CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

adek-adekku~

bismillah.

sejak kebelakangan ni, saya terasa homesick. sesangat! tiba-tiba terasa nak balik malaysia sekarang jugak! tapi, apa kan daya... rumah bukannya setapak dua je. kalau kentut pun boleh dengar. erk! tapi, rumah beribu kilometer. nak balik pun kena setahun sekali. tengok pelajar arab bawa beg baju tiap kali hari khamis, habis kelas terus balik, membuatkan saya terfikir tentang diri semasa di kolej dulu. 

pantang hujung minggu je saya lesap. padahal rumah 15-20 minit je dari kolej. kawan-kawan pakat perli habis. saya katakan pada mereka, 'sebab dekat la balik selalu. kalau jauh, susah nak balik dah.' see! contohnya macam sekarang. rindu macam mana pun tahan je. nak nangis tu idok lerrr.. sebab hati saya ni entah buat dari besi cap ayam mana entah. susah sangat nak menangis. kadang-kadang dah sedih tahap gaban, tapi air mata tak nak keluar gak. hmmm... pemalu sangat pun air matanya. 

sebenarnya, tujuan tulis ni saya nak bercerita tentang 3 orang adik lelaki saya yang sangat-sangat saya sayangi. saya pasti, kalau dorang bacalah ayat di atas yang mengatakan saya sayang kat dorang mesti dorang  tengah menggigil ketakutan. bak kata adik saya di jordan ni... kalau suara saya terlebih baik tu jadi menakutkan. ish3.

dah! dah! 

introduction panjang sangat. fokus zu. fooooooh~ hembus nafas.

okeh! mula-mula nak kenalkan dulu la nama adik-adik saya ni... suhail, amil dan ami. alololo. comelnya nama mereka secomel orangnya. *mereka pasti sedang ketar lutut.* 

banyak sangat memori saya dengan mereka. dah tentulah. kata adik. jadi, saya nak kongsikan beberapa memori saya bersama mereka. antara memori terindah... buat saya. diorang? seram!

1. main bola.
saya diajak oleh mereka untuk main bola bersama-sama. wahahaha. kenapa la mesti ajak saya ye?? tapi, macam biasa la. dah peminat ajak kan, kita pun turutkan aje la. awal-awal nak main kena tentukan partner. masa tu sekali lagi kepopularan saya terselah. masing-masing nak jadi partner saya. tapi, nak buat macam mana. sorang je yang layak untuk menjadi partner. yah! dan insan yang bertuah itu ialah suhail. *clap. clap*

start je game, suhail dengan machonya bagi arahan begini... 'kakcik. kejar dorang.' treeeeet.. treeeet.. kepala otak analisis arahan yang diberikan. maka... saya dengan gagahnya menerima arahan tersebut. yup! saya tak kejar bola. saya kejar orang. dan mereka lari lintang pukang. serius. kami menang! sebab tempat goal dorang tak ada siapa jaga. wahahahhahaha. sebenarnya, ada sambungan untuk kes main bola ni tapi saya rasa terlalu kejam pula kalau cerita kat sini. kalau mengikut piawaian ISO pun, cerita ni boleh diklasifikasikan sebagai kekejaman yang comel. maka, biarlah ianya rahsia. 


2. main lumba lari dalam air. 
best oh main lumba lari dalam air. terasa berlari-lari dalam keadaan sejuk dan nyaman. lagi best, kami berlari bukan seorang. suhail kena lari dengan bawa ummi di belakang. saya kena bawa opah. bestnya dapat opah ni seorang yang sangat competitive. sebelum mula main beberapa kali saya dapat semangat dari opah. 'kita mesti menang zu. kita buat begini dan begini dan begini.' opah bagi motivasi dan beberapa trick untuk main tipu. hahaha. 

jadi, kami pun berlari setelah kira sampai 3. segala tactic opah bagi dah dijalankan namun kami masih dibelakang. suhail dan ummi mendahului. tak boleh jadi. maka, saya keluarkan jalan yang terakhir. ketika suhail melintasi saya, dengan lajunya... saya mencakar belakang beliau. hahaha. dah tentu lah pedih. kena air. dia menggelupor, ummi terlepas... saya potong dia. opah! we made it. kami menang! hahahahhahaha.


3. nak laptop.
kes ni baru je berlaku. diceritakan oleh kakyang. kakyang nak laptop suhail. tapi, suhail tak bagi. makanya, kakyang terpaksa torture amil. kakyang bising di telinga amil sehingga amil terasa ingin melempang seseorang dan akhirnya dia belasah suhail kerana suhail tak bagi laptop kat kakyang. dan... kakyang dapat laptop! wah~~ kakyang dah maju skang~ hahaha. skill perlu digilap lagi.

dan banyak lagi memori kami bersama-sama. kami selalu keluar bersama... lepak di kedai mamak. bermacam cerita keluar. kemudian akan ke putrajaya. tangkap gambar bersama-sama. shopping together-gether di alamanda.

kami juga selalu kenakan orang dengan keunikan keluarga kami. kakyang dan amil pernah berlakon sebagai bf dan gf. hahaha. sian penjual kasut tu.

pernah juga bila ada orang tanya kami adik-beradik ke.. kami jawab, 'ya. tapi lain ayah.' muka orang tersebut berubah. dia pergi je, kami gelak... 'betul lah. kita lain ayah, lain mak.' hahaha.

rindunya rumah! sayang-sayangku, tunggu kakcik balik ye! wahahaha. pasti mereka dalam kengerian dan ketakutan!

beberapa gambar adek-adek saya :)


gaya posing begini memang mintak sekeh secara berjemaah.



bila saya kata, saya rindu pada beliau~


3 power rangers yang baru balik masjid.

hahaha. bila ami cari pasal~


bertambah rindu rumah. :)

2 comments:

atiqasyahira said...

ini super sweet :)

cinta ilahi said...

tak sangka kekejaman ni dinamakan sweet. patutla budak2 ni xpernah serik. haha

Post a Comment

::papan kenyataan::