CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

ujian

kita bukan kita sekarang ini jika kita tiada masalah dan tidak ditimpa apa-apa ujian. ujian itu yang menjadikan kita seorang manusia. manusia yang ada perasaan kasih, sayang, benci, sedih dan lain-lain. cuba bayangkan jika hidup kita tanpa ujian. hidup kita akan menjadi selari. tiada seri. kita belajar erti kehidupan dengan ujian yang Allah beri. ujian yang di datangkan kepada orang lain dan juga kepada diri sendiri. lalu, kita kutip pengalaman ini untuk dijadikan peringatan.

pelbagai jenis ujian yang Allah turunkan. senang itu ujian. susah juga ujian. bagi yang senang, ujiannya menjadi kaya dan lupa tentang akhirat. manakala yang susah, ujiannya menjadi miskin maka 1001 cacian dihembur pada Maha Pencipta. si kaya akan terus-terusan lupa diri, hanyut dengan dunia sendiri manakala yang miskin akan terus-terusan mencaci dan akhirnya mengalah. sedihnya jika itu pengakhiran yang kita pilih!

kerana itu juga Allah menjadikan syurga dan neraka. kerana Allah mahu kita teguh dan tabah dengan ujian. kita boleh sahaja memilih untuk mengalah dan membunuh diri atau kita memilih untuk terus hidup dan lawan! pilihan di tangan kita. tetapi ingatlah, Allah itu Maha Pemurah. Allah kurniakan kita akal yang sihat. akal yang boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” Surah Al-Baqarah ayat 214.


apabila tibanya ujian, perasaan kita akan mula berkecamuk. maka, datanglah syaitan mencucuk jarum di kanan dan kiri badan untuk kita berasa lemah dan mengalah. kita akan mula mempersoalkan 'mengapa aku?'. maka, bertepuklah tangan syaitan dengan gembira kerana akhirnya dapat juga ia melemahkan kita yang kerdil dan sedia lemah ini.


usahlah kau begitu sahabatku!

ujian yang Allah timpakan kepadamu hanya kerana Allah sayang padamu dan tidak lebih dari itu. ketahuilah engkau bahawa ujian itu nikmat. nikmat yang Allah berikan kepadamu, kepada para sahabat terdahulu dan kepada para RasulAllah. tidakkah engkau gembira kerana Allah telah memberi engkau peluang untuk berdiri selari dengan para ahli Syurga. pangkat terhormat buatmu.

Allah sudah menyediakan pelbagai nikmat buatmu di Akhirat sana. usahlah engkau mencari nikmat di dunia yang hanya sementara. yang akan lenyap setelah lenyapnya dunia. usahlah engkau menagih simpati manusia yang akan lenyap setelah matinya mereka.

tetapi, berbaliklah pada yang Maha Esa. bersangka baik padaNya. mungkin Allah merinduimu kerana engkau sudah terlalu jauh denganNya. maka, Allah terpaksa memberi sedikit nikmat ujian ini agar engkau kembali kepadaNya. Subhannallah. betapa beruntungnya engkau!

tahukah engkau, manusia yang Allah tidak berikan ujian padanya ialah Firaun. Allah berikannya kesenangan, kerajaan dan kesihatan yang berpanjangan. kerana itu Firaun terus hanyut dengan dunianya dan lupa terus pada yang Maha Esa. bukankah kau sepatutnya rasa bersyukur dengan nikmat ujian yang Allah berikan ini?

sahabat,
berdoalah pada Allah. tingkatkan keimananmu dan kembali kepada Allah. serahkanlah hidup dan matimu hanya pada Allah. rasailah kehadiran Allah di dalam hidupmu.

hanya Allah yang berada dekat padamu di kala manusia menyisihkanmu.
hanya Allah yang akan mendengar rintihanmu di kala manusia menutup telinga mereka.
hanya Allah yang akan menolongmu di kala manusia sibuk dengan pekerjaan sendiri.

oh sahabat!

jika engkau abadikan hidupmu hanya untuk Allah maka engkau tidak akan peduli dengan kehadiran manusia. kau tidak akan terguris dengan perbuatan mereka kerana kekuatanmu selalu berada dekat di hati. siapa lagi kalau bukan Allah tuhanmu yang menghidupkan mu dan menjadikan engkau seorang insan yang beragama Islam. nikmat terbesar buatmu.

maka, oleh itu, bersihkanlah air matamu dari menangis kerana perbuatan manusia. tetapi titiskanlah air matamu ketika bertemu dengan kekasihmu Allah di dalam sujud solatmu. hanya padanya kita memohon kekuatan.

Ya Allah tuhan sekalian alam, hanya padaMu aku memohon.
Ya Allah tuhan yang Esa, berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi ujian yang engkau beri.
Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya Engkau sahaja yang tahu yang terbaik untukku.
aku serahkan hidupku hanya untukmu.
Duhai Maha Pengampun, ampunilah dosaku selama ini.
Amin!

0 comments:

Post a Comment

::papan kenyataan::