CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

dunia, akhirat dan Islam


Dari Ibnu 'Umar RA berkata, "Rasulullah SAW memegang kedua pundakku lalu bersabda,

"Jadilah engkau hidup di dunia seperti orang asing atau musafir (orang yang bepergian)."

Lalu Ibnu 'Umar RA menyatakan,
"Apabila engkau berada di sore hari, maka janganlah menunggu hingga pagi hari. Dan apabila engkau berada di pagi hari maka janganlah menunggu hingga sore hari. Pergunakanlah waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu. Dan pergunakanlah hidupmu sebelum datang kematianmu." [HR. Al-Bukhariy no.6416]


kita di dalam perjalanan ingin menuju ke destinasi B dari destinasi A. malangnya, kita terkandas di lapangan kapal terbang. kita tidak mempunyai apa-apa melainkan duit. kita menjumpai pelbagai jenis kedai di dalam lapangan kapal terbang tersebut. kita yang terkandas sudah pasti akan membeli barangan keperluan seperti makanan, minuman, berus gigi, ubat gigi, bantal, selimut dan sebagainya. tidak mungkin kita akan menghabiskan duit kita hanya untuk salon dan spa. kerana kita tahu itu suatu pembaziran dan bukan keperluan.

begitulah kita sekarang. dunia ini hanya suatu persinggahan. dunia ini sangat luas. ada bermacam-macam di dalamnya. sekarang kita pilih, adakah dengan nikmat kesihatan yang Allah beri ini kita hanya inginkan hiburan dan membuang masa semata-mata atau beribadah kepada Allah dan mengumpul bekalan yang akan di gunakan di akhirat kelak?

saya masih terigat, sahabat saya meluahkan perasaannya tentang peperiksaan yang makin hampir. maka, saya menasihatkan supaya kurangkan hiburan, elak dari membuat perkara yang sia-sia dan mula fokus dengan peperiksaan. kemudian, saya terdiam sejenak. saya mula terfikir, begitulah perumpamaan bagi akhirat.

kiamat pasti datang untuk menghancurkan dunia. lihat sahaja dunia sekarang yang semakin tua. bila-bila masa sahaja dunia akan mula bergegar dan menelan segala kehidupan di atasnya. akhirat itu pasti. di sana nanti kita akan hidup selama-lamanya. kita akan kembali ke rumah yang nenek dan datuk kita (adam & hawa) terpaksa tinggalkan kerana penipuan syaitan durjana.

akhirat itu suatu peperiksaan. kita dihidupkan di dunia untuk diuji. adakah layak bagi kita untuk kembali ke rumah kita di sana atau tidak? kerana itu kita kena bijak merancang dan membuat keputusan. bagaimanakah caranya untuk kita sampai ke sana?

dalam menghadapi peperiksaan, kita kena tahu tujuan dan matlamat menghadapi peperiksaan. maka, dari bermulanya semester, kita akan mula belajar dengan bersungguh-sungguh. perkara yang kita rasakan akan membuang masa kita akan sedaya upaya untuk menjauhinya. dari satu ujian ke satu ujian yang lain kita cuba hadapi dengan penuh persiapan. supaya ketika peperiksaan, kita akan dapat menjawab dengan mudah. cuba bayangkan, jika kita mula belajar dan fokus pada saat-saat akhir. kita akan mula keliru, tergopoh-gapah, tidak cukup waktu dan sebagainya.

begitu juga jika kita lalai dengan hiburan dunia dan sedar setelah umur setengah abad. kita akan merasakan diri kita tidak cukup waktu. sebaiknya hendaklah kita gunakan waktu yang ada untuk mengumpul bekalan di akhirat kelak. insyaAllah.

semalam, saya mendengar ceramah beberapa muallaf tentang Islam. susahnya mereka mencari hidayah. mereka masuk dari satu agama ke satu agama yang lain kerana ingin mencari kebenaran. hasilnya, mereka Muslim yang Mukmin.

saya mula terfikir tentang diri. malunya saya dengan mereka. mengapa? kerana mereka lebih mengenali Islam berbanding saya yang sudah 22 tahun hidup sebagai Muslim. saya mula sedar. saya seorang Muslim tradisi bukan Muslim agama. apakah beza di antara keduanya? Muslim tradisi ialah Islam yang dianuti dari nenek moyang. saya buat apa yang mereka buat. saya tinggalkan apa yang mereka larang. hasilnya, saya mengikut Islam secara membuta tuli.

bak kata bijak pandai, kita akan lebih menghargai sesuatu apabila susah bagi kita untuk mendapatkannya. malangnya, Islam itu sangat hampir dengan saya dan sangat mudah pula untuk menggapainya. lahirnya saya sebagai seorang Muslim. kerana itu saya tidak menghargainya. saya lalai. saya leka.

saya mula terfikir tentang satu lagi perbandingan. dulu, ketika saya ingin beli handphone, saya selidik habis-habisan tentang sesuatu jenama. saya membuat perbandingan antara semua jenama yang ada di Malaysia. akhirnya, saya membuat keputusan untuk membeli handphone yang saya rasakan terbaik buat saya.

begitu juga dalam beragama. seharusnya kita selidik dahulu apa itu Islam? mengapa Islam itu dikatakan sebagai agama yang benar? mengapa Islam sekarang adalah agama yang semakin meningkat jumlah muallafnya? mengapa?

Allah jadikan kita manusia yang sempurna akal dan fikiran. untuk kita berfikir yang mana terbaik buat kita. janganlah jadi seperti bangkai yang bernyawa. hidupnya dia tiada erti. lalu oleh itu, wahai kawan-kawanku, saudara seIslam ku, marilah sama-sama kita membuka hati. bukalah ia seluas-luasnya. supaya mudah untuk ilmu masuk. jadilah seperti Umar Al-Khattab. beliau yang hampir membunuh adik iparnya kerana membaca Al-Quran terus memeluk Islam apabila dia mula membuka hatinya dan membaca Al-Quran tersebut. subhannallah.

hidayah dan iman itu datangnya dari Allah. marilah berdoa padaNya agar sentiasa berada di jalanNya. bukan di jalan mereka yang Allah murkai dan sesat. Allahumma Amin!

0 comments:

Post a Comment

::papan kenyataan::