CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

transformasi diri, demi cinta ilahi




bismillah.

assalamualaikum.

sering kali saya ditanya oleh kawan-kawan... 'zue, macam mana nak berubah?'
saya, tersenyum. Alhamdulillah. apabila hati kita menginginkan perubahan, daripada keburukkan kepada kebaikkan, ketahuilah bahawa itu adalah hadiah bernama hidayah daripada Allah. sambutlah ia dengan cepat sebelum syaitan merampasnya.

maka, kepada kawan-kawan dan adik-adik saya yang ingin meng'upgrade diri', saya ingin mengucapkan taniah! *clap clap*

tahniah juga kepada kawan-kawan yang sentiasa ingin meng'upgrade diri'. semoga kita semua sentiasa berada di jalan Allah. dihidupkan sebagai seorang Muslim dan dimatikan sebagai seorang Mukmin. InsyaAllah. amin.

jadi, berbalik kepada soalan... 'bagaimana ingin berubah?'

1st step, sentiasa berdoa kepada Allah.
Allah pemberi hidayah. Allah pemberi kekuatan. Allah pemberi rahmat. maka, berdoalah kepadaNya. dengan sebenar-benar doa. agar dikuatkan hati. agar terus kuat untuk berada di jalanNya. agar sentiasa tabah ketika fasa perubahan. agar sentiasa istiqamah melakukan ibadat. agar niat sentiasa keranaNya. senjata orang Islam ialah doa. maka, berdoalah!

2nd step, sentiasa melakukan solat sunat taubat.
bertaubatlah. sepanjang hidup ini, sudah berapa banyak dosa telah kita kumpulkan. dalam sedar mahupun tidak. secara terang mahupun sembunyi. yang dilakukan secara berulang. yang dilakukan secara berkala. oh! tak terhitung banyaknya. maka, bersihkanlah jiwa kita. bersihkanlah hati kita. sentiasalah bertaubat kepada Allah. tiada waktu tertentu untuk melakukannya. jadi, bertaubatlah. sentiasa. sokmo.

3rd step,lembutkan hatimu.
manusia yang keras hatinya, susah untuk melakukan perubahan. kerana hatinya dibaluti dengan ego, amarah dan penuh dengan noda hitam... jadi, kita yang ingin melakukan perubahan, yang ingin melakukan penghijrahan memerlukan hati yang baru. hati yang jernih. dan jagalah hati yang jernih itu. jangan biarkan ia dicemari lagi. lembutkan hatimu dengan selalu mendengar ayat-ayat suci al-quran. sentiasa membaca ayat-ayat cinta ini. tadabbur maknanya. insyaAllah. pemilik hati yang lembut mampu menangisi dosanya yang lalu. mampu menangis apabila berhadapan dengan Rabnya. subhanallah. indahnya perasaan itu.

4th step, bersahabatlah dengan 'sahabat hingga ke syurga'.
sahabat adalah faktor yang sangat penting dalam melakukan perubahan. seperti dalam hadis RasulAllah, sahabat yang baik itu umpama minyak wangi. ya! baunya indah. dan kita juga akan mendapat keindahan bau itu. mereka yang akan menolak kita ketika kita kaku setempat. mereka yang akan menarik kita ketika kita ingin jatuh ke belakang. mereka yang akan berada di samping kita ketika kita keseorangan. bersahabatlah dengan mereka ini. berdoalah kepada Allah agar sentiasa dikurniakan 'sahabat hingga ke syurga'.

kuatkanlah hatimu jika sepanjang proses perubahan ini, kau kehilangan kawan. ketahuilah bahawa Allah sedang menukarkannya kepada yang lebih baik.

5th step, tabah dengan ujian Allah.
jangan terkejut jika sepanjang perubahan ini kita berhadapan dengan bermacam jenis ujian. Allah sedang menguji cinta kita. ujian itu rahmat ilahi. jangan rapuh. jangan berputus asa. Allah sentiasa bersama kita.

6th step, istiqamah
tabah dengan ujian melanda diri dan terus beristiqamah dengan perubahan. pedulikan kata orang. asal kita mencapai redha ilahi. upgrade diri sedikit demi sedikit. tetapi berterusan. jangan kita terlalu rakus dalam membuat ibadah. lakuakan yang wajib dahulu. perbetulkan yang wajib. disusuli dengan ibadah sunat.

tips istiqamah yang dapat saya kongsikan ialah, wujudkan 1 buku istiqamah. macam mana tu? senang je... adakan 1 buku. catat tugasan yang ingin kita lakukan.
'contoh, 12/1 - solat fardu di awal waktu.'
maka, bermula pada 12/1 kita kena sentiasa solat di awal waktu. kita akan melakukannya sehingga ia menjadi kebiasaan. tak kira la seminggu ke.. sebulan ke..(dengan syarat wajib melakukannya dengan bersungguh-sungguh.) selagi tak dapat istiqamah dengan tugasan sendiri, jangan tukar kepada yang lain. setelah diri terbiasa dengan tugasan tu, tukar pada yang lain pula. tapi, ingat! jangan pula tinggalkan tugasan yang lama setelah ada tugasan yang baru.

hmm... mudah kan? mudah membacanya tapi susah untuk melakukannya melainkan pada mereka yang benar-benar menginginkannya. insyaAllah. Allah sentiasa bersama kita. Allah kan pemberi pertolongan. Allah kan tuhan kita. Allah kan Allah kita.

ya Allah, kuatkanlah hati kami.

0 comments:

Post a Comment

::papan kenyataan::