CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

adakah kita sedang lemas?


kau, aku, kita dan mereka mempunyai satu perkara yang sama. kuantiti yang sama. apakah dia? jawapannya, masa! kau, aku, kita dan mereka mempunyai masa yang sama. 24 jam sehari. 7 hari seminggu.

masa akan terus berterusan. move foward. tak kan boleh dikembalikan. walaupun, sesaat. kalau terlepas, maka terlepas. tidak juga boleh berhenti. akan sentiasa bergerak. laju atau perlahan bagi kita, tapi masa tetap sama. pada akhirnya, yang muda akan menjadi tua. yang sihat akan menjadi sakit. yang mulus akan menjadi berkedut. yang hidup akan mati. itulah hakikatnya makhluk di bumi. semuanya tidak kekal. tiada apa yang kekal di bumi. dan pengakhiran bagi dunia ini juga berkaitan dengan masa - yaumu ssa'ah @ hour day @ hari kiamat.

okay. sekarang lets move on from time to drowning.
=) apa kaitan antara lemas dan masa? ada~ cuba bayangkan anda sedang tidur di bilik. tidur yang sangat nyenyak. tiba-tiba entah dari mana air masuk ke dalam bilik. anda masih tak sedarkan diri. sehingga anda rasa anda sedang lemas. tidur sambil lemas. agak-agaknya, ada tak masa buat anda untuk hidup ketika ini?

mungkin ada mungkin tak. mungkin ada akan hidup, hanya apabila anda buka mata dan tersedar dari tidur. dan mungkin anda akan mati jika anda terus tidur di dalam air biarkan diri anda lemas.

jika anda terbangun dari tidur, apa yang anda perlu buat? selamatkan diri dari terus lemas. bangun! cuba menguak! cuba untuk berenang! gerakkan kaki! you need to survive! kemungkinan besar, anda akan hidup. kerana anda sedang cuba untuk menyelamatkan diri.

saya teringat akan seorang budak. di mana tempatnya di landa tsunami. ibu dan ayahnya sudah di bawa arus air yang deras. dan budak ini masih lagi di dalam biliknya. setelah mengetahui bahawa ibu dan ayahnya sudah tiada, dia mengambil keputusan untuk tidur. bunuh diri! dia cuba tidur. dan dia lemas. tiba-tiba dia ternampak cahaya matahari dari tingkap biliknya. maka, pada ketika itu, dia bangun dan cuba menyelamatkan diri. dan ahkirnya dia selamat!

bayangkan pula, anda sedang lemas. dan ada sudah terbangun dari tidur. now, its time to survive. oh! nasib baik ada seseorang datang menghampiri anda dengan menaiki bot. mungkin dia ingin menyelamatkan anda. anda sudah menaruh 1001 harapan. setelah dia mendekati anda, dia buka 1 katalog, dia bagitau rumah dekat sini besar, kereta kat situ mahal, baju yang ni cantik, seluar yang tu limited edition. apa yang anda akan fikir masa ni? 'biar betol mamat ni?!'


ini hanya perumpamaan! now is reality. the reality is we are drowning.

dari surah al-asr yang bermaksud, demi masa! sesungguhnya manusia itu didalam kerugian. melainkan mereka yang beriman dan melakukan amal soleh dan saling mengingati untuk kebenaran dan kesabaran.

dari surah ni Allah menerangkan, demi masa! sesungguhnya manusia itu dalam kerugian! we are actually drowning. drowning with dream. dream of this world! kita bermimpi nak kutip segala benda dalam dunia ini. kekayaan, hiburan, perempuan, lelaki... segala benda kita nak miliki!

people keep telling us what success is. anda berjaya bila anda kaya. anda berjaya bila anda punya kuasa. anda akan berjaya.... dan list akan berterusan.
cuba tengok je dunia ini. kita langkah je keluar rumah atau kita buka TV, kita akan diasak dengan perlbagai jenis 'kejayaan'. kuasa, kereta, perempuan, lelaki, rumah, harta, hiburan, kerajaan dan bermacam jenis lagi 'kejayaan'.

but this is only a dream! a reality is akhirat! tapi, kalau kita masih dengan mimpi, bila kita akan sedar tentang reality? bila kita di kubur nanti. ketika itu, kita mula akan sedar yang kita seorang sahaja yang akan masuk dalam kubur tu. bukan dengan kereta yang mewah, rumah yang besar, perempuan yang ramai, harta yang menimbun, kerajaan yang kuat...tidak! we are alone in that reality!

jadi, apa perkara yang pertama kita perlu buat before kita sedar the reality in that horrible phase? sedarkan diri. wake up! sedarlah yang semua tu hanya mimpi. mimpi tak akan kekal. lama-lama dia akan hilang! selama mana pun kita mimpi, sekali kita buka mata, berdepan dengan realiti, mimpi kita akan hilang!

setelah sedar yang kita hanyalah mimpi, apa yang perlu kita lakukan? kita perlu survive. berusaha untuk menyelamatkan diri kita dari kelemasan tu. ada banyak caranya. mungkin dengan menghindari atau bersederhana.

setelah kita survive, kita akan berjaya. macam mana? lets say kita kaya atau ada jawatan tinggi, do charity! buat kebajikan! yang kaya bantu yang miskin. dengan jawatan tinggi maybe we can change our place, company or even a country to be a better place. sebab kita tahu, harta kalau simpan membukit pun, kat kubur nanti kita seorang diri je.

tak ada siapa yang boleh selamatkan kita melainkan diri sendiri. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. melainkan mereka yang sedar akan realiti sebenar. dia akan mengerjakan amal soleh, melakukan kebenaran dan bersabar kerana mereka yang sedar, tahu di akhirat itu sebenarnya realiti. we live in this world to achieve the reality. and now, we are running out of time!!

** apabila kita cuba bangun dari mimpi, ia bukanlah sesuatu yang lazat. oleh itu terimalah apa sahaja dugaan atau ujian. kerana biasanya setelah kita terjaga, kita akan mula melihat bermacam-macam jenis penipuan dan kebenaran. dan ia bukanlah sesuatu yang manis. mintalah petunjuk dari Allah. dan berdoa dengan seikhlas hati agar diberikan petunjuk dan kekuatan.




0 comments:

Post a Comment

::papan kenyataan::