CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

kisah hati

bismillah.

Dalam suatu tempoh yang singkat, Allah temukan saya dengan beberapa orang yang memberi kesan pada diri. Lain manusia, lain perangainya, lain cara pandangannya. Dan semua itu menjadi pengalaman dan garis panduan untuk diri. 

Orang ini begitu, orang itu begini. Dan tidak disangka dalam tempoh yang singkat itu juga pelbagai masalah dan memori dikongsi bersama. Mengenali hati budi masing-masing dengan lebih dalam. Pengalaman orang lain itu menjadi pengalaman sekunder buat saya. 

What can i say is... dalam usia macam ni saya lebih menjadi motivator dalam urusan hati. *sigh* dah beribu kali saya katakan pada mereka-mereka ini bahawa saya bukanlah orang yang sesuai untuk berikan nasihat dan pandangan kerana saya tidak punya pengalaman. saya hanya punya pengalaman sekunder. 

mungkin kerana faktor usia maka saya diberi kepercayaan untuk men'handle' bab-bab ni. errrr.... tapi, saya menerima kedatangan mereka dengan hati yang terbuka. usia mereka yang begini memang perlukan motivasi yang lebih berkaitan hati. mungkin ada sesetengah pihak nampak perkara ini remeh. tapi, percayalah dari hati mula segalanya. dari hati itu menentukan baik buruknya seseorang. 

sebab tu hati ini perlu dijaga dengan rapi. dan disamping itu masalah mereka boleh juga dijadikan manual book untuk saya di masa hadapan. 

kisah hati... 
moga kita sentiasa dilindungi..
pelihara hati dan diri...
dari syaiton yang durjani (erk)....

5 comments:

mazida said...

and i am ur motivator. keke

cinta ilahi said...

haha. motivate sangat~

mazida said...

fine la kakak fineee~

cinta ilahi said...

haha. makin tua makin kuat majuk. :P

mazida said...

menci menci! hahaha

Post a Comment

::papan kenyataan::