CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

pi paku dinding kalau marah.

bismillah.

hari jumaat lepas, saya keluar ke pekan dengan kawan. nak shopping barang dapur. cadang di jiwa nak masak nasi lemak esok. habis je beli barang rumah, kami pun balik. masuk je pintu, datang seorang housemate dengan muka comel depan saya sambil berkata, "kak zu, jom temankan saya pergi puskma."

oh. sungguh... hati ini terasa berat sangat seperti sedang menampung lori pasir atas kepala tapi nak tolak mentah-mentah memang tak sampai hati. sebab beliau pun dah bersiap. tak apa lah.. kita tolong orang, nanti orang tolong kita pula. 

jadi, keluarlah diri saya dari rumah sekali lagi. merempuh angin laju yang sedang melanda bumi jordan yang sedang ribut pasir. biasalah... sambil jalan tu sembang itu dan ini. tapi... di belakang saya, saya tahu ada seorang budak arab seperti mempersiapkan diri untuk mendajal saya. 

okeh. tahu tak dia buat apa kat saya? heh. saya tanya, saya jawab.
dia dengan yakinnya meludah ke sweater yang sedang saya pakai. sweater tu dah la saya baru basuh. bau sabun basuh baju lagi. wangi lagi oi. dah dicemari dengan ayaq liuq budak arab. wah! rasa cam nak samak je sweater tu. pakai 7 baldi air di 7 buah rumah akhowat... okeh. hiperbola gilak!

sememangnya, saya tak ada bukti yang budak arab tu meludah saya melainkan detik hati saya mengatakan dia sedang membuat cubaan tersebut. kawan saya lagi tak perasan apa-apa. dia sedang asyik bercerita itu dan ini. dan sekiranya, saya toleh ke belakang untuk marah budak arab itu tiba-tiba, ketika dia sedang bersedia untuk meludah, silap hari bulan ludah tu terkena kat niqob saya ke, tudung ke... tu lagi parokkk!

jadi, ketika nak menyeberang jalan tu saya tanya kawan.. 'ada apa-apa tak kat belakang?' 
kawan mengangguk. 'sah! aku dah kena dajai ngan budak arab.'

yang ajaibnya, sepatutnya saya menjadi the hulk bertukar badan warna hijau siap berketul-ketul di kedua lengan kerana marah. sepatutnya~ tapi... amazingly, i dont feel a thing yet i feel pity to that boy! 
'kalaulah dia mendengar kata ibunya. kalaulah dia menjadi anak yang soleh. semoga Allah menjaganya.' serius tak tipu, saya mendoakan dia. 

sepatutnya, saya merasa sedih dan marah. tetapi, saya merasa lebih gembira, much happier kerana saya telah bersabar atas ujian Allah. semua orang ada ujian, cuma yang bezanya macam mana kita handle with care ujian kita! 

serius tak tipu jugak... ketika kejadian itu, saya teringat surah furqan ayat 63. 
Allah dah ajar apa yang perlu kita buat ketika berhadapan dengan orang macam ini. so, i follow. eh. kalau nak ikutkan, cacian dan tohmahan yang rasulullah kena lagi dasyat tau. saya takat air liur je kot. rasulullah tu siap tahi lagi. 

kita tak sempurna seperti rasulullah yang mempunyai kesabaran tahap tertinggi kalah superman yang mempunya kuasa S. tapi, kita haruslah ke arah kesempurnaan. sebab tu la rasulullah tu qudwatuna. kan kan? lagi pulak... kita memanglah ada tahap kesabaran. tapi, kalau kita ikut limit kesabaran kita sahaja, bukankah ia bermakna kita bersabar bila kita nak je. agak-agak kita tak sabar, kita hambur la! 

hmmm.. apa kata kita fikirkan ini pula.. setiap kali kita nak marah, kita paku dinding. habis kita marah, kita cabut paku. apa jadi kat dinding tu? berbekas kan? dah ghope huduh dinding tu. berlubang sana berlubang sini.

macam tu la kita kalau marah. time marah la kita sembur, hambur semua apa kita rasa kat kawan. tapi, habis kita marah... boleh ke kita betulkan balik sakit hati kawan kita tu? mampu ke kita tutup lubang hati kawan kita dengan perkataan maaf? walaupun luka telah sembuh, tapi parut tetap ada kan?? acewwwah!! kelas gittteww ayat kau jah!

sebab tu la.. ketika kita marah lebih baik kita diam. :) diam tak bererti kalah. diam bererti menang. menang sebab dapat mematahkan plan syaitonirrajim. weeeeeeeeeeeee~ menang!! 

saya menang motor~ eh. 

2 comments:

mdnasiridris said...

pandai2 lah bermuamalah dengan orang Arab. Saya dah lama bergaul dgn mereka , sejak di Universiti Madinah dan seterusnya di Sudan dan beberapa bulan saya bercuti di Kaherah. Namun begitu kalau kita berkelahi lawan cakap dengan orang arab tak ada apa2 pun , lepas tu mereka berbaik semula dengan kita, mereka tak ambil hati, kalau orang melayu bertahun2 tak tegur.

cinta ilahi said...

terima kasih atas nasihat. bukan x bermuamalah dgn org arab. ana muamalah je. ana pun ade je kawan baik org arab. tapi.. yang perangai teruk lebih ramai dr yang berakhlak. org2 tua dan doktor jamiah di sini pun ckp benda yg sama.berkelahi di sini pakai pisau dan pistol. sepanjang ana belajar di sini, dh bape ramai yg meninggal sbb bergaduh. ana lebih prefer berkawan dgn org melayu.

Post a Comment

::papan kenyataan::