CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

islam yang tercalar



islam itu indah.
tetapi muslim yang menjadikannya hodoh.
islam itu selamat.
tetapi muslim yang menjadikannya bahaya.
jadilah muslim yang mukmin.
yang menagih redha Allah.

selalunya, tiap-tiap pagi sementara tunggu azan subuh dilaungkan, saya akan buka sekejap internet. saja meninjau-ninjau forum islam mahupun gambar-gambar islamik. kebiasaannya, saya akan menjumpai pembenci-pembenci islam dikalangan kuffar. tanpa selidik dengan lebih mendalam, meluahkan kata-kata nista terhadap Islam dan RasulAllah. sedih apabila agama dan idola saya dituduh dengan pelbagai tuduhan.

bagi kuffar hanya satu sahaja ajaran islam. menyembelih manusia. mereka akan meletakkan beberapa nas al-quran yang mereka sendiri tidak tahu makna sebenar. mereka hanya mengkaji dari sudut luaran bahasa tanpa mengkaji sirah dan sebab penurunan ayat. namun, ilmu di dada saya tidak cukup banyak untuk menangkis kata-kata mereka. akhirnya, saya menangis di dalam hati melihat mereka mencaci Islam dan RasulAllah.

bukan kerana saya tidak mahu menahankan agama saya, pegangan saya, tetapi saya tidak mahu dengan kejahilan diri saya, saya akan menambahkan lagi sisa-sisa kotoran pada Islam di hati mereka. saya tidak mahu mengeruhkan keadaan kerana saya sendiri tidak tahu bagaimana caranya ingin membersihkannya. saya tidak mahu menjadi seperti tikus membaiki labu. sedih. hanya pada Allah, saya memohon kekuatan!

bacaan diteruskan lagi. kali ini saya terjumpa pada blog seorang Islam, wanita Turki yang mengaku dirinya telah murtad walaupun dari luarannya dia terpaksa solat dan puasa. dia masih lagi bersama suaminya, seorang lelaki Jerman dan Islam. sekali lagi hati saya menangis membaca pengakuannya!

namun, saya tidak menyalahkannya 100%. saya tahu pasti ada salah dimana-mana. jelas! memang ada salah dalam hidupnya. keluarganya tinggal di pedalaman Turki. ayahnya boleh dilabelkan sebagai ektrimis Islam. perkahwinan anak antara perbincangan orang tua sahaja. anak tiada hak untuk ambil tahu. makanya, kakak beliau yang telah lama jatuh cinta pada seorang lelaki pilihannya, telah melakukan kesalahan besar iaitu berzina.

dikala kakak beliau mengandung 4 bulan, kakanya memberitahu perkara sebenar kepada ayahnya dengan harapan ada sekelumit perasaan sayang terhadap cucunya dan akan membenarkan mereka berkahwin. tapi tidak! bukan itu yang terjadi. ayahnya merejam anak perempuannya yang mengandung 4 bulan. maka, mati mereka berdua (mak dan anak). manakala jejaka pilihan kakaknya masih hidup menanggung seksa kehilangan kekasih dan anak.

apabila beliau besar, beliau berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dari Jerman. setelah berkahwin baru dia mendapat tahu bahawa suaminya telah mempunyai isteri. namun, mereka berdua menjadi kawan tetapi adat bermadu, masalah salah faham tetap timbul. akhirnya, beliau menetap di UK bersama anaknya Ali.

suami beliau juga boleh dikatakan sebagai ektrimis kerana pandangan seorang isteri tidak diendahkan. hanya pandangan suami. maka, dengan itu beliau sebagai seorang Islam terseksa jiwa dan batin dan bertekad untuk keluar dari Islam tetapi masih terpaksa puasa dan solat untuk mengaburi mata suaminya. kini, senjata perempuan itu adalah anaknya. beliau telah mendidik anaknya sejak kecil untuk membenci dan menentang Islam.

nah! sedih bukan cerita ini. sesungguhnya mereka di dalam kesesatan yang nyata tetapi berlindung atas nama Islam. sebab itu Ust Yusuf Estes mengatakan bahawa Islam is the best product but Muslim is the worst seller. saya juga ada membaca beberapa pengakuan muallaf yang mengatakan 'nasib baik aku berjumpa dengan Islam dan bukan dengan Muslim.'

