air sebab kau dahaga. Kau makan sebab kau lapar. Kau kawan dengan dia sebab..." Ira meminta Ana untuk mengisi tempat kosong setelah dia memberikan contoh jawapan.

Ana sedikit mencebik. Dia menggelengkan kepala. "Entah. Sebab suka-suka?" Ana menjawab tidak pasti. Dia sendiri tidak tahu yang berkawan perlukan sebab. Ira senyum.

"Kita tak boleh berkawan dengan lelaki ke?" Ana bertanya lagi.

"Boleh. Itu fitrah. Tapi, kita perlukan sebab. Kerana lelaki dan perempuan itu saling menarik dan tertarik. Ia berkaitan dengan hati. Hati kan adalah raja kepada jasad. Jika rosak hati kita, maka rosak jasad kita."

"Apa sebab yang membolehkan untuk kita berkawan dengan lelaki?"

"Dalam 3 keadaan. Ketika belajar, bekerja dan berubat. Dalam dunia sekarang kita tak lepas dari bergaul dengan lelaki. Tetapi, perlu bersebab. Sebab itu membataskan pergaulan kita. Contoh, jika kita ingin bertanya tentang sesuatu perkara dan kita rasa lelaki itu mampu untuk memberika jawapan, maka bertanyalah. Seperti anak murid bertanya kepada guru. Kalau dia call hanya untuk bertanya kau sudah makan ke belum, dah study ke belum, dah lipat baju ke belum... itu dah terpesong tu. Soalan-soalan begitulah yang boleh menyebabkan hati kita sakit.

Kita ingatkan dia caring, padahal soalan macam tu dia dah biasa tanya kat kucing dia. Sebab apa? Sebab hati perempuan ini rapuh sangat. Perempuan senang sangat tersentuh dengan kebaikkan sebab perempuan ini inginkan dihargai."

Ana menangis. Dia tahu kesilapannya. Dari awal lagi dia sepatutnya tidak melayan Is. Is hanya sekadar ingin menjadi kawannya dan tidak lebih dari itu. Lagi pula, tiada perkara penting atau bermanfaat sejak dia berkawan dengan Is. Mereka hanya berbual kosong.

3 bulan dia berkawan. Dan dalam tempoh 3 bulan itu hatinya terawang dengan cinta dunia. Ibadahnya tidak khusyuk kerana teringatkan Is. Dia merasa rugi kerana membiarkan hatinya diusik oleh seorang lelaki yang tiada niat untuk mengadakan sebarang hubungan dengannya.

"Tak rugi kalau kita jual mahal kan? Lagi pun, wanita itu kan fitnah. Janganlah biarkan diri kita dijadikan  antara bahan fitnah terhadap lelaki. Jagalah diri kita sebaiknya. Perempuan yang baik itu kan untuk lelaki yang baik. Jika mahu yang terbaik, maka kita perlu jadi baik, kan?"

Ana mengangguk. Dia memeluk Ira. Terima kasih Ira atas nasihatnya. :)

--------------TAMAT--------------

penjelasan dari penulis yang budiman...
1- maaf sekiranya anda merasakan yang cerpen ini terlalu best. cerpen ini tamat di sini. tak ada sequence.
2- kalau ada yang merasakan seperti penulis ni macam dah sampai seru je, cerita pasal jodoh dan bla bla bla maka jawapannya anda salah. Ada orang minta pendapat saya tentang ini. so, konon bajet stailo jawab dalam bentuk cerpen. uhuk3.
3- tak ada apa nak cakap selain penulis seorang yang budiman. *tetibe*


1 comments:

Post a Comment

::papan kenyataan::