CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

warkah cinta untukmu, ayah

bismillah.

whatsapp yang saya terima dari ayah selepas maghrib tadi sangat meruntun jiwa. walaupun ayah mengatakan dalam whatsapp nya yang kata-katanya itu hanyalah sekadar monolog dalamannya, namun hati ini tahu mungkin di sudut hati ayah terdapat rasa bersalah. ayah juga bagitahu supaya jangan jawab apa-apa. hanya baca. ya. saya baca dan tidak menjawab apa-apa. tapi, saya membuat keputusan untuk menjawabnya di blog terchenta!

kerana saya ingin ayah dan dunia tahu bahawa saya punya ayah yang hebat, macho, coolio! 

ketahuilah ayah, 
walaupun kita pernah melalui zaman susah, zaman kemiskinan tapi itulah zaman yang zu paling suka sekali. itu antara detik terindah dalam hidup zu, ayah. pengalaman itu mengajar zu banyak benda tentang kehidupan. 

ayah,
walaupun kita pernah miskin harta, tapi kita tak pernah miskin dengan kasih sayang. ayah sentiasa mencurahkan kasih sayang ayah pada kami, adik-beradik. sehingga umur zu 23 tahun, ayah masih cium dan peluk zu seperti anak-anak kecil. bukan setahun sekali, bukan sebulan sekali tapi setiap hari... setiap pagi dan setiap kali ayah balik dari kerja ayah akan peluk dan cium zu. sehinggakan kadang-kadang zu merasa janggal jika tidak dicium ayah dalam sehari. in sya Allah, zu tak balik malaysia tahun ni, jadi... sila simpan khas ciuman dan pelukan ayah untuk zu. 

ayah, 
masa di kedah... kita memang miskin. kita tiada harta. kita tiada apa. tapi, zu ada ummi dan ayah. ummi dan ayah yang cuba untuk memenuhkan segala keinginan zu. walaupun kita tiada duit, tapi ayah akan bekerja keras sehingga ayah mampu untuk belikan sebuah basikal untuk abanglong dan dengan basikal itu abanglong akan gunakan untuk menghantar kakyang ke tadika. 

ayah,
walaupun zu masih kecil, tapi... zu masih boleh ingat semua perkara itu. alhamdulillah. dan  itu menjadikan zu lebih menghargai apa yang ada pada zu sekarang. zu hargai setiap pengorbanan ummi dan ayah. dan kerana kemiskinan itu, kami adik-beradik menjadi sangat rapat sekarang kerana dari kecil kami saling tolong-menolong.

ayah, 
walaupun kita miskin, tapi zu tak pernah kebuluran. ayah akan pastikan zu dapat makan dalam sehari. walaupun kita miskin, tapi zu tak pernah tiada pakaian. pakaian zu masih berbakul-bakul. kerana ayah akan pastikan zu dapat pakai baju yang cantik. walaupun kita miskin, zu masih bersekolah. kerana ayah tahu bahawa ilmu itu penting. ketahuilah dunia, bahawa ayah tak pernah penat dan jemu memberikan yang terbaik kepada anak-anaknya.

ayah,
zu tak tahu nak tulis apa lagi... sebab kalau zu nak listkan satu-satu pengorbanan ayah pada kami adik-beradik, pasti entri ni akan panjang berjela-jela kerana pengorbanan ayah tak berbelah-bagi. ayah akan pastikan kami tiada apa kekurangan. itulah kelebihan dan kehebatan ayah. 

ayah,
zu melihat jatuh bangun ayah. sakit-jerih ayah. penat lelah ayah. semuanya kerana kami. jadi, zu berdoa, dengan kedua mata zu yang melihat segala pengorbanan ayah akan menjadi saksi ayah di akhirat nanti. 

ayah, 
terima kasih kerana menjadi ayah zu. itu antara nikmat terbesar yang Allah berikan pada abanglong, kakyang, zu dan suhail. terima kasih ya Allah atas nikmat ini. 

ayah, 
zu akan berusaha untuk menjadi anak terbaik untuk ayah dan ummi. zu akan menunaikan impian ummi dan ayah. zu ingin balas budi ummi dan ayah. berikan zu peluang untuk berbakti pada ummi dan ayah. berikan aku sedikit masa, ya Allah.

*air mata turun laju. zu rindu ayah :'(*

2 comments:

Eternal Love Seeker said...

X boleh nak nanges. Dalam kelas. Hee

cinta ilahi said...

heh. x fokus dlm kelas..

Post a Comment

::papan kenyataan::