CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

dalam mengejar ilmu




Kadang-kadang kita penat dengan belajar. Lebih-lebih lagi kalau kita belajar sudah separa pitam tapi keputusan yang kita dapat macam yang tidak seperti kita inginkan. Dari semester satu kita belajar, tak tidur malam, bawa buku kemana pergi tapi pada akhir semester, fuuush! hilang! tengok CGPA...kosong! semak balik apa yang kita belajar, aik! tak tau nak jawab. tak tau apa yang kita belajar. hilang tak tahu kemana. kenapa? sedangkan dulu di sekolah kita masuk antara sekolah yang bagus di Malaysia. kenapa?

mungkin ada salah kita di mana-mana. mungkin selama ini kita menyangka ilmu itu boleh di cari di mana sahaja. tak kira di mana kita berada. ya! ilmu itu ada di mana-mana. sedangkan melihat semut yang sedang berjalan pun kita boleh kutip ilmu di situ. tapi, kita hanya mendapatkan ilmu itu jika hanya pemberi ilmu itu mahu memberikan kepada kita. siapa? sudah tentulah Allah!

Allah yang memberikan kita ilmu. tidak kira bidang yang kita ambil, nombor, sains, lukisan... itu semua milik Allah. kalau kita mahu sesuatu dari orang lain, pasti kita akan meminta izin. kalau tiada izin namanya mencuri. jadi, kalau dengan Allah mengapa kita boleh main ambil je. bukankah kita akan dilabel sebagai pencuri? tapi, sayang. mencuri ilmu sebegini orang tak nampak sebagai pencuri. mungkin sebab itu juga kita bebas mencuri tanpa sedar.

mungkin juga sebabnya kita terlalu bongkak dan angkuh. kerana mungkin kita pernah berjaya pada masa dahulu. sehingga kita lupa dan lalai lalu kita menyangka semuanya datang dari usaha kita sendiri. kelakar pula rasanya! kita bangga dengan bukan kepunyaan kita. mungkin agaknya kita lupa lagi, bahawa tubuh badan, urat, tulang-belulang, aliran darah, jatung yang mengepam, otak yang berfungsi ini milik Allah juga. kita menggunakan barang kepunyaan Allah untuk mendapatkan ilmu daripada Allah tetapi hati kita yang bongkak asyik mengatakan bahawa ini semua kita punya!! sombong dan angkuhnya kita.

sekarang, nah! padahnya!
berkoyan-koyan ilmu yang cuba kita masukkan dalam otak, berbaldi-baldi ilmu yang kita cuba hafal, bergunung-ganung kertas kita catatkan ilmu akhirnya lebur hilang entah ke mana. bak kertas yang tiada nilai. lepas di baca di buang, ilmu ada di atasnya tapi sayang sudah tiada guna.

ilmu bukan letaknya pada kertas. tapi pada hati. kertas akan luluh dan rapuh. tapi hati akan kekal di dalam badan. tapi sayang, setelah diperiksa hati juga kosong. ruginya!

dari kecil sampai dewasa kita disuapkan oleh mak ayah dengan cita-cita yang besar. 'dah besar nanti nak jadi apa? dah besar nanti nak jadi bomba. bomba? tak mahu bomba. tapi doktor.'
normal dialog diatas! doktor diletak sebagai piawaian yang paling tinggi. sehingga mak ayah lupa mengajar anaknya erti ilmu yang dicari sebenarnya. kerana inginkan penghargaan mak ayah, kerana inginkan penghargaan dunia, sanggup menipu dalam peperiksaan. apa gunanya? apabila ditangkap mak ayah juga yang malu.

bukan piawaian itu yang kita letak. tapi dengan cara bagaimana kita mengambil ilmu itu. ya! kita perlukan matlamat. dan matlamat yang paling hampir dengan kita sekarang ialah gunakan hari ini dengan sebaiknya. jika hari ini baik mungkin esok (jika dipanjangkan umur) kita akan baik. jika melengahkan masa yang ada hari ini, mungkin esok (jika dipanjangkan umur) banyak perkara yang perlu dilakukan dan akhirnya menjadi kucar-kacir.

jika kita senaraikan apa yang perlu dibuat hari ini, nescaya kita akan berasa berat dengan tanggungjawab. sebagai pelajar, sebagai sahabat, sebagai anak dan yang paling penting sebagai hamba Allah. laksanakan dulu tanggungjawab kita pada Allah. pasakkan setiap ilmu yang kita cari hanya kerana Allah. berdoa pada setiap ketika agar diberi pemahaman.

insyaAllah, mudah segalanya jika semua perkara yang kita buat hanya untuk Allah.

Ya Allah ya tuhanku yang maha pengampun, ampunilah aku kerana kelalaianku.
Ya Allah ya tuhanku yang maha pemurah, berikanlah aku kefahaman dalam mempelajari ilmuMu.
Ya Allah ya tuhanku tuhan sekalian alam, hanya padaMu aku berserah. Engkau maha mengetahui setiap yang tersembunyi dan yang zahir. Sesungguhnya, Engkaulah tuhanku yang maha adil dan bijaksana. Amin!



0 comments:

Post a Comment

::papan kenyataan::