CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

sanggup tak makan daging adik sendiri?



pernah dengar tak cerita pasal seorang kakak bunuh adik dia masa tengah tidur? lepas bunuh, si kakak siat badan adiknya dan makan daging adiknya mentah-mentah. apa reaksi orang ramai? kebanyakkan orang akan rasa yang si kakak seorang yang kejam. tak berhati perut. sanggup bunuh adik sendiri. lepas bunuh boleh pulak makan dagingnya.

komen 1: ^&*%$$&* kakak!! sanggup bunuh adik sendiri.
komen 2: kalau aku dapat dia ni.. memang tak lama. aku bunuh, siat-siat pastu bagi anjing makan. @#$@#$@!!
komen 3: ini bukan manusia!!! ini %$%$^%^&^!!

tapi, cuba kita fikir kalau kita mengumpat orang lain? sebab Allah samakan orang mengumpat dengan orang yang memakan daging saudaranya sendiri (49 : 12).

yang peliknya, bila Allah samakan perumpamaan ni, orang nampak apa yang Allah cakap tu perkara biasa je. tak de kesan pun. ayat Allah tu macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. masuk dalam badan macam tak de RnR terus keluar dari badan. tapi, kalau kisah si kakak tu betul-betul terjadi, mula la kita sembur si kakak dengan macam-macam ayat. kalau nak ikut kan, kita yang mengumpat dengan si kakak tu SAMA JE!!

manusia yang mengumpat ni sebab dia rasa dia cukup sempurna. contoh:-

A : kau dengar tak berita pasal si C...
B : nape? nape?
A : dengar cite dia kena buang dari U.
B: sebab apa?
A : sebab si C mengandung anak luar nikah. dia sekarang dah mula pakai jubah dan tudung labuh. nak tutup perut la tu. macam la aku tak tau.
B : mana kau tau? astaghfirullah. tak sangka aku. aku ingatkan dia setakat couple-couple je. rupa-rupanya sampai berzina. ya Allah. apa nak jadi la dengan kawan-kawan kita ni.
A : aku tau cerita ni dari si D, roomate dia. dia ckp perut si C makin membesar. ya Allah. astaghfirullah!

kebenaran: si C bukan kena buang U, tapi tangguh sem sebab si C nak buang ketumbuhan yang ada dalam rahim dia. si C pakai tudung labuh dan jubah sebab dia nak mendekatkan diri dia kepada Allah. tak ada kena mengena dengan zina pun~

ni la cara-cara mengumpat 'islamik'. mereka rasa bila mereka dah pakai tudung labuh, pakai jubah, sembahyang 5 hari sekali, maknanya mereka dah ada tiket untuk mengumpat orang lain. sedangkan, kesalahannya sama je. pakai tudung ke.. tak pakai ke.. kalau dah namanya mengumpat, tetap berdosa! kena minta maaf pada yang kena umpat dan kena betulkan statement tu balik pada setiap semua orang yang sama-sama mengumpat sebelum tu.

jadi, jom sama-sama ingat. mengumpat tu berdosa! agak-agak mula nak megumpat tu, cuba makan ikan mentah yang dah seminggu terbiar. kalau ada kawan-kawan yang mula nak mengumpat tu, tanya mereka, pernah tak makan ikan mentah yang busuk??

sayang Allah, sayang RasulAllah..
ikut perintah Allah...
ikut peribadi RasulAllah...






0 comments:

Post a Comment

::papan kenyataan::