CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

alhamdulillah. terima kasih, pencuri!

bismillah.

assalamualaikum.

melihatkan tajuk pasti ada kening yang bertembung, dahi berkerut seribu, tanda soal mengelilingi kepala..
berterima kasih pada seorang pencuri?? errrr... salah tulis ke ni?
percayalah. ni betul-betul. saya sedang berterima kasih kepada pencuri.

kenapa??
mari saya ceritakan pengalaman saya sepanjang saya berada di bumi Syam ini. sekadar pengkongsian sahaja. tiada niat untuk riak mahupun takbur apatah lagi bajet bagus. cuma ikhlas kerana Allah dan harap agar ianya bermanfaat.


CERITA PERTAMA

pertama kali saya menitiskan air mata di Jordan ialah pada bulan september yang lalu. ketika baru lagi menjejakkan kaki di sini. bukan kerana home sick... juga bukan kerana rindukan kucing... atau kerana susahnya memahami bahasa arab... tetapi kerana seorang lelaki arab! oh.. tak best nya disebabkan dia!!!!!

kenapa? saya menangis kerana dia memegang tangan saya! pada ketika itu, entah kenapa jalan ke rumah sunyi. kebiasaannya pada waktu itu, saya akan bertembung dengan baba yang akan ke masjid untuk solat zohor. tapi tidak pada hari itu. dan lelaki arab yang berselisih dengan saya mengambil kesempatan dengan memegang tangan saya.

saya menjadi kaku. bingung. terdiam. ini pertama kali seorang lelaki ajnabi memegang tangan saya!! saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan ketika itu. otak yang telah di'block' dengan kejutan itu menyebabkan saya terus balik ke rumah seperti zombi kampung pisang. blur!

setelah masuk ke bilik barulah otak dapat berfungsi seperti biasa. lantas tangan terus mendail nombor adik. maka luahan perasaan pun bermula. akhirnya, air mata tidak dapat dibendung. saya menangis! rapuhnya saya ketika itu. seperti biskut mery.

tetapi, kemudian saya belajar untuk menjadi lebih berani. ada sekali lelaki arab itu cuba datang kepada saya. kali ini, otak dapat berfikir dengan pantas, lantas batu besar saya ambil dan genggam. 'kalau kau datang setapak lagi, batu ini akan aku baling macam bola lisut!!!' detik hati saya. setelah lelaki itu pergi, saya tersenyum bangga dengan diri.

'tepuk bahu sendiri.
katakan, bagus zue!'


CERITA KEDUA

musim panas bertukar kepada musim sejuk. sejuk musim panas pun tak habis lagi, dikejutkan pula dengan sejuk musim sejuk. oh! tak tahan~ baju dipakai berlapis-lapis. biar nampak seperti snow ball asalkan selesa.

oleh kerana sangat terkejut dengan kesejukkan musim syita yang menyengat tulang-belulang, hirom atau selimut seberat 8 kilo pun dibeli. biarlah mahal sedikit asalkan waktu tidur tidak diganggu. itu dan ini dibeli bagi memastikan diri selesa ketika musim syita ini.

tetapi, kerana terlalu selesa, terlalu empuk, tidur terlalu nyenyak... saya selalu ter'miss' mendengar azan tahajud/ azan pertama. sekali miss, maafkan diri. 2 kali miss, ok lagi. 3 kali miss, eh! ni tak boleh jadi!!

sebelum ianya menjadi kebiasaan, diri harus diperbetulkan! maka, pada suatu malam, saya berdoa kepada Allah, mohon agar diri ini dikejutkan agar dapat sujud padaNya. sebagai persiapan, pada malam itu, saya tidur awal. tepat pada pukul 3 pagi, mata terbuka.

tetapi..... eh! macam ada bunyi di luar bilik. bunyi suara pak arab sedang bercakap. saya berfikir, 'hebatnya orang arab melepak waktu sejuk macam ni.'
tapi.... otak proses lagi, 'bunyi derap tapak kaki dekat dengan bilik.'
proses.. proses.. 'mungkin roomate balik kot dari rumah kawan.'
proses semakin ligat, 'pukul 3 pagi, balik rumah apanya??????'
telinga dengan tajamnya mendengar bunyi, 'tik tik tik'
dan tiba-tiba menjumpai satu persoalan menerjah permikiran, 'pencuri ke???'

mata dikalih ke bahagian tingkap. ya Allah!! tingkap sudah suku terbuka! terus tangan mencapai cermin mata dan handphone, lantas ke bilik sebelah. setelah berbincang dengan housemates, tangan mendail nombor syabab meminta pertolongan. hanya Allah sahaja yang tahu. tubuh menggigil kesejukkan dan ketakutan.

semenjak dari kejadian ini, senang benar diri terjaga. tidak kira badan sudah dibalut hirom, baju sudah 4 lapis, selesa bersemayam di dalam khemah... namun, mata seperti sudah terbiasa untuk terbuka pada pukul 2,3 atau 4 pagi. kini, saya dapat mendengar azan pertama seperti biasa. alhamdulillah.

dari sini dapatlah saya simpulkan, Allah tidak memberi apa yang saya mahukan secara senang. tapi, secara susah itulah mengajar saya untuk menjadi lebih tabah. tiap ujian yang Allah hadiahkan kepada saya itu bukanlah satu bebanan. tapi, satu pengajaran. insyaAllah... saya akan terus belajar untuk menjadi seorang yang tabah dan seorang hamba yang akan mendahulukan tuhannya dalam setiap perkara.

iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in - Al-fatihah: 5.

Allahu Allah.

1 comments:

Hafiza Omar said...

seronoknya ada azan yang boleh kejutkan bangun qiam..jeles..huhu..take care di bumi Jordan..=)

Post a Comment

::papan kenyataan::