CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Buat Sahabatku

To all my friends who know me, please read this.
*Deep inside my heart.*

Pertemuan..
Berputik ikatan hati,
Senyuman manis menghiasi mata hati,
Terjalin sebuah perkenalan,
Yang engkau titipkan buat diri ini.

Makin kukenali hati-hati ini,
Terasa riang dihati,
Kehadiran mereka buat hidupku bersinar lagi,
Ukhwah ini amat bermakna buat diri ini.

Ya Allah..
Jika aku diberi peluang,
Aku memohon,
Jangan kau rampas kasih sayang mereka dariku,
Engkau ambillah aku sebagai galang gantinya,
Aku tak rela kehilangan mereka,
Aku menyayangi mereka segenap jiwa ragaku.

Ya Allah...
Aku memohon..
Kau peliharalah ukhwah ini,
Kau peliharalah hati mereka dari aku sakitinya lagi,
Kerana aku tak rela melihat kesengsaraan di hati,
Insan-insan yang kusayangi.

Ya Allah,
Berilah aku kekuatan,
Aku ingin bahagiakan mereka,
Sebelum aku pulang,
Ke pangkuan Mu Ya Allah.



0 comments:

Post a Comment

::papan kenyataan::