CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

cene ni.. tak paham alquran?


kadang-kadaang orang jadikan alasan tak paham sebagai 'tak nak baca quran.' jadi, terus tinggalkan alquran tu. berdebu-debu atas almari. kesian alquran tu. tapi, tak pula kita pelik kalau kita tak paham lagu bahasa inggeris, bahasa jepun, bahasa korea, bahasa arab... kita dengar tetiap hari, tetiap ketika macam paham! siap ikut lagi... mencari lirik lagi.. simpan lirik tu.. malam-malam buka dan dengar sampai tido.

tanya la pada diri... boleh pulak??
nanti hati kecil kita akan jawab... sebab dengar lagu tu melalaikan dan membaca alquran tu ibadah!
ibadah tanpa kemanisan iman di dada mesti kita malas nak buat.

tak apa kalau tak paham pun. baca je. bak kata orang, kalau tak kenal, mana nak datang cinta. kalau kita tak jaga, tak baca, tak damping alquran, mana kita nak sayang alquran.

di sini saya ada 1 cerita yang saya nak kongsikan bersama.
- ada seorang atok ni, rajin sangat baca quran. tiap-tiap hari dia baca. tiap kali waktu solat dia baca. jadi, si cucu ni tengok la atok dia. macam best je.. dia nak cuba juga baca. dia pun baca sebelah atok.. tapi, makin lama dia baca, dia makin berkerut. akhirnya, dia berhenti.

dia tanya atok dia, nape atok baca alquran sedangkan atok tak tahu bahasa arab? tak mungkin atok paham apa yang alquran sampaikan..

atok tersenyum. atok ambil 1 raga. atok keluarkan arang-arang di dalamnya. atok arahkan dia datang balik bawa air 1 raga tu. dia pun ikut arahan atok walaupun tak paham kenapa. dia cedok air dalam sungai. penuh 1 raga. tapi, masa sampai pada atok, raga tu kosong.sebab air keluar dari raga. atok dia suruh dia ambil lagi sekali. tapi benda yang sama terjadi. sampai satu tahap dia merasakan, ish! ni kerja sia-sia!

dia pergi pada atok. dan mengadu. atok tersenyum. atok katakan, walaupun air tak nampak, tapi lihat, raga ni dah bersih dari kotoran arang tadi!

macam tu la kita baca alquran. walaupun kita tak paham sepatah ayat pun, tapi, hati kita dibersihkan. lagi-lagi kalau hati kita penuh kerak hitam, lagi banyak kali kita kena cuci!


kisah ke2 adalah dari ustaz saya. masa dia kat mekah dulu, dia macam tu juga.. tak paham pun alquran tu. dia bertanya pada ustaznya. ustaznya jawab... setiap huruf yang kita sebut umpama 10 pahala. bagi mereka yang tak paham dan membacanya mendapat 20 pahala. dan bagi mereka yang mencari ilmu untuk memahamkan dan membetulkan bacaan umpama 30 pahala.

untungnya!! kalau kita disuruh pilih antara RM 10, RM 20 atau RM 30...mesti kita nak RM 30 kan?? jadi, beruntunglah kita ni!! Alhamdulillah Ya Allah!

kisah ke3, saya dengar ceramah. ustaz bagitahu... mereka, pentafsir quran.. yang mengorbankan masanya dalam menafsirkan alquran ni, darjatnya sangat tinggi. tapi, mereka yang belajar bahasa arab dalam kepayahan, yang selalu tergeliat lidah masa baca alquran, pahalanya lebih tinggi dari pentafsir alquran. subhanallah!! (ni janji nabi saw)

jadi, jom kita baca alquran banyak-banyak. mana tau, kerana membaca alquran ni kita dapat masuk syurga. bulan puasa pun nak dekat. jom baca sampai khatam!!

ameen!

0 comments:

Post a Comment

::papan kenyataan::