sedih. sedih. kita mengaku kita Islam. kita mengaku bahawa Allah itu tuhan kita. kita bersaksi bahawa Muhammad itu RasulAlla kita. tapi, sayang. apa yang terkandung dalamnya kita tidak mahu selidik habis-habisan. kerana kita asyik menyangka, oh! orang lain ada! ustaz ada! ustazah ada! itu kerja mereka bukan kerja saya!
kita seorang Muslim. Muslim wajib menyampaikan kebaikkan walaupun satu ayat! marilah kita sama-sama hidup di dalam dunia Islam yang sebenar. bukan ekstrimis atau moden. islam itu syumul. kita yang kurang ilmu dengan tidak mengkaji bagaimana hendak menggunakan ilmu Allah yang luas itu dalam kehidupan.

hasilnya, kita menafsirkan hukum Allah dengan nafsu. maka, tercalar lagi dan lagi nama Islam. marilah wahai umat Islam sekelian. bangkit dan buka mata buka hati untuk belajar ilmu Islam dengan kata sebenar. ikut sunnah RasulAllah. selidik habis-habisan keperibadian RasulAllah dan para sahabat. InsyaAllah, kita akan menemui satu kemanisan di dalam Islam. InsyaAllah wa biIznillah. Amin!

Note:
1 - Islam tidak mengehadkan yang pasangan hidup kita itu wajib dicari oleh mak ayah. anak-anak bebas untuk mencari pasangan hidup masing-masing. sebagai contoh, RasulAllah sendiri yang bersetuju untuk mengahwini Khadijah setelah baginda tahu isi hatinya.

2 - hukum zina - 100 kali sebatan kepada lelaki dan perempuan yang belum berkahwin. bukan rejam. ada juga sirah nabi yang menceritakan bagaimana seorang perempuan yang telah terlanjur dan sedang mengandung. RasulAllah menyuruh beliau balik dahulu sehingga anaknya lahir. setelah anaknya lahir, RasulAllah menyuruh memberi susu badan kepada anaknya dahulu sehingga berumur 2 tahun. bukan direjam hidup-hidup bersama anak yang dikandung.

3 - seorang suami tidak perlu terlalu ego dengan isteri. benar bahawa suami itu imam. tapi, sila baca buku-buku mengenai keperibadian RasulAllah ketika bersama isterinya.

ini ialah antara cerita romantiknya RasulAllah.


Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda Nabi sangat romantis kepada semua istrinya.

Dalam satu kisah diceritakan, pada suatu hari istri-istri Rasul berkumpul ke hadapan suaminya dan bertanya, “Diantara istri-istri Rasul, siapakah yang paling disayangi?”. Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, “Aku akan beritahukan kepada kalian nanti”

Setelah itu, dalam kesempatan yang berbeda, Rasulullah memberikan sebuah kepada istri-istrinya masing-masing sebuah cincin seraya berpesan agar tidak memberitahu kepada istri-istri yang lain.

Lalu suatu hari hari para istri Rasulullah itu berkumpul lagi dan mengajukan pertanyaan yang sama. Lalu Rasulullah SAW menjawab, “Yang paling aku sayangi adalah yang kuberikan cincin kepadanya”. Kemudian, istri-istri Nabi SAW itu tersenyum puas karena menyangka hanya dirinya saja yang mendapat cincin dan merasakan bahwa dirinya tidak terasing.

Masih ada amalan-amalan lain yang bisa dilakukan untuk mendapatkan suasana romatis seperti yang dicontohkan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Apabila pasangan suami istri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka”.

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Beliau acapkali memotong kuku istrinya, mandi janabat bersama, atau mengajak salah satu istrinya bepergian, setelah sebelumnya mengundinya untuk menambah kasih dan sayang di antara mereka.

Baginda Nabi SAW juga selalu memanggil istri-istrinya dengan panggilan yang menyenangkan dan membuat hati berbunga-bunga. “Wahai si pipi kemerah-merahan” adalah contoh panggilan yang selalu beliau ucapkan tatkala memanggil Aisyah.


InsyaAllah. jika benar kita menjadikan RasulAllah sebagai idola, al-quran dan sunnah itu sebagai pegangan kita akan merasakan kemanisan Islam. Amin!

0 comments:

Post a Comment

::papan kenyataan::