CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Apabila Menegur..

saya masuk ke sebuah restoran. cantik. makanan sedap~ tapi, pekerja kat sana semua muka masam-masam. kalau kerja main hentak-hentak barang. bunyi bising sana sini. rimas saya! jadi, saya buat keputusan untuk keluar dari restoran ni.. sedih~

inilah yang terjadi bila dalaman cukup cantik, tapi luaran sangat hodoh! berbalik pada topik asal, apabila menegur... menegur tu tak salah. tapi, cara menegur tu yang kena betul. kadang-kadang ada segelintir umat Islam yang menegur dengan bahasa kesat. "wei, ko ni... bo*** ke ha! tu kan dosa!" atau "cerminlah diri tu sebelum berdoa. aurat pun tak tutup." astaghfirullah~ isi yang nak disampaikan bagus. tapi, cara nak menyampaikannya tak betul. macam mana orang lain nak dengar?

sama seperti kes restoran di atas. makanan dah cukup sedap. restoran dah cukup cantik. tapi, pekerja pula yang kurang adab. menjadikan semuanya buruk. apabila kita menegur orang, tak bermakna kita perfect! tapi, dengan cara teguran yang kasar, orang akan berpendapat yang kita perfect! mulalah dari teguran yang kecil menjadi pergaduhan yang besar. yang ditegur terguris hati. yang menegur tetap dengan pendirian sombongnya.

"kalau tak ditegur dengan cara kasar, dorang ni tak dengar."
maknanya, kalau kita menegur dengan cara kasar orang tu akan dengar? betul ke? kalau anda, suka ke ditegur dengan cara kasar? ditegur dengan cara memalukan? ke... anda pun malu? saya yakin, mana-mana orang pun, jika ditegur dengan cara kasar akan malu.

kenapa kita begitu yakin yang kalau menegur dengan cara kasar tu boleh buat hati orang berubah? bukan ke hidayah itu datangnya daripada Allah? tugas kita hanya mengingatkan orang lain. keputusan kepada teguran kita bukan dari kita tapi dari Allah. kalau teguran itu dengan cara yang kasar, telinga mana yang nak dengar? hati mana yang nak terusik?

biar lembut. tapi berhikmah. biar menyentuh hatinya. tak usahlah bagi contoh yang jauh-jauh. kita lihat sahaja nabi Muhammad. RasulAllah, tak pernah pun mencarut, menggunakan bahasa kasar untuk menegur. tak pernah! baginda menggunakan cara yang penuh hikmah. tapi, siapa yang paling hampir dengan rasulAllah dikalangan orang kafir? pak cik rasulAllah sendiri. abu talib. beliau tak membenci rasulAllah. beliau tak membangkang ajaran rasulAllah. tapi, beliau tak juga masuk Islam. ini bermakna, hidayah itu datangnya dari Allah. bukan dari kita. bukan kerana percakapan kita maka dia berubah. tapi kerana hidayah Allah. sama-sama renungkan balik tujuan kita menegur orang.

apabila kita menegur, kita sudah dapat ganjaran daripada Allah. maka, keputusannya biarlah kita serahkan pada Allah.

**ada 1 kisah yang nak saya kongsikan mungkin boleh dijadikan pengajaran. ada seorang rakan saya, dia ingin menegur ibu dan ayahnya untuk solat. tapi, tak menggunakan perkataan. sebalinya menggunakan perbuatan. setiap kali dia solat, dia akan membentangkan sejadah di dalam bilik parents nya sekali. 5x dia solat, maka 5x dia akan masuk ke bilik parents nya untuk membentangkan sejadah. bertahun-tahun dia akan buat perkara yang sama. ditakdirkan pada suatu hari dia lupa untuk membentangkan sejadah di bilik parents nya. maka, ibunya datang dan bertanya, kenapa dia tidak datang membentangkan sejadah? dia memberitahu ibunya yang dia lupa untuk membentangkannya. esoknya ketika dia masuk ke bilik parents untuk membentangkan sejadah, dia melihat parentsnya sedang solat. lantas dia masuk ke biliknya, menitis air matanya bersujud kepada Allah.



0 comments:

Post a Comment

::papan kenyataan::