CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

traveog trip to turkey (hari ke-4)

bismillah.

20 januari 2013
harmony hostel memang tempat buruan backpackers. setiap hari ada je orang check in dan check out. bilik kami ditempatkan di bahagian atas sekali. tingkat ke 5. nasib kat sini ada lif. jadi, tak penat untuk naik dan turun lagi-lagi dengan beg yang beratnya berkilo-kilo tu.

kat sini juga ada je dapur. tapi, tempat tu dah jadi tempat lepak pelancong omputeh lagi-lagi waktu malam. mereka tengok cerita dan kadang-kadang siap berkaraoke. dapur tingkat atas sekali, tingkat yang ke enam. jadi, segala aktiviti dorang kami boleh dengar dari bilik. bising dan terganggu jugak kadang-kadang. dan disebabkan dorang dah berkumpul kat dapur, siap buka internet bagai maka sangatlah lembab untuk line wifi dari bilik kami. masing-masing akan beratur kat tepi pintu bilik sebab kat situ tempat paling dekat dengan luar dan clear sikit line wifi.

maka, hari ini kami masih menyambung kontrak dengan harmony hotel. ambil bilik tu untuk sehari lagi sebab so far itulah bilik yang paling murah di istanbul ni. serta selesa dan besar. pagi tu kami keluar lebih awal dari biasa. sebab kami nak gunakan dapur sebelum mamat dan minah saleh bangun tidur dan naik atas untuk gunakan dapur. kalau dah terbangun mesti kami tak ada peluang nak naik. dah penuh.

selesai makan, kami keluar. okay. perjalanan kali ni sumpah panjang. dari hostel kami merentasi jambatan galata. ramai penduduk tempatan yang memancing di sepanjang jambatan tu. kemudian, kami teruskan lagi berjalan dan berjalan. bila letih duduk sekejap. berehat mencari kekuatan. duduk di bawah pokok. duduk di bus stop. duduk di mana saja asalkan boleh duduk. kami menyanyi dan berjalan seperti di dalam cerita bujang lapok. 'pok pok bujang lapok...' lepas tu badan pun ke kiri dan ke kanan. macam tu la kami menggumbirakan diri dari kebosanan berjalan tak henti.

merentasi lautan untuk ke dolmabache

 berhenti di bawah pokok berdepan dengan masjid


model masjid


tempat amek wudhu yang cun


tak tahu apakah ini. eheh.

2 sahabat yang sedang bergambar di tepi laut

again. i dont know what is this.

akhirnya kami berjumpa dengan kabatas. tempat bot. kami akan menaiki bot ini esok untuk ke bursa. jadi, kami survey dulu harga tiket bot dan masa bot berlepas.

kemudian, kami teruskan lagi perjalanan dan akhirnya... kami berjumpa dengan dolmabache palace. istana yang gah digunakan dari zaman turki usmaniyyah dan atarturk. selepas kematian atarturk, istana ini dijadikan muzium. harga tiket untuk masuk ke dalam istana berbeza-beza ikut pakej.

pakej paling murah - TL 20. hanya di sekitar tempat tidur raja-raja.
pakej masuk ke bahagian pentadbiran raja - TL 60
pakej masuk tempat tidur dan bahagian pentadbiran raja - TL 80

DOLMABACHE PALACE
















kami yang jalan secara bajet ni pastilah akan ambil pakej termurah. tapi tu pun dah penat. sebab tempat dia besar. tempat tidur tu dinamakan sebagai harem. kami masuk bahagian harem perempuan je. diorang ni asingkan antara anak lelaki dan perempuan. emak, makcik saudara, opah semuanya di bahagian harem perempuan. anak lelaki dibenarkan untuk tinggal bersama ibu diorang sampai umur 8 tahun je. lepas tu diorang kena tinggal di bahagian lelaki.

raja-raja dan atarturk akan tinggal di bahagian harem perempuan. harem sangat besar. banyak sections. berkumpul untuk bersembang section lain. untuk makan-makan section lain. untuk meraikan ramadhan dan aidil fitri pun section lain.

dapat tengok tempat tidur kamal atarturk. di depannya bilik air. bilik-bilik macam tu tak dapat masuk ke dalam. hanya tinjau-tinjau dari luar je sebab semua barang-barang kat situ adalah original. tak diubah atau dibaharukan.

so, dapat la tengok kerusi roda atarturk dan almari kaca yang penuh dengan ubat dia. tiba-tiba dapat rasa seksanya saat kematian atarturk ketika tu.

perjalanan di sekitar harem mengambil masa 30 minit. lama tuh. keluar dari dolmabache palace kami semua pakat untuk menaiki tram. sebab badan dah tak larat sangat.

balik. makan. tidur.

2 comments:

Unknown said...

untung lhhh

mdnasiridris said...

Assalaamu`alaik.

Alhamdulillah. seronok baca blog ni, saya dpt beberapa maklumat yang berguna. Walau pun saya dah pergi 3 kali (1997, 1999, 2000 ) ke Istanbul tetapi masa tu 1 juta lira bersamaan 16rm tp harga sekilo pisang 500 ribu lira, mahal juga. Saya pergi dulu pakai redah saja.mana ada hp dn internet waktu itu. Naik shutle bas dari ataturk airport dan turun di stesyen entah apa - dah lupa. Dari situ naik bas ke Sultan Ahmet. Turun saja dari bas terus cari hotel yang berselerak. satu demi satu hotel saya masuk dan tawar menawar lebih separuh kerana kawan2 yg pernah ke sana beri panduan. Akhirnya dpt lah hotel dgn kadar 10usd seorang untuk semalam.

Tahun 1997 saya tinggal selama 5 hari dn pindah hotel 2 kali.Saya bawa jamaah umrah yg ketika itu 5 orang shj. thn 1999 8 orang dan 2000 jamaah umrah 11 orang, hanya tinggal 1 malam 2 hari sahaja .

Insha ALLAH , kali ni saya akan ke Istanbul selama 2 mlm dlm perjalanan untuk umrah dan bawa jamaah seramai 24 orang. Tarikhnya ialah sampai istanbul 5 pagi 24.5 dan pd 26.5 berangkat ke jedah jam 3.30 ptg.

Saya nak tanya tentang hostel Harmony. berapa jaraknya dari masjid biru dan kalau berjalan kaki berapa minitnya untuk ke masjid biru. Adakah ianya dekat dgn tram.

Shukran . wassalaaamu `alaik

Post a Comment

::papan kenyataan::