CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

sayonara, 2012 dan encik J

bismillah.

post ni agak panjang. so... sila bersedia dengan popcorn dan air sejuk berkabonat ye. 

1 januari 2013. tahun bertambah seiring dengan umur. adakah amalan dan ilmu saya juga bertambah seiring dengan umur dan tahun? persoalan yang terzahir dari benak saya. 

malam tadi, selepas isyak saya terus tidur. kepala terlalu berat. pening. pada pukul 12 tengah malam, dikala semua orang sedap tidur diulit mimpi nan indah, saya terus berjaga. mungkin sebab dah beberapa jam tidur sebelum tu. tengok jam di tangan, tahun sudah bertukar. dari 2012 kepada 2013. 

tiba-tiba hati diketuk padu oleh satu persoalan di permulaan hari. jika saya meninggal pada hari ini... apakah bekalan yang ada pada saya untuk dibawa ke kubur nanti? adakah kubur saya akan seluas mata memandang atau akan menghimpit tulang-belulang saya hingga pecah dan remuk? adakah nanti kubur itu menjadi antara taman syurga atau akan menjadi sebahagian lubang neraka? ya Allah. terasa dipukul bertubi-tubi malam tadi. saya menangis. 

dan tidak semena-mena juga segala memori yang telah terlakar dalam hidup ini seperti filem panjang beribu jam, diputar balik ke belakang. dari hidupnya saya semalam sehingga ketika saya kecil, ketika akal mula boleh mengingat. sungguh! sudah jauh perjalanan saya. ada beberapa detik dalam hidup yang boleh membuatkan saya tertawa seorang dan ada pula yang membuatkan saya menangis semahu-mahunya. air mata turun laju disebalik hirom tebal. sesungguhnya, tiada apa lagi yang mampu saya ucapkan selain syukur walhamdulillah atas segala nikmat ujian yang Allah berikan. Allah tidak pernah melupakan saya dan meninggalkan saya walaupun sudah banyak kali saya mungkiri taubat. 

Allah... 'nikmat tuhanmu yang manakah kau dustakan.'

ada beberapa detik dalam hidup ini yang suka saya untuk kongsikan bersama kalian yang membaca. mungkin di antara kita juga pernah melaluinya. 


kedah... tempat aku belajar erti kehidupan.

lepas perniagaan ayah gulung tikar akibat ditipu oleh seseorang yang ayah percaya, ayah ambil keputusan untuk berhijrah ke tempat lain dan mulakan kehidupan yang baru. maka, ayah mengambil keputusan untuk berpindah ke sungai petani, kedah. ketika tu saya berumur 5 tahun.

kehidupan kami di sana sangat mencabar. ummi mengajar kami erti sabar. dari situ saya belajar untuk hidup tidak bermewah-mewahan. berjiran dengan kami ialah sebuah keluarga berbangsa cina. mereka sangat baik dengan kami. suka menolong. saya belajar mandarin daripada aunty. sampai sekarang saya tak lupa apa yang diajar aunty. mungkin sebab masa tu hati pun bersih. cepat ingat dan tak lupa. heee..~

saya masih ingat makanan kegemaran saya ketika tiada makanan di rumah. nak makan cikedis, jajan-jajan , eskem, gula-gula seperti kanak-kanak yang lain waktu tu tak mampu. jadi, kami selalu beli biskut. at least, biskut harga murah tapi dapat banyak. nyum nyum. biskutnya berwarna merah dan berbentuk seperti cendawan. sehingga sekarang, setiap kali jika saya terpandang akan biskut tu saya akan teringat kedah. 

saya masih ingat, ketika di taman sebelah ada pesta riang ria ala-ala jom heboh gitu, saya dan adik-beradik yang lain ingin sangat pergi ke sana. minta dan merayu pada ummi supaya bawakan kami ke sana. ummi pun dengan berat hatinya bersetuju tapi dengan syarat kami tidak boleh beli apa-apa langsung di sana. dengan rela hati kami bersetuju. pergi ke tempat kejadian dengan berjalan kaki. kami mana ada kereta waktu tu. sungguh jauh. tapi, sebabkan heksaited tahap gaban, jadi kami redah je jalan. puas bermain, redah lagi jalan untuk pulang. dengan panas, penat.. mana la saya dapat tenaga macam tu masa kecil. ehe. sampai je rumah kami seperti drakula yang sangat berkeinginankan darah. tapi, kami manusia yang sangat berkeinginankan air. 

habis segala air di rumah kami teguk. lega! misi dan visi ummi tercapai untuk tidak mengeluarkan duit pada masa yang sama kami dapat bergumbira. 

ayah?
ayah sudah pasti sibuk ke sana-sini mencari rezeki. menjual itu dan ini untuk mendapatkan sedikit duit untuk kami. ayah tentu sangat letih dan penat. masih saya ingat, ketika itu ayah sakit. saya tak pasti ayah sakit apa sebab masa tu saya masih kecil dan comel. erk! tapi, yang saya ingat... ketika itu ayah tak mampu untuk berdiri. ummi bawa 1 besen air dan  basuhkan sedikit badan ayah guna air tu. ketika itu, saya tahu yang ummi sedang berbakti pada ayah. saya tahu, ummi sayang ayah. kini, apabila saya besar, saya sedar... saya ingin menjadi seperti ummi. sanggup susah dan senang bersama ayah. ummi tak pernah merungut. tak pernah nak itu dan ini. tak pernah menyusahkan ayah. kerana itu, ayah sangat sayangkan ummi. ayah tidak senang duduk jika tiada ummi di sisi. 


selangor... merapatkan lagi kami.

saya pindah balik ke selangor kalau tak silap umur 9 tahun. masa tu, kami tinggal di rumah kedai. atas rumah, bawah kedai. dhaif sangat rupanya. sewa pun tersangat murah. sebab tu ayah sewa rumah itu. rumah tu pelik sikit. tingkat atas je ada tingkap. tingkat bawah tak ada tingkap langsung. jadi, gelap-segelap-gelapnya. terpaksa la kami berlagak seperti orang kaya on lampu 24 jam nak bagi terang rumah. haha. 

rumah itu macam zoo. ada pelbagai jenis hidupan. tikus, cencorot, lipas, lipan... ular pun ada. wargh!! pernah  satu masa tu, saya nak pergi ke sekolah. pakai kasut sekolah dengan penuh steady. tiba-tiba terasa seperti ada benda menolak kaki. masa tu saya dengan penuh macho ingatkan tu lipas. sekali pandang, rupanya ular. apa lagi... menjerit la. jangan kata ayah, ular tu pun terkejut beruk dengar saya menjerit. ayah berlari dapatkan saya. masa tu, ular tu pun dah hilang. ayah cuba mencari-cari keliling rumah ular tersebut. tapi, sampai sekarang tak jumpa. mungkin ular tu kena serangan jantung lepas dengar saya menjerit. ahahaha.

masa yang saya paling suka ialah masa hujan dan time tak ada letrik. kalau masa hujan dah tentu sejuk. dan kami adik-beradik akan berlari-lari anak cari baldi, gayung, besen... macam masuk sukaneka taska pula. kami akan letak di tempat-tempat yang bocor. lepas sejam, penuh. buang, lepas sejam lagi... penuh lagi. sampailah hujan berhenti. menarik bukan?

belum masuk lagi ketika rumah tiada letrik. kami adik-beradik akan mengelilingi lilin. lepas tu...? macam-macam game keluar. kemudian, kami ketawa terkekek-kekek mendengar jawapan masing-masing. oh! sungguh saya rindu suasana itu. pernah saya dengan ummi buat operasi penghapusan tikus 1.0 di rumah. 

ketika itu pukul 12 tengah malam. ummi mengeluarkan idea bernasnya. saya pun follow. kami tutup muka dengan tuala. seperti ninja turtle. kemudian, dengan bersejentakan ridsect, kami menerjah dapur. kami menyembur setiap sudut di dapur. apa lagi... semua tikus-tikus yang enak bersembunyi, yang sedang berehat sambil makan keju merasa gelombang asid. mereka pun dengan lajunya keluar dari tempat persembunyian. memang banyak tikus time tu. ada sekor, jadi stunt man... dia dari atas rumah, mungkin bila sudah takde tempat nak lari lagi terus melompat terbang ke bawah. tempat landing yang menarik... di atas ummi. apa lagi... menjerit dan melompat-lompatlah ummi ketika tu. saya tergelak terbahak-bahak. 

masih ingat lagi, cerita kegemaran kami masa kecil ialah pi mai pi mai tang tu. tapi... kami tiada tv. jadi, macam mana kami nak tengok tv...? kami semua senyap. maka, kami dapat dengar suara dari rumah sebelah. macam tu la kami tengok cerita. hahaha. 

dari umur 9 tahun hingga 17 tahun saya tinggal di rumah usang itu. dari ayah tiada apa sehingga ayah ada sebuah syarikat sendiri. saya melihat jatuh bangun ayah. saya melihat pengorbanan ummi dan ayah pergi ke sana-sini mencari rezeki untuk kami. 


ayah dan ummi sakit

saya masih ingat, masa tu saya tingkatan 3. nak ambil PMR. ayah jatuh sakit sebab darah tinggi yang sangat tinggi. mula-mula, ayah dimasukkan ke hospital kerajaan. sesak sangat keadaan hospital tu. doktor pula asyik bagi ubat itu dan ubat ini. baru nak try test ubat. saya melihat ayah sudah tak mampu tahan. ketika saya lawat ayah, seperti biasa saya buat muka macho. tapi, on the way balik ke rumah saya menangis. saya tak mampu tengok ayah sakit macam tu.

beberapa hari kemudian, pokteh minta izin pada doktor untuk bawa ayah ke hospital lain. hospital swasta. doktor minta pokteh tandatangan surat. jika berlaku apa-apa sepanjang perjalanan itu, doktor tidak akan bertanggungjawab. mahu tidak mahu, pokteh tandatangan. ayah harus di bawa keluar dari hospital itu. sampai bila nak try test ubat sedangkan ayah sedang menderita sakit. 

di hospital swasta ayah dimasukkan terus ke dalam icu. saya, ummi dan adik tidur di hospital. pengalaman menarik. ^^

tahun ni... ooops. maksud saya, tahun lepas... ummi pula sakit. muka ummi bengkak. badan ummi membesar. sampai sekarang ummi masih tak fully sihat. dan... saya tiada di sisi ummi. tapi, saya tahu... Allah, ayah dan adik-beradik saya yang lain sentiasa ada di sisi ummi untuk sentiasa menjaga ummi. 

jadi... pada tahun ni.. 2013..  saya berikrar untuk menjadi lebih baik dari tahun lepas. saya ingin meninggalkan dan memutuskan hubungan saya, saya ingin talak tiga dengan encik jahiliyyah! umur saya sudah 24 tahun. saya perlu membalas budi ummi dan ayah yang sudah terlalu banyak berkorban demi saya dan keluarga. 

impian saya tahun ini tidak jauh, saya hanya ingin menunaikan impian ummi dan ayah terhadap saya. itu sahaja! maka... perjalanan saya masih belum terhenti malah masih panjang lagi. doakan zue ye, ummi dan ayah. lap u ketat-ketat!

2 comments:

Fyra Nysa said...

cah pon nak balik mesia gak :'(

Eternal Love Seeker said...

To read a story about a family yg very near to me memang terasa kesannya di hati. InsyaAllah. Bye bye inche jahiliah. I cerai u talak 3! :)

Post a Comment

::papan kenyataan::