CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

alhamdulillah. terima kasih, pencuri!

bismillah.

assalamualaikum.

melihatkan tajuk pasti ada kening yang bertembung, dahi berkerut seribu, tanda soal mengelilingi kepala..
berterima kasih pada seorang pencuri?? errrr... salah tulis ke ni?
percayalah. ni betul-betul. saya sedang berterima kasih kepada pencuri.

kenapa??
mari saya ceritakan pengalaman saya sepanjang saya berada di bumi Syam ini. sekadar pengkongsian sahaja. tiada niat untuk riak mahupun takbur apatah lagi bajet bagus. cuma ikhlas kerana Allah dan harap agar ianya bermanfaat.


CERITA PERTAMA

pertama kali saya menitiskan air mata di Jordan ialah pada bulan september yang lalu. ketika baru lagi menjejakkan kaki di sini. bukan kerana home sick... juga bukan kerana rindukan kucing... atau kerana susahnya memahami bahasa arab... tetapi kerana seorang lelaki arab! oh.. tak best nya disebabkan dia!!!!!

kenapa? saya menangis kerana dia memegang tangan saya! pada ketika itu, entah kenapa jalan ke rumah sunyi. kebiasaannya pada waktu itu, saya akan bertembung dengan baba yang akan ke masjid untuk solat zohor. tapi tidak pada hari itu. dan lelaki arab yang berselisih dengan saya mengambil kesempatan dengan memegang tangan saya.

saya menjadi kaku. bingung. terdiam. ini pertama kali seorang lelaki ajnabi memegang tangan saya!! saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan ketika itu. otak yang telah di'block' dengan kejutan itu menyebabkan saya terus balik ke rumah seperti zombi kampung pisang. blur!

setelah masuk ke bilik barulah otak dapat berfungsi seperti biasa. lantas tangan terus mendail nombor adik. maka luahan perasaan pun bermula. akhirnya, air mata tidak dapat dibendung. saya menangis! rapuhnya saya ketika itu. seperti biskut mery.

tetapi, kemudian saya belajar untuk menjadi lebih berani. ada sekali lelaki arab itu cuba datang kepada saya. kali ini, otak dapat berfikir dengan pantas, lantas batu besar saya ambil dan genggam. 'kalau kau datang setapak lagi, batu ini akan aku baling macam bola lisut!!!' detik hati saya. setelah lelaki itu pergi, saya tersenyum bangga dengan diri.

'tepuk bahu sendiri.
katakan, bagus zue!'


CERITA KEDUA

musim panas bertukar kepada musim sejuk. sejuk musim panas pun tak habis lagi, dikejutkan pula dengan sejuk musim sejuk. oh! tak tahan~ baju dipakai berlapis-lapis. biar nampak seperti snow ball asalkan selesa.

oleh kerana sangat terkejut dengan kesejukkan musim syita yang menyengat tulang-belulang, hirom atau selimut seberat 8 kilo pun dibeli. biarlah mahal sedikit asalkan waktu tidur tidak diganggu. itu dan ini dibeli bagi memastikan diri selesa ketika musim syita ini.

tetapi, kerana terlalu selesa, terlalu empuk, tidur terlalu nyenyak... saya selalu ter'miss' mendengar azan tahajud/ azan pertama. sekali miss, maafkan diri. 2 kali miss, ok lagi. 3 kali miss, eh! ni tak boleh jadi!!

sebelum ianya menjadi kebiasaan, diri harus diperbetulkan! maka, pada suatu malam, saya berdoa kepada Allah, mohon agar diri ini dikejutkan agar dapat sujud padaNya. sebagai persiapan, pada malam itu, saya tidur awal. tepat pada pukul 3 pagi, mata terbuka.

tetapi..... eh! macam ada bunyi di luar bilik. bunyi suara pak arab sedang bercakap. saya berfikir, 'hebatnya orang arab melepak waktu sejuk macam ni.'
tapi.... otak proses lagi, 'bunyi derap tapak kaki dekat dengan bilik.'
proses.. proses.. 'mungkin roomate balik kot dari rumah kawan.'
proses semakin ligat, 'pukul 3 pagi, balik rumah apanya??????'
telinga dengan tajamnya mendengar bunyi, 'tik tik tik'
dan tiba-tiba menjumpai satu persoalan menerjah permikiran, 'pencuri ke???'

mata dikalih ke bahagian tingkap. ya Allah!! tingkap sudah suku terbuka! terus tangan mencapai cermin mata dan handphone, lantas ke bilik sebelah. setelah berbincang dengan housemates, tangan mendail nombor syabab meminta pertolongan. hanya Allah sahaja yang tahu. tubuh menggigil kesejukkan dan ketakutan.

semenjak dari kejadian ini, senang benar diri terjaga. tidak kira badan sudah dibalut hirom, baju sudah 4 lapis, selesa bersemayam di dalam khemah... namun, mata seperti sudah terbiasa untuk terbuka pada pukul 2,3 atau 4 pagi. kini, saya dapat mendengar azan pertama seperti biasa. alhamdulillah.

dari sini dapatlah saya simpulkan, Allah tidak memberi apa yang saya mahukan secara senang. tapi, secara susah itulah mengajar saya untuk menjadi lebih tabah. tiap ujian yang Allah hadiahkan kepada saya itu bukanlah satu bebanan. tapi, satu pengajaran. insyaAllah... saya akan terus belajar untuk menjadi seorang yang tabah dan seorang hamba yang akan mendahulukan tuhannya dalam setiap perkara.

iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in - Al-fatihah: 5.

Allahu Allah.

virus cinta

bismillah.

assalamualaikum.

saya tak pernah membahaskan tajuk ini pada mana2 entry sebelum ni. tp, terdetik untuk berkongsi tentangnye untuk entry kali ini. apakah tajuknye? tajuknye ialah.... CHENTA.

ooooh.. akan ada yang berfikir, balik2 cinta. berapa ramai manusia sedang berbicara tentang cinta. ya! betul! raaaaaaaaaaaaaamai sangat! jika dulu, saya juga akan berfikir begitu. kata saya, ' cinta pada Allah pun tak lepas lagi, sibukkan diri pula dengan cinta manusia.' benar! ada kebenarannya!

tapi, bagaimana jika dalam mencari cinta Allah, dalam mengejar cinta Allah... hati tiba-tiba diketuk dengan perasaan cinta si dia? perasaan itu tidak dapat dinafikan. tidak dapat dijauhkan. tidak dapat dibuangkan. ketika cinta sedang membara, api nya sedang menyala, berbagai-bagai rasa berkumpul di dalam hati. mulalah hati berperang dengan dasyatnya. antara cinta Allah dan cinta si dia. oh parah!

hati manusia itu rapuh. senang benar terusik. senang benar bergolak. senang benar retak. maka, apa perlu dibuat tika cinta mengetuk hati?

kata si A, 'couple je! couple secara islamik. saling berpesan-pesan.'
pesan si B, ' tiada istilah couple islamik. kalau nak, kahwin je terus.'
mencelah si C, 'kan masing-masing masih muda, mana boleh kahwin.'
sokong si D, 'lagipun, dia kan perempuan... mana boleh mulakan dulu.'
diri sendiri, bingung!!!!!!!!!!!!!!!

susahnya jika hati sudah terkena virus cinta ini. semuanya serba tak kena. 1001 rasa berkecamuk dalam hati. kadang terasa ingin menangis. kadang terasa ingin senyum sendirian. persis orang di tanjung rambutan!

inilah masanya untuk kita menguji cinta kita, menguji iman kita... ingat! ujian tidak datang dengan kemiskinan dan kepayahan sahaja. tetapi ujian itu datang dengan berbagai cara. sering diri rasa tak mampu menanggungnya lagi, tapi, ingatlah firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

bangkitlah wahai diri! tabahlah wahai hati!

sebenarnya diri kita mampu dengan ujian yang dihadiahkan kepada kita. percaya pada diri. ah! hati yang bergolak itu mampu ditenangkan. tapi.... bagaimana caranya?
mengadulah pada Allah. luahkanlah apa yang dirasa di dalam sujud panjangmu. bermujahadah la sedikit. kuatkan hati. kuatkan diri. tolak nafsu jauh-jauh. semakin kita mengingati si dia, semakin kita perlu berusaha mengingati Allah. semakin kita merindui si dia, semakin kita perlu berusaha mengingati Allah. tatkala mata ingin memandangnya, ingatlah bahawa Allah selalu memandang kita.

Allah pemberi cinta. jadi kepada siapa lagi harus kita sandarkan rasa cinta kita jika bukan padaNya. sesungguhnya, si dia belum pasti milik kita. tapi, kita sudah pasti milik Dia.

ya Allah.. ya Allah..
aku ingin terus berada di bawah cintamu.

saya terjumpa kata-kata cinta di facebook.. suka rasanya untuk saya kongsikan kata-kata itu di sini..

Aku tidak marah....
Aku tidak cemburu...
kerana kamu bukan hakku...
Kadang-kadang ini kelemahanku sebagai manusia biasa....
Sungguh senang untuk jatuh cinta...
Dan memang tidak dinafikan disaat ini ada sedikit cinta dihatiku untukmu....
Aku teringin kau mengetahui apa yang ada dalam hatiku saat ini...
Yang ingin agar engkau tahu...

Tapi biarlah Dia yang lebih mengetahui apa yang wujud didalam hati ketika saat ini....sedangkn Dia yang menjadikan hati dan Dia juga yang mewujudkan perasaan itu..
Tapi sekali lagi, kau milik ALLAH, bukan milikku....
Jadi biarkan cinta ini kupendam di dalam hatiku....
Dan cukuplah aku mencintaimu dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan...
Kerana aku yakin tiada yang tahu rancangan Allah... mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan-lahan...

Ya Allah,
Usah biarkan hatiku tertambat pada cinta yg belum tentu menjadi milikku...
Tenangkan diriku yang terbuai akan cinta...
Sucikan nuraniku yang terbelenggu oleh nafsu...
Bersihkan batinku yang ternoda oleh angan dan harap..
Ya Allah..leraikanlah dunia yang hinggap dalam hatiku..
kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta...
Hanya CinTaMu,ALLAH yg kuharap bercambah hingga ke syurga hakiki...

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

.Amin ya Rabbal Alamin

cinta Allah..

ya allah.

kuatkanlah hatiku...
untuk berdepan dengan segala ujianMu..
aku ingin ujian ini mendekatkan lagi aku denganMu...

Ya Allah, aku perlukanMu..
kaulah sumber kekuatan ku...

Berilah aku petunjuk dan hidayahMu,
agar aku terus berada di atas jalanMu.

fly to jordan

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Alhamdulillah. dapat juga masa untuk menaip. dah lama tak update blog.
update: insyaAllah, saya akan terbang merentasi lautan hari ahad ni bersamaan dengan 4 sept 2011 pada pukul 7.50pm di KLIA. doakan saya pergi dengan selamat.

ada macam2 utk dikongsikan sebenarnya, tapi sebab ruang masa yang terhad, jadi, setakat ni jela saya tulis dulu. insyaAllah saya akan update seperti biasa apabila situasi kembali tenang..

selamat hari raya kepada sesiapa yang membaca.
'taqaballahu minna wa minkum.'

Best Times to make Dua (Supplication)




There are certain times dua (supplication) is more likely to be accepted by Allah (SWT) as mentioned by Prophet (SAW). These times are as follows:

1. The Last Third Of The Night
Abu Hurairah (RA) narrated that Allah’s Messenger (SAW) said: 'In the last third of every night our Rabb (Cherisher and Sustainer) (Allah (SWT)) descends to the lowermost heaven and says; "Who is calling Me, so that I may answer him? Who is asking Me so that may I grant him? Who is seeking forgiveness from Me so that I may forgive him?."' [Sahih al-Bukhari, Hadith Qudsi]

Amr ibn Absah narrated that the Prophet said: 'The closest any worshipper can be to His Lord is during the last part of the night, so if you can be amongst those who remember Allah at that time, then do so.'[at-Tirmidhi, an-Nasa'i, al-Hakim - Sahih]

2. Late at night
When people are sleeping and busy with worldly pleasures Allah (SWT) gives the believers an opportunity, or an answer hour if they can fight sleep and invoke Allah (SWT) for whatever they need. The Prophet (SAW) said: 'There is at night an hour, no Muslim happens to be asking Allah any matter of this world or the Hereafter, except that he will be given it, and this (occurs) every night.'
[Muslim #757]

3. Between Adhan and Iqamah
Anas (RA) narrated that Allah’s Messenger (SAW) said: 'A supplication made between the Adhan and Iqama is not rejected.'
[Ahmad, abu Dawud #521, at-Tirmidhi #212, Sahih al-Jami #3408, an-Nasai and Ibn Hibban graded it sahih (sound)]

4. An Hour On Friday
Narrated Abu Hurairah (RA): Allah’s Messenger (SAW) talked about Friday and said: 'There is an hour on Friday and if a Muslim gets it while offering Salat (prayer) and asks something from Allah (SWT), then Allah (SWT) will definitely meet his demand.' And he (the Prophet (SAW) pointed out the shortness of that particular time with his hands.[Sahih al-Bukhari]

Some have said that this hour is from the time the Imam (prayer’s leader) enters the mosque on Friday’s prayer until the prayer is over (ie between the two khutbahs), whereas others have said that it is the last hour of the day (ie after the Asr prayer until the Maghrib prayer).

5. While Drinking Zamzam Water
Jaber (RA) narrated that Allah’s Messenger (SAW) said: 'Zamzam water is for what it is drunk for.' [Ahmad 3: 357 and Ibn Majah #3062]. This means that when you drink Zamzam water you may ask Allah (SWT) for anything you like to gain or benefit from this water such as healing from illness.... etc.

6. While Prostrating
Abu Hurairah (RA) narrated that Allah’s Messenger (SAW), said: 'The nearest a slave can be to his Lord is when he is prostrating, so invoke (supplicate) Allah (SWT) much in it. [Muslim, abu Dawud, an-Nasa'i and others, Sahih al-Jami #1175]

When a Muslim is in his Salat (prayer) he is facing Allah (SWT) and when he prostrates he is the nearest he can be to Allah (SWT) so it is best to invoke Allah (SWT) at this time. It is said that while in prostration, one should not ask for worldy needs (ie a nice car, a new job, etc), but for the Hereafter.

cukuplah dengan rezeki ini


'rambang mata! tengok tu cantik, tengok tu lawa... semua berkenan!!' - mode shopping sakan.

kalau datang demam shopping, semua benda nampak lawa. bling bling!
macam nak je semuaaaaaaaa!
sekarang ni lagi senang, shopping kat bilik je. esok, barang sampai!
pergh! cyber cyber~

ronda-ronda cyber~

perkara pertama yang pantang nampak, gadget. aduh! dapat lak, gadget macam seminggu sekali keluar baru. nak-nak yang keluar makin lama makin canggih. kan best kalau keluar yang baru ala-ala 3310. tak de la terengen nak membeli!

perkara kedua yang pantang nampak, apa je berkenaan produk muka. asal yang boleh melicinkan muka. sebab? sebabnya, muka ni tak pernah licin!!! ada je yang tersangkut.. kat dahi la... pipi la.. lepas licin, ada lagi. kalau hari ni bersih, esok mesti ada. datang tiba-tiba tak minta izin pun. aigooooo~~

perkara ketiga yang pantang nampak, hmm.. yang ni la yang paling bahaya. sebab ikut musim. kalau musim jubah, ada je jubah cantik, mesti nak beli. kalau demam sling bag, pantang tengok mesti terliur.

nafsu~ macam-macam!!

kalau sekarang ada xperia, terliur tengok orang pakai samsung galaxy.
kalau sekarang ada laptop HP, terliur tengok orang pakai ipad 2.
kalau sekarang ada sling bag tous, terliur tengok sling bag baby phat.
kalau sekarang ada purse paul smith, terliur tengok purse marc jacobs.

nasib tak ada duit je. kalau tak mesti dah boleh jadikan kedai serbaneka. boleh jual balik semua barang-barang tu. tapi sebabkan diri ni tak sekaya mana kan, dan tak ada siapa pun hengen nak sponsor, jadi... diam-diam je.

kalau nak ikut hati dan nafsu ni, memang semua benda kat dunia ni kita nak miliki. sebab memang tak kan pernah habis. lepas 1-1. mau pulak, kalau kita terikut-ikut dengan arus definisi kekayaan sekarang.

orang kata ' kaya tu bila ada kereta ferrari.'
orang kata 'kaya tu bila ada private jet.'
orang kata 'kaya tu bila ada yatch.'
and so on...

kalau nak listkan, memang tak kan habis.
itu jadinya kalau kita ikutkan hawa nafsu semata. membeli dan memiliki bukan lagi sebabkan keperluan tapi hanya kemahuan. tak ada duit pun, jolok tabung mas untuk dapatkan duit. semata-mata nak membeli dan menunjuk. lepas tu... tadaaa~~ hutang keliling badan.

pengiktirafan orang kita memang dapat, tapi seksa hutang diri sendiri je tau. seronok ke hidup dalam kepura-puraan macam tu???

ni ustaz saya ajar, dan saya amalkan setiap kali nafsu membeli saya nak mula liar. saya juga baca sebagai doa harian.
doanya - ALLAHUMMA QANA'NA BIMA ROZAKTANA (dan saya tambah) WA QINA 'AZABANNAR.

maksudnya - ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki yang ada, dan jauhkan aku dari api neraka.

jangan sebabkan nafsu membeli kita, kita kumpul dosa banyak-banyak. jadi, selalu-selalu ingatkan diri kita bila mata start bling bling!

if i can do it, you can too. yosh!!
insyaAllah wa biiznillah.

assalamualaikum <3

Allah knows best!


"If things are happening according to your wish, you are lucky, but if they are not, you are very lucky, because they are happening according to Allah's wish..." Alhamdulillah ♥

"they planned and plotted, but Allah plans too, for Allah is the best of planners" [Quran | Surah Al-Imran | Verse 54