CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

akidah umat islam di malaysia kini!



gambar di atas ni menunjukkan statistik murtad di Malaysia. statistik ni statistik yang direkodkan. yang murtad 'terlepas pandang', belum tau lagi entah berapa pula nombornya. statistik ni sangat tinggi. tapi... saya ingatkan bila ada pihak media yang menyebarkan statistik ni, umat Islam yang lain akan bangun dan meluahkan rasa kecewanya.. tapi, apa yang saya baca dari komen-komen yang ada, lain pula jadinya. statistik negeri pula yang menjadi isu debat!!

ada yang mengatakan meletakkan statistik ni memalukan negeri. ada yang mengatakan ini salah satu cara untuk menjatuhkan negeri. ada yang dengan bangga memuji negeri sendiri sebab tiada kes. ada pula yang mempertahankan negeri sebab kes tinggi.

assalamualaikum~~ ini bukan berkaitan dengan negeri! ini berkaitan dengan akidah umat islam kini di MALAYSIA!! janganlah kita ada sifat yahudi.. kita memandang perkara yang remeh untuk diperbesarkan dan menjadi bahan debat tetapi perkara yang besar yang harus difokuskan terus terpinggir di tepi!

kalau mereka yang tinggal di sabah, duduk di kelantan pun maka kes di kelantan akan banyak. sebab yang bergerak manusia. negeri tiada apa-apa kaitan pun dengan akidah. kalau sekuat mana pun islam di dalam satu negeri tu, kalau ada manusia yang nak murtad, tetap murtad. sebab negeri tak memberi apa-apa sumbangan. yang menyumbang ialah penduduk di negeri tu.

bukan sebab negeri kita dapat masuk syurga. bukan sebab negeri kita akan terlepas dari seksaan neraka. tapi, disebabkan manusia itu sendiri. permulaan perubahan tu bermula dari kita, kemudian keluarga, kemudian kawan-kawan, kemudian penduduk setempat, kemudian negeri, kemudian negara, kemudian dunia... barulah islam akan tegak di bumi Allah.

jadi, marilah kita..berubah!!



speechless bab ni... memang tak sangka. ada juga yang sanggup menghina islam. kartunis ni cuba mempersendakan hukum Allah. mengadu kat ustaz dapat angin je. sebab tak ada 4 orang saksi. yang ada cuma besi. tapi, kalau bawa bukti kat polis, cepat je polis bertindak...rasanya sebelum kartunis melukis, ada baiknya kalau pelukis mengkaji dulu agama islam dan hukum-hukum islam. buka buku fiqh. atau pergi bertanya ustaz ustazah dahulu.

macam mana orang bukan islam nak melihat islam dengan betul kalau orang islam sendiri yang mempermainkan agama islam. yang sempurna tu islam kerana islam datangnya dari Allah. dan apa sahaja yang datang dari allah itu sempurna. manusia juga sempurna. Allah dah berikan otak untuk berfikir. tapi, manusia sendiri terlebih pandai menolak ajaran Allah. mungkin manusia rasa mereka ni sempurna semula jadi? tak ada Allah pun semua benda boleh jadi hebat? macam tu ke? kalau macam tu cuba la buat bulu mata! kecil nipis je bulu mata tu... boleh buat ke???

jadi, apa la martabat kita yang besar sangat sampai nak mengecil-ngecilkan agama islam?? ooo... ada komen yang mengatakan ni semua sindiran maut untuk orang politik. kes video lucah pihak pembangkang..

oh! saya pening dengan politik malaysia sekarang!! sangat sangat keanak-anakkan. tapi.... itu boleh ke dijadikan lesen untuk kita kutuk agama Allah?? kutuk hukum Allah? matlamat tak menghalalkan cara. kalau matlamat nak mengutuk pihak pembangkang pun, kenapa mesti agama Allah dipermainkan. ini macam salah anak tapi marah menantu...

nanti kat depan Allah, kita boleh ke bagi alasan kita kutuk agama Allah sebab kita nak kutuk pembangkang?? orang gila pun akan makin gila memikirkan benda ni. sungguh tak masuk di akal!!

politik..politik la.. ni agama Allah. tak ada pun bagitau kat quran kalau pakai baju jubah, serban ala-ala ustaz tu pembangkang dan polis tu kerajaan. tak ada pun!!

saya bukan pembangkang!! saya bukan kerajaan!! saya orang Islam!! dan saya benci bila Islam dipermainkan! dan ketahuilah benci kesalahan tu adalah selemah-lemah iman.

kesimpulan di sini, akidah umat islam di malaysia dah makin teruk. dan yang ada pun semakin rapuh. saya tak kata saya bagus. tapi, mari sama-sama sedar kesalahan kita dan belajar dari kesalahan ini. baiki untuk menjadi yang terbaik. kerana terbaik itu hanya dari dan untuk Allah.

wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment

::papan kenyataan